Anda di halaman 1dari 5

1.

Pengenalan

Rakan sebaya dan keluarga merupakan kumpulan yang paling dekat dan paling penting dalam kehidupan seseorang remaja. Lazimnya seseorang remaja akan bergaul dengan keluarga mereka yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik ketika berada di rumah. Apabila mereka berada di luar rumah pula, mereka akan bergaul dengan rakan sebaya. Namun, oleh sebab remaja lebih banyak menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan sebaya berbanding keluarga mereka, maka tidak hairanlah terdapat remaja yang mengutamakan rakan sebaya lebih daripada keluarga mereka. rakan sebaya boleh di definisikan sebagai sahabat yang mempunyai umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama. Menurut Saffer (1999) pula, rakan sebaya membawa erti dua atau lebih individu yang mempunyai aras tingkah laku yang sama. Mereka juga mempunyai persefahaman antara satu sama lain. Menurut beliau lagi, rakan sebaya ini tidak semestinya mempunyai umur yang sama, asalkan dapat menyesuaikan diri dengan tingkah laku antara satu sama lain dari segi minat dan matlamat. Terdapat enam peringkat dalam perhubungan rakan sebaya. Peringkat yang pertama adalah antara umur 5-12 tahun, peringkat kedua 12-14 tahun, peringkat ketiga 14-16 tahun, peringkat keempat 16-18 tahun, peringkat kelima 18-25 dan yang terakhir iaitu peringkat keenam iaitu berumur 25 tahun dan ke atas. Dalam pemilihan rakan sebaya pula, terdapat beberapa faktor yang diambil kira oleh seseorang remaja, iaitu pendidikan, tarikan, minat, kelas sosial dan umur. Rakan sebaya juga merupakan insan yang amat penting kepada seseorang remaja kerana rakan sebayalah agen peneguhan dan model sosial kepada mereka.

1.0.1 Kelakuan positif

Kelakuan positif sangat penting sebagai wadah pemilihan rakan sebaya yang baik. Kelakuan positif bermaksud tingkah laku atau perilaku yang baik sesuai dengan nilai-nilai dan norma-norma kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. Sikap positif juga dikenali sebagai kecenderungan seseorang melakukan sesuatu perkara itu dengan menerapkan unsur-unsur positif dalam setiap tindakan yang dilakukan. Kelakuan postif sememangnya dapat memperkuatkan ciri-ciri keperibadain yang longgar, hal ini kerana ianya dapat mengubah keperibadian seseorang yang tidak baik

kepada baik. Kelakuan yang postif akan menampakkan keyakinan dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara dan ianya mengundang kepada pujian masyarakay sejagat. Jika kita lihat dengan mata kasar sekalipun, ramai individu yang mengamalkan sikap postif mendapat tempat yang baik dalam masyarakat kerana mereka fikir dengan adanya sikap yang baik ianya mampu mewujudkan Susana yang harmoni dan sejahtera. Teradapat banyak contoh-contoh kelakuan postif antaranya ialah berdisiplin, suka bekerja keras, jujur dalam segala hal, setia kawan, mementingkan keluarga, rela berkorban, bertanggungjawab dengan baik, suka menolong orang, bertolak ansur, bertimbang rasa, menghormati hak orang lain, suka menabung, mentaati perintah tuhan, tidak angkuh dan sombong, berjimat cermat serta banyak lagi.

1.0.2 Kelakuan negatif

Remaja pada hari ini perlu berhati-hati dalam memilih rakan sebaya kerana bukan semua rakan sebaya mempunyai sikap dan kelakuan positif malah ada di antara mereka mempunyai sikap yang tidak baik dan negatif. Kelakuan negatif ditakrifkan sebagai tingkah laku atau perilaku yang tidak baik dan tidak sesuai

dengan nilai-nilai dan norma-norma kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. Seseorang yang mempunyai sikap negatif akan cenderung melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan boleh membawa kemudaratan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara . Kelakuan negatif sememangnya dapat memperkuatkan ciri-ciri

keperibadian yang longgar, hal ini kerana ianya dapat mengubah keperibadian seseorang remaja itu untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Terdapat banyak contoh kelakuan negatif yang boleh mempengaruhi seseorang pelajar antaranya ialah aktiviti vandalisma, ponteng kelas, penagihan dadah, tidak menghormati hak orang lain, suka berpeleseran tanpa tujuan, tidak menghormati ibu bapa, melawan guru dan kurang didikan keagamaan. Sekiranya seseorang remaja bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai sikap dan kelakuan negatif seperti ini, maka mereka juga akan terpengaruh dan cenderung melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan bermanfaat.

