Anda di halaman 1dari 12

QSI 3141 BOLA TAMPAR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

(BLOCKING)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO.MATRIK

MUHAMMAD IZZARUL AIZEK D20172081148


BIN MOHD ZULKIFLI

MOHAMAD FAZLIEY BIN D20182086453


MOHD JAILANI

MICHAEL OWEN BALIN ANAK D20191087637


RAMBEH

MOHAMMAD AIMAN NAEEM D20171079058


BIN MD SADAKAH

NUR ALIFF AKASHAH BIN D20182086643


MOHAMMAD YUSOFF

VENDY JANAIK D20171078472

NAMA PENSYARAH

DR. ZULEZWAN BIN AB MALIK


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI
MINGGU : 1 TARIKH : 3 DEC 2020 HARI : SELASA
TINGKATAN: 1 invictus MASA : 7.30 pagi-8.30 pagi KEMAHIRAN INSANIAH/ELEMEN
MERENTAS KURIKULUM(EMK)
MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN JASMANI
Bahasa
TAJUK/BAB: Permainan Bola Tampar (Kemahiran mengadang)
Kelestarian Alam Sekitar
Murid akan diajar untuk:-
1.5 Melakukan kemahiran asas bola tampar dengan lakuan yang Nilai Murni
OBJEKTIF betul. Sains dan Teknologi
PEMBELAJARAN/ 2.5 Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip Patriotisme
STANDARD mekanik dalam kemahiran asas bola tampar.
Kreativiti dan Inovasi
KANDUNGAN: 5.2 Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa
melakukan aktiviti fizikal. Keusahawanan
Teknologi Maklumatdan
Disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:- Komunikasi (TMK)
Psikomotor: Kelestarian Global
1.4.5 Melakukan kemahiran mengadang dari posisi Pendidikan Kewangan
belakang, posisi sisi dan posisi depan dalam situasi Pembelajaran Sepanjang Hayat /
HASIL permainan
Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan
PEMBELAJARAN/ Kognitif :
STANDARD 2.4.6 Mengenal pasti kemahiran mengadang yang sesuai ARAS PEMBELAJARAN/
PEMBELAJARAN: digunakan berdasarkan situasi permainan TAHAP PEMIKIRAN (HOTs)
Afektif : Mencipta (Creating))
5.2.1 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan Menilai (Evaluating)
aktiviti Menganalisis (Analysing) /

Mengaplikasi (Applying) /
Perbincangan/ Pembentangan Memahami (Remembering) /
Eksperimen
Mengingat (Creating)
Simulasi Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan
Projek
MOD PETA PEMIKIRAN i-THINK/
Pembelajaran Luar Bilik Darjah/ Lawatan
PEMBELAJARAN: i-THINK TOOLS MAPS
Integrasi Teknologi Maklumat
Bulatan (Circle)
Lain-lain (Nyatakan)
Teaching Game For Understanding (TGFU) / Buih (Bubble)
Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan Buih Berganda (Double
Bubble)
Pokok (Tree)
Fasa : Pengenalan
Dakap (Brace)
Pengenalan Pemanasan Badan
Alir (Flow)
AKTIVITI Fasa Pelbagai Alir (Multi-flow)
PEMBELAJARAN Perkembangan Variasi 1 (Aktiviti Mudah)
Titi (Bridge)
Variasi 2 (Aktiviti Sederhana)
DAN
Variasi 3 (Aktiviti Sukar) Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan
PEMUDAHCARAAN Fasa Permainan kecil : ‘Challenge Game’
(PdPc)/ RINGKASAN Kemuncak PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
AKTIVITI: Fasa Penutup : Menyejukkan badan Latihan bertulis
: Rumusan Pemerhatian /

Rujuk Lampiran A Kuiz


Lisan /
ALAT BANTU - Bola Tampar Lembaran Kerja
MENGAJAR(ABM)/ - Wisel Kerja Kumpulan
BAHAN BANTU - Marker
Pembentangan
BELAJAR (BBB):
Lain-lain (Nyatakan):
i. Buku Teks …………………………………………
RUJUKAN/ SUMBER: ii. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) PJPK Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan

REFLEKSI: Guru mengulas pencapaian murid berdasarkan borang


LAMPIRAN A

1. FASA PENGENALAN
Set Induksi

(5 minit)

Guru akan :

 Guru akan menerangkan tentang kemahiran menghadang dalam sukan bola tampar.
 Guru menayangkan video kemahiran menghadang dalam sukan bola tampar.

Memanaskan Badan

(5 minit)

Dynamic warm up.

 Guru bahagikan murid dalam kumpulan berenam (1 kumpulan, 6 orang) dimana pelajar
tersebut dikira satu hingga enam dan hasilnya terbentuk kumpulan mengikut kiraan
tersebut iaitu 6 kumpulan.

 Guru membahagikan kad tugasan warm up bagi setiap kumpulan dan mereka melakukan
warm up tersebut mengikut apa yang tertulis.

 Setiap kumpulan akan dibahagikan jenis dynamic warm upnya sendiri dan mereka
melakukan warm up tersebut bersama sama.

- Kumpulan 1 high knee/ butt kick

- Kumpulan 2 Side step

- Kumpulan 3 Carioca

- Kumpulan 4 Loungest

- Kumpulan 5 Walk on heels/ speed.

- Kumpulan 6 Speed

 Pertamanya, setiap kumpulan melakukan Run with Circle adalah murid berlari anak
dengan membuat rotasi tangan kehadapan dan murid berpatah balik dan membuat rotasi
tangan ke belakang. Selepas itu, murid mengikuti aktiviti dalam kumpulan masing-
masing dan melakukan aktiviti ini secara bergilir-gilir.
2. FASA PERKEMBANGAN

Nama permainan : Menghadang tanpa jaring

Variasi 1 (Aktiviti Mudah)

(10 minit)

 Murid dibahagikan kepada 4 orang dalam 1 kumpulan


 Setiap kumpulan diminta untuk mengambil satu bola
 Dalam 1 kumpulan diminta untuk membentuk 2 kumpulan iaitu kumpulan menyerang
dan kumpulan bertahan
 Kumpulan menyerang akan membaling bola kepada salah seorang daripada kumpulan
bertahan. Balingan mestilah dibuat di atas kepala murid yang bertahan. Jarak antara
murid yang menyerang dan bertahan adalah 2 meter. Balingan dibuat secara balingan
atas kepala. Murid akan bergilir-gilir membuat balingan
 Murid yang bertahan akan melompat dan cuba menepis bola yang dibaling dengan
menggunakan kedua-dua belah tangan. Murid akan bergilir-gilir untuk menepis bola
tersebut sebanyak 2 kali percubaan seorang
 Selepas selesai, kumpulan menyerang dan bertahan akan bertukar tempat dan melakukan
aktiviti yang sama
Variasi 2 (Aktiviti Sederhana)
(10 minit)
 Ketinggian jaring sukan badminton digunakan pada aktiviti 2.

 Murid diarahkan untuk kekal bersama ahli kumpulan yang sama.

 Aktiviti yang sama seperti aktiviti 1 akan dilakukan tetapi menggunakan jaring dengan
ketinggian jaring badminton.

Variasi 3 (Aktiviti Sukar)


(15 minit)
 Ketinggian jaring bola tampar yang sebenar digunakan pada aktiviti 3.

 Murid diarahkan untuk kekal bersama ahli kumpulan yang sama.

 Aktiviti yang sama akan dilakukan seperti aktiviti 1 dan 2 tetapi dengan jaring dengan
ketinggian jaring bola tampar.

 Kumpulan menyerang perlu membaling bola dengan ketinggian atas sedikit dari puncak
jarring dan kumpulan penghadang perlu menyekat bola daripada kumpulan penyerang.
3. FASA KEMUNCAK

Modifikasi Permainan : ‘Challenge Game’

(10 minit)

 Guru akan menerangkan tentang permainan kecil yang akan dimainkan kepada murid.

 Murid dibahagikan secara 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 6 orang murid.

 Guru mengarahkan pelajar mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari secara permainan


sebenar dalam bola tampar.

 Murid diarahkan supaya melakukan kemahiran yang telah diajar iaitu kemahiran
mengadang.

 Guru memperbetulkan kesalahan pelajar ketikan bermain dengan menunjukkan


pembetulan atau pengukuhan segera.

 Kumpulan yang mengumpul mata yang tertinggi sehingga 15 mata penuh akan dikira
pemenang manakala kumpulan yang megumpul mata yang rendah akan dikira kalah.
4. FASA PENUTUP

Menyejukkan Badan : ‘Cooling Down’

(5 minit)

Aktiviti regangan ringan.

• Murid melakukan aktiviti regangan otot pada intensiti rendah Bersama-sama dan
dipimpin oleh guru. Masa yang diperuntukkan bagi kiraan setiap jenis Gerakan adalah dalam
kiraan 8saat. Aktiviti menyejukkan badan ini didahulukan dari aras bawah iaitu kaki sehingga
aras atas iaitu kepala.

Rumusan/Refleksi

1. Guru mengulas pencapaian murid berdasarkan borang penilaian yang mengandungi aspek
standard pembelajaran (psikomotor, kognitif dan afektif).

2. Guru meminta murid mengemukakan refleksi pembelajaran secara lisan berkaitan pelajaran
hari ini. 5 pelajar dipilih secara rawak untuk memberikan refleksi mengenai apa yang didapati
sepanjang menghadiri kelas kemahiran ini.
LAMPIRAN B

BORANG REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(MODEL UPSI)

Kelas : 1 Invictus

Topik : Bola Tampar (Menghadang/Blocking)

Kehadiran : 20 Orang

Masa : 07.30-08.30 Pagi

Tarikh : 3 December 2020

KRITERIA MAKLUMAT

U- Understanding (Pemahaman) • Murid dapat melakukan kemahiran


menghadang dengan baik namun terdapat
juga beberapa orang murid tidak dapat
melakukan kemahiran ini dengan baik.

Murid lebih yakin dan dapat bekerjasama


dengan baik dalam melakukan setiap
aktiviti.

• Murid telah mempamerkan


keseronokan semasa aktiviti
dilakukan di dalam kelas.

P- Procedure (Prosedur) Semasa proses PdP ini, saya telah


memastikan proses pengajaran secara
berperingkat dari aras rendah hingga ke aras
tinggi.

 Tahap mudah : Kesemua murid


dapat melakukan dan menguasai
kemahiran dan aktiviti yang
dilakukan.

 Tahap sederhana : Kesemua murid


dapat melakukan dan menguasai
kemahiran dan aktiviti yang
dilakukan.
 Tahap sukar : Hanya beberapa orang
murid sahaja yang tidak dapat
melakukan aktiviti ini kerana
terdapat penambahan ketinggian
jaring.
S- Strategy (Strategi)  Proses PdP menggunakan kaedah
TGFU.

 TGFU dapat dilakukan dengan baik


kerana keluasan gelanggang yang
mencukupi dan peralatan yang
mencukupi.

I- Intervention (Peneguhan)  Ketika beradda pada peringkat yang


sukar, hamper kesemua pelajar
Berjaya melakukan aktiviti dan
kemahiran yang diajarkan. Hanya
beberapa pelajar sahaja yang tidak
dapat melakukan aktiviti dan
menguasai kemahiran yang diajarkan
dan mereka merupakan pelajar
perempuan.

 Sebagai Langkah penyelesaian, saya


lebih menumpukan perhatian kepada
mereka yang belum menguasai
kemahiran ini. Sebaggai contoh
memberikan mereka lebih banyak
percubaan semasa kelas. Untuk kelas
yang akan dating pula, pelajar akan
diperhati dalam mengaplikasikan apa
yang mereka telah pelajari.

Ulasan Keseluruhan : Secara keseluruhannya, proses PdP yang dijalankan berjalan dengan
lancer dan sesuai dengan apa yang inigin diajarkan selaras dengan DSKP Pendidikan
Jasmani. Saya berpuas hati dengan tahap pencapaian pelajar walaupun bedan ini baharu bagi
mereka. Terdapat juga sedikit kekurangan berlaku di mana, beberapa pelajar tidak Berjaya
melakukan aktiviti kemahiran ini pada peringkat yang sukar, namun saya yakin di waktu
kelas yang akan datang, pelajar ini boleh menguasai kemahiran ini di tahap yang minimum.

Disediakan Oleh :

__________________

( )
STANDARD PENYATAAN
KRITERIA DEFINISI OPERASI

U - Understanding (Pemahaman) - Mengupas sejauh mana tahap pengetahuan murid bagi objektif
yang telah ditetapkan berdasarkan domain pengajaran iaitu
kognitif, psikomotor dan afektif.

- Penilaian perlulah berpandukan kepada aspek kejelasan dan


pengukuran objektif yang jelas serta boleh diukur.

P - Procedure (Prosedur) - Melihat proses pengajaran yang terancang dengan mengambilkira


konsep pelaksanaan aktiviti atau penyampaian maklumat daripada
aras rendah ke aras sukar.

- Sejauhmana murid dapat mengikuti aktiviti yang telah dirancang.

S - Strategy (Strategi) - Sejauhmana strategi pengajaran yang digunakan bersesuaian


dengan murid berdasarkan topik pembelajaran.

- Adakah pendekatan startegi pengajaran sepanjang proses


pengajaran dan pembelajaran memberikan keseronokan kepada
murid untuk terus belajar.

I - Intervention (Peneguhan) - Adakah murid yang tidak menguasai diberikan intervensi khas agar
tidak ketinggalan dengan murid yang lain.

- Apakah kaedah yang digunakan bagi mengatasi murid yang tidak


dapat menguasai pembelajaran semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Ulasan Keseluruhan - Komen secara keseluruhan proses penhgajaran dan pembelajaran.

- Adakah perancangan dalam rangcangan pengajaran harian dapat


dilaksanakan seprti yang telah ditetapkan.

- Saranan pengajaran dan pembelajaran akan datang.

Gambar rajah 1 bola yang digunakan untuk melaksanakan rph


Gambar rajah 2 wisel yang digunakan untuk memberikan arahan kepada pelajar

Gambar rajah 3 penggunaan marker untuk melaksanakan pengajaran

Gambar rajah 4 dskp yang digunakan sebagai rujukan sukan bola tampar

Gambar rajah 5 penggunaan buku teks Pendidikan jasmani sebagai rujukan

Anda mungkin juga menyukai