Anda di halaman 1dari 18

💎 Terjemahan buku Pemikiran Politik Maulana Asyraf Ali Tanwi 💎

Karangan Mufti Taqi Usmani ✨

Oleh: Mawlana Ahmad Lutfi Muharram @ Ahmad Lutfi Abu Faqeh Hafizahullah

Kedudukan politik di dalam Islam

1- Isu pertama: Apakah kedudukan politik didalam Islam ?dan berapa besar kepentingan membangunkan
sistem politik yang betul?

"Berikan kaisar hak kaisar dan berikan tuhan hak tuhan" adalah ideologi yang sangat mahsyur didalam
agama Kristian.Maksudnya secara ringkas,tiada campurtangan agama didalam politik. Agama dan politik
masing-masing bekerja didalam lingkungannya yang khusus sahaja.Jangan melangkaui dan
campurtangan diluar bidang. Agama tidak campurtangan dalam urusan politik dan politik juga tidak
campurtangan dalam urusan agama.

2-Ideologi pemisahan agama dan politik berkembang pada zaman ini dan muncul dalam bentuk
sekularisme yang difahami sebagai sebuah ideologi yang diguna pakai secara universal.

3- Adalah sesuatu yang jelas dan nyata ,ideologi ini tiada ruang didalam agama Islam.Oleh kerana sifat
agama Islam yang syumul dan menyeluruh ,merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk urusan
politik maka meletakkan kedudukan politik sebagai tiada kaitan dengan agama terkeluar dari agama
Islam itu sendiri

4-Lantaran itu pada zaman ini ideologi kristian dan sekularisme yang batil ini telah ditolak sekeras-
kerasnya oleh ramai umat Islam dan mereka menjunjung pemikiran agama dan politik sama sekali tidak
boleh dipisahkan. Allamah Iqbal bermadah

" Agama dan politik berpisah maka yang tinggal hanyalah cangkizi"

5-Namun dek kerana terlalu kuat dan bersungguh dalam menolak ideologi sekularisme yang
memisahkan agama dan politik ,ramai pemikir Islam dan penulis terjerumus didalam kesalahan yang
begitu halus yang kalau dilihat sekali imbas hanyalah kesalahan kecil dan biasa sahaja tetapi sebenarnya
kesannnya begitu besar dan akan membawa jauh menyimpang dari landasan kebenaran.

6- Kami mahu menjelaskan kesalahan halus tersebut dengan kalimah-kalimah yang ringkas yang boleh
kami ungkapkan seperti berikut

"Dalam dorongan semangat mereka menolak sekularisme ,mereka telah menukar prinsip dari
menjadikan urusan politik itu islamik kepada menjadikan Islam itu adalah politiking. Sepatutnya
dikatakan 'Jangan pisahkan politik dari Islam' tetapi yang dicanang adalah 'Jangan pisahkan agama dari
politik'.

7- Bagi menjelaskan ungkapan ringkas diatas ,kami terangkan seperti berikut;

banyak sekali hukum-hakam berkenaan politik dan pemerintahan yang mesti dihubungkan dengan
agama Islam dan sememangnya itulah yang dituntut dalam beragama bahawa setiap individu beragama
Islam ,sepertimana didalam hukum-hukum dalam perkara-perkara lain mereka perlu berusaha sekadar
kemampuan mengamalkannya serta mengajak orang lain kepadanya begitu juga dalam bab huku-hakam
politik dan pemerintahan

8-Tanggungjawab pemimpin melaksanakan hukum Islam dan mentadbir kerajaan berdasarkan hukum
tersebut manakala kefardhuan orang awam pula adalah berusaha membangunkan kerajaan sebegini.
Sekiranya kerajaan itu sudah ada maka mereka wajib taat dan patuh kepadanya

9-Malangnya hari ini sebahagian pemikir dan penulis yang bersungguh-sungguh menyanggah
sekularisma ,terdorong dengan semangat telah melampaui batas sehingga menjadikan politik dan
pemerintahan sebagai maksud utama agama Islam,sasaran dan objektif nombor wahid,perhatian teratas
dari pengutusan para ambiya' bahkan menjadikannya sebagai tujuan utama penciptaan manusia.

10-Mereka bukan sahaja menjadikan hukum-hakam agama yang lain seperti ibadah dan sebagainya
sebagai urusan nombor dua bahkan ianya hanyalah perantaraan dan jalan untuk mencapai maksud
sebenar lagi utama iaitu politik dan kuasa

11- Keburukan pandangan ekstrim ini yang pertama sekali adalah ia akhirnya menatijahkan keseluruhan
gambaran agama dan susunan keutamaannya akan terbalik 360 darjah.Perkara yang merupakan wasilah
bertukar menjadi maksud utama .Setelah itu dalam setiap keadaan, otak dan pemikiran dibayangi
olehnya.
12- Perkara yang sebenarnya maksud hanya dianggap wasilah perantara sehingga hilang dari pandangan
mata.Maka dibawah pandangan ini akan terbentuk satu pemikiran yang melihat asal maksud kehidupan
seorang muslim adalah memulihkan sistem politik dan pemerintahan.Menyumbang tenaga dijalan ini
adalah kerja sebenar.Pengorbanan hakiki apabila berkorban untuk tujuan ini.Manusia tauladan ialah
orang yang mengenepikan semua keinginannya,siang dan malam mewakafkan diri dan masanya bagi
menjayakan maksud utama ini.

13-Bahagian-bahagian agama yang lain contohnya ketaatan,ibadah,zuhud,takwa,penyucian hati,takut


kepada Allah,kembali kepadanya dan kualiti-kualiti lain,bukan sahaja dilihat tiada sebarang keistimewaan
khusus padanya bahkan sesiapa yang menyibukkan diri dalam perkara tersebut digambarkan seolah-olah
telah terpesong dari prinsip asas agama dan tersasar jauh daripadanya.

14-Keburukan yang kedua,apabila politik dan pemerintahan dianggap sebagai maksud utama,kedudukan
hukum-hakam ibadat dan lain-lain hanyalah wasilah perantara sahaja maka kadang-kadang terpaksa
dikorbankan wasilah untuk mencapai maksud dan sekiranya ada apa-apa kemudaratan serta berlebih
kurang berlaku kepada wasilah perantara ia akan dibiarkan ,tidak diambil peduli

15-Oleh kerana itu,natijah darpada pandangan ekstrim ini tidak dapat tidak,sedar ataupun tidak
sedar,sangat berpotensi besar melahirkan pemikiran yang menyatakan bahawa sekiranya berlaku
kepincangan dalam melaksanakan hukum-hakam ibadah disebabkan menjayakan objektif politik,tidak
boleh dikutuk kerana semua itu dilakukan bagi menghasilkan maksud yang besar

16- Menganggap bahawa politik bukan hanya salah satu cabang agama tetapi maksud utamanya ,sama
seperti contohnya; berniaga dan bekerja juga salah satu cabang agama,banyak sekali hukum-hakam
agama berkaitan dengan berniaga dan bekerja bahkan kelebihan dan galakan mencari rezeki halal terlalu
banyak disebutkan didalam hadis.Sekarang ini ,kerana melihat sudut kelebihan dan galakan tesebut
seseorang berkata,maksud utama agama ialah berniaga,bekerja dan mencari rezeki halal,(kita
memahami) bahawa kenyataan ini begitu salah sekali sehingga tidak perlu didatangkan bukti dan dalil
(bagi membuktikan kesilapannya)

17- Begitulah juga dengan politik,banyak sekali hukum-hakam berkaitan politik serta banyak sekali hadis
yang datang menyatakan kelebihannya.Jika melihat dari sudut ini,tiada syak lagi politik adalah salah satu
cabang agama. Tetapi menganggap politik sebagai maksud utama dengan berpaksikan kelebihan -
kelebihan tersebut adalah satu kesilapan sama seperti menganggap berniaga dan bekerja sebagai
maksud utama dalam agama

18- Tetapi pada awal kurun ke 14 hijrah, apabila bermulanya dikalangan umat Islam gerakan
kemerdekaan dari penjajahan barat,semenjak itu satu bentuk gaya pemikiran telah tersebar
luas.Dibawah slogan 'kekhalifahan dimuka bumi' 'kerajaan tuhan' dan banyak lagi,politik dan kuasa telah
diputuskan sebagai maksud utama dalam agama.Pemikiran yang salah ini begitu sekali perlahan-lahan
mendapat tempat sehingga orang-orang baik pun tidak menyedari yang kanta berfikir dan beramal
mereka telah berubah.

19- Rasa kepentingan dan keperluan kepada aunatomi politik begitu menguasai pemikiran sampai
ketahap tiada kesempatan untuk merenung secara mendalam peri halus tapi besarnya impilikasi
pemikiran yang salah ini kemudian menentukan dimanakah kedudukan sebenar politik dalam agama.

20- Natijahnya,sebahagian mereka secara sedar memilih corak berfikir seperti ini,ada sebahagian pula
memilihnya tanpa sedar.

21- Perhimpunan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh gerakan-gerakan politik telah mengunci rapat
pemikiran tersebut sampaikan ilmuan sendiri tidak dapat menyedari duri perubahannya

22- Berdasarkan apa yang hamba hina ini tahu,ketika itu dalam suasana tersebarnya pemikiran seperti
yang dinyatakan, Maulana Asyraf Ali Tanwi adalah ulama yang mula-mula sekali, dengan beberapa lafaz
telah menjelaskan kesilapan yang begitu halus itu, dan membuktikan melalui hujah Quran dan
hadis,dimanakah kedudukan politik didalam agama?

23- Beliau berkata; Allah telah berfirman, ‫ٱَّلِذيَن ِإن َّم َّك َّٰن ُهۡم ِفي ٱَأۡلۡر ِض‬
‫ُأۡل‬ ‫ۡل‬ ‫ۡل‬ ‫َأ‬ ‫َأ‬
‫َقاُم وْا ٱلَّص َلٰو َة َو َء اَت ُو ْا ٱلَّز َكٰو َة َو َم ُر وْا ِبٱ َم ۡع ُروِف َو َن َه ۡو ْاَع ِن ٱ ُمنَكِۗر َو ِهَّلِل َٰع ِقَب ُة ٱ ُموِر‬

"Orang-orang yang sekiranya kami memberi mereka kerajaan dimuka bumi,mereka akan mendirikan
solat,menunaikan zakat,melaksanakn kefarduan amar ma'ruf dan nahi mungkar.Segala
urusan,keputusannya didalam kekuasaan Allah."

Jelas difahami dari ayat diatas,agama secara bersendiri adalah maksud manakala politik dan jihad
bukanlah maksud sebenar tetapi keduanya hanyalah wasilah untuk mendirikan agama.Ini kerana semua
para nabi, sama dan berkongsi diberikan kepada mereka agama dan hukum-hakam agama.Bukan mereka
semua diberikan kuasa dan jihad, bahkan jika ada keperluan dan maslahat mereka akan diberikannya
dan jika tiada maslahat dan keperluan, kuasa dan jihad tidak diberikan kepada mereka. Wasilah
begitulah keadaannya,hanya diberikan apabila ada keperluan sahaja.
24- Barangkali ada orang yang terkeliru dengan ayat yang lain,didalamnya terdapat kenyataan yang
berbeza dengan kenyataan sebelum ini,yang difahami darinya agama adalah wasilah,berkuasa dimuka
bumi serta politik adalah maksud.Ayat tersebut,

‫َو َع َد ُهَّللا اَّلِذيَن آَم ُنوا ِمنُك ْم َو َعِم ُلوا الَّصاِلَح اِت َلَي ْس َت ْخ ِلَفَّنُهْم ِفي اَأْلْر ِض َك َم ا اْس َت ْخ َلَف اَّلِذيَن ِمن َقْبِلِه ْم َو َلُيَم ِّك َن َّن َلُهْم ِد يَن ُهُم اَّلِذي اْر َت َض ٰى َلُهْم‬

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal
yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana
Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi
mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka."

Didalam ayat ini iman dan amal soleh ditetapkan sebagai syarat untuk dikurniakan kekuasaan dimuka
bumi yang lazim daripadanya difahami bahawa kuasa dan politik adalah maksud utama.

Jawaban bagi kekeliruan ini,didalam ayat diatas,kekuasaan dijanjikan keatas iman dan amal soleh dan
diatas konsep natijah dan buah hasil,kekuasaan disebut sebagai natijah beragama.Justeru politik dan
kekuasaan adalah perkara yang dijanjikan tetapi perkara yang dijanjikan bukan semestinya ia juga
perkara yang merupakan maksud utama juga.Kalaulah begitu ayat

‫ۚ َو َلْو َأَّن ُهْم َأَقاُموا الَّت ْو َر اَة َو اِإْلنِج يَل َو َم ا ُأنِز َل ِإَلْي ِه م ِّمن َّر ِّب ِه ْم َأَلَك ُلوا ِمن َف ْو ِقِه ْم َو ِمن َت ْح ِت َأْر ُجِلِه م‬

Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan (Al Quran) yang
diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas dan dari
bawah kaki mereka."

yang didalamnya dijanjikan keluasan rezeki sekiranya didirikan Taurat ,Injil dan al-Quran iaitu beramal
dengan al-Quran.Adakah boleh seseorang berkata,keluasan rezeki adalah maksud utama dari
beragama.Bahkan ia bukan dengan beragama dijanjikan bahawa orang yang beragama tidak akan hidup
dalam kelaparan. Janji bukanlah maksud. Begitulah juga disini,kuasa dan politik dijanjikan keatas iman
dan amal soleh diatas konsep natijah dan hasil tetapi bukanlah ia adalah maksud yang dijadikan tujuan
utama.

25-Kesimpulannya;jelas sekali antara politik dan agama,politik adalah wasilah ,agama pula adalah
maksud sebenarnya. Namun ia tidaklah bermaksud politik dan kuasa tidak dituntut dalam apa jua
keadaan dan tahapan bahkan perkara yang ingin disampaikan politik dan kuasa bukanlah maksud
sebenar ,agamalah maksud sebenar.

. (Asyraf sawanih jili 4- Khatimah sawanih)


26- Hakikatnya, Hazrat Hakimul ummah Maulana Asyraf Ali Tanwi dengan taufik khas dari Allah telah
menjelaskan tajuk ini dengan penjelasan yang padat dan menyeluruh didalam satu mukasurat melalui
ungkapan yang ringkas.

27- Kesimpulannya,idealogi sekularisme yang menyatakan tidak boleh ada campurtangan agama didalam
politik dan pemerintahan adalah tidak betul. Begitu juga salah dan tidak betul.

pandangan yang mengatakan maksud asal agama adalah politik dan pemerintahan

28- Hakikat sebenarnya , maksud utama agama ialah bagaimana seorang hamba mendirikan
hubungannya dengan Allah yang diimplementasikan melalui penzahiran ibadah dan ketaatan. Politik dan
kerajaan juga salah satu dari perantaraan bagi mencapai maksud tersebut.Politik dan kerajaan itu sendiri
bukanlah maksud dan tidak pula mendirikan agama bergantung hanya kepadanya bahkan politik dan
kerajaan adalah salah satu dari wasilah untuk mencapai maksud (bukan satu-satunya wasilah)
kepadanya.

29-Oleh kerana itu,dalam Islam, politik dan kekuasaan sebegini yang dituntut yang bersifat membantu
dan menolong tercapai nya maksud.

30- Sebaliknya,politik yang agendanya bukan menyempurnakan asal maksud agama tetapi agama diolah
sehingga mencacatkan agama maka politik sebegini, bukan politik Islam walaupun jenama Islam
diberikan kepadanya.

31- Sistem Pemerintahan Islam

Secara umumnya,pada abad pertengahan, sistem pemerintahan autokrasi mendominasi


Eropah.Pemerintah mempunyai kebebasan mutlak.Lidah pemerintah diletak sebagai undang-undang dan
tidak terikat kepada sebarang tekanan perundangan.

32- Natijah dari pemerintahan mutlak ini ,kezaliman,penindasan,kecurangan keadilan telah


bermaharajalela.Justeru,sistem pemerintahan ini mendapat reaksi tindak balas tentangan yang hebat di
Eropah sehingga model pemerintahan autokrasi itu sendiri dianggap sebagai model yang buruk dan
teruk.Menggantikan tempatnya ,model pemerintahan demokrasi ditawarkan sebagai model
pemerintahan hebat yang wajar dicontohi.
33- Lama-kelamaan pemerintahan autokrasi lenyap dari peta Eropah,digantikan dengan pemerintahan
secara demokrasi diseluruh negeri-negerinya sehinggakan demokrasi diterima sebagai sebuah sistem
efisien yang boleh menjamin keadilan,kesamarataan,perpaduan.

34-Ironinya sejak 100 tahun lepas sehinggalah hari ini,seberapa banyak gerakan-gerakan politik yang
muncul,minda pemikiran mereka (semoga Allah jauhi) berpegang kepada 'sistem demokrasi' seperti
'kalimah thoyyibah',tanpanya politik pada harini tidak boleh digambarkan mampu dilaksanakan.

35-Kesan dari propaganda universal,gerakan-gerakan politik yang muncul pada hari ini yang membawa
nama Islam ,bukan sahaja menerima majoritarianisme sebagai asas fundamental bagi sistem demokrasi
bahkan pandangan mereka lebih dari itu iaitu bagi mencapai segala objektif,mendirikan demokrasi
dijunjung serta diletakkan didalam senarai teratas. Pentadbiran gerakan mereka juga diletakkan dibawah
kendali kehendak majoriti.

36-Ekoran dari itu,banyak sekali suara-suara yang menyatakan mengikut majoriti selaras dengan
kehendak Islam bahkan majoritarianisme itu sendiri diajar oleh Islam.

37- Dikalangan mereka yang mengambil jalan hati-hati berkata,kami menolak perkara-perkara dalam
demokrasi yang bertentangan dengan Islam,oleh itu demokrasi kami adalah 'Demokrasi Islamik'.

38- Pemahaman ini begitu sekali masyhur masakini sehinggakan jika ada orang yang berfikir atau
bercakap dengan pemahaman berbeza yang bertentangan dengannya,dia sama seperti meletakkan
laknat dan makian seluruh dunia diatas kepalanya.

39-Dan dalam persekitaran dan suasana seperti ini,jika ada orang yang cuba mempertahankan
pemerintahan autokrasi menggantikan demokrasi,dalam atmosfera politik hari ini dia dianggap seperti
orang telah melafazkan kalimah kufur.

40-Pun begitu,mereka yang telah dipilih oleh Allah untuk dakwah dan tajdid agamaNya serta melakukan
pemurnian keatasnya,sama sekali tidak gentar dan tidak terkesan dengan segala macam ideologi dan
pemahaman yang menguasai dunia hari ini.

41-Dalam setiap keadaan,mereka lantang menyuarakan yang mana hak dan yang mana batil. Hak
dihukum hak ,batil dinyatakan batil.
42-Justeru itu,Maulana Asyraf Ali Tanwi tidak walau sekelip mata pernah menerima kenyataan bahawa
demokrasi adalah sesuatu yang diajar oleh agama ataupun demokrasi adalah praktikal Islam.Sebaliknya
dalam siri ceramah-ceramah ,penulisannya,beliau telah memberikan kritikan hebat terhadap sistem
demokrasi serta menjelaskan keburukan-keburukannya menurut pandangan agama.

43- Secara umumnya،bila membicarakan tentang demokrasi,yang terbayang dalam fikiran orang ramai :
sistem demokrasi memberi kepada orang awam hak menyatakan pendapat berbanding pemerintahan
berkuasa mutlak dan sistem demokrasi mengikat pemerintah melalui peraturan-peraturan yang
menghalangnya dari terlalu bebas tanpa kendali

44- Oleh kerana Islam mensyariatkan amalan,diatas pemahaman bahawa demokrasi itulah
mesyuarat,orang ramai mula berkata, amalan demokrasi itulah Islam,sedangkan perkara ini tidak
se'simple' itu. Hakikatnya dibelakang sistem pemerintahan berdemokrasi terdapat falsafahnya yang
tersendiri yang selangkah pun ia tidak boleh bergerak bersama agama Islam...

45-Bagi menjelaskan makna demokrasi kenyataan berikut masyhur diungkapkan,

" It is the government of the people by the people for the people "

maksdunya," Demokrasi ialah nama bagi kerajaan rakyat yang ditubuhkan oleh rakyat untuk manfaat
rakyat"

46-Berpaksikan kepada falsafah diatas,tiang seri utama bagi demokrasi adalah rakyat digambarkan
sebagai pemerintah teratas

47- Sekiranya ada sekatan dikenakan terhadap undang-undang kerajaan yang digubal oleh pihak legislatif
(misalnya sebarang undang-undang yang tidak bertentangan dengan Quran dan Hadis ataupun ia tidak
kontra dengan hak-hak asasi)ia perlu dilaksanakan bukan kerana disana ada kuasa yang mengatasi kuasa
suara rakyat ataupun kerana ia adalah hukum Allah yang dalam apa jua keadaan wajib dijunjung, tetapi
sekatan terhadap undang-undang itu wajib dilaksanakan atas kefahaman bahawa sekatan itu datang dari
kehendak majoriti. Oleh itu pada bila-bila masa yang majoriti mahukan, sekatan undang-undang itu
boleh dimansuhkan..

48- Kesimpulannya,sistem demokrasi telah meletakkan kehendak majoriti pada kedudukan tuhan yang
sebarang keputusannya tidak boleh dibantah.
49-Berasaskan perkara ini,negara-negara barat,kerana mengikut kehendak majoriti,secara berterusan
sehingga hari ini telah melaksanakan sekeji-keji undang-undang.

50-Dari perbuatan keji seperti zina sehinggalah hubungan sejenis yang meloyakan, semuanya telah diberi
lesen kebebasan melakukannya atas asas kehendak majoriti. Gaya pemikiran ini telah menghumbankan
akhlak kelembah kehancuran yang paling dalam.

51- Hakim Ummat Maulana Asyraf Ali Tanwi telah berkomentar menjelaskan kelemahan sistem
demokrasi,beliau berkata;

Quran telah menyatakan

‫َو ِإن ُتِط ْع َأْك َث َر َم ن ِفى ٱَأْلْر ِض ُيِض ُّلوَك َع ن َس ِبيِل ٱِهَّلل‬

"Jika kamu mengikut kebanyakan orang dibumi pasti mereka akan menyesatkan engkau dari jalan Allah"

Apakah ada pengisytiharan penentangan terhadap perbuatan menjadikan pandangan majoriti sebagai
kayu ukur yang lebih hebat daripada ini?Namun dek kerana terkesima dengan ideologi-idealogi yang
telah menguasai dunia hari ini,maka kenyataan yang mengatakan 'Apa sahaja yang ada pandangan
majoriti maka dia pasti perkara yang betul lagi hak' mendapat dokongan dikalangan orang Islam sendiri .

52- Banyak sekali dalam tulisan-tulisan dan ceramah-ceramahnya dipelbagai kesempatan Maulana Asyraf
Ali Tanwi telah mengkritik kesalahan ini yang telah tersebar luas. Didalam salah satu nasihatnya beliau
berkata,

"Hari ini satu isu yang pelik telah muncul bahawa apa sahaja yang terdapat padanya pandangan majoriti
maka ia adalah benda yang betul.Teman!kenyataan ini betul dari satu segi,namun,adakah kamu tahu
padangan siapa yang dimaksudkan?Adakah maksudnya pandangan orang awam yang seperti haiwan
ternakan?Kalaulah pandangan mereka yang dimaksudkan,mengapakah Nabi Hud tidak mengikut
pandangan kaum baginda. seluruh kaumnya disatu pihak dan Baginda berada di satu pihak yang
lain.Mengapa baginda tidak meninggalkan tauhid kemudian memilih menyembah berhala?Mengapa
baginda menanggung tuduhan memecah belahkan masyarakat?Ini semua berlaku kerana kaum baginda
tersangat jahil dan pandangan mereka adalah kejahilan.
(Fadhail ilm wa el-khashyah 30 ,Maa'rif Hakeem el-ummah 617)

Maksudnya,pandangan majoriti awami tidak boleh sama sekali dijadikan kayu ukur bagi menentukan
kebenaran ,kerana umumnya majoriti orang awam tidak berilmu ataupun golongan yang kurang berilmu.

53- Ditempat yang lain beliau berkata," Berkata Maulana Muhammad Husain kepada Sayyid Ahmad
Khan; keputusan kamu yang berdasarkan pandangan majoriti kesimpulannya adalah kamu telah buat
keputusan berasaskan kebodohan,ini kerana kanun fitrah mengatakan didalam dunia ni ,orang yang bijak
bilangannya sedikit dan orang bodoh bilangannya banyak maka berasaskan kaedah tadi keputusan
berasaskan pandangan majoriti adalah keputusan kebodohan."

(Taqlil el-ikhthilat maa' el-anam,Maa'rif hakim el-ummah 626)

54- Ditempat lain beliau berkata," (dalam peperangan Uhud) telah berlaku perselisihan dikalangan lima
puluh orang yang telah ditempatkan diatas bukit,ada yang berkata,"sahabat-sahabat kita telah beroleh
kemenangan maka tiada keperluan lagi untuk kita terus tinggal diatas bukit ini. Maksud dari Baginda
menyuruh kita berada diatas bukit telah tercapai,oleh kerana itu hukum dan perintah (untuk berada
diatas bukit) juga telah tamat. Sekarang,jika kita turun meninggalkan bukit ini,kita tidak akan dianggap
menyalahi maksud Nabi. Kita pula sehingga sekarang belum mengambil bahagian dalam pertempuran.
Kita perlu melakukan sesuatu. Sahabat-sahabat kita menentang musuh betalu-talu (sedangkan kita
belum berbuat apa-apa). Kita juga perlu kumpulkan harta ghanimah." Manakala sebahagian yang lain
berkata," Baginda secara jelas telah bersabda 'Tanpa kebenaranku kamu jangan turun dari tempat ini'
maka kami tidak akan turun tanpa kebenaran dari Baginda.

55- Tetapi mereka yang berpegang dengan pandangan pertama tidak bersetuju. Empat puluh orang telah
turun dari bukit dan sibuk mengumpulkan harta ghanimah. Ini adalah ijtihad yang salah dari mereka dan
diatas bukit hanya berbaki sepuluh orang bersama seorang ketua (dalam peristiwa ini,pandangan
majoriti salah dan pandangan minoriti betul. Mereka yang memahami bahawa pandangan majoriti
adalah tanda kebenaran hendaklah mengambil pelajaran dari peristiwa ini.

(zamm nisyan 12, maa'rif Hakeem al-ummah 618)

56- Selepas itu dalam nasihat yang sama,bagi menerangkan berkenaan lazimnya pandangan majoriti
bertentangan dengan kebenaran, beliau telah memberikan contoh cara perbuatan Sayyidina Abu Bakar
bahawa selepas kewafatan Rasulullah,apabila sebahagian kabilah enggan membayar zakat beliau telah
melancar jihad menentang mereka. Pandangan Sayyidina Umar dan sahabat-sahabat yang lain; tiada
jihad menentang mereka. Namun Sayyidina Abu Bakar tetap teguh dengan pandangannya dan membuat
keputusan selaras dengannya. Kemudia selepas itu semua mengakui bahawa ini adalah pandangan yang
tepat.

57- Melalui dua jenis hujah akal dan naqal ,Hazrat Hakeem Ummat telah mengkritik pendapat yang
meletakkan pandangan majoriti sebagai kayu ukur kebenaran. Dengan menggunakan lafaz-lafaz yang
mudah beliau telah menjelaskan hakikat-hakikat ini yang sekiranya sesiapa yang merenungnya dengan
hati yang tenang pasti akan sampai kepada natijah yang sama.

58- Edmund Burke seorang politikus terkenal menulis," Menerima keputusan majoriti bukan hukum
fitrah. Sebahagian waktu boleh sahaja minoriti memiliki kekuatan yang lebih dan kukuh. Berbanding
dengan majoriti yang penuh dengan tamak dan kegilaan ,boleh sahaja didalam minoriti lebih berakal dan
logik. Oleh kerana itu, dalam ungkapan 'Undang-undang hendaklah dibuat berasaskan keputusan
majoriti' terdapat kekurangan dari segi maslahat dan polisi sama banyak dengan kekurangan dari segi
keadilan."

Dalam salah satu nasihatnya Hakeemul Ummah berkata,

" Mula-mula dalam majoriti dikumpulkan orang-orang bodoh . Ramainya mereka itu hanya mengarah
kepada kebodohan. Kemudian pandangan mereka itu didoktrinkan supaya diikut oleh majoriti tadi dan ia
diajar seperti pelajaran dalam kelas "kami akan cakap begini kamu pun kena cakap begini juga" persis
saksi

diajar memberi saksi. Sekarang ini (cuba tuan-tuan fikir) bilangan ramai hanyalah seperti debu."

59- Ada sebahagian pemuja demokrasi berusaha untuk meletakkan komentar Maulana (tentang
demokrasi) itu sebagai sebuah

komentar dangkal dan simplistik. Ada pula yang berkata,'ini komen seorang lebai yang ilmu politik bukan
bidang dia.'

60- Namun,hakikatnya,walaupun beliau beruzlah dan tidak bercampur dengan orang ramai,pandangan
beliau tepat mengena urat sakit zaman ini. Sumber asal pandangan beliau ialah al-Quran dan hadis .
Menerusi cahaya wahyu itulah beliau telah dikurniakan nur firasat yang melalui perantaraannya beliau
telah menjelaskan isu ini dengan penjelasan yang sangat mudah sementara orang lain mengangkatnya
sebagai sebuah falsafah.Justeru komentar ini pun hasil natijah firasat iman tadi.
61- Tidak diragukan ilmu politik bukan prime bidang beliau tetapi orang yang mendapat ilmu melalui
cahaya kebenaran wahyu ,tidak memerlukan kepada ilmu rasmi (official knowledge)

62- Sementalahan itu, pakar ilmu politik yang mengambil sedikit ruang membebaskan diri mereka dari
propaganda kemudian berusaha untuk berfikir secara bebas akhirnya akan sampai kepada natijah yang
sama.

63- Dr A.Appadorai seorang yang terkenal di benua ini disebabkan karya politiknya. Setelah
memperkenalkan demokrasi serta membahaskan syarat-syarat kejayaan demokrasi,beliau menulis,

" Sejarah demokrasi memberitahu bahawa syarat-syarat wajib kejayaan sebuah demokrasi terlalu nadir
dapat dipenuhi. Secara praktikal sebenarnya asal demokrasi adalah nama bagi sebuah pemerintahan
yang jahil. Segala tumpuannya hanyalah pada nombor dan kuantiti bukan kualiti yang diperhatikan.
Suara (undi) dikira bukan ditimbang. Rakyat yang bilangan mereka sangat besar ,pada hari ini juga tidak
memahami bahawa kerajaan merupakan salah satu tanggungjawab utama dalam kehidupannya.
Kerajaan bukanlah sesuatu yang ada tarikan khas bagi hati mereka. Mereka bekerja,bermain,sibuk dalam
kerja buat dan kemahiran masing-masing. Membajak tanah,menanam benih,menuai tanaman dan
disimpan. Mereka lupa yang merekalah sebenarnya pemerintah negara. Dalam demokrasi wujud bahaya
sebenar iaitu rakyat tidak dididik dengan pemikiran seperti ini yang melaluinya mereka dapat memahami
isu-isu dengan pemahaman yang betul yang kemudian mereka boleh meletakkannya dihadapan apabila
tiba waktu membuat keputusan dalam pilihanraya. Oleh kerana itu mereka boleh terjebak dalam
tipudaya semangat dan slogan tempik kepartian. Sehinggakan Sir Henry pernah berkata,

" Demokrasi sama sekali tidak boleh mewakili suara majoriti kerana adalah suatu kaedah bahawa
pengikut hanya mengikut pandangan-pandangan ketua mereka sahaja."

64- Petikan kata-kata ini sangat masyhur dari seorang ahli sejarah dan politik Carlyle,

"

Surely of all rights of man this right of the ignorant man to be guided by the wiser to be gently or forcibly
held in the true course by him is the indisputablste. Nature hereself ordains it from the first society
struggles towards perfection by endforcing and accmoplishing it mre and more .In rome and attens as
elsewhere if you look practical we shall find that it was not by loud voting and debating of many,but by
wise inright and ordering of a few that the word war done. So is it ever,so will it ever be

65- Pemerintahan autokrasi


Banyak tempat yang Maulana Asyraf Ali Thanwi telah mengkritik demokrasi ,bertentangan dengannya,
beliau telah mempertahankan autokrasi. Pemuja demokrasi pada hari ini menjadikan perbuatan
mempertahankan autokrasi sasaran makian dan kecaman sama seperti mengucapkan kalimah kufur

66-Namun ini berlaku berasaskan dua sebab:

Pertama, propaganda bagi mempertahankan sistem demokrasi dilancarkan begitu hebat dan sungguh-
sungguh sehingga otak mereka tidak bersedia untuk berfikir dengan tenang memahami sistem
pemerintahan yang lain

Kedua, bila sahaja disebut ' pemerintahan autokrasi', otak hanya tertumpu kepada makna ' diktatorisme
- pemerintah bebas tidak terikat dengan undang-undang yang lidahnya diletakkan sama taraf dengan
undang-undang dan tiada kuasa yang lebih tinggi daripadanya yang boleh mengikatnya ataupun istilah
autokrasi digambarkan sebagai pemerintahan kuku besi yang hanya diasaskan diatas kekerasan sahaja.

67- Sedangkan maksud Hazrat Thanwi Hakeemul Ummah daripada 'pemerintahan autokrasi' adalah
pemerintah muslim teladan yang digelar amirul mukminin atau khalifah semasa.

68- Berikut adalah sedikit penjelasan bagi kenyataan ringkas diatas:

Mana-mana kerajaan autokrasi bukan Islam yang ada didalam dunia, keburukan dan kerosakannya
berpunca dari faktor dan sebab berikut;

1) Umumnya asas kepimpinan dan kekuasaan kerajaan autokrasi adalah terletak diatas dasar
kekeluargaan dan pewarisan dan diatas falsafah fasisme, semata-mata kuat sahaja yang bermaksud
sesiapa yang kuat mendapat hak bekuasa keatas orang yang lemah. Disebabkan itulah tiada ruang untuk
berfikir mendalam dan pemilihan ideal didalam perjalanan tertubuhnya kerajaan autokrasi

2) Pemerintah-pemerintah didalam sistem ini tidak perlu kepada sebarang syarat kelayakan wajib yang
tanpanya mereka tidak boleh mencapai kedudukan sebagai pemerintah

3) Biasanya, kerajaan autokrasi tidak terikat dengan sebarang undang-undang samawi yang boleh
mengekang keputusan-keputusan mereka didalam batas-batas yang ketat. Oleh kerana tidak berlaku
seperti itu maka pemerintah sendiri adalah hukuman dan disebabkan dia bebas tidak terikat dengan apa-
apa, jadilah (apa yang keluar dari lidahnya) sebagai undang-undang

4) Kerajaan-kerajaan tersebut tidak mempunyai sebarang jawatankuasa pentadbiran eksekutif yang


mengawal sebarang tindakan dan peraturan yang dikeluarkan serta memastikan undang-undang yang
digubal diletakkan didalam sesuatu standard yang mengikat. Begitu juga jawatankuasa tersebut boleh
membetulkan dan mengambil tindakan atas salahlaku pihak pemerintah yang berbentuk pelanggaran
undang-undang samawi, pelangkauan batas-batas qanun yang dipilih dan sebarang kezalim dan
penidasan yang dilakukan.

69- Ini adalah sebab-sebab yang menjadi punca hak-hak manusia didalam sesebuah kerajaan autokrasi
terabai dan manusia menjadi hamba abdi kepada manusia yang lain.

70- Sekiranya semua keburukan tersebut tidak ada, dikalangan pakar ilmu politik bersetuju bahawa
kerajaan autokrasi bukan model pemerintahan yang bermasalah dari segi coraknya. Jika dibandingkan
dengan pemerintahan demokrasi, autokrasi berkali ganda lebih banya menempa kejayaan serta boleh
memberi menafaat kepada masyarakat umum.

71- Hatta Roussian sendiri membuat pengiktirafan berikut:

" Model pemerintahan yang paling sesuai dengan fitrah adalah majoriti hendaklah ditadbir oleh orang
yang bijak dengan syarat perkara ini dapat dijamin iaitu dia menjalankan pentadbiran demi kebaikan dan
maslahat majoriti bukan untuk maslahat peribadi."

72- Carlayl menulis;

" Di mana-mana negara sekalipun, carilah disana seorang lelaki yang paling berkebolehan. Angkatlah dia
sebagai ketua dan letakkanlah dia di kedudukan tertinggi untuk dipatuhi dan ditaati.

Hormatilah dia. Dengan cara ini kamu dapat membentuk untuk negara itu sebuah kerajaan yang
sempurna. Selepas itu ,samada melalui peti undi, kefasihan dan kepetahan ucapan atau usul pandangan
didalam dewan parlimen atau melalui perlembagaan undang-undang atau dengan apa jua bentuk
jentera yang kamu kerahkan tidak akan dapat memberi apa-apa nilai tambah kepada kerajaan tersebut.
Bahkan itu adalah kerajaan yang sempurna,ideal yang boleh dijadikan contoh."
73- Kerajaan autokrasi yang ditegaskan oleh Hakeem Ummat Hazrat Tahnwi sebagai sesuai tuntutan
Islam adalah autokrasi yang bebas dari semua keburukan yang disebutkan diatas.

74- Secara pasti tanpa ada sebarang keraguan bahawa ini adalah makna kerajaan autokrasi iaitu
didalamnya tiada parlimen acuan demokrasi dan segala keputusan kerajaan dengan kapasiti paling
maksima berpusat kepada sosok 'khalifa' atau 'amirul mukminin'.

75- Namun,perkara yang pertama sekali adalah, penentuan siapakah menjadi khalifah atau amirul
mukminin bukanlah berasaskan pewarisan ataupun kekuasaan tetapi penentuan tersebut melalui
pemilihan oleh ahli hal wal a'qad ( ahli majlis perlantikan kepimpinan). Bagi tujuan perlantikan, perlu
lengkap didalam diri 'khalifah' kriteria --kriteria yang berkualiti yang tanpanya ahli hal wal a'qad tidak
dibenarkan melantik sesiapa pun.

76- Dalam senarai kriteria tersebut, selain dari kelayakan dari segi ilmu pengetahuan, keluhuran pekerti
peringkat tertinggi serta buah fikiran dan pandangan yang tepat termasuk juga dalam senarai.

77- Kerajaan demokrasi hari ini, dalam pemilihan untuk jawatan tertinggi pun secara umumnya tiada
sebarang syarat kelayakan yang diperlukan dan tiada juga penilaian dari segi pribadi dan pekerti.

78- Tetapi,didalam Islam, untuk menjadi khalifah,begitu ketat sekali syarat yang ditetapkan.

79- Telah diwajibkan atas ahli hal wal a'qad bahawa mereka hanya boleh melantik seseorang menjadi
khalifah setelah berpuas hati semua kriteria tersebut sudah lengkap ada padanya.

✨💎 Post asal di fb Maulana 💙

Siri 1 https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7305232839495887&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 2 https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7305445309474640&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz
Siri 3 https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7310893655596472&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 4 https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7312061888812982&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 5 https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7312406462111858&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 6 https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7313295802022924&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 6 https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7323154337703737&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 6

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7323517104334127&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 7 https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7325134967505674&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 8: https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7327166133969224&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 9:

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7327455607273610&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 10:

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7331063546912816&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz
Siri 11:

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7331386173547220&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 12:

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7333250753360762&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 13:

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7334986819853822&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 14:

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7335976769754827&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 15

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7345771388775365&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 16

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7346140735405097&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 17

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7346824185336752&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 18

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7346936071992230&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz
Siri 18

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7347132278639276&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 19

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7353478698004634&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 20

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7355227891163048&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 21

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7385949464757557&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Siri 22

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=7409261972426306&id=100000277314528&mibextid=Nif5oz

Anda mungkin juga menyukai