1.0.3 Kesan kelakuan positif dan negatif .

Kelakuan positif banyak memberikan impak yang baik kepada remaja yang mengamalkan sikap-sikap yang baik. Kita boleh melihat melalui konteks diri remaja itu sendiri di mana sekiranya mereka mengamalkan kelakuan positif maka keperibadian dan akhlak mereka juga menunjukkan ciri-ciri yang baik. Contohnya sekiranya seorang remaja mengamalkan sikap menghormati ibu bapa dan guru disepanjang hayatnya, maka kehidupan remaja itu dan sosialnya akan terpupuk dengan nilai menghormati orang lain , begitu juga sekiranya kita mentaati tuhan, sekiranya seseorang remaja melakukan kewajipannya seperti solat bagi orang Islam, maka disiplin diri dan kerendahan diri akan terbentuk hasil pemupukan sikap positif ini. Dalam konteks keluarga pula, sekiranya seseorang remaja mengamalkan sikap bertanggungjawab, maka nasib sesebuah keluarga itu akan terbela, contohnya seorang remaja terpaksa menyara keluarganya dengan bekerja dan mencari rezeki setiap hari, maka nasib keluarganya akan terbela hasil pemupukan nilai tanggungjawab itu sendiri. Konteks negara pula dapat dilihat dimana seorang remaja yang mengamalkan semangat patriotisma dan kecintaan terhadap negara yang begitu tinggi. Contohnya apabila seseorang remaja menyertai Angkatan Tentera Malaysia , mereka akan terdidik dengan semangat kecintaan kepada negara dengan cara menjaga keselamatan dan kedaulatan negara setiap masa, maka semangat positif ini akan dapat memberikan impak positif kepada negara kita sendiri. Kelakuan negatif juga akan mampu memberikan impak negatif apabila seseorang remaja melakukannya. Contohnya apabila seseorang remaja yang gemar ponteng sekolah, kesannya dia akan tertinggal dalam pelajarannya dan perkembangan ilmu tidak akan akan berlaku kepadanya. Konteks keluarga pula dapat dilihat dimana seseorang remaja yang terlibat dengan aktiviti penagihan dadah, institusi kekeluargaan akan terkena tempiasnya dimana masyarakat akan memandang serong keluarga tersebut dan juga kehidupan keluarga tersebut menjadi porak peranda. Konteks negara pula ialah negara akan kehilangan pelapis yang baik pada masa akan datang, kecenderungan remaja melakukan kelakuan yang tidak bermoral pada hari ini akan menyebabkan gejala sosial semakin berleluasa, maka ramai remaja yang akan terpengaruh dan melakukan perkara-perkara negatif dan impaknya negara akan terpaksa menanggung perbelanjaan yang banyak dalam memberikan pemulihan kepada remaja seperti menyediakan pusat pemulihan dan

membaiki harta benda awam yang rosak, dan ini akan menyebabkan negara kekurangan pelapis pada masa akan datang. Apabila seseorang remaja mempunyai rakan sebaya yang mengamalkan kelakuan negatif seperti ini maka, kesan yang negatif akan turut berlaku kepada remaja tersebut.

2.0

Pengaruh kelakuan positif dan negatif rakan sebaya

Rakan sebaya merupakan seseorang yang dekat dengan kita. Maka seseorang remaja sememangnya mempunyai rakan sebaya demi memenuhi tuntutan hidup sebagai seorang remaja yang memerlukan kawan dan sahabat untk melalui kehidupan. Rakan sebaya sememangnya begitu penting dan boleh memberikan sesuatu kesan yang baik terhadap seseorang remaja. Apabila remaja mempunyai rakan sebaya yang mempunyai peribadi dan akhlak yang baik, maka ianya akan turut memberikan kesan dan pengaruh kepada remaja tersebut. Sebagai contohnya, seorang rakan sebaya yang berdisiplin dan selalu mengulangkaji pelajarannya, remaja yang menjadi sahabat kepada rakan sebaya ini akan juga melakukan hal yang sama kerana mereka akan terdorong untuk melakukan perkara tersebut. Rakan sebaya yang mentaati tuhan juga akan selalu mendorong sahabatnya yang lain untuk melakukan kebaikan, contohnya kehidupan rakan sebaya yang mengajak rakannya yang lain untuk pergi ke masjid atau surau, perkara ini akan mempengaruhi rakan-rakannya itu untuk turut serta pergi ke tempat tersebut memandangkan benda ini menjadi pengaruh yang kuat disebabkan konsep rakan sebaya itu sendiri. Rakan sebaya juga boleh memberikan kesan negatif terhadap seseorang remaja. Rakan sebaya yang kerap melakukan benda-benda yang tidak bermoral akan menyebabkan rakannya yan lain turut terpengaruh dengan kelakuan tersebut. Rakan sebaya yang selalu melakukan benda negatif mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam memastikan rakannya terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak bermoral. Saya mengambil contoh seorang rakan sebaya yang suka ponteng kelas, kelakuan ini juga akan turut mempengaruhi rakan dan remaja yang lain kerana pengaruh rakan sebaya ini untuk menghasut sangat kuat. Mereka akan terikut-ikut rakan sebaya ini memandangkan rakan sebaya tersebut adalah kawan dan rakan yang sangat rapat dengan mereka. Apabila perkara ini berlaku, maka secara tidak langsung ianya akan memberikan kesan negatif terhadap perkembangan diri pelajar. Contoh yang lain dapat dilihat apabila rakan sebaya yang merokok akan mampun mempengaruhi

rakannya yang lain untuk melakukan benda yang sama. Rakan sebaya ini akan menghasut dan mempengaruhi rakannya yang tidak merokok untuk mencuba benda yang baru dan ini sudah tentunya menyebabkan rakannya itu melakukan benda tersebut atas dorongan yang kuat. Oleh hal yang sedemikan sememangnya kelakuan negatif rakan sebaya akan turut mempengaruhi remaja dan rakannya yang lain untuk melakukan benda yang sama seterusnya akan menghalang pembentukan peribadi yang baik dan akan menyumbang kepada gejala sosial yang tidak bermoral.

3.0

Kesimpulan

Sememangnya rakan sebaya merupakan asset penting yang boleh menentukan hala tuju seseorang remaja yang lain tidak kiralah dari sudut perlakuan, nilai hidup, sikap dan tingkah laku, perkembangan akademik dan sebagainya. Namun, seseungguhnya juga, rakan sebaya mampu menjadi medan untuk memberikan impak yang positif dan negatif terhadap kehidupan remaja yang lain . Pengaruh yang baik sememangnya akan mencorakkan sesuatu yang baik terhadap kehidupan remaja yang lain begitu juga raka sebaya yang mempunyai kelakuan yang negatif akan turut mempengaruhi kecenderungan remaja yang lain. Maka dengan itu, pengaruh rakan sebaya inilah yang akan menentukan kelas kehidupan seseorang remaja pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai