Anda di halaman 1dari 5

Soalan Konstruk Aras Jawapan

1 Kata Ganda Penuh Tinggi D

Aiman dan Syakir dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang
pada waktu malam.
A bari-bari
B obor-obor
C sibur-sibur
D kunang-kunang
Soalan Konstruk Aras Jawapan

2 Kata Ganda Penuh Sederhana C

Pesawah itu menggunakan ________ untuk menghalau burung-burung pipit yang memakan
padi di bendangnya.
A baju-baju
B objek-objek
C orang-orang
D boneka-boneka

Soalan Konstruk Aras Jawapan

3 Kata Ganda Penuh Sederhana D

Adik Laila menangis kerana takut akan ________ yang dilihatnya sedang merangkak di atas
pagar itu.
A obor-obor
B kelip-kelip
C jentik-jentik
D sumpah-sumpah
Soalan Konstruk Aras Jawapan

4 Kata Ganda Penuh Rendah D

Cik Sakinah memakai sepasang __________ emas yang dihiasi batu delima semasa majlis
pertunangannya pada hari itu.

A jari-jari
B kisi-kisi
C langit-langit
D anting-anting

Soalan Konstruk Aras Jawapan

5 Kata Ganda Penuh Sederhana A

Danial memeluk pinggang ayahnya ___________ ketika membonceng motosikal semasa


hendak ke sekolah pada pagi itu.

A erat-erat
B diam-diam
C ketat-ketat
D benar-benar
Soalan Konstruk Aras Jawapan

6 Kata Ganda Penuh Sederhana B

Kapal itu kelihatan ____________ di tengah laut

A sayup-sayup
B samar-samar
C nyaris-nyaris
D terang-terang

Soalan Konstruk Aras Jawapan

7 Kata Ganda Penuh Sederhana C

Atiqah akan memikirkan perkara itu ____________ sebelum mengambil sebarang


keputusan.

A ketat-ketat
B hidup-hidup
C masak-masak
D mentah-mentah
Soalan Konstruk Aras Jawapan

8 Kata Ganda Penuh Sederhana C

Permintaan kakak untuk melanjutkan pengajiannya ke luar negara telah ditolak


____________ oleh ayah.

A betul-betul
B masak-masak
C mentah-mentah
D cukup-cukup

Soalan Konstruk Aras Jawapan

9 Kata Ganda Penuh Sederhana A

Ada _____________ menyatakan bahawa Cikgu Fitriah akan berpindah ke sekolah lain
pada bulan depan.

A ura-ura
B oleh-oleh
C mata-mata
D angan-angan

Anda mungkin juga menyukai