Anda di halaman 1dari 23

PENDIDIKAN MORAL

MPW1153

Pengenalan kepada
Pendidikan Moral di
Malaysia
Kepentinga
n
Pendidikan
Moral

Konsep
Asas Etika

OBJEKTIF
Memahami konsep asas pendidikan
moral.
Memberi perbezaan antara etika dan
moral.
Mengenalpasti kepentingan moral,
etika dan akhlak dalam kehidupan.

Pendidikan Moral
Pendidikan Moral ialah satu program
yang mendidik pelajar supaya
menjadi insan yang bermoral dan
berakhlak mulia.
Dengan mendalami ilmu ini, pelajar
dapat mengamalkan nilai-nilai moral
dalam kehidupan seharian.

Pendidikan ini membolehkan mereka


menjadi individu yang
bertanggungjawab moral dan
sosial terhadap segala
keputusan dan tindakan yang
dilakukan.

KEPENTINGAN
Mengamalkan nilai-nilai murni.
Cinta dan setia kepada negara.
Menjunjung tinggi perlembagaan dan
kedaulatan undang-undang.
Bersopan dan bersusila.
Mengetahui dan melaksanakan
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Amalan berbudi bahasa.

KONSEP ASAS
ETIKA
Etika

Moral

Akhlak

Apakah Etika?

ISTILAH ETIKA
Asal dari perkataan Yunani
iaituethosbermaksud hukum, adat
resam, kebiasaan dan budi pekerti.
Frankena (1973), etika merupakan
falsafah moral atau pemikiran
falsafah tentang kemoralan, masalah
moral atau pertimbangan moral.

MORAL
Asal dari Bahasa Latin iaitumoresyang ditakrifkan sebagai
kesusilaan, adab, sopan santun dan tradisi.
Kamus Oxfort Advance Learners. Edisi Keenam menyatakan
moral sebagai kesedaran tentang tingkah laku betul dan
salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan.
Moralterdiridaripadaperaturan komuniti dan sifat peribadi
mulia.Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan
masyarakat sekeliling. Sifat peribadi yang bermoral amat
menguntungkan diri sendiri dan juga masyarakat. Oleh itu,
insan bermoral ialah insan yang mempunyai keseimbangan
dari segi keperibadian mulia dan mematuhi peraturan moral.

PERBEZAAN ANTARA MORAL


DAN ETIKA
MORAL

ETIKA

-Bersifat praktikal

-Bersifat teoritikal

-Disiplin yang memberitahu


apakah sistem moral yang
dihayati oleh sesuatu
masyarakat.

- Mengkaji, menganalisis dan


mengkritik sistem moral.

-Bahan yang dikaji oleh etika.

- Ilmu yang mengkaji moral.

Kesimpulannya, moral adalah sebahagian daripada etika

AKHLAK
Bahasa - akhlak berasal daripada
perkataan arab khuluq yang
bermaksud budi pekerti.
Istilah - akhlak merujuk kepada
tingkah laku, tutur kata, penampilan
diri berlandaskan kepada ajaran
agama.

JENIS-JENIS MORAL

Nilai
Nilai
Nilai
Nilai
Nilai
Nilai

Instrumental
Intrinsik
Subjektif
Objektif
Relatif
Mutlak

Nilai Instrumental
(ekstrinsik)
Kualiti yang diterima atau ditolak
sebagai alat mencapai sesuatu
matlamat.
Contoh : hukuman gantung sampai mati
kepada pengedar dadah adalah untuk
menghapuskan perbuatan mengedar
dadah kepada rakyat di negara kita.

Nilai Intrinsik
Kualiti yang diterima atau ditolak yang tidak
bergantung pada nilai lain.
Nilai dalaman diri seseorang.

Nilai Subjektif
Kualiti yang diterima atau ditolak mengikut
pandangan seseorang individu.
Berdasarkan kepada keinginan, minat dan
harapan individu terhadap sesuatu perkara
Kes Israel menceroboh Palestin dan Lubnan
dilihat baik oleh Amerika dan sekutunya tetapi
dinilai jahat oleh golongan lain.

Nilai Objektif
Nilai yang bebas daripada pilihan peribadi.
Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan
pengalaman dalaman yang dipersetujui oleh
kebanyakan orang.
Contohnya : penderaan haiwan dianggap
perbuatan yang zalim oleh kebanyakan orang.

Nilai Relatif
Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan
peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat
masyarakat.
Tidak tetap, berbeza mengikut perbezaan
masyarakat dan boleh berubah mengikut masa.
Contohnya : hubungan seks sebelum nikah dianggap
berdosa besar dalam Islam tetapi tidak di barat.

Nilai Mutlak
Nilai yang tidak dapat dipertikaikan lagi.
Nilai yang berkaitan dengan kepercayaan atau
agama seseorang.
Nilai yang kekal sepanjang masa dan juga di semua
tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma
masyarakat.
Contoh : membunuh diri adalah salah disisi agama.

KEPENTINGAN NILAI MORAL


Menepati fitrah
Menghalang kejahatan
Mewujudkan dan mengekalkan
keamanan
Menyempurnakan peribadi manusia
Mengekalkan status manusia.

KESIMPULAN
Pendidikan moral merupakan mata pelajaran yang menekankan
aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Tumpuan khusus akan diberikan kepada pemupukan, penghayatan
dan amalan nilai murni yang terdapat dalam agama, tradisi dan
adat resam pelbagai kaum di Malaysia,
Sejajar dengan nilai murni sarwajagat. Pemupukan dan
penghayatan nilai-nilai ini akan menyumbang kearah pembentukan
insan yang mulia dan bertanggung jawab selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara.
Masyarakat yang berilmu, bertatasusila, berbudi dan penyayang
akan memenuhi hasrat negara bagi mewujudkan masyarakat yang
aman dan kondusif.

LATIHAN
Huraikan konsep etika, moral dan
akhlak mengikut pemahaman anda.
Sertakan satu contoh bagi setiap
konsep tersebut.
Terangkan nilai-nilai moral yang telah
anda pelajari dan berikan contoh
yang sesuai bagi setiap nilai-nilai
tersebut.
Maksimum 3 muka surat bertaip.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai