Anda di halaman 1dari 10

1 Berikut menunjukkan sebahagian langkah yang terlibat dalam proses penghasilan produk.

Susun mengikut urutan yang betul.


I Pendokumentasian
II Pengujian / penambahbaikan
III Lakaran idea
IV Penghasilan model
A I, III, II, IV
B I, III, IV, II
C III, IV, I, II
D III, IV, II, I

2 Susun mengikut urutan yang betul sebahagian langkah-langkah dalam proses penghasilan
produk.
I Kajian keperluan pelanggan
II Projek brief
III Penyelesaian masalah inventif
IV Penjanaan idea
A I, III, II, IV
B I, III, IV, II
C III, IV, I, II
D III, IV, II, I

3 Salah satu kriteria dalam kajian keperluan pelanggan ialah maklumat pelanggan. Antara
berikut, maklumat manakah yang dikategorikan dalam pernyataan di atas?
I Jantina
II Bangsa
III Status
IV Umur
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4 Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan mengkaji latar belakang produk terlebih
dahulu sebelum penghasilan secara skala besar dilakukan?
A Membolehkan pereka bentuk menghasilkan produk yang tepat dengan kumpulan sasaran
B Dapat mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membeli sesuatu produk
C Dapat mengubah suai produk bergantung kepada maklumat yang didapati dari pelanggan
D Dapat mengenal pasti pelanggan yang berpotensi membeli produk yang dihasilkan
5 Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan menjalankan kajian keperluan
pelanggan?
A Penghasilan produk dapat dilaksanakan mengikut jadual
B Menghasilkan produk yang menjimatkan kos pengeluaran
C Memastikan produk dapat dijual dengan harga yang tinggi
D Idea reka bentuk produk yang dihasilkan memenuhi keperluan pengguna

6 Apakah definisi bagi projek brief?


A Aktiviti menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi
memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada masa kini dan akan datang
B Proses penambahbaikan terhadap sesuatu produk berdasarkan pandangan dan harapan
pelanggan
C Proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri
oleh pereka bentuk
D Kaedah penyelesaian masalah secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya
telah dikenal pasti terlebih dahulu

7 Antara berikut, yang manakah kriteria yang terdapat dalam borang projek brief?
I Fungsi
II Tujuan pasaran
III Anggaran kos seunit
IV Latar belakang produk
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

8 Antara berikut, soalan yang manakah sesuai untuk menentukan tujuan pasaran dalam borang
projek brief?
I Siapakah yang akan menggunakannya?
II Siapakah pesaing yang wujud?
III Bagaimanakah kualiti pembuatannya?
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
10 Pemilihan teknologi yang tepat akan menghasilkan produk baharu yang unik, memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan serta boleh bersaing dengan produk lain.
Antara berikut, yang manakah merupakan justifikasi pemilihan teknologi yang dirujuk
berdasarkan maklumat di atas?
A Aplikasi teknologi yang dipilih
B Fungsi teknologi
C Tujuan penggunaan teknologi
D Kekuatan dan kelemahan teknologi

11 Pernyataan berikut berkaitan satu justifikasi pemilihan teknologi sebelum menghasilkan reka
bentuk produk.

Teknologi yang digunakan mestilah sesuai dan mampu menyelesaikan


masalah yang terdapat pada produk sedia ada.
Apakah justifikasi itu?
A Fungsi teknologi
B Tujuan penggunaan teknologi
C Aplikasi teknologi yang dipilih
D Kekuatan dan kelemahan teknologi

12 Rajah 1 menunjukkan satu komponen sistem X yang terdapat pada Penggilap Kasut Magik.

Apakah nama sistem X?


A Sistem elektrik
B Sistem elektronik
C Sistem mekanikal
D Sistem kawalan dan pengaturcaraan

13 Antara komponen berikut, yang manakah boleh dikategorikan sebagai reka bentuk fesyen?

A Zip
B Lampu LED
C Bateri
D Wayar lembar tunggal

14 Rajah 2 menunjukkan penggunaan berus kasut.


Apakah kelemahan produk tersebut?
A Harganya mahal
B Merosakkan permukaan kasut
C Pemegang berus tidak tahan lama
D Mengambil masa yang lama untuk menggilap kasut

15 Salah satu tujuan penambahbaikan penggilap kasut adalah disebabkan faktor kurang ergonomik
kepada pengguna.
Antara berikut, apakah yang dimaksudkan tentang aspek ergonomik?
A Produk ringan dan selesa dipegang
B Produk mempunyai reka bentuk menarik
C Produk tidak mempunyai bahagian yang tajam
D Produk dihasilkan daripada bahan yang berkualiti tinggi

16 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri bagi idea yang dihasilkan berdasarkan konsep
fungsi mengikut bentuk?
A Reka bentuk produk mesti memenuhi fungsi sepenuhnya
B Reka bentuk menentukan bagaimana produk akan berfungsi
C Reka bentuk produk mengikut fungsi yang dikehendaki oleh pelanggan
D Reka bentuk akan mempelbagaikan fungsi produk

17 Rajah 3 menunjukkan dua produk yang direka berdasarkan dua konsep penghasilan idea.

K L
Rajah 3
Antara berikut, yang manakah merupakan pengelasan yang betul bagi kedua-dua produk di
atas?

K L
A Bentuk mengikut fungsi Fungsi mengikut bentuk
B Fungsi mengikut bentuk Bentuk mengikut fungsi
C Fungsi mengikut bentuk Fungsi mengikut bentuk
D Bentuk mengikut fungsi Bentuk mengikut fungsi
18 Antara berikut, yang manakah produk yang menggunakan konsep fungsi mengikut bentuk?
A C

B D

19 Maklumat berikut menerangkan tentang definisi bagi suatu elemen reka bentuk.

Teknik memberi impak terhadap orang yang


Elemen Z
melihat sesuatu permukaan.

Apakah elemen Z?
A Rupa
B Bentuk
C Tekstur
D Garisan

20 Rajah 4 menunjukkan Jambatan Icon Elmina yang boleh dijumpai di Shah Alam.

Apakah prinsip reka bentuk yang digunakan pada jambatan tersebut?


A Keseimbangan
B Kontras
C Keringkasan
D Pergerakan

21 Antara berikut, yang manakah dipadankan dengan betul?


Prinsip reka bentuk Definisi
Gabungan semua elemen untuk membentuk imej, konsep,
A Kesatuan
tema atau idea yang sempurna
Kesamaan, perhatian atau tumpuan pelbagai elemen yang
B Penekanan
digabungkan untuk membentuk suatu komposisi
Aplikasi pelbagai elemen, gaya, kualiti, nilai dan idea dalam
C Harmoni
sesuatu reka bentuk
D Kepelbagaian Perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan

23 Prinsip reka bentuk Y merujuk kepada olahan terhadap idea yang kompleks untuk
menghasilkan iti pati atau elemen yang penting sahaja.
Antara berikut, yang manakah merupakan Y?
A Harmoni
B Kesatuan
C Pengulangan
D Keringkasan

25 Sekiranya anda ingin melakukan lakaran 3D, apakah maklumat yang perlu dinyatakan pada
lakaran tersebut?
I Bahan yang digunakan pada produk
II Berat keseluruhan produk
III Tempoh masa untuk menyiapkan produk
IV Prinsip reka bentuk yang digunakan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

26 Maklumat berikut menerangkan tentang suatu jenis lakaran.

 Menunjukkan urutan pemasangan komponen-komponen pada reka bentuk produk


 Menggambarkan rupa sebenar reka bentuk produk
 Menunjukkan kedudukan komponen-komponen pada reka bentuk produk
 Menunjukkan urutan untuk mencantum reka bentuk produk yang mempunyai
lebih daripada satu bahagian
 Memudahkan proses pembuatan dan penyelenggaraan reka bentuk produk

Apakah jenis lakaran yang dimaksudkan berdasarkan maklumat di atas?


A Lakaran contengan
B Lakaran perspektif
C Lakaran piktorial
D Lakaran ceraian

27 Rajah 6 menunjukkan suatu lukisan yang dihasilkan oleh seorang murid.


Rajah 6
Antara berikut, yang manakah merupakan lukisan tersebut?
A Lukisan skematik
B Lukisan isometrik
C Lukisan oblik
D Lukisan unjuran ortografik

28 Apakah kelebihan lukisan unjuran ortografik?


A Memberikan gambaran objek dengan lebih jelas
B Menunjukkan ukuran sebenar objek untuk digunakan sebagai rujukan semasa proses
penghasilan projek
C Membolehkan pemasangan komponen elektrik dilakukan dengan lebih mudah dan tepat
D Membantu pereka memilih komponen elektrik yang betul semasa menghasilkan produk

29 Antara berikut, yang manakah benar tentang jenis lukisan kerja?


A Lukisan isometrik menunjukkan bentuk objek dalam 3D
B Lukisan unjuran ortografik menunjukkan ukuran anggaran objek
C Lukisan skematik menunjukkan bentuk objek dalam 2D
D Lukisan skematik juga dikenali dengan lukisan pictorial

30 Antara berikut, aspek manakah yang perlu dipertimbangkan ketika merancang penghasilan
produk?
A Fungsi produk
B Kesesuaian bahan dan peralatan
C Saiz lakaran reka bentuk produk
D Jenama alatan yang akan digunakan

31 Rajah 7 merupakan peralatan yang digunakan semasa menghasilkan suatu produk.


Apakah fungsi peralatan tersebut?
I Membuat kemasan
II Mengapit bahan kerja
III Memegang bahan kerja
IV Melicinkan permukaan bahan kerja
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
32 Rajah 8 menunjukkan sejenis alat yang digunakan untuk menghasilkan Penggilap Kasut Magik.

Antara berikut yang manakah kegunaan alat itu?


A Mengapit bahan kerja
B Menjalur penebat wayar
C Memateri komponen elektronik
D Menggerudi lubang dan memasang skru

33 Berikut merupakan maklumat tentang fungsi suatu peralatan.

Memegang bahan kerja semasa proses memotong, melelas dan lain-lain

Apakah peralatan tersebut?


A Apit G
B Ragum meja
C Mesin pelelas
D Alas memotong

34 Antara berikut, manakah yang menerangkan tentang bajet?


A Anggaran kos upah dan kos overhed yang diperlukan
B Anggaran kos bahan dan peralatan dalam menghasilkan suatu produk
C Jumlah perbelanjaan yang dihadkan untuk menghasilkan suatu produk
D Anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk memastikan projek yang dijalankan
berjaya dan menguntungkan

35 Berikut merupakan maklumat berkaitan suatu jenis produk yang dihasilkan.


 Boleh disentuh dan dipegang untuk memahami kefungsian produk
 Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk 3D yang lebih realistik
Maklumat tersebut adalah mengenai
A model
B prototaip
C model olokan
D produk berfungsi

36 Antara berikut, manakah merupakan kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau
produk berfungsi sebahagian?
A Membantu dalam menyatakan anggaran kos perbelanjaan
B Memilih jenis kemasan yang sesuai diletakkan pada produk
C Menghasilkan produk yang menepati kehendak pereka bentuk
D Membolehkan penambahbaikan dilakukan pada reka bentuk dan fungsi produk

37 Antara berikut, manakah merupakan sebahagian daripada langkah utama dalam menghasilkan
sebuah produk berfungsi?
I Melakukan kerja kemasan pada produk
II Menganalisis lakaran reka bentuk produk
III Mengenal pasti prinsip reka bentuk produk
IV Membina dan mencantum bahagian-bahagian produk
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

38 Antara berikut, manakah merupakan tujuan menggerudi lubang pada kayu?


A Membuang bahagian yang tidak diperlukan
B Memudahkan untuk mengapit kayu yang telah dipotong
C Memudahkan langkah pemotongan bahagian dalam kayu
D Mendapatkan bentuk mengikut reka bentuk yang dikehendaki

39 Berikut merupakan maklumat berkaitan salah satu langkah utama dalam penghasilan produk
berfungsi.
Kerja kemasan boleh dilakukan sebelum, semasa atau selepas pemasangan
dibuat.

Apakah tujuan langkah tersebut dilakukan?


A Menjadikan permukaan produk lebih rata
B Memastikan produk dapat dibina dengan selamat
C Memudahkan proses mencantum bahagian-bahagian produk
D Menambahkan nilai estetika, nilai komersial dan ketahanan terhadap sesuatu produk

40 Antara berikut, manakah merupakan persamaan antara cat licau dan tona kayu?
A Menggunakan pelarut thinner
B Menggunakan pelarut turpentin
C Digunakan pada permukaan epoxy
D Digunakan pada permukaan logam

41 Berikut merupakan fungsi sejenis bahan kemasan.

Mengilatkan permukaan kayu


Apakah jenis kemasan tersebut?
A Syelek
B Varnis
C Cat sembur
D Semburan lekar jernih

42 Antara berikut, bahan binaan manakah yang sesuai menggunakan cat licau sebagai bahan
kemasan?
I Kaca
II Epoxy
III Plastik
IV Akrilik
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

43 Antara berikut, manakah pernyataan yang betul tentang penilaian?


A Dijalankan menggunakan kaedah ujian parameter
B Dilakukan untuk menguji aspek kefungsian dan ketahanan
C Dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang diperoleh
D Digunakan dalam peringkat pengujian untuk tujuan perbandingan dengan kaedah lain

44 Antara berikut, manakah merupakan perkara utama yang perlu diambil kira semasa membuat
penambahbaikan produk?
I Memberi perhatian terhadap bajet produk
II Menggantikan komponen yang tidak bersesuaian
III Mengubah fungsi asal yang terdapat pada produk
IV Mengubah reka bentuk produk untuk disesuaikan dengan fungsinya

A I dan II B I dan IV C II dan III D II dan IV

Anda mungkin juga menyukai