Anda di halaman 1dari 10

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Nama Pelajar SHAARMINI A/P ARUMUGAM

Angka Giliran 201916234070

No Kad Pengenalan 00625-10-0678

Kumpulan / Unit 2 PISMP RBT1

Kod & Nama Kursus RBTS 3052(SENI DALAM PENDIDIKAN)

Nama Pensyarah EN.SHARIFF BIN SALEHUADDIN

Tarikh Hantar 9 APRIL 2020

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh


pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
BIODATA DIRI

NAMA : SHAARMINI A/P ARUMUGAM


NO. KAD PENGENALAN : 000625-10-0678
KUMPULAN/UNIT : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SK)
KURSUS/ SEMESTER : PISMP- SEMESTER 2

AMBILAN : JUN 2019

ALAMAT E-MEL : shaarmini25@gmail.com

ALAMAT RUMAH : NO 35, JLN INDAH 3, TAMAN DESAINDAH,

NILAI, NEGERI SEMBILAN.

NO. TELEFON : 017-2307224


PENGHARGAAN

Syukur kepada tuhan kerana telah mengurniakan saya kekuatan, kesihatan dan masa untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus ini seperti yang dikehendaki dan dalam masa yang
ditetapkan.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
iaitu En Shariff bin Salehuaddin atas segala panduan dan penerangan yang teliti telah
diberikan oleh beliau supaya saya dapat menjalankan tugasan projek ini dengan baik dan
sempurna. Dengan adanya penerangan yang jelas dan teliti, saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan lebih baik.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana
mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya semasa menjalankan
tugasan ini. Saya sangat menghargai sokongan dan dorongan yang diberikan itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberi kerjasama dan nasihat semasa membuat tugasan ini agar saya dapat
menyiapkannya ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
atas kerjasama yang telah diberikan. Saya sangat menghargai semua kerjasama dan
dorongan yang telah diberikan dalam membantu saya menyiapkan tugasan projek ini.

Sekian, terima kasih.


SENARAI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka surat

Biodata diri i

Senarai kandungan ii

Penghargaan iii

1.0 Pengenalan 1

2.0 Kekuatan 2

3.0 Kelemahan dan cadangan penambahbaikan 3

4.0 Rumusan 4

5.0 Rujukan vi
1.0 PENGENALAN

Bagi memenuhi kehendak tugasan kursus RBTS 3052 Seni dalam Pendidikan, saya telah
berjaya menghasilkan sebuah kit persembahan yang mengaplikasikan elemen-elemen seni
visual, muzik dan pergerakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bidang RBT di
sekolah rendah. Sepanjang proses penghasilan kit tersebut, saya telah mendapat banyak
idea untuk membantu meningkatkan keberkesanan kit saya dengan merujuk kepada
pensyarah saya bagi kursus ini iaitu Encik Shariff

Syukur kepada tuhan kerana dengan izinNya saya telah menjalankan aktiviti
pembelajaran dan pengajaran mengenai amalan keselamatan dibantu oleh kit pembelajaran
The rolling cake saya. Aktiviti ini telah dijalankan didalam kelas tahun empat, subjek Reka
Bentuk dan Teknologi dengan standard kandungan agar murid dapat menyatakan peraturan
keselamatan dii, bengkel, peralatan dan bahan dan menerangkan maksud symbol dan tanda
keselamatan.

Sepanjang menjalankan aktiviti pdp menggunakan kit pembelajaran ini, saya sangat
gembira kerana semua murid dapat melakukan aktiviti menggunakan kit pembelajaran
dengan baik dan seronok. Saya juga berasa senang hati dan berpuas hati kerana proses
pdp dapat berjalan dengan lancar serta standard kandungan dan objektif pembelajaran
kelas saya dapat dicapai murid dengan mudah dan seronok.

Kit pembelajaran saya disediakan dalam bentuk bahagian kek yang telah dipotong.
Dalam setiap bahagian kek soalan mengenai amalan keselamatan telah tertera di sisi
bahagian kek. Kanak-kanak akan duduk dalam sebuah kumpulan yang besar.Saya akan
memperkenalkan kit pembelajaran saya iaitu ‘The rolling kek’ dengan menggunakan
polisterin kepada mereka. Selepas itu, sebuah bola kecil akan diberikan kepada murid-murid
yang duduk dalam kumpulan besar. Saya akan memasang lagu dan murid-murid akan
memberi bola kepada kawan sebelah sehingga lagu dihentikan. Selepas lagu dihentikan
aSaya kan memanggil pelajar yang dapat bola ke hadapan. Saya akan memutarkan kek Ini
apabila lagu happy birthday dipasangkan. Selepas habis putaran kek lagu happy birthday
pun dihentikan.Kanak-kanak harus menunggu sehingga kek tersebut habis diputar.Sebagai
langkah seterusnya, pelajar yang datang ke hadapan akan memilih bahagian kek yang
diarakan oleh petunjuk. Selepas memilih bahagian kek tersebut pelajar akan lihat soalan
yang tertera di sisi kek. Kemudian pelajar akan membaca soalan tersebut di hadapan kelas
Selepas membaca soalan, pelajar kan menulis jawapan bagi soalan tersebut menggunakan
warna krayon yang disediakan di atas kertas a3 yang disiap leminate Aktiviti ini akan diulang
sehingga semua bahagian kek sudah dipilh oleh pelajar. Akhirnya aktiviti yang dirancang

1
menggunakan kit ini dapat membantu murid untuk mencapai objektif pembelajaran malah
juga dapat mengaplikasikan ketiga-tiga seni iaitu visual pergerakan dan muzik.

2.0 KEKUATAN
 Elemen seni visual

Bagi persembahan kit, saya menghasilkan sebuah persembahan teratur yang melibatkan
elemen seni visual, pergerakan dan muzik dalam mempersembahkan kit ini. Setelah
pelaksanaan persembahan kit ini, saya menyedari bahawa kit persembahan ini berjaya
menarik perhatian para pelajar. Kit ini menggunakan warna kek dan bunga-bunga yang
berwarna –warni serta direka sebagai benda mau wujud.Aspek seni visual dalam kit tersebut
dapat memberi kesan langsung terhadap pengajaran dan pembelajaran (PNP) RBT di
sekolah rendah terutamanya murid-murid tahun 4. Dengan adanya ciri-ciri seni visual
sedemikian, kit ini mampu membuatkan para murid mahu untuk menumpukan perhatian
kerana murid-murid tahun 4 akan kurang memahami dan cepat bosan dengan bahan bantu
belajar (BBM) yang tidak menarik. Sebaliknya, kit yang kami persembah ini dapat memupuk
para murid meminati tajuk pembelajaran kerana terdapatnya kartun-kartun animasi
kegemaran mereka yang terkini.

Seterusnya, kami juga mendapati bahawa para pelajar yang terdapat dalam kelas kami
berasa ingin tahu tentang kit saya yang bernama The Rolling Cake tersebut. Mereka sering
menanyakan tentang apakah isi kandungan balang kanister tersebut. Hal ini demikian akan
menimbulkan rasa inkuiri murid-murid jika dilaksanakan di sekolah rendah kelak. Dengan ini,
murid-murid akan lebih penumpuan di kelas

 Elemen Seni Muzik

Penggunaan kit ini dilihat dapat memupuk daya minat murid-murid sekolah rendah
dalam bidang muzik semasa PNP RBT secara berkesan. Hal ini demikian kerana,apabila
guru menjalankan aktiviti passing ball dengan murid-murid bersama irama lagu maka murid-
murid menjadi lebih seronok malah menjadi aktif semasa pnp tersebut. Selain itu murid-
murid juga menjadi terlalu bersemangat semasa menuggu putaran kit pembelajaran iaitu
the rolling cake barsama irama lagu Happy birthday. Isbell & Raines (2013) menyatakan
dalam bukunya bahawa terdapat penyelidikan baru-baru ini mengatakan elemen seni muzik

2
menguatkan sistem minda seterusnya meningkatkan kognitif. Dengan itu, murid-murid
sekolah rendah akan mengingati isi pembelajaran PNP Matematik bertemakan nombor bulat
dengan lebih baik jika menggunakan kit ini.

 Elemen Seni Pergerakan

Semasa persembahan kit juga, kami dapat melihat penglibatan yang sangat aktif
para pelajar mencari jawapan bagi setiap soalan lalu mengambil warna krayon untuk
menulis jawapan di atas kertas a3 yang ditampal di atas papan putih. Seni pergerakan juga
terlibat semasa para pelajar memberi bola kepada kawan sebelah apabila mendengara
irama lagu. Dalam situasi ini mereka menggunakan segala aggota badan seperti tangan
muka semasa menyampaikan bola kepada kawan sebelah. Oleh itu, jika kit ini digunakan
dalam PNP RBT sebenar di sekolah rendah, ia dapat membantu murid-murid untuk bergiat
secara aktif dalam PNP tersebut dan para murid berupaya menzahirkan apa yang telah
dipelajarinya mengenai nombor bulat dengan menggunakan pergerakan. Rooney (2004)
bersetuju bahawa murid-murid yang bergiat aktif dalam seni berupaya mengungkapkan
buah fikiran dan pandangan mereka berbanding rakan sebaya mereka yang kurang bergiat
dalam seni.

3.0 KELEMAHAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Dari segi kelemahan pula, terdapat murid yang tidak mampu memberi jawapan yang
betul kepada soalan yang tertera di sisi bahagian kek. Hal ini kerana, murid mungkin tidak
memberi focus yang penuh semasa menjalankan pdp sebelum tentang tajuk amalan
keselamatan malah mempunyai daya ingatan yang singkat menyebabkan murid sudah lupa
akan apa yang dibaca. Oleh sebab itu, saya boleh menyediakan gambar atau video di awal
kelas sebagai peneguhan kepada murid-murid untuk kekal ingat nama-nama dan fungsi
alatan jahitan (Ronaldi Saleh Bin Umar (2011)). Saya juga boleh membuat sesi imbas
kembali mengenai amalan, ciri-ciri dan peraturan keselamatan.

Selain itu, semasa pelaksanaan kit pembelajaran bersama rakan saya, kawalan
kelas agak longgar dan murid kelihatan kurang jelas tentang arahan yang diberikan. Hal ini
kerana, kami hanya memberikan arahan melalui percakapan sahaja tanpa menunjukkan
demonstrasi. Sesetengah murid mempunyai gaya pembelajaran yang visual, auditori dan
kinestatik (Noriati A. Rashid (2017)). Jadi, saya sebagai guru sepatutnya boleh
mengaplikasikan beberapa elemen seni dalam pembelajaran iaitu seni visual dan seni

3
pergerakan (Ismail Saiman (2015))seperti memberikan arahan jelas seterusnya
menunjukkan demonstrasi kepada murid. Maka, semua murid akan lebih jelas akan arahan
yang diberikan dan boleh melaksanakan aktiviti menggunakan kit pembelajaran.

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, aktiviti Pdp perlulah mempunyai elemen seni dalam Pendidikan bagi
menambah baik kaedah pengajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana, elemen seni dalam
pendidikan seperti seni visual, muzik dan pergerakan memenuhi kriteria yang diperlukan
dalam kaedah pengajaran bagi kanak-kanak yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran
di dalam suatu kelas. Malah, penerapan elemen seni ini akan meningkatkan pemahaman
murid sejurus menjadikan proses penerimaan maklumat itu lebih mudah.

4
Rujukan

Afendi Anak Bajai. (2012). Mengatasi Kelemahan Menulis Huruf Terbalik Menggunakan
Buku
Garis Tiga Dan Kaedah Pengulangan Bimbingan Individu. IPG KBL. Ms 201-216.

Fadilahwati Abdul Rahman, Fattwai Mokhtar, Ronaldi Saleh & Nor Aziah Alias. (2011).
Mengatasi Masalah Disleksia Menggunakan Teknologi Pendidikan: Konferensi
Akademik Pendidikan. Universitas Pendidikan Indonesia

Faridah Nazir, Nik Dzulkefli, Samsir Alam, Azulhaimi, Noraini, Hartini, Sunizah. (2015). Seni
Dalam Pendidikan. Sasbadi Sdn Bhd

Ismail Saiman, Johar Jonid, Manan Sarbini, Mohd. Jamel Ismail, Mohd. Taslim Abd. Rahim,
Zahidi Khamis. (2015). Seni Dalam Pendidikan. Freemind Horizon.

Komala, P. Devi. (2004). Disleksia: Ramai Kanak-Kanak Tidak Kenal Huruf. Utusan
Malaysia.
m/s 17

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Herald Printers Sdn. Bhd.

Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias.
(2011). Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia: Menggunakan Animasi di dalam
Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. 2(1). 27-36
Isbell, R.T. & Raines, S.C. (2013). Creativity and the Arts with Young Children. USA:
Cengage Learning.

Rooney, R. (2004). Arts-Based Teaching and Learning Review of the Literature. Dicapai
daripada https://www.kennedy-center.org/e ducation/vsa/resources/VSAarts_Lit
_Rev5-28.pdf

Anda mungkin juga menyukai