Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PDP 6 ADIL (SELASA, 15/9/20)

Saya telah diberikan amanah untuk mengajar Tahun 6 Adil dan 4 Pintar bagi subjek Bahasa
Melayu. Semasa hari pertama masuk ke kelas 6 Adil, saya agak terkejut dengan susun atur
murid dan juga bilik darjah kerana kelas tersebut sungguh padat dengan bilangan muridnya
yang seramai 43 orang. Saya berpendapat, agak sukar untuk melakukan aktivti
berkumpulan yang melibatkan pergerakan kerana ruang yang terhad.

Sebelum memperkenalkan diri, saya memaklumkan terlebih dahulu kepada murid-


murid mengenai peraturan kelas saya. Saya berjaya mencapai persetujuan dengan murid
untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Selepas itu, saya menjalankan sesi suai
kenal dengan memberitahu maklumat diri saya terlebih dahulu kepada murid. Murid diminta
untuk memberitahu nama panggilan mereka sahaja. Saya tidak meminta murid untuk
memperkenalkan diri mereka dengan teliti seorang demi seorang kerana proses tersebut
akan memakan masa yang lama kerana bilangan murid yang ramai. Oleh itu, saya telah
mengedarkan sekeping kertas kepada setiap murid dan meminta mereka untuk menulis
nama penuh, cita-cita, tahap penguasaan dalam Bahasa Melayu (?/10) serta kelemahan
mereka dalam subjek ini. Selesai menulis maklumat tersebut, saya meminta murid untuk
melipat kertas tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Tujuan utama saya menjalankan
aktiviti ini adalah untuk mengesan sekiranya ada murid yang tidak boleh membaca dan
menulis dengan lancar dan baik. Saya juga mahu menguji daya kreativiti murid tahun 6 Adil
supaya mudah untuk saya merangka aktiviti serta menetapkan objektif dan kriteria kejayaan
untuk rancangan pengajaran saya bagi kelas seterusnya. Murid-murid juga lebih selesa dan
jujur menulis kelemahan masing-masing kerana hanya saya seorang sahaja yang akan
membaca maklumat itu. Kelemahan daripada aktiviti ini pula ialah saya kurang berinteraksi
dengan murid kerana mereka fokus menulis dan melipat kertas. Aktiviti berakhir apabila
kertas tersebut diserahkan semula kepada saya.

Aktiviti ini berlangsung selama 35 minit. 25 minit seterusnya saya teruskan dengan
rancangan pengajaran yang telah disediakan. Murid teruja dengan induksi yang saya
lakukan iaitu nyanyian. Walaupun mereka masih malu dan segan dalam kelas yang pertama
bersama saya, namun mereka tetap memberikan kerjasama dan menyanyi dengan baik dan
riang. Sesi PdP saya berakhir pada langkah yang kedua. Walaupun saya berasa sedikit
gementar kerana ini merupakan kali pertama saya mengajar tahun 6, namun saya
mengambil peluang ini sebagai suatu cabaran yang akan meningkatkan lagi pengetahuan
serta kemahiran saya, di samping menambah pengalaman.

Anda mungkin juga menyukai