Anda di halaman 1dari 3

Faedah-faedah Mempelajari Seni Pertahankan Diri

Dalam era globalisasi ini, isu-isu tentang seni pertahanan diri sudah menjadi 'buah mulut'
orang ramai. Ramai orang terutamanya golongan ibu bapa amat menggalakkan anak-anak mereka
mempelajari seni pertahanan diri. Terdapat banyak jenis seni pertahanan diri. Antaranya ialah
Wushu, Taekwando, Karate, dan sebagainya. Persoalannya, apakah faedah-faedah seni pertahanan
diri ini?
Faedah yang paling utama sekali ialah kita dapat mempertahankan diri sendiri apabila berada di
luar. Marcapada ini, banyak gejala peras ugut, rogol dan ragut yang berlaku. Untuk mengelakkan diri
dari menjadi mangsa, kita perlu tahu mempertahankan diri sendiri bila berhadapan dengan situasi
yang tidak diingini terutamanya golongan wanita. Bukan itu sahaja, kita juga boleh membantu orang
lain melawan penjahat yang cuba melakukan kejahatan terhadap mereka.
Di samping itu belajar seni pertahanan diri juga dapat menyihatkan tubuh badan kita. Gerakan-
gerakan yang dilakukan semasa mempelajari seni pertahanan diri juga sebenarnya adalah senaman
yang dapat membantu menguatkan otot-otot dan anggota badan kita. Bila badan kita cergas secara
tidak langsung otak juga akan cerdas bak kata pepatah 'badan sihat otak cerdas'. Badan yang sihat
dapat membantu mengurangkan risiko dihinggapi penyakit kerana dengan bersenam akan dapat
meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat mengurangkan tekanan
darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang
boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar.
Menyertai seni pertahanan diri juga adalah satu wadah yang paling baik untuk menambah
kenalan dan bersosial. Disamping berlatih kita juga boleh berinteraksi dengan rakan-rakan lain.
Secara tidak langsung kita boleh berkonsgi pengalaman dan juga menambah pengetahuan melalui
perbualan dan perbincangan bersama-sama rakan sepelatih. Kita boleh bertukar-tukar pengetahuan
bukan sahaja mengenai seni pertahan diri, tetapi boleh juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu
semasa dan juga kerja sekolah. Dengan ini, pengetahuan kita akan bertambah luas dan ilmu kita
akan bertambah banyak.
Selain itu, mempelajari seni pertahanan diri juga dapat mendisiplinkan diri. Kita bukan sahaja
diterapkan dengan teknik-teknik pertahanan diri tetapi kita juga akan diterapkan dengan nilai-nilai
murni seperti baik hati, menolong orang lain, menepati masa, menghormati guru, bekerjasama
dalam satu pasukan, dan sebagainya. Jika nilai-nilai sebegini telah diterapkan di dalam diri kita, maka
kita tidak akan terjebak dengan gejala yang tidak baik seperti tidak menghormati guru,
mementingkan diri sendiri, lambat datang ke sekolah, tidak merokok dan sebagainya. Kehidupan kita
akan menjadi lebih baik dan kita akan disayangi oleh semua orang.
Konklusinya, seni pertahanan diri memang banyak mendatangkan faedah kepada kita. Semua
pihak perlu berganding bahu, bersama-sama mengembangkan seni pertahanan diri di dalam
masyarakat. Ibu bapa perlu memberikan galakan sepenuhnya sekiranya anak mereka ingin belajar
seni pertahanan diri. Selain dari mempertahankan diri sendiri, seni pertahanan diri juga mampu
membentuk akhlak serta disiplin, meningkatkan keyakinan dan jati diri, dan juga menyemai ikatan
persaudaran di kalangan ahlinya. Di samping itu, seni pertahanan diri juga mampu membentuk
sahsiah yang tinggi dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kesetiaan dan kecintaan terhadap
tanah air.
Sebab-sebab kemerosotan Penglibatan Murid Dalam Seni Pertahankan Diri

PENDAHULUAN
seni pertahanan diri satu kemahiran dalam pertahanan diri dan menjaga keselamatan
masyarakat Melayu terkenal dengan silat gayung, silat cekak dan silat pulut
masyarakat Cina wushu, karate, dan teakwando
masyarakat India kalaripayat dan silambam
warisan budaya yang unik dan mengagumkan penuh tradisi dan keaslian
semakin dilupakan oleh generasi muda ibarat melukut di tepian gantang

ISI PERTAMA
dianggap bersifat ganas dan tahyul
latihan agak keras dan agresif tumbukan, tendangan, hayunan tangan dan tamparan
ibu bapa bimbang anak mereka hilang nilai-nilai kesopanan, bersikap agresif dan ganas
sesetengah seni pertahan diri melakukan upacara pemujaan untuk mendapatkan kekuatan
tidak sesuai dengan kepercayaan masyarakat zaman moden
kekuatan dan kekebalan seseorang tidak lagi dikagumi pada hari ini
kecerdikan dan kepintaran akal lebih diutamakan

ISI KEDUA
pelajar kekurangan masa untuk mempelajari seni pertahanan diri
sibuk dengan hal-hal akademik, dan menghadiri kelas tuisyen di luar
sistem pendidikan pula amat menekankan pencapaian dalam bidang akademik berbanding dengan
bidang kokurikulum
kemasukan ke universiti pula berdasarkan sistem meritokrasi bukannya kehebatan dalam seni
pertahan diri
anak-anak sudah diajar pentingkan akademik berbanding hal-hal lain
gagal dalam pelajaran gelaplah masa depan

ISI KETIGA
ibu bapa melarang anak terlibat dalam seni pertahanan diri
ibu bapa zaman ini amat menyayangi anak ditatang bagai minyak yang penuh
dibelai dan dimanja dengan penuh kasih sayang
bimbang keselamatan anak-anak mereka
kemalangan kaki, tangan atau kepala mungkin tercedera
ada yang mati akibat kecuaian ketika berlatih

ISI KEEMPAT
pemikiran dan gaya hidup masyarakat telah berubah
dahulu seni pertahanan diri penting untuk mempertahankan diri, menunjukkan kehandalan, dan
maruah
kepandaian dalam seni pertahanan diri dipuja, dikagumi dan disegani
kini masyarakat telah menjadi materalistik dan mementingkan pangkat dan kemewahan
kejayaan dalam bidang kerjaya dan akademik dianggap penting
kehebatan dalam seni pertahanan diri tidak menjanjikan kemewahan dan kekayaan
kejayaan dalam pelajaran menjamin masa hadapan yang cerah

ISI KELIMA
sudah wujud sistem perlindungan sperti polis dan undang-undang
tidak perlu risau dengan keselamatan diri sendiri
polis terdapat di mana-mana untuk menjaga keselamatan orang awam
bentuk ancaman keselamatan juga kian berbeza berbanding dahulu
penjenayah pula semakin licik dan menggunakan senjata canggih tidak boleh dilawan dengan
silat
undang-undang akan dikuatkuasakan untuk memastikan keselamatan masyarakat terjamin

PENUTUP
merupakan warisan budaya yang harus dipertahankan
lambang jati diri dan kebanggaan sesebuah bangsa dan negara
generasi baru harus mempertahankan dan memelihara keindahan seni pertahanan diri
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dan Kementerian Pelajaran Malaysia harus
berkerjasama untuk menghidupkan kembali seni pertahanan diri
mencari jalan untuk menggalakkan penglibatan pelajar
tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

Langkah popular :-
a) adakan kempen
b) masukkan sebagai sebahagian acara sukan/kegiatan koku di sekolah
c) buat pertandingan atau uji bakat dan sediakan hadiah lumayan
d) adakan kelas oleh persatuan kebajikan/belia/kelab di sekolah, kelas percuma/bayaran
e) adakan demostrasi percuma

Anda mungkin juga menyukai