Anda di halaman 1dari 1

PERMAINAN ATAU AKTIVITI DALAM BSMM

Aktiviti atau permainan yang menarik hendaklah diadakan dalam setiap


perjumpaan atau perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM). Dengan ini
barulah ahli BSMM dapat bersukaria serta menambahkan kecekapan dan pengetahuan
mereka dalam aktiviti-aktiviti itu. Jangan mengadakan aktiviti yang serupa setiap kali
perjumpaan kerana ini akan membosankan ahli apabila diulang selalu.

Sekiranya aktiviti itu memerlukan alatan, eloklah disediakan sebelum sesuatu


perjumpaan atau perkhemahan. Keselamatan unit adalah penting dalam setiap aktiviti
dan pastikan mereka mematuhi seluruh peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti
itu.

Aktiviti terbahagi kepada dua jenis:-


a) Aktiviti Dalam
b) Aktiviti Luar

AKTIVITI DALAM
Diadakan di dalam bilik yang sesuai.

1. Lakonan Bisu
Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerakerja yang perlu
dilakukan oleh BSMM)
Satu kumpulan menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu
kertas. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan
kumpulannya dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan.

2. Simpulan
Alatan: tali, bangku.
BSMM dikehendaki membuat simpulan yang ditetapkan. Misalnya, ketua
kumpulan memulakan simpulan dengan Simpul Belit di bangku, kemudian
disambung dengan Buku Sila, Bunga Geti, Bunga Geti Berganda, Simpul Pengail,
Simpul Lapan Berganda dan diakhiri dengan Simpul Tindih Kasih. Aktiviti ini
boleh diubah suai mengikut kreativiti/kebolehan masing-masing.
BSMM disuruh menutup mata mereka dengan skaf dan apabila satu nama
simpulan diberi, mereka dikehendaki membuatnya dengan pantas dan apabila
sudah siap, angkat tangan dan tunjukkan simpulan tersebut. Markah diberikan
kepada yang betul.

Anda mungkin juga menyukai