Anda di halaman 1dari 19

PENDIDIKAN MORAL

Teori dan Sistem Nilai


Bab 2
Kemoralan Sosial
 Manusia hidup berkelompok, maka soal kemoralan
sosial menjadi teras dalam kehidupan. Moral
sekular menekankan perlunya kemoralan sosial
untuk menjamin manusia terus hidup dalam
keadaan harmoni dan selamat.
 Manusia terpaksa hidup bermasyarakat untuk
memenuhi keperluan, kehendak dan
keinginannya bagi menjamin kelangsungan
hidup (survival).
 Kemoralan sosial berkait rapat dengan peraturan
masyarakat yang terdiri daripada tatahukum,
tatasusila atau tatatertib masyarakat.
samb
 Peraturan masyarakat biasanya menyerupai
tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai
dan pantang larang.
 Kesemua ini menjaga kerukunan sosial.
 Setiap kaum di negara ini mempunyai adat
resam dan pantang larang bagi menjamin
keutuhan dan keharmonian sesebuah
masyarakat.
samb
 Kemoralan sosial biasanya mendapat
sokongan kuat ahli-ahli sosiologi moral
bahawa adalah menjadi tanggungjawab
setiap individu untuk mematuhi
pemerintah sebagai autoriti moral (rujuk
tulisan Thomas Hobbes dalam Leviathan).
Definisi Durkheim
 Emile Durkheim (1961) mengatakan bahawa etika terdiri
daripada suatu sistem peraturan yang ditetapkan terdahulu
tentang bagaimana seseorang harus bertindak dalam sesuatu
situasi.
 Peraturan moral lazimnya menentukan setiap tingkah laku dan
etika boleh menyekat tindakan seseorang.
 Durkheim (1961) juga menitikberatkan "disiplin" dan
"perasaan masyarakat penyayang".
 Satu lagi unsur kemoralan sosial ialah pemahaman individu
tentang "order sosial" dan kerelaan mematuhinya.
Kelemahan kemoralan sosial
 Bersifat relatif
Semua masyarakat mempunyai peraturan moral
masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat
boleh bertentangan dengan yang lain.
 Kerelatifan Budaya (Cultural relativism)
Boleh membawa kepada ketegangan dan konflik
sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif
mempertahan peraturan moral masing-masing.
Samb.
 Terlalu ketat dan tidak fleksibel
Kesukaran menyesuaikan peraturan
masyarakat dengan situasi baru dan semasa.
Peraturan konservatif dan mutlak tidak dapat
membantu dan membimbing seseorang
menghadapi semua dilema moral baru. Masa
dan keadaan sentiasa berubah.
samb
 Jenayah
Sekatan (peraturan) yang berasaskan apa
yang diizinkan oleh pihak berkuasa dalam
masyarakat akan hilang kuasanya jika
seseorang itu dapat menyembunyikan
perbuatannya (jenayah) yang melanggar
peraturan masyarakat.
Keperibadian Mulia
 Teori ini berkait rapat dengan "kaedah sikap baik"
dan sifat-sifat seorang insan moral.
 Persoalan yang ditekankan ialah "Apakah yang patut
saya jadi?" dan bukan "Apakah yang patut saya
lakukan?" Konsep keperibadian mulia bermula
dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan
salah seorang pelopornya ialah Aristotle.
 Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik
atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis
keperibadian mulia:
I. Keperibadian mulia intelektual
II. Keperibadian mulia moral
Definisi Aristotle
 Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau
keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat
taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat
intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru.

 Keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu


secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan
dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian
mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sfat ini tidak
dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan,
tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu
kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan
Konsep Min
 Keperibadian mulia merangkumi Sifat
Kesederhanaan (Jalan Tengah) seperti:
Keberanian Kejujuran

Kesederhanaan Kecerdasan

Sifat murah hati kesaksamaan

Sifat rendah hati Keadilan

Kemesraan Kebanggaan
samb
 Sifat keperibadian mulia merupakan suatu
min (kesederhanaan) di antara dua ekstrim,
iaitu kelebihan dan kekurangan. Kedua-dua
ekstrim adalah buruk. Sebagai contoh:
Sifat Lebihan Min (sifat) Kekurangan
(sifat) (sifat)

1. Keyakinan Terburu Berani Takut


nafsu

2. Keseronokan Kelakuan Sopan Tidak peka


tidak sopan

3. Malu Segan Rendah hati Tidak rasa


malu
Kritikan
Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan seperti:

 Tanggapan Aristotle bahawa keperibadian mulia itu bukan


sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan yang percaya
kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan,
seperti para nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia
secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan
 Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh menerusi
pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang
mempunyai sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka
meniru atau mengikut teladan.
Samb.
 Doktrin "min" atau "jalan tengah" tidak mempunyai
tenaga menasihati atau kekuatan praktikal.
Bertindak mengikut jalan tengah akhirnya akan
bermaksud "bertindak sepertimana anda harus
bertindak". Oleh itu, doktrin "kesederhanaan"
sebenarnya tidak memberi bimbingan dan nasihat
yang berguna kerana tidak jelas apa yang dianggap
cara atau tindakan yang "patut" atau "sederhana"
itu. Contohnya, tindakan Mother Teresa dan
Gandhi boleh dianggap ekstrem tetapi adakah
mereka tidak bermoral
Ciri-ciri keperibadian mulia
Seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya
mempunyai ciri-ciri berikut:
 Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh
dipersoalkan
 Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai
 Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan
dan mengelakkan keburukan
 Berpegang kepada prinsip
 Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan
 Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap
kesusahan dan kesengsaraan
BAIK BURUK

Kebaikan Kelemahan
Mewujudkan insan yang Kurang pasti sama ada sifat-
mempunyai sifat-sifat baik sifat mulia wujud secara
dan terpuji seperti kejujuran, semula jadi atau mesti
baik hati, amanah dan lain-lain dipelajari melalui
pengalaman
Menyatukan taakulan dan Siapakah orang yang
emosi serta mengelakkan berperibadi mulia?
berlakunya gejala sosial
yang tidak sihat
Menekankan kesederhanaan Kesederhanaan boleh disalah
sikap, tingkah laku dan sifat- tafsir sebagai kelemahan dan
sifat lain serta melahirkan ketidakprihatinan
masyarakat yang harmoni
dan sejahtera
Kajian kes
 Sebagai seorang pengurus bank, anda
memerlukan kerjasama daripada staf anda
untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan
di kaunter bank anda. Apakah keperibadian
mulia yang anda harap dapat diperoleh
daripada staf anda ? Senaraikan
keperibadian mulia tersebut.

Anda mungkin juga menyukai