Anda di halaman 1dari 2

Tutorial-10/9/2021

Tokoh keluarga adalah seperti ayah, ibu, datuk, nenek, abang, kakak, pakcik, makcik
dan sebagainya. Siapakah tokoh keluarga anda yang banyak membantu dalam
kemajuan diri anda dan menjadi suri teladan kepada anda. Bincangkan.

Tokok keluarga yang banyak membantu saya dalam kemajuan diri mahupun menjadi suruh
teladan kepada saya adalah ibu, bapa dan abang saya.

 Sumbangan bapa terhadap kemajuan diri dan menjadi teladan kepada saya adalah
seperti berikut:
 Bapa saya menjadi suri teladan kepada saya melalui cara beliau melakukan
bertingkah laku yang menjadi aspirasi kepada saya untuk menjadi insan
bermoral seperti beliau.
 Hal ini demikian, beliau selalu berusaha keras dan peka akan amanah dan
tanggungjawab serta intergriti, beliau sebagai pekerja pemandu lori akan
bangun awal pada pukul 4 pagi untuk membuat persiapan pekerjaan. Ayah
saya merupakan orang yang sangat tepati waktu kerana beliau bertugas
untuk menghantar ais batu kepada setiap kedai, sebelum peniaga mula
berniaga. Walaupun, pekerjaan ini tidak disukai oleh orang ramai kerana
kerja ini memerlukan kesabaran, kekuatan mental dan fizikal untuk
menghadapi cabaran pada setia hari. Ayah saya masih tabah melakukan
pekerjaan ini walaupun beliau sedar diri beliau selalu tidak selamat lebih-lebih
lagi pada waktu covid-19 ini.
 Ayah saya sedar diri beliau tidak sihat sejak tahun 2014 kerana pada waktu
itu ayah saya menghadapi serangan strok yang pertama dan sejak itu kami
sekeluarga menghadapi pelbagai masalah kerana kami sekeluarga tiada
sumber pendapatan lebih-lebih lagi emak saya suri rumah. Pada waktu itu,
ayah saya selalu berusaha kuat untuk cuba jalan seperti biasa. Bagi saya,
langkah pertama beliau yang berpikiran untuk cuba lawan penyakit beliau
merupakan tingkah laku yang paling menginspirasikan saya. Dari 2014, saya
berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Saya selalu
fokus semasa kelas dan cuba mendapatkan serta memperbaiki kelemahan
diri saya. Saya berusaha mendapatkan keputusan yang baik dalam
peperiksaan.
 Sehingga kini ayah saya tidak pernah berputus asa dan menyerah kalah
dengan cabaran kehidupan beliau. Ayah saya sudah cukup untuk dijadikan
sebagai idola kepada diri saya untuk berjaya dalam kehidupan.
 Ibu saya merupakan antara penyumbang yang paling penting dalam kemajuan diri
saya dan malah menjadi suri teladan kepada saya.
 Hal ini demikian, ibu saya selalu menanyakan sama ada saya dalam keadaan
baik atau tidak. Semestinya naluri ibu lebih kuat, sekiranya saya menghadapi
stress atau mengurung diri, ibu saya akan meluangkan masa bersama saya
dan memberi sokongan moral kepada saya. Bagi saya, hujah ibu saya selalu
mengubati hati saya dan akan mendapat kembali keyakinan diri untuk
mencuba semula sesuatu perkara.
 Bagi saya ibu sayalah paling penyayang dalam dunia ini. Sebab, beliau selalu
hadir semasa saya menyertai pertandingan larian seperti larian merentas
desa, larian 400meter dan banyak lagi. Ibu saya akan selalu beri tunjuk ajar
dan kata- kata semangat supaya saya tidak putus harapan dan berhenti
berlari. Bagi, saya kehadiran beliau semasa saya menyertai sesuatu
pertandingan sudah cukup memadai untuk meningkatkan keyakinan diri
dalam diri saya agar saya dapat usaha sehingga saya mampu untuk berjaya
dalam pertandingan yang saya sertai.
 Apabila saya membuat tugasan-tugasan kerja kursus tanpa berhenti, beliau
akan menuangkan air untuk diri saya dan menasihati buat perlahan-lahan
mesti boleh habiskan. Sebagai seorang anak, apakah lagi saya perlukan?
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibu saya sudah mencukupi untuk diri
saya untuk mengembalikan semula keyakinan, memperbaiki kelemahan diri
saya dan saya bertanggungjawan untuk membanggakan kedua-dua ibu bapa
saya.
Seharusnya, saya perlu fokus dalam mempelajaran untuk berjaya dalam
kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai