Anda di halaman 1dari 1

JELASKAN TENTANG PERANAN AGAMA DI MALAYSIA.

Malaysia merupakan negara yang memiliki masyarakat yang berbilang kaum dan
agama. Keunikan bagi negara Malaysia adalah sikap kesatu paduan masyarakat dalam
kepelbagaian dengan mengekalkan keadaan aman dan harmoni. Beberapa nilai universal
dalam pendidikan Moral menjadi unsur penyatuan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Antaranya, nilai kepercayaan kepada Tuhan merupakan nilai universal yang paling
utama bagi penyatuan dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap
agama akan mengajarkan penganutnya bahawa kita wajib percaya terhadap kewujudan
Tuhan dan Tuhan memerhatikan segala perbuatan kita. Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai
pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama mahupun
kepercayaan masing-masing adalah selaras dengan prinsip Rukun Negara. Oleh hal yang
demikian, pengamalan nilai kepercayaan kepada Tuhan dapat mendorong masyarakat untuk
hidup harmoni antara satu sama lain.

Seterusnya, pengamalan nilai patriotisme juga menjadi unsur penyatuan dalam


kalangan masyarakat. Nilai ini merujuk kepada sikap bangga dan taat setia kepada raja dan
negara. Sebagai rakyat Malaysia, rakyat boleh menunjukkan perasaan bangga mereka
dengan membeli belah barangan buatan Malaysia dan sentiasa memberi sokongan terhadap
pengeluaran barangan Malaysia. Hal ini akan dianggap sebagai sokongan kepada negara
bagi menghasilkan barangan yang lebih berkualiti bagi kegunaan rakyat serta meningkatkan
ekonomi negara dengan mengeksport barangan tersebut ke luar negara juga. Pada masa
yang sama, rakyat juga boleh menunjukkan taat setia mereka terhadap raja dan negara
dengan mengamalkan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dengan disiplin.

Sementara itu, nilai toleransi juga dapat menyatukan kalangan masyarakat. Nilai ini
membawa erti bahawa kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Sikap tolak ansur adalah kunci penting bagi menjalinkan hubungan silaturahim yang baik dan
juga untuk hidup dengan bersatu padu dalam kalangan masyarakat yang berlainan kaum dan
agama. Contohnya, memahami, menerima serta menghormati adat dan kepercayaan etnik
lain. Berkunjung rumah kawan yang berlainan agama semasa hari perayaan merupakan asas
bagi membentuk nilai toleransi dalam diri kita.

Kesimpulannya, nilai-nilai universal yang dinyatakan di atas merupakan unsur


penyatuan masyarakat yang sesuai. Rakyat perlu mengamalkan nilai-nilai ini supaya dapat
hidup bersama dengan aman.

Anda mungkin juga menyukai