Anda di halaman 1dari 5

KONSEP ASAS NILAI

DEFINISI , FUNGSI NILAI DAN


JENIS-JENIS NILAI

DEFINISI NILAI
Menurut kamus nilai dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara boleh
dilihat dari segi harga yang boleh dikira dengan aritmetik dan kualiti intrinsik.
Huraian tokoh-tokoh :
George Lundberg semua objek mempunyai nilai dan manusia
bertindak terhadap objek itu supaya dapat mengekalnya atau
menambah hak kepunyaan individu.
Robert Part sebarang objek yang mulia dihargai maka ia bernilai.
Howard Becker sebarang objek yang digunakan untuk sebarang
keperluan.
Stuart C. Dodd suatu tekanan keperluan atau sebarang objek yang
dikehendaki atau dipilih oleh orang dalam suatu masa yang sama.
Clyde Kluckhon satu konsep nyata atau tersirat yang dapat
membezakan seseorang individu atau ciri-ciri kumpulan dari segi
perkara yang diingini.
Philip E. Jacob piawai norma masyarakat yang dipengaruhi oleh
perikemanusiaan.
Maka, nilai dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau piawai norma yang ada
dalam pertalian antara benda (objek), fikiran (keinginan) dan pemikiran.
Pemilihan nilai-nilai adalah penting bagi proses pembangunan.
Penghasilan nilai-nilai akan mengakibatkan pihak lain mengecap kita sebagai
masyarakat membangun yang tidak bermoral.
Penerapan nilai-nilai murni ini haruslah bersifat menyeluruh dan melibatkan
setiap orang kerana tingkahlaku / nilai individu mencerminkan nilai
keseluruhan rakyat Malaysia

LATAR BELAKANG
SIFAT MANUSIA
Memerlukan peraturan dan peradaban dalam menyusun dan mengatur
kehidupan.
KEDUDUKAN ETHICS AND MORALITY
Bukan suatu pilihan tetapi kewajipan dalam setiap aspek kehidupan
manusia.

TUJUAN NILAI
Menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci dalam Islam.
Menghormati kebaikan dan membenci keburukan.
Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
Melatih diri dengan disiplin.
Menjalankan amanah dengan dedikasi

FUNGSI NILAI
Sebagai piawai yang konsisten dalam tindakan manusia.
Sebagai panduan menyelesaikan konflik moral manusia.
Sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat.

KEPENTINGAN NILAI

Pembangunan seimbang.
Mengekal tamadun manusia.
Mengekalkan keamanan.
Menyempurnakan peribadi manusia.
Menterjemahkan sikap positif individu.
Menghalang kejahatan.
Menepati fitrah kehidupan manusia.
Menggalakan fitrah.
SUMBER-SUMBER NILAI
Agama
Budaya
Pendidikan
Keluarga
Masyarakat
Persekitaran

NILAI DAN ETIKA DARIPADA PANDANGAN BARAT
Menidakkan spiritual atau ketuhanan untuk mencapai kebahagiaan.
Gerakan hedonisme apa-apa saja yang memberi keseronokkan atau
kebahagiaan fizikal adalah nilai-nilai baik.

NILAI DARIPADA
PANDANGAN ISLAM
Tidak memisahkan nilai-nilai spiritual dan fizikal.
Etika dalam Islam merupakan peraturan / ketetapan yang ditentukan oleh
Allah melalui al-Quran dan al-Sunnah untuk diamalkan.
JENIS NILAI
Nilai Instrumental (ekstrinsik)
Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu
matlamat.
Contoh : hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah
adalah untuk menghapuskan perbuatan mengedar dadah kepada
rakyat di negara kita.
Nilai Intrinsik
Kualiti yang diterima atau ditolak tidak bergantung pada nilai lain.
Nilai dalaman diri seseorang.

Nilai Subjektif
Kualiti yang diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang
individu.
Kes Israel menceroboh Palestin dan Lubnan dilihat baik oleh Amerika
dan sekutunya tetapi dilihat jahat oleh golongan lain.
Nilai Objektif
Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan
peribadi.
Contohnya menjadikan orang awam sebagai perisai manusia dalam
peperangan adalah satu kezaliman.
Nilai Relatif
Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat.
Contohnya bersenam adalah amalan hidup sihat.
Nilai Mutlak
Nilai yang tidak dapat dipertikaikan lagi.
Nilai yang berkaitan dengan kepercayaan atau agama seseorang.
Contoh membunuh diri adalah haram di sisi Islam.

NILAI MASYARAKAT SEKARANG
Kurangnya sikap hormat-menghormati
Kurangnya amalan bergotong-royong
Kurangnya amalan ziarah-menziarahi
Kurangnya amalan bertegur-sapa
Kurangnya amalan bertolak-ansur di jalan raya
Kurangnya amalan menjaga kebersihan
Mahalnya nilai sebuah senyuman

Anda mungkin juga menyukai