Anda di halaman 1dari 2

Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem yang disambut oleh semua pengikut

ugama Nasarani di dunia. Bagaimanapun, kajian menunjukkan Hari Natal bukanlah tarikh sebenar kelahiran Jesus Christ. Perayaan hari Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli keluarga bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok krismas. Teater Krismas, parti nyanyian keugamaan (Carol) akan diadakan.

Derma akan diberikan kepada golongan yang tua dan miskin. Secara tradisi, hadiah akan diberikan oleh Santa Claus kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sekarang, perayaan hari Natal bersifat lebih komersial di mana gedung-gedung jualan akan berhias dan membuat persediaan jualan hari Natal semenjak awal Disember lagi.

Tuan Misrule, Raja Kacang dan Pesta Orang Bodoh Tradisi raja yang dilantik pada pesta Saturnalia kemudiannya meluas ke seluruh Eropah dan dua belas hari Krismas. Tradisi-tradisinya berbeza dari tempat ke tempat dan aktiviti-aktiviti berlaku pada hari berlainan namun pada asasnya semua mempunyai tema yang sama. Amalan memakai topeng berasal daripada pesta-pesta kesuburan ini dahulunya. Di Eropah, golongan pendeta kadangkala berpakaian seperti perempuan dan orang ramai menyamar sebagai biskop, kepala biskop, paus dan kepala biara. Upacara-upacara jemaat yang paling bererti dijadikan parodi oleh golongan pendeta dan orang awam. Keldai dibawa ke dalam gereja dan diikat pada mezbah sementara acara-acara kebaktian berupa sandiwara dijalankan dengan acara meminum dan meratib yang cabul. Pada penghujungnya, sandiwara-sandiwara cabul diadakan.Semua amalan ini dilakukan sampai abad kedua puluh.

Wang dan Kuih Krismas


Pesta Orang Bodoh berterusan hingga malam Kedua belas Krismas, iaitu pesta Epiphany 6 Januari. Ini ialah penghujung fasa pesta Matahari, yang menyusuli pesta Saturnalia yang berakhir pada 24 Disember. Ia berlanjutan dari 25 Disember hingga 6 Januari. Raja diundi dalam fasa ini dan, di sesetengah kawasan, dia mempunyai seorang ratu yang kadangkala diundi dan kadangkala dipilih. Kedua-duanya dihubungkan dengan pesta-pesta pertanian dan

kesuburan purba. Mereka diundi pada malam Kedua belas atau pada malam Epiphany pada 5 Januari. Di sesetengah kawasan, kacang dibakar masuk dalam kuih untuk memilih raja dan ratu. Di England, sebiji kacang dimasukkan dalam topi untuk raja dan sebiji kacang pi (polong) untuk ratu. Kadangkala, sebiji kacang dimasukkan untuk semua orang dan kacangkacang berwarna digunakan untuk memilih raja dan ratu. Di beberapa kawasan, seorang anak diletakkan di bawah meja dan digunakan dengan cara serupa dengan petunjuk (orakel) Apollo untuk mengatur pembahagian kuih Krismas itu. Kemudiannya, wang digantikan untuk kacang itu. Ini menjadi asal wang syiling perak yang diletakkan dalam kuih Krismas. Ketinggian raja dan ratu dalam banyak kawasan digunakan untuk menentukan ketinggian hasil tanaman rami. Kacang dibawa untuk diberkati oleh golongan pendeta dan digunakan untuk membuat ramalan sebagaimana banyak benda lagi pada waktu ini. Upacara-upacara kesuburan yang dijalankan sepanjang dua belas hari Krismas di kebanyakan kawasan membabitkan penggunaan api unggun. Ini adalah untuk memastikan kejayaan hasil tanaman dan kelimpahan roti dan anggur. Api menjadi perlindungan terhadap jelaga dalam gandum dan terhadap penyakit. Lazimnya terdapat dua belas api yang lebih kecil dengan api ketiga belas yang lebih besar. Api-api ini juga menahan tukang sihir dan bayi tukaran yang berubah menjadi binatang buas pada waktu malam. Api-api ini dimulakan di sesetengah tempat seawal malam Krismas dan di tempat lain pula selewat malam Kedua belas atau Epiphany 6 Januari. Api-api ini juga ada yang dalam bentuk lilin.

Asal usul lilin dalam upacara


Lilin digunakan dalam upacara-upacara awal orang Aryan. Lilin digunakan sebagai sejenis sihir dalam upacara dan bertujuan untuk mententeramkan roh, baik mahupun yang jahat. Orang Aryan membawanya bersama ke dalam India dan barat ke Eropah bersama orang Celt dan suku-suku kemudian. Tujuan asal lilin dan api unggun adalah untuk menangkis dewadewa guntur, angin ribut dan badai dan juga tukang sihir dan roh jahat umumnya. Di sesetengah kawasan, lilin dibuat daripada lemak manusia dan, selewat abad ketujuh belas, lilin dibuat untuk kegunaan sihir daripada lemak penjahat yang digantung dan juga lemak anak-anak atau janin yang diambil daripada rahim perempuan mengandung yang dibunuh untuk tujuan itu. Lilin diperhatikan telah digunakan daripada waktu tawanan Babel. Lilin memasuki Kekristianan melalui jemaat-jemaat Katolik dan Ortodoks. Penggunaannya bertujuan untuk mententeramkan dewa-dewi berdasarkan teori-teori animistik dan Doktrin Jiwa Abadi, yang dianggap umat Kristian mula-mula sebagai doktrin menghujat dan tidak mempercayai tuhan.

Anda mungkin juga menyukai