Anda di halaman 1dari 8

Assalamualaikum..

Semalam (malam Jumaat), saya


tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa
panas kerana penghawa dingin sengaja tidak
dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya
diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat
doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan
dibuka selagi mereka belum sembuh untuk
mengelak serangan penyakit berulang dan mudah
merebak. Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap,
saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa,
selepas viral MIMPI MH370, ada saja friend
request. Saya hanya memerhati post dan komen
yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya
menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata
orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana
keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya
teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil.


Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk.
Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya
dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada
jawapan yang saya dapat. Debaran semakin
kuat.. Maka, saya ambil bauan ros merah dan
saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali.
Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula
mengantukSaya dikejutkan dengan bunyi
beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka
mata, saya berada di belakang sebuah jip yang
terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di
depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini
menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih
belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di
dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang
semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya.
Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap
dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya


melonjak gembira.. MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni
di mana? Hati saya bertanya sendiri. Setelah
diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka.
Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar
sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya.
Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah
Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga
dan berjumpa dengan orang yang paling dekat
dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu
pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di
sisi kanan serta kiri bahunya. Setelah bercakap
yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan
nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya).
Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang
turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh
penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan
ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki


dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila
dilihat macam hangar tempat simpanan kapal
terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah
kapal yang sama jenis, warna dan bertulis
MALAYSIA di situ. Mereka kemudiannya
dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat
dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh
mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk
duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang
berani bersuara.
Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada
kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka
diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip
secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang
dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya
turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui
kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di


dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat
membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak
bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di
situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba
minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang
dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya.
Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah
tiada apa yang berlaku. Dari dalam bilik tersebut,
sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-
burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang
terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar
bilik dan lihat banyak sekali burung-burung
berwarna putih terbang berkicauan..
Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat
kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan.
Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari
dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air
basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang
sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana
mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan


untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau
kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat
pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ
sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat
ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang.
Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan
nampak beberapa orang lelaki sedang membuat
penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1
kotak berlampu yang juga mempunyai wayar. Saya
keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari
luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah
beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan
beredar. Saya kembali ke kumpulan Kapten
Zaharie.

Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun


tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka
menderita. Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka
dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di
hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk
dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup
dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa
yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka
di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka.
Apa yang saya dengar dari perbualan tukang cucuk
dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama
TOLUENA Saya pun tidak tahu apa tujuan
mereka.
Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik
semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi
mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370.

Artikel mengenai Mimpi Pertama Ustaz Darul Manzil


di sini: http://www.matabulat.my/2014/03/3-
telahan-mengenai-mh370.html
Artikel Lain

MAAFKAN SEGALA KESILAPAN SAYA


KITA MUNGKIN AKAN MENGETAHUI APAKAH NASIB
YANG MENIMPA PESAWAT MAS MH370
RTM MOHON MAAF ATAS KESILAPAN PENYIARAN
MENGENAI MH370
TINDAKKAN BIADAB PEMANDU TOYOTA VIOS
BUANG YASIN
PERCUTIAN KE ANGKASA LEBIH MURAH
Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab
rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya
diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan
dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah
merebak. Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa,
selepas viral MIMPI MH370, ada saja friend request. Saya hanya memerhati post dan komen yang
ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang
tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan
juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk.
Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada
jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat.. Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya
bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula
mengantukSaya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata,
saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan
dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum
dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang
semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap
dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. MH370..!!!!!!! Tapi sekarang
ni di mana? Hati saya bertanya sendiri. Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka.
Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya.
Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni
tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu
pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya. Setelah bercakap
yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya).
Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh
penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila
dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal
yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ. Mereka kemudiannya dipisahkan antara
jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa
dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.
Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung
dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah
kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan
ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat
membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di
situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang
dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis.
Mujurlah tiada apa yang berlaku. Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan
burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk
ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..
Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka
diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan.
Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka
berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau
kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ
sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang.
Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat
penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.
Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka
memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar. Saya kembali ke kumpulan
Kapten Zaharie.

Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka
menderita. Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari
pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan
tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk
dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan tukang cucuk dengan
kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.
Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi
mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370.

Artikel mengenai Mimpi Pertama Ustaz Darul Manzil di sini: http://www.matabulat.my/2014/03/3-


telahan-mengenai-mh370.html
Artikel Lain
MAAFKAN SEGALA KESILAPAN SAYA
KITA MUNGKIN AKAN MENGETAHUI APAKAH NASIB YANG MENIMPA PESAWAT MAS MH370
RTM MOHON MAAF ATAS KESILAPAN PENYIARAN MENGENAI MH370
TINDAKKAN BIADAB PEMANDU TOYOTA VIOS BUANG YASIN
PERCUTIAN KE ANGKASA LEBIH MURAH

Anda mungkin juga menyukai