Anda di halaman 1dari 18

POLITIK DAN

AGAMA MENGIKUT
PERSPEKTIF ISLAM

GPI1083 PENDIDIKAN ISLAM


MUQADDIMAH
 Kemunculan teori pemisahan politik daripada agama
dalam masyarakat Islam adalah perkara yang
terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar. Mereka
yang menimbulkan perkara ini sebenarnya bertujuan
mewujudkan fenomena menghalang kebangkitan
semula "Negara Kuasa Besar Islam", yang berjaya
membebaskan dunia dengan makna kemerdekaan yang
hakiki. Kedaulatan wilayah Islam didirikan Rasulullah
S.A.W adalah petunjuk Allah dalam ilmu politik, ia
wajib diimani dan diamal oleh masyarakat Islam, lebih
kuat lagi apabila sistem tersebut terbukti berjaya
membebaskan masyarakat Arab daripada belenggu
jahiliyyah yang sesat, zalim dan ganas.
TAKRIF POLITIK
 Perkataan politik berasal daripada bahasa
latin, seterusnya diterjemahkan dengan
perkataan yang sama dalam pelbagai bahasa
dunia, sama ada bahasa Barat atau Timur.
Makna dan maksudnya ialah mentadbir,
memerintah, memimpin dan mengendalikan
urusan.
TAKRIF POLITIK
 Dalam bahasa Arab ia disebut dengan perkataan siyasah,
daripada perkataan - sasa, yasusu, siyasatan -. Disebut
dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
“Kaum Bani Israil di zaman dahulu yang menjadi
pemimpin siyasah mereka ialah para Nabi, setiap orang
Nabi yang dimatikan diganti oleh Nabi selepasnya, tiada lagi
Nabi selepasku, akan ada para khalifah (pemimpin yang
memerintah), mereka itu ramai. Para sahabat bertanya:
apakah perintah (pesanan) Rasulullah terhadap kami?
Sabdanya: tunaikan bai’ah (ikrar taat setia) dengan
keutamaan yang pertama dan berikutnya. Berikan hak
mereka kepada mereka, sesungguhnya Allah akan menyoal
mereka berkenaan urusan kepimpinan yang diminta supaya
mereka menunaikannya.”
TAKRIF POLITIK

Perkataan siyasah tidak disebut di dalam al-
Quran, tetapi maksudnya termasuk dalam
perkara yang dinaskan secara nyata, para
ulama menegaskan ia termasuk dalam
maksud perkataan "khilafah" yang dinyatakan
al-Quran, yang menjadi salah satu daripada
tujuan manusia dicipta oleh Allah Taala.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah
ayat 30
TAKRIF POLITIK

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
khalifah di muka bumi. Mereka (Malaikat) lalu berkata; Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah)
di bumi itu mereka yang akan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman; Sesungguhnya Aku mengetahui apa
yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah:30)
PANDANGAN ULAMA TENTANG POLITIK

 Para ulama seperti al-Mawardi di dalam kitabnya Al-


Ahkam al-Sultaniyyah, Ibn Khaldun di dalam kitabnya
Al-Muqaddimah, Abu Ya'la dalam kitabnya Al-Ahkam
al-Sultaniyyah, mereka masing-masing meletakkan
siyasah (politik) dalam kewajipan Khilafah dan
Imamah :

“Tugas imamah (kepimpinan negara) itu diwujudkan


bagi melaksanakan kewajipan khilafah yang pernah
dilakukan oleh kenabian bagi memelihara agama dan
siyasah (politik) mentadbir urusan keduniaan. Bagi
melaksanakannya, hukumnya wajib dengan
Ijma’(para ulama).”
PANDANGAN ULAMA TENTANG POLITIK

 Urusan politik termasuk dalam perkara ilmu feqah dengan bab


dan fasal serta furu’nya. Ada juga kalangan ulama menulis
secara khusus dengan nama imamah, atau ahkam sultaniyyah
atau siyasah syar’iyyah. Kesemua aspek ini tidak boleh
dipisahkan di antara satu sama lain. Ibnu Ato'illah as-Sakandari
menyebut dalam mukadimah kitab al-Hikam (kitab yang terkenal
dalam ilmu tasawwuf), menaqalkan kata-kata Imam Malik :

“Sesiapa yang bertasawwuf dalam keadaan tidak memahami


ilmu feqah, maka sesungguhnya dia menjadi zindiq (ajaran
sesat yang menyeleweng aqidahnya) dan sesiapa yang
mendalami feqah dalam keadaan tidak mengambil kira ilmu
tasawwuf maka dia menjadi fasiq dan sesiapa yang
menghimpunkan kedua-duanya maka dia berada dalam keadaan
yang benar.”
TAKRIF AGAMA

 Perkataan agama dalam bahasa Melayu yang


berasal daripada bahasa sanskrit, yang
diterjemahkan ke dalam bahasa Barat
dengan perkataan religion. Dihuraikan
dengan makna ajaran dan kepercayaan yang
berkait dengan ketuhanan dan aspek yang
berhubung dengannya seperti ibadat dan
akhlak atau kepercayaan kepada yang maha
berkuasa dan perkara yang ada hubungan
dengannya dari segi ibadat.
TAKRIF AGAMA
 Islam bermaksud yang lebih luas daripada perkataan
agama atau "religion". Al-Quran menyatakan ia adalah
daripada maksud perkataan al-din. Firman Allah Taala :

 “Sesungguhnya agama dan cara hidup (yang diredhai) di sisi Allah


hanyalah Islam. Dan tidaklah menjadi pertelingkahan dikalangan
penganut agama kitab melainkan setelah datang kepada mereka
ilmu (yang benar daripada Allah) kerana sikap melampau
kalangan mereka, dan sesiapa yang kufur (ingkar terhadap ayat-
ayat Allah, maka sesungguhnya Allah itu sangat segera hisabnya.”
(Ali-Imran:19)
TAKRIF AGAMA

 Walaupun diterjemahkan dengan perkataan


agama, tetapi Islam memberi makna yang
lebih luas daripada perkataan agama,
mengikut bahasa yang lain kerana ajaran yang
terkandung dalam al-Quran dan diajar serta
ditunjuk cara pelaksanaan oleh Rasulullah
S.A.W merangkumi aspek yang tercakup di
dalamnya ajaran yang berhubung dengan
ketuhanan dan cara hidup yang menyeluruh
mengikut fitrah kejadian manusia. Firman
Allah dalam surah al-Rum ayat 30 :
TAKRIF AGAMA

 “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Din Allah;


(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia
menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.
(Itulah) Din yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.” (Ar-Rum:30)
TAKRIF AGAMA

 Fitrah ialah naluri atau sifat semula jadi manusia,


berjasad, ruh, ananiyyah (individualistik), madani atau
hadari (bermasyarakat dan bertamadun). Dengan sifat ini
mereka layak beribadah, berkhalifah dan beramanah.
Maka Allah menugaskan mereka dengan panduan ajaran
Allah yang dinamakan al-din yang menetapkan arahan dan
peraturan dalam semua perkara yang menjadi fitrah itu
dan mereka wajib akur secara menyerah dan tunduk yang
diringkaskan dengan perkataan Islam.

Dengan huraian tersebut menunjukkan bahawa Islam yang


di sebut Din itu lebih luas daripada takrif agama, lebih
luas daripada tafsiran agama mengikut bahasa yang lain
daripada bahasa al-Quran (bahasa Arab).
TAKRIF AGAMA ISLAM YANG SYUMUL
 Ajaran Islam itu bukan sahaja dalam perkara hubungan manusia
dengan Tuhan dalam aspek ibadah dan perkara akhlak, bahkan
menyatakan cara hubungan manusia dengan dirinya dari segi ruh dan
jasad, individu, keluarga dan masyarakat, hubungan dengan makhluk
yang lain, samada yang berkait secara langsung bagi keperluan diri
manusia atau tidak langsung, sehingga melibatkan seluruh alam
semesta, yang nyata dan ghaib serta berwawasan daripada dunia
sehingga akhirat.

Rasulullah S.A.W menghuraikannya apabila disoal oleh Malaikat Jibril


dengan tiga bahagian, iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Para ulama
menterjemahkannya dengan aqidah, syariat dan akhlak. Perkara
aqidah menjadi perbincangan ilmu usul al-din atau aqidah atau
tauhid. Perkara syariat menjadi perbincangan ilmu feqah dan perkara
akhlak menjadi perbincangan ilmu tasawwuf. Sehinggalah perkara
asas dalam tiap-tiap aspek ini menjadi fardu ‘ain yang diwajibkan ke
atas setiap penganut Islam Islam lelaki dan wanita yang mukallaf.
HUBUNGAN POLITIK DENGAN AGAMA

 Keseluruhan agama yang lain daripada Islam, samada


agama samawi yang telah diubah daripada ajaran para
Rasul atau agama ciptaan manusia sendiri atau ideologi
politik ciptaan manusia juga, menegaskan bahawa politik
tidak ada hubungan dengan agama. Dengan maksud
perkara politik tiada kaitan dengan agama dan ia
berasingan daripada agama, maka dalam urusan politik
manusia boleh mencipta dengan akal dan ilmu sendiri
tanpa bergantung kepada agama.

Adapun teori politik ciptaan manusia pula tidak ada kaitan


dengan agama dan agama tidak boleh menguasainya. Ada
juga kalangan yang mengaitkan politik dengan agama
tetapi agama tidak boleh mengatasi keputusan politik.
HUBUNGAN POLITIK DENGAN AGAMA

 Dalam masyarakat Barat yang menganut agama kristian secara jelas


mengisytiharkan pegangan mereka kepada fahaman yang dinamakan
sekularisme yang memisahkan politik daripada urusan agama, sehingga
ada negara menjadikannya prinsip perlembagaan yang dipertahankan.

Sebahagian mereka menidakkan agama dalam perlembagaan dan ada


yang mengumum agama rasmi ataupun agama negara tetapi dengan
kuasa yang terbatas. Maka lahirlah di kalangan mereka ideologi dan teori
politik yang jelas, samada mengharamkan agama secara mutlak seperti
komunisme yang didokong oleh Karl Marx dan pengikutnya, atau
membenarkan agama dianut secara bebas, tetapi politik dibebaska
daripada agama seperti yang diamalkan dalam negara liberal demokrasi.
 Apabila Barat menjadi kuasa besar dunia, maka fahaman ini
mempengaruhi masyarakat antarabangsa yang menganut berbagai
agama. Malangnya kalangan umat Islam juga terpengaruh denganya
samada secara jahil atau mencari jalan mudah untuk bebas daripada
tekanan politik globalisasi.
RENUNGAN

1. BETULKAH POLITIK ITU KOTOR ?

2. KAMU MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK


KEPENTINGAN POLITIK.
SEKIAN , TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai