Anda di halaman 1dari 2

Seni Pertahanan Diri

Mempelajari seni pertahanan diri banyak membawa kebaikan. Jelaskan faedahfaedah mempelajari seni pertahanan diri.
Kebelakangan ini aktiviti seni pertahanan diri kian mendapat tempat dalam kalangan
orang ramai. Antara aktiviti seni pertahanan diri yang popular ialah silat, tae kwan
do, judo, karate-do dan sebagainya.Aktiviti ini juga disertai oleh orang ramai yang
terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan jantina.Terdapat pelbagai faedah
sekiranya seseorang itu menceburi sukan lasak ini.
Antara faedah yang boleh diperoleh melalui kegiatan ini ialah kita dapat menyihatkan
tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana badan kita akan berpeluh semasa
melakukan pelbagai pergerakan dalam aktiviti ini.Lantaran itu, toksik-toksik dalam
tubuh badan kita akan keluar bersama-sama peluh yang mengalir di tubuh kita.
Sebagai contoh, pergerakan yang pantas dan tangkas akan menguatkan otot tubuh
badan kita. Sememangnya aktiviti seperti ini menyumbang kepada kesihatan tubuh
badan kita.
Selain itu, kita juga boleh mempertahankan diri daripada serangan pihak yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini terjadi kerana kita telah diajar cara-cara untuk
mengelakkan serangan dan menyelamatkan diri dalam seni pertahanan diri
ini.Justeru, kita akan dapat bertindak dengan pantas sekiranya menghadapi saatsaat yang mencemaskan itu. Tamsilnya, sekiranya terdapat perogol yang ingin
melakukan perbuatan keji itu kepada seseorang perempuan yang mempunyai
kepakaran dalam seni pertahan diri, sudah tentu perogol tersebut akan teruk
dibelasah oleh perempuan tersebut.Oleh itu, kepakaran dalam bidang ini
sememangnya boleh menyelamatkan maruah seseorang dalam keadaan tertentu.
Di samping itu, kita juga boleh mewakili sekolah dalam pertandingan seni
pertahanan diri. Hal ini demikian kerana terdapat sekolah-sekolah yang menjadikan
seni pertahanan diri sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah mereka. Oleh
itu, pihak sekolah akan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di
kawasan mereka hinggalah ke peringkat kebangsaan. Sebagai contoh seni

pertahanan diri seperti silat dan tae kwan do telah dipertandingkan hingga ke
peringkat dunia.Sesungguhnya,penglibatan dalam seni pertahanan diri telah
memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk mencipta nama dalam bidang
kokurikulum sehingga ke peringkat antarabangsa.
Konklusinya, terdapat pelbagai faedah positif yang dapat dirasai sekiranya
seseorang itu melibatkan diri dalam kegiatan ini.Oleh itu, kita janganlah membuang
masa yang ada sebaliknya mengambil peluang yang ada untuk mempelajarinya agar
kita mempunyai keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi yang kritikal
sebagaimana yang telah diajar dalam seni pertahanan diri ini.Sememangnya aktiviti
ini menjadi wadah untuk kita meneruskan budaya yang kian pupus ditelan zaman
seperti yang berlaku kepada seni silat tanah air kita.

Anda mungkin juga menyukai