Anda di halaman 1dari 2

PRAKTIKUM

JURNAL

Bilangan Jurnal : Ketujuh MINGGU


: 18 September 2018
Tarikh Peristiwa / Kejadian
7
Tajuk : Masalah Murid Bersikap Pasif Di Dalam Kelas

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

JURNAL
Minggu ini merupakan minggu ketujuh saya di sekolah ini, kali ini saya ingin
mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas, terutamanya di dalam
aktiviti berkumpulan. Masalah yang sangat ketara apabila hanya murid yang sama sahaja yang
aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan
kadangkala mengganggu murid lain.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah
berbanding dengan pelajar-pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke hadapan
menjadi punca masalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki
keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian
dalam diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Sifat ramah mesra penting dimiliki oleh setiap guru. Guru yang pendiam dan tidak suka
bermesra dengan murid mempunyai kelemahan kualiti sosial dan ada kemungkinan tidak yakin
dengan diri sendiri (Abd. Rahim, 1999). Kajian Azizah (2000) yang berpendapat bahawa hubungan
mesra di antara remaja dengan sekolah dan institusi keluarga berperanan untuk meningkatan
perasaan kepunyaan dan membantu mengurangkan masalah disiplin. Beliau mendapati
kemesraan dan keprihatinan guru terhadap murid dapat menjadikan murid merasakan diri mereka
disayangi dan akhirnya menimbulkan perasaan sayangkan sekolah. Guru yang tidak senyum ketika
masuk ke bilik darjah juga menjadi faktor penghalang kepada keberkesanan komunikasi antara
guru dengan murid. Pendapat ini juga disokong oleh Laporan Keciciran (1973) yang mendapati
apabila seseorang murid menganggap bahawa gurunya menggolongkannya sebagai „tidak
memuaskan‟, maka murid itu akan mula menjadi pasif dan tidak suka menyertai apa-apa aktiviti
atau berkelakuan baik.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


“Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan
itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik
darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik
darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau
menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan
sebagainya.” Oleh itu, guru perlu merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid
untuk melibatkan diri semasa proses P&P berlangsung.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu.

6. TINDAKAN SUSULAN :

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PRAKTIKUM
Berikut merupakan tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

I. Guru perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar


mereka dapat menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam
diri mereka.
II. Guru harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai
peneguhan yang memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


20 September 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya
kenal pasti telah memberi impak yang positif. Hal ini demikian kerana penglibatan murid sangat
penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini
tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancang tidak tercapai
sepenuhnya.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Pengukuhan adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perkara itu diulangi.
Menurut Rachlin (1992), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak
individu, keduanya untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan
pengukuhan kepada 2 bahagian iaitu pengukuhan positif dan negatif. Sebagai guru, sangat penting
untuk mengaplikasikan teori ini bagi menarik minat murid-murid dalam aktiviti PdPc.

RUJUKAN
Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Azizah Lebai Nordin. (2000). Masalah disiplin di kalangan pelajar di Kuala Lumpur. Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya. (Tidak Diterbitkan)..

Rachlin, H. (1992). Teleological behaviorism. American Psychologist, 47(11), 1371

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

Anda mungkin juga menyukai