Anda di halaman 1dari 6

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SEJARAH TAHUN 5 2016

1.0 TAJUK PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

“ Home For The Crying ” : SATU TEKNIK MENGHAFAL FAKTA SEJARAH BAGI

PELAJAR PANDAI DALAM SUBJEK LAIN TETAPI BINGGUNG DALAM SUBJEK

SEJARAH KSSR TAHUN 5 DI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN

HUSSIEN ONN ( 2 )”

2.0 NAMA PENYELIDIK

PUAN VANITHA A/P MUNIANDY

( 750513-08-6210 )

3.0 NAMA SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussien Onn 2

Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussien Onn

43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan

(Tel : 03-90757952 Fax : 03 90756952 HP 016-3676875)

4.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Kertas Cadangan Kajian Tindakan ini merupakan rentetan daripada Kajian

Tindakan 2015 saya yang bertajuk “Penghafalan fakta sejarah”. Kajian

Tindakan sebelum ini dijalankan ke atas pelajar tahun 5 yang berfokus

kepada kumpulan yang lemah. Dapatan kajian 2015 mendapati bahawa

murid-murid gagal menjawab dengan betul kerana tidak dapat menghafal

fakta sejarah terutamanya tahun dan peristiwa. Setelah dikaji, konsep

penghafalan fakta sejarah ini harus dipermudahkan mengikut tahap

1
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SEJARAH TAHUN 5 2016

pemahaman murid dalam bentuk I-Think. Namun masalah yang sama

didapati berulang pada tahun 2016 tetapi bagi pelajar cemerlang dalam mata

pelajaran lain tetapi tidak dapat skor A atau B mahupun C di dalam Ujian

Sumatif I dan dalam Ujian Sumatif II .

5.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Ketika memperkenalkan setiap tajuk baru seramai 7 orang murid ini aktif di

dalam kelas dan kerja kumpulan dan nota lengkap. Tetapi setelah diuji

semasa ujian Mocs ( ujian spontan di dalam kelas ) , ujian sumatif I dan II

didapati pelajar-pelajar ini tidak dapat melepasi gred D iaitu dalam lingkungan

markah 50-59 sahaja. Apa yang menghalang mereka ? Tetapi ada di antara

pelajar ini pandai di dalam subjek teras. Setelah di tanya air mata mula

berkolam.

Antara permasalahan yang begitu ketara adalah :

Pelajar mudah lupa fakta yang dikemukakan.

Pelajar tidak memahami apa yang dibaca.

Pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran sejarah.

Pelajar tidak mahu merujuk buku teks.

Pelajar hanya dapat melaksanakan tugas yang diarah sahaja.

2
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SEJARAH TAHUN 5 2016

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

6.1 OBJEKTIF UMUM

Meningkatkan kefahaman murid dalam penghafalan fakta sejarah

dengan cepat dan mudah dan dapat skor gred A atau B dalam

peperiksaan yang akan datang.

6.2 OBJEKTIF KHUSUS

1. Responden yang terlibat dapat meningkatkan daya ingatan untuk

mengingati fakta.

2. Responden yang terlibat dapat mencari fakta sejarah dengan

sendiri apabila diberi tajuk.

3. Responden yang terlibat dapat mengisikan tahun dan peristiwa

dengan tepat di dalam kertas yang diberikan dari semasa ke

semasa.

3
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SEJARAH TAHUN 5 2016

7.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 7 orang responden daripada kelas 5 Zuhrah di Sekolah

Kebangsaan Bandar Tun Hussien Onn ( 2 ).

8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

1. Pengkaji mengenalpasti pelajar di bawah kendaliannya.

2. Menjalankan Ujian Diagnostik / Mocs

3. Menjalankan soal selidik berdasarkan dapatan Ujian Diagnostik

4. Menyediakan bahan untuk aktiviti “ HOME For The Crying “ dan

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

5. Menjalankan Ujian Pos

6. Menjalankan soal selidik terhadap keberkesanan “HOME For The Crying”

dalam mata pelajaran sejarah tahun 5.

4
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SEJARAH TAHUN 5 2016

9.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

9.1 CARTA GANTT

BIL AKTIVITI BULAN

4 5 6 7 8 9 10

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan

data awal

2 Menulis proposal kajian

3 Merancang tindakan (individu)

4 Melaksanakan tindakan (aktiviti 1)

5 Membincangkan masalah yang timbul dalam

tindakan 1

6 Melaksanakan tindakan (aktiviti 2)

7 Membincangkan masalah yang timbul dalam

aktiviti 2

8 Ujian untuk mengesan pencapaian murid

9 Refleksi

10 Menulis laporan kajian

11 Pembentangan dapatan kajian

5
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SEJARAH TAHUN 5 2016

9.2 PERINCIAN PELAKSANAAN

BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN

PERLAKSANAAN

1 Mengenal pasti masalah dan 12 MEI 2016

pengumpulan data awal

2 Menulis proposal kajian 17 MEI 2016

3 Merancang tindakan (individu) 24 Mei 2016

4 Melaksanakan tindakan (aktiviti 1) 14 Jun 2016

5 Membincangkan masalah yang 21 Jun 2016

timbul dalam tindakan 1

6 Melaksanakan tindakan (aktiviti 2) 05 Julai 2016

7 Membincangkan masalah yang 12 Julai 2016  Jika ada

timbul dalam aktiviti 2

8 Ujian untuk mengesan 02 Ogos 2016

pencapaian murid

9 Refleksi 06 September 2016

10 Menulis laporan kajian 20 September 2016

11 Pembentangan dapatan kajian 04 Oktober 2016

Disediakan oleh,

................................

( Vanitha a/p Muniandy )

Guru Sejarah

SK Bandar Tun Hussien Onn ( 2 )

Anda mungkin juga menyukai