Anda di halaman 1dari 4

Seni pertahankan diri merupakan satu cara seseorang itu mempertahankan diri.

Ia merupakan kaedah berlawan tradisi tanpa senjata Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir setiap negara mempunyai seni bela diri.. Di antara jenis-jenis seni bela diri yang popular adalah Silat,Taekwondo,Judo,Karate dan sebagainya. Seni mempertahankan diri diwarisi sejak dahulu.Seni ini mempunyai banyak keunikan tersendiri kerana menggabungkan aspek fizikal dan mental.Terdapat pelbagai jenis seni mempertahankan diri seperti kungfu,silat,silambam dan sebagainya.Seni ini boleh dipelajari sepenuh masa atau secara sambilan.Terdapat pelbagai organisasi yang mengajar kemahiran seni mempertahankan diri.Seni mempertahankan diri wajar dipelajari kerana persekitaran yang semakin kurang selamat akibat peningkatan aktiviti jenayah yang semakin membimbangkan.Oleh itu,seni ini perlu dipelajari sebagai persediaan sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbahaya serta memberi banyak faedah lain apabila dipelajari kerana "hanya jauhari mengenal manikam". Seni mepertahankan diri yang dipelajari oleh seseorang dapat menyihatkan badan.Seni mempertahankan diri dianggap sebagai satu sukan.Seni mempertahankan diri melibatkan pergerakan anggota badan.Apabila berlatih tangan,kaki,kepala dan bahu digunakan sepenuhnya.Semasa berlatih,kita menggunakan tangan untuk menumbuk kaki untuk menendang dan melompat serta bahu untuk menggelak daripada diserang.Apabila berlatih dengan bersungguhsungguh,seluruh tenaga digunakan.Hal ini menyebabkan tubuh badan akan berpeluh dan mengeluarkan toksik dari dalam badan.Penggunaan tenaga yang banyak akan membakar lemak menyebabkan berkurangnya kolesterol tidak baik daripada bahan.Apabila kolesterol dipecahkan,pengaliran darah lebih lancar dan tidak tersumbat.Hal ini mengurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung,darah tinggi,strok dan sebagainya.Tidak syak lagi mempelajari seni mempertahankan diri akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas serta memiliki otak yang cerdas. Selain itu,belajar seni mempertahankan diri dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.Pepatah ada menyebut bahawa kita tidak boleh menebus satu inci masa dengan satu inci emas.Justeru,jika kita mempunyai masa terluang isikan dengan aktiviti berfaedah.Aktiviti yang berfaedah akan memberi nilai tambah untuk kehidupan pada masa hadapan.Setiap orang wajib menggunakan masa lapang seperti cuti hujung minggu,cuti sekolah dan sebagainya dengan aktiviti berfaedah.Apabila ada masa lapang,kita boleh mempelajari seni mempertahankan diri.Aktiviti ini dilakukan selama dua atau tiga jam sehari sama ada pada waktu siang atau malam.Kesimpulannya,menggunakan masa lapang untuk belajar seni mempertahankan diri adalah satu tindakan bijak dan berpandangan jauh agar kita tidak terjerumus dalam aktiviti yang merosakkan moral seperti mencuri,merokok, merempit dan sebagainya.Hal ini membantu kita bersedia dengan segala kemungkinan buruk kerana malang tidak berbau. Seterusnya,mempelajari seni mempertahankan diri umpama menyediakan benteng pertahanan pada diri.Peribahasa melayu ada menyebut agar kita perlu "sediakan payung sebelum hujan" kerana malang tidak berbau.Jenayah keganasan seperti rogol,ragut,kecurian dan sebagainya telah menjadi satu wabak yang

dibimbangi oleh semua pihak.Jenayah di atas bukan sahaja menyebabkan kerugian harta benda bahkan mencederakan anggota badan dan boleh juga menyebabkan kematian.Kegiatan jenayah ini dapat dibendung jika setiap rakyat tahu untuk mempertahankan diri masing-masing jika diancam sementara menunggu bantuan yang tiba kemudian. Kesimpulannya,semua pihak perlu sedar tentang keperluan untuk mempelajari seni mempertahankan diri.Jika seseorang tidak mempunyai apa-apa kemahiran seni mempertahankan diri,dia akan terdedah kepada bahaya yang boleh mengancam nyawanya.Semua rakyat Malaysia perlu meluangkan masa untuk mempelajari seni mempertahankan diri supaya kehidupan menjadi lebih tenang dan berkeyakinan.Semua usaha ini hanya akan berjaya jika terdapat kesungguhan dan kerajinan mempelajari seni mempertahankan diri kerana "kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya".

Usaha-Usaha Mempopularkan Permainan Tradisional

Apakah definisi permainan tradisional ? Sebenarnya,menurut Kamus Dewan,permainan tradisional merujuk permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam masyarakat kita bermain permainan gasing,wau dan menjadi permainan tradisional.Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat moden.Peminggiran permainan tradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri.Oleh itu,ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita. Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini.Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan ini.Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini.Oleh itu,pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini. Berkaitan dengan pembinaan gelanggang,pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan itu.Kewujudan jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat tentang sesuatu permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula.Langkah ini memastikan berlakunya keseinambungan dalam memainkan permainan yang semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut.Jelaslah,permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita. Selain itu,pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ini sebagai salah satu bentuk aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar.Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisional sejak muda lagi dan memahami kepentingan mengekalkan permainan ini.Kesedaran yang dipupuk sejak awal ini mampu memberi impak yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa.Jadi,pihak sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk

disertai oleh pelajar. Malah,permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa mengadakan promosi yang berkesan tentangnya menerusi media massa.Penayangan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini boleh menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat.Pemahaman ini kemudiannya akan dijelmakan dalam bentuk masyarakat cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin dalam hidup mereka.Sesungguhnya,promosi yang sesuai dan kena kepada sasaran memberi satu dimensi baru pada permainan ini untuk terus hidup dan berkembang dalam masyarakat moden kita. Kesimpulannya,permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkahlangkah yang dijelaskan di atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Masalah yang timbul ialah pihak berkuasa tidak mempunyai keinginan politik yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek sebegini.Kelesuan minat pihak berkuasa dalam aspek ini bakal menyaksikan permainan tradisional ini semakin dilupakan.Peribahasa "tepuk dada tanya selera" sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih leka mungkin permainan ini akan terus terkubur.

Anda mungkin juga menyukai