Anda di halaman 1dari 13

1.

Pendahuluan
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah tidur di dalam kelas semasa proses
pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung. Kajian ini dijalankan di dalam kelas
KPD (Group B) dan seramai 2 orang pelajar dari kelas ini menjadi responden dalam
kajian ini. Kaedah soal selidik, temubual, dan pemerhatian telah digunakan untuk
memperoleh maklumat. Responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak
yang terdiri daripasa pelajar yang selalu tidur dalam kelas. Rasional kajian ini adalah
untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan responden mengantuk di dalam
kelas.
Menurut Kamus Dewan, tidur boleh didefinisikan sebagai keadaan tidak sedar
dengan mata terpejam. Manakala istilah kaki tidur pula digunakan oleh orang Melayu
sebagai orang yang suka tidur. Penulisan ini berkisarkan tentang cara dalam mengatasi
dan menangani masalah pelajar yang dilabelkan sebagai kaki tidur di dalam kelas
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tumpuan penuh daripada pelajar
,memberikan kesan yang mendalam dalam proses penyampaian p&p. Oleh yang
demikian, bagi memastikan proses p&p dilaksanakan dengan berkesan perlu ada satu
mekanisma dalam mengurus tingkah laku pelajar secara spesifik di dalam kelas terutama
pelajar yang dikategorikan sebagai kaki tidur.
Tidak ada satu pun kajian ataupun kaedah khusus dalam menentukan ciri-ciri
seorang yang dilabelkan sebagai kaki tidur. Seorang guru hanya dapat mengetahui ciriciri pelajar yang dilabel sebagai kaki tidur berdasarkan pengalamannya. Pelajar yang
dilabelkan ini mungkin hanya dapat dikenal pasti selepas simptom mengantuk ataupun
mudah untuk tidur semasa sesi P&P dijalankan. Memang tidak dinafikan, inilah ciri yang
paling jelas dapat dilihat oleh seseorang guru bagi mengenali pelajar yang kaki tidur.
Biasanya berlaku pada awal pagi dan waktu tengah hari. Manakala bagi tahap kaki tidur
yang serius ialah hampir keseluruhan waktu sama ada siang hari.Kebanyakannya pelajar
yang kaki tidur biasanya berada dalam keadaan tidak aktif atau pun lesu di dalam
kelas. Taktik yang sering dilakukan oleh pelajar yang kaki tidur adalah dengan
menempatkan diri mereka di bahagian yang terhalang oleh penglihatan guru.

1 | Page

2.0

Penyataan Masalah
Masalah yang saya hadapi ketika menjalankan sesi pengajaran ialah terdapat
beberapa orang pelajar tidak aktif di dalam kelas. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi
masalah pelajar yang tidak aktif semasa sesi pengajarann dilakukan. Seramai 2 orang
pelajar daripada 32 orang dalam kelas tersebut terlibat dalam kajian ini dimana mereka
telah tidur semasa sesi pengajaran dijalankan. Tinjauan awal dilakukan semasa sesi
pengajaran makroteaching yang pertama. Hasil tinjauan pertama mereka sudah
menunjukan tingkahlaku suka tidur semasa sesi pengajaran dan tinjauan kedua dilakukan
semasa sesi makroteaching kedua dan pelajar-pelajar tersebut masih lagi menunjukan
tingkahlaku yang sama. Antara tingkahlaku atau cara suka tidur yang ditunjukan oleh
pelajar tersebut

ialah berada di tempat yang terlindung dari pandangan guru, tidur

semasa guru yang mengajar kurang tegas, dan tidur semasa aktiviti perbincangan dalam
kumpulan. Selain itu, semasa aktiviti kumpulan dilakukan mereka melakukan hal-hal
sendiri dan tidak memberikan kerjasama kepada ahli kumpulan walaupun sudah ditegur
oleh guru.
Perlakuan pelajar yang tidur di dalam kelas merupakan satu masalah yang sering
ditegur oleh guru ketika proses p&p. Isu tidur ini boleh dianggap sebagai satu amalan
pelajar tanpa mengira bangsa dan umur. Jika sikap pelajar yang suka tidur ini tidak
diambil tindakan oleh pihak guru maka pastinya akan menjejaskan prestasi dalam
akademik dan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini menunjukkan
bahawa sahsiah remaja semakin merosot. Bagi pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah
menyatakan beberapa persoalan yang menjadi punca berlakunya masalah tidur di
kalangan pelajar ini. Antaranya ialah apakah punca berlakunya masalah tidur dalam
kalangan pelajar, bagaimana masalah tidur

ini berlaku dan apakah langkah yang

sewajarnya bagi mengurangkan masalah tidur di kalangan pelajar. Di samping itu


juga,pengkaji turut mengadakan sesi temu bual bersama dengan pelajar-pelajar lain di
dalam kelas tersebut seramai 8 orang. Melalui analisis ini, pengkaji dapat membuat
kesimpulan terhadap masalah tidur di kalangan pelajar semasa P&P.

2 | Page

3.0

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tentang masalah tidur di kalangan
pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Secara terperincinya,objektif
kajian adalah seperti berikut
i.
ii.
iii.

4.0

Mengetahui faktor pelajar tersebut tidur di dalam kelas


Mengetahui Kesan masalah tidur di dalam kelas
Mencadangkan langkah untuk Mmengatasi masalah pelajar tidur di dalam kelas

Metodologi Kajian
Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada;
4.i.

Pemerhatian
Pemerhatian telah dibuat sepanjang kajian ini dilaksanakan. Melalui kaedah ini
guru memerhatikan tingkah laku pelajar sepanjang proses p&p dijalankan. Guru
juga memerhati tingkah laku pelajar di waktu pengajaran guru lain. Hasil
pemerhatian menunjukan pelajar tersebut sememangnya kaki tidur dan seringkali
tidur semasa proses p&p.

4.ii.

Temu bual
Temu bual juga dilakukan oleh guru bagi mengenalpasti masalah yang
menyebabkan pelajar tersebut suka tidur di dalam kelas. Temubual ini dilakukan
terhadap kawan-kawan pelajar tersebut untuk mengetahui masalah dan latar
belakang pelajar tersebut. Setelah mengenalpasti masalah tindakan susulan akan
diambil untuk mengatasinya.

iii.

Soal Selidik

3 | Page

Sepanjang tempoh kajian ini, satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada
responden kajian bagi mengetahui punca pelajar tersebut suka tidur dalam kelas.
Soal selidik ini terdiri daripada 15 item berdasarkan kepada keperluan kajian yang
dilampirkan dalam lampiran .

5.0

Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Tersebut Tidur di Dalam Kelas


5.1

Faktor Guru
Guru merupakan faktor utama penyebab pelajar tidur di dalam kelas.
Mereka mengatakan bahawa terdapat guru yang mengajar dengan cara yang
membosankan. Apatah lagi suara yang lembut dan tidak jelas didengar. Hal ini
menyebabkan pelajar terus terlena kerana seolah-olah suara guru mendodoikan.
Selain itu, bagi guru yang kurang tegas juga menyebabkan pelajar berani untuk
tidur di dalam kelas.

5.2

Faktor Persekitaran Kelas


Keadaan kelas yang tidak terurus dengan baik menjejaskan minat untuk
belajar. Pelajar mengatakan ada kelas yang berbau dan tiada hiasan yang boleh
menarik pandangan mereka. Kelas yang kurang bersih juga menyebabkan pelajar
tidak ada semangat untuk belajar di dalam kelas. Ada juga pelajar yang
mengatakan bahawa kelas terlalu sunyi disebabkan membuat latihan dan hal ini
menyebabkan pelajar mengantuk.

5.3

Faktor Masa Mata Pelajaran


Terdapat juga responden yang mengatakan faktor masa mata pelajaran
diajar juga menyebabkan mereka mengantuk dan tertidur. Waktu selepas rehat
merupakan waktu kemuncak apatah lagi apabila mencecah pukul 10 lebih. Waktu
ini amat menyukarkan pelajar untuk menahan daripada mengantuk. Di samping
itu,pelajar juga suka tidur selepas waktu rehat kerana mereka rasa terlalu kenyang.

5.4

Faktor Minat Terhadap Mata Pelajaran


4 | Page

Minat amat penting dalam pembelajaran. Terdapat pelajar yang berminat pada
mata pelajaran tertentu sahaja. Apabila masa p&p mata pelajaran yang mereka tidak
minati, maka mereka akan mengambil tindakan untuk tidur. Keadaan ini lebih teruk lagi
apabila masa mata pelajaran tersebut ialah 40 minit. Hal ini akan menyebabkan mereka
ketinggalan mata pelajaran yang di ajar pada ketika itu. Keadaan ini akan menyebabkan
prestasi pelajar itu akan merosot bagi subjek-subjek yang mereka tidak minati.
5.5

Faktor Bebanan Kerja Rumah


Kerja rumah atau (assignment) sememangnya tugasan yang sinonim dengan

pelajar. Tugasan inni merupakan kerja rumah kepada pelajar sebagai syarat kerja kursus
untuk memperolehi 60%. Malah secara tidak langsung sebagai ulang kaji. Namun
terdapat pelajar yang mengatakan mereka terlalu banyak tugasan menyebabkan mereka
terpaksa menyiapkan tugasan sehingga terpaksa tidur lewat. Kesannya pada paginya,
mereka sudah berada dalam keadaan mengantuk kerana tidak dapat menahan mata.Ada
juga yang terpaksa bangun awal pagi gara-gara hendak menyiapkan kerja rumah yang
belum di siapkan. Kesanya,mereka akan mengantuk semasa p&p waktu pagi disebabkan
lewat tidur pada waktu malam.

6.0

Kesan Masalah Mengantuk Terhadap Pelajaran


Sebarang

tingkahlaku

yang

ditunjukkan

oleh

pelajar

di

dalam

kelas

mempengaruhi proses P & P yang dijalankan. Tingkahlaku ini walaupun dianggap biasa
dan remeh bagi seseorang tetapi ianya tetap memberi kesan terhadap guru , rakan sekelas
serta persekitaran pembelajaran. Bagi guru, ianya mungkin mempengaruhi mood
mengajar. Seorang guru mungkin akan berasa tidak yakin terhadap apa yang diajar seperti
timbulnya persoalan adakah cara mengajar yang aku gunakan terlalu boring, ataupun
mungkin menimbulkan perasaan marah dan kurang senang kerana tidak dihormati. Rakan
sekelas pula akan beranggapan bahawa tingkahlaku tersebut dibenarkan, disamping
merasakan bahawa guru tersebut kurang mengambil berat terhadap pelajar.

5 | Page

Suasana persekitaran pembelajaran pula umumnya akan kelihatan kurang ceria,


tidak aktif serta tidak merangsang minat pelajar yang lain sekiranya terdapat beberapa
orang pelajar yang tidur di dalam kelas sebelum atau semasa proses P & P berlangsung.
Kelakuan tidur di dalam kelas ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi tabiat
kebanyakkan pelajar di dalam kelas berkenaan. Pelajar yang meniru kelakuan tersebut
akhirnya menjadikannya sebagai satu tabiat yang biasa bagi dirinya. Keadaan fizikal
pelajar pula akan menjadi lemah dan kurang bersedia untuk menerima P & P.

7.0

Cadangan Dan Langkaah Untuk Mengatasi Masalah


7.5

Aktiviti pembelajaran yang menarik.


Guru perlu memainkan peranan menyediakan aktiviti semasa proses pembelajaran

dengan menarik. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan di dalam kelas adalah untuk menarik
minat pelajar serta memastikan pelajar menumpukan perhatian di dalam kelas dan
seterusnya pelajar tidak mengantuk.

Aktiviti pembelajaran yang menarik ini juga

merangkumi cara guru mengajar menggunakan kaedah yang berlainan dalam erti kata
lain guru mempelbagaikan kaedah pengajaran. Contoh kaedah pembelajaran yang dapat
menarik minat pelajar seperti simulasi, Lakonan, nyanyian, kuiz, pendebatan dan
sebagainya. Kesimpulanya disini seorang guru perlu bijak merancang aktiviti yang akan
dilakukan agar bersesuaian dengan tajuk pengajaran disamping menarik minat pelajar.
7.2

Mengalakkan pelajar mencatat nota


Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda

mengekalkan flow ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal,
hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa tension dan tidak lagi
fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu
sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat
nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.
7.3

Kawal Pernafasan

6 | Page

Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di
dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam
tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan
ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan
pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam
dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan
alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.

7.4

Cukup Tidur
Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali mengantuk di dalam kelas. Apabila

tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang
secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini
menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang
cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur anda
selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.

7.5

Gerakkan Badan
Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama40 minit

hingga sejam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang
membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk
menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta
pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan
fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan
mengantuk.

8.0

Kesimpulan
7 | Page

Kajian ini adalah untuk mengkaji masalah tidur di kalangan pelajar kelas KPD
(kumpulan B). Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor
pelajar tidur ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh bakal-bakal
guru dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Daripada hasil dapatan kajian yang telah
dianalisis, jelas sekali bahawa tidur semasa P&P adalah memberi impak kepada pelajar.
Responden memberikan alasan bahawa mereka terlalu banyak tugasan yang perlu
disiapkan sehingga terpaksa tidur lewat tidur malam. Hal ini menyebabkan mereka
sering mengantuk dalam kelas. Selain itu, pelajar tersebut juga memberi alasan bahawa
mereka kurang tidur menyebabkan sering mengantuk dalam kelas pagi. Sesetengah
pelajar yang suka tidur di dalam kelas merupakan pelajar yang lewat tidur malam.
Kesimpulannya daripada hasil kajian yang dijalankan diharapkan dapat memberi impak
yang positif daripada semua pihak terutamanya pelajar itu sendiri.

9.0

Rujukan
8 | Page

Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya Dengan
Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM.
Alis Putih (2008)Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey Enterprise.
Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur : Utusan
Publication And Distributors Sdn. Bhd.

Lampiran 1

9 | Page

Borang Soal Selidik Tentang Masalah Tidur Dalam Kelas


BAHAGIAN A Maklumat Demografi
Arahan: Sila Tandakan ( ) bagi jawapan yang sesuai
1.

Jantina
Perempuan (

2.

Lelaki (

Agama
Islam (

) Hindu (

) Buddha (

) Kristian (

) Lain-Lain (

BAHAGIAN B Penilaian Tabiat suka Tidur Dalam Kalangan Pelajar


Arahan : i.. Sila baca kenyataan yang diberikan.
ii. Sila tandakan ( ) dalam petak berkenaan.
iii.Isikan jawapan untuk tempat kosong

3.

Adakah anda suka tidur di dalam kelas?


Ya (

Tidak (

Nyatakan kenapa?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4.

Adakah cara guru yang mengajar menyebabkan anda mengantuk?


Ya (

Tidak (

Nyatakan kenapa?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5.

Adakah suasana di dalam kelas yang kurang menyenangkan menyebabkan anda

10 | P a g e

mengantuk?
Ya (

Tidak (

Nyatakan kenapa?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6.

Pada waktu bilakah anda sering mengantuk?


Nyatakan kenapa?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7.

Adakah anda suka tidur lewat pada waktu malam?


Ya (

Tidak (

Nyatakan kenapa?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8.

Adakah persekitaran rumah anda yang kurang menyenangkan menyebabkan anda kurang
selesa untuk tidur pada waktu malam?
Ya (

Tidak (

Nyatakan kenapa?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------9.

Apakah aktiviti yang dilakukan oleh anda pada waktu malam menyebabkan anda tidur
lewat?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10.

Adakah dengan adanya banyak tugasan membuatkan anda tidur lewat dan mengantuk di
11 | P a g e

dalam kelas pada waktu P&P?


Ya (

Tidak (

Nyatakan kenapa?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------11.

Adakah anda suka tidur sebelum waktu rehat?


Ya (

Tidak (

Natakan kenapa?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------12.

Adakah anda suka tidur selepas waktu rehat?


Ya (

Tidak (

Nyatakan kenapa?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------13.

Adakah bangun terlalu awal menyebabkan anda suka tidur di dalam kelas semasa P&P?
Ya (

Tidak (

Nyatakan kenapa?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------14.

Adakah guru yang mengajar itu kurang ceria bila mengajar menyebabkan anda
mengantuk?
Ya (

Tidak (

Beri sebab?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------15.

Apakah Pandangan rakan-rakan yang lain terhadap pelajar yang suka tidur dalam kelas?
12 | P a g e

Beri sebab?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

13 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai