Anda di halaman 1dari 10

NAMA PENUH : ……………………………………………………………………………………………………………………

KELAS : …………………………………….. TARIKH :…………………………………..

BAHAGIAN A
(20 markah)

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Senarai tugasan ditampal ________________dinding kelas.


A di C pada
B ke D kepada

2 Guru kelas saya Puan Salmah. __________baik hati.


A Kami C Kalian
B Beliau D Mereka

3 Muthu dan Kamal ke pusat sumber untuk menyusun bahan


_____________.
A baca C membaca
B bacaan D dibaca

4 Penduduk kampung berbincang __________cara-cara


menceriakan kampung mereka.
A akan C untuk
B pada D tentang

5 ____________seminar tentang pengambilan makanan


seimbang akan diadakan?
A Apakah C Mengapakah
B Bilakah D Bagaimanakah

1
NAMA PENUH : ……………………………………………………………………………………………………………………
KELAS : …………………………………….. TARIKH :…………………………………..

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6 _______________ mereka telah terpilih sebagai pengawas


sekolah.
A Ketiga-tiga C Ketiga
B Tiga-tiga D Tiga

7 Pemenang akan_________sekolah ke peringkat daerah.


A mewarisi C melayaki
B mewakili D memasuki

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Aisyah memakai ______________baju kebaya pada hari


perkahwinannya.
A sehelai C sepasang
B sekeping D sebidang

9 Semangat setia kawan antara mereka telah terjalin


_________dua tahun lalu.
A tentang C sejak
B hingga D pada

2
NAMA PENUH : ……………………………………………………………………………………………………………………
KELAS : …………………………………….. TARIKH :…………………………………..

10 Katak meninggalkan siput yang __________perlahan-lahan.


A merangkak C mengesot
B menyusur D merayap

11 “ Jangan __________ke kantin. Nanti terjatuh,” kata Cikgu


Mia kepada murid-muridnya.
A bersiar-siar C berlumba-lumba
B berjalan-jalan D berpegang-pegang

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Murid yang cedera itu dibawa ke ____________.


A balai raya C hospital
B sekolah D khemah

13 Setelah menikmati jamuan, Puan Saroja ___________


daripada tuan rumah.
A minta diri C minta nyawa
B minta maaf D minta hutang

14 Anggota bomba berjaya mengawal api daripada


______________.
A meluas C membiak
B merebak D membesar

3
NAMA PENUH : ……………………………………………………………………………………………………………………
KELAS : …………………………………….. TARIKH :…………………………………..

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 Ibu melarang Nisa bermain mancis.


A “ Nisa, jangan main mancis,” kata ibu.
B “ Ibu, jangan main mancis,” kata Nisa.
C “ Nisa dan ibu, jangan main mancis,” kata ibu.
D “ Ibu, jangan main mancis,” kata Nisa kepada ibu.

Pilih ayat yang betul.

16 A Pelbagai hadiah yang menarik ditawarkan ke pemenang.


B Aktiviti gotong-royong bermula pada pukul 8.00 pagi.
C Bila badan sihat,fikiran menjadi cerdas.
D Rumah tradisional itu diperbuat dari kayu.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Sambutan Hari Kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara sungguh


meriah. Sambutan ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan mengiktiraf
sumbangan kanak-kanak terhadap masa depan negara.

Bermacam-macam acara telah berlangsung pada hari itu. Acara itu terbahagi
kepada dua kategori, iaitu acara berkumpulan dan perseorangan. Guru memberikan
galakan kepada semua murid agar mengambil bahagian. Acara berlangsung dengan
meriah sekali.

Sebelum aktiviti bermula, semua murid berhimpun di dewan sekolah. Mereka


mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Zakaria terlebih dahulu. Guru yang
bertugas pula memberikan panduan dan arahan kepada murid tentang perkara yang
perlu dilakukan. Alia dan Lina dilantik sebagai pembantu Cikgu Zakaria. Mereka
ditugaskan menghias pentas untuk acara penutupan majlis.

4
NAMA PENUH : ……………………………………………………………………………………………………………………
KELAS : …………………………………….. TARIKH :…………………………………..

17 Apakah sambutan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri


Mutiara?
A Sambutan Hari Guru
B Sambutan Hari Kanak-Kanak
C Sambutan Hari Kemerdekaan
D Sambutan Hari Kecemerlangan

18 Di manakah murid-murid berkumpul sebelum acara bermula?

A bilik guru C kantin


B perpustakaan D dewan sekolah

19 Bagaimanakah suasana sambutan pada hari tersebut?

A baik C sihat
B meriah D gemilang

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Alia dan Lina ditugaskan untuk menghias pentas.
B Acara sambutan dibahagikan kepada satu kategori sahaja.
C Murid-murid mendengar taklimat yang disampaikan oleh
guru besar.
D Tujuan sambutan adalah untuk memberikan penghargaan
kepada guru-guru.

5
NAMA PENUH : ……………………………………………………………………………………………………………………
KELAS : …………………………………….. TARIKH :…………………………………..

BAHAGIAN B
( 30 markah )

Soalan 21

(a) Tandakan ( / ) pada penjodoh bilangan yang betul berdasarkan


ayat di bawah.

(i) Ibu membeli se ________ tikar getah di kedai Ah Hok.


bentuk ( ) helai ( ) gulung ( )

(ii) Mak Leha menggunakan beberapa _________ serai untuk


memasak ayam rendang itu.
batang ( ) biji ( ) rumpun ( )

( 2 markah )

b) Garisi perkataan berimbuhan yang betul.

1. Adik ( tertidur / bertidur ) di atas riba ibu.

2. Puan Mariam ( terjual / menjual ) kuih di kantin sekolah.

3. Mereka ( bermain / memain ) bola di padang yang luas.

4. Ah Meng ( membantu / dibantu ) ayahnya di kedai.

5. Pak Kassim ( mengambil / memungut ) durian yang gugur.

( 5 markah )

6
NAMA PENUH : ……………………………………………………………………………………………………………………
KELAS : …………………………………….. TARIKH :…………………………………..

Soalan 22
Padankan perumpamaan dengan maksud yang betul.

Seperti katak di Cepat dan cekap


bawah tempurung

Seperti lipas Tolong-menolong antara


kudung satu sama lain.

Seperti cacing Orang yang cetek


kepanasan pengetahuannya mengenai
hal dunia luar.
Bagai aur dengan
tebing Tiada upaya lagi hanya
berserah kepada nasib.
Bagai laying-layang
terputus tali Tidak diam atau tenang,
selalu gelisah.

(5 markah )

Soalan 23
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong
dalam petikan yang diberi.

lalu kecuali dan untuk

Semua murid kelas saya aktif bersukan. Nasir suka bermain bola

(a)_____________badminton. Gunalan pula berlari dengan pantas

(b)_____________ dinobatkan sebagai juara dalam acara pecut 100

meter. Setiap hari, kami berlatih di padang (c)_________________

hari Ahad. Kami gigih berusaha (d)__________mencapai kejayaan.

7
NAMA PENUH : ……………………………………………………………………………………………………………………
KELAS : …………………………………….. TARIKH :…………………………………..

( 4 markah )

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Aktiviti berbasikal banyak kebaikannya. Kita akan sihat jika sering

berbasikal. Oleh itu, orang ramai digalakkan berbasikal.

Selain itu, kita dapat menjimatkan wang apabila menggunakan

basikal kerana basikal tidak memerlukan petrol.

Basikal juga tidak mengeluarkan asap. Oleh itu, pencemaran

udara tidak berlaku jika kita menggunakan basikal. Hidup kita akan

lebih sihat kerana kualiti udara semakin baik.

a. Apakah kebaikan berbasikal?


___________________________________________________________

___________________________________________________________

( 2 markah )

b. Bagaimanakah penggunaan basikal menjimatkan wang?


_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

( 2 markah )

c. Adakah pencemaran udara berlaku jika kita menggunakan

basikal?

8
NAMA PENUH : ……………………………………………………………………………………………………………………
KELAS : …………………………………….. TARIKH :…………………………………..
___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

( 3 markah )

Soalan 25

Teliti jadual di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang


berikutnya.

Pilihan Pembeli Bijak Pilihan Pembeli Bijak


Kedai Alat Tulis Pasar Mini
Alat tulis Harga seunit Alat tulis Harga seunit
 Pembaris RM 0.50  Pembaris RM 0.80
 Buku tulis RM 1.60  Buku Tulis RM 2.40
 Buku lukisan RM 2.00  Buku lukisan RM 2.20
 Pemadam RM 0.40  Pemadam RM 0.40
 Bekas pensel RM 2.50  Bekas pensel RM 3.00
 Kertas warna RM 0.30  Kertas warna RM 0.50

(a) Nyatakan tiga jenis alat tulis yang dijual di Kedai Alat Tulis.

___________________________________________________

(2 markah)

(b) Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi


pernyataan yang salah.

(i) Harga bekas pensel di Pasar Mini ialah RM3.00 ( )

(ii) Harga Buku Lukisan di Kedai Alat Tulis ialah 2.50 ( )

(2 markah)

(c) Jika kamu seorang pembeli yang bijak, di manakah kamu akan
membeli alat tulis? Mengapa?

9
NAMA PENUH : ……………………………………………………………………………………………………………………
KELAS : …………………………………….. TARIKH :…………………………………..
___________________________________________________

___________________________________________________

(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai