Anda di halaman 1dari 24

MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL AZIZ

P61711
 Tenaga elektrik di negara kita banyak dijana
melalui turbin dengan menggunakan gas asli
iaitu sebanyak 54.4 peratus dan arang batu
sebanyak 40.2 peratus.
 Pembaziran tenaga elektrik di rumah dan
tempat kerja merupakan masalah yang sering
dihadapi oleh pengguna.
 Pembaziran tenaga elektrik di rumah dan
pejabat hanya akan membawa kepada
kehabisan sumber tenaga ini
TARIKH/ 31/10/2011 1/11/2011 2/11/2011 3/11/2011 4/11/2011
KELAS REHAT BALIK REHAT BALIK REHAT BALIK REHAT BALIK REHAT BALIK

4A          
4B          
4C          
4D          
5A          
5B          
5C          
5D          
6A          
6B          
6C          
6D          
 Didapati berlaku pembaziran elektrik
sebanyak 48% daripada masa rehat dan masa
balik kelas tahap dua tersebut.
 Daripada jumlah pembaziran elektrik
tersebut, 70% daripadanya berlaku semasa
waktu rehat berbanding dengan hanya 30%
sahaja pada waktu tamat persekolahan
TUJUAN:
 Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan
maklumat tentang pembaziran elektrik yang berlaku
di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar

OBJEKTIF:
 Meneroka faktor-faktor berlakunya pembaziran
elektrik di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar
 Meneroka langkah-langkah yang boleh diambil bagi
mengatasi masalah pembaziran elektrik di Sekolah
Kebangsaan Sungai Merab Luar dari perspektif guru.
 Apakah faktor-faktor berlakunya pembaziran
elektrik di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab
Luar?
 Apakah langkah-langkah yang boleh diambil
bagi mengatasi pembaziran elektrik di
Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar dari
perspektif guru?
 Kajian ini hanya dijalankan di Sekolah
Kebangsaan Sungai Merab Luar. Hasil kajian
ini tidak boleh menggambarkan tentang
tahap pembaziran elektrik yang berlaku di
seluruh Malaysia.
 Pemerhatian hanya dijalankan selama lima
hari pada waktu persekolahan.
 Pemerhatian juga hanya dijalankan ke atas
kelas tahap dua kerana mempunyai waktu
rehat dan waktu tamat sesi persekolahan
yang sama.
 Tahap Pembaziran Elektrik :
Kekerapan suis kipas tidak ditutup semasa
waktu rehat dan waktu tamat persekolahan.
 Di antara 1990-1997, permintaan elektrik
meningkat 12% setahun tetapi menurun di
antara 3-4% dari 1997-1999 ketika krisis
kewangan dan kegawatan ekonomi.
 Mulai tahun 2000 dengan langkah pemulihan
ekonomi, keperluan tenaga elektrik telah
meningkat dan memerlukan pembinaan jana
kuasa elektrik baru.
 Peningkatan tenaga elektrik di negara ini, yang
diunjur sehingga tahun 2010 adalah sebanyak
420.0 petajoule, berbanding 220.4 petajoule
pada tahun 2000 (Persatuan Penyelidikan Air
dan Tenaga Malaysia, 2011).
REKA BENTUK KAJIAN:
 Kajian ini adalah berbentuk kajian kes dan
dijalankan secara kualitatif

PESERTA KAJIAN:
 Persampelan bertujuan dilakukan bagi
memilih tiga orang murid yang keluar paling
lewat pada waktu rehat sebagai peserta kajian
 Dua orang guru juga telah dipilih secara
persampelan bertujuan
PROSES PENGUMPULAN DATA:
 Dua kaedah telah digunakan dalam kajian ini
iaitu borang pemerhatian dan temu bual
separa berstruktur

ANALISIS DATA
 Data dianalisis secara manual
 LATAR BELAKANG PESERTA KAJIAN
 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PEMBAZIRAN
ELEKTRIK
 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PEMBAZIRAN DARI PERSPEKTIF GURU
BIL PESERTA UMUR LATAR CIRI-CIRI
BELAKANG
1 PESERTA 1 10 TAHUN MURID MURID BIASA

2 PESERTA 2 11 TAHUN MURID PENGAWAS


KELAS 5A
3 PESERTA 3 12 TAHUN MURID MURID BIASA

4 PESERTA 4 35 TAHUN GURU GURU DISIPLIN

5 PESERTA 5 51 TAHUN GURU PK HEM


 Tahap Kesedaran Yang Kurang
 Isu-Isu Di Kantin
 Sikap Murid
 Kurang Penekanan Daripada Guru
Peserta 1:Nasib la cikgu. Terbuka je la kipas tu.

Peserta 3:Tak la. Siapa yang terakhir dia kena la


tutup.

Peserta 4:Kerana kesedaran mereka rendah.


Mereka tak sedar akan keburukan pembaziran
elektrik ni. Mereka lahir je dah ada elektrik.
Mereka tak pernah rasa zaman tak ada elektrik.

Peserta 5:Huh.. Murid-murid sekarang ni dah tak


peka tentang masalah ini. Mereka tak rasa
perkara ini suatu masalah. Mereka anggap
perkara ini remeh-temeh.
Peserta 1:Saya takut makanan habis nanti.

Peserta 2:Biasanya cukup cikgu tapi ada juga


satu hari makanan habis awal cikgu.

Peserta 3:Saya malas nak beratur panjang di


kantin cikgu. Dah la kena berebut. Nanti
makanan habis lak nanti.
Peserta 1:Kami berlumba-lumba cikgu. Siapa
yang paling awal balik, dia menang.

Peserta 2:Kami perlu ke sekolah agama cikgu.


Balik nak makan lagi, mandi, pakai baju
sekolah agama lagi. Kalau lambat takut tak
sempat lak cikgu.
Peserta 3: Kadang-kadang pesan. Kadang-
kadang keluar terus je.

Peserta 2: Guru kelas kami sentiasa pesan.


Kalau dia tengok kipas terbuka masa tiada
orang, semua kena denda cikgu.
 Kempen Kesedaran
 Tindakan Disiplin
 Menyelesaikan Isu Di Kantin
 Peranan Guru
Peserta 4 : Pihak sekolah perlu
memperbanyakkan kempen pasal isu ini.
Kita kena anjur satu program khas
tentang keburukan pembaziran elektrik
ini.
Peserta 4 : Kalau kempen tu tak berkesan, kita
gunakan tindakan disiplin. Kelas mana yang tak
tutup kipas masa rehat dan balik akan didenda
seperti kutip sampah

Peserta 5 : Murid-murid sekarang ni macam pahat


dan penukul. Kita kena sentiasa ingatkan mereka.
Pada perhimpunan pagi, kita kena ingatkan dan
beri amaran pada mereka tentang perkara ini.
Selain itu, kita juga perlu arahkan pengawas
mengambil nama kelas yang tak tutup kipas tau
lampu. Kelas ni kita boleh denda mereka untuk
memberi kesedaran pada mereka.
Peserta 5 : Sebenarnya, banyak dah aduan saya
terima. Saya dah cakap dengan penjual di kantin
tapi tak ada tindakan susulan pun. Saya akan
cuba cakap dengan pengusaha kantin dan akan
membangkitkan isu ini dalam mesyuarat guru
akan datang. Kita lihat apa yang berlaku selepas
ini.

Peserta 4 : Saya rasa guru-guru dah banyak tegur


mengenai isu ini. Pengawas perlu memainkan
peranan penting dalam hal ini. Siapa yang tidak
beratur dan berebut, pengawas yang bertugas
perlu tarik mereka keluar dan lapor pada saya
atau guru yang bertugas.
 Peserta 5 : Guru-guru juga perlu bekerjasama
dalam hal ini. Mereka perlu memainkan
peranan masing-masing terutama guru kelas
dan guru yang mengajar waktu sebelum rehat
dan balik. Mereka perlu peka dan pesan pada
murid-murid supaya tutup kipas dan lampu
jika tak digunakan.
 Melalui penerokaan faktor-faktor pembaziran
elektrik, langkah-langkah yang sesuai juga
berjaya diteroka dalam kajian ini.
 Pembaziran elektrik perlu dielakkan bagi
memelihara alam sekitar.
 Semua pihak perlu bekerjasama bagi
mengatasi pembaziran elektrik.

Anda mungkin juga menyukai