Anda di halaman 1dari 2

Sumber : http://www.harian-metro-online.

com/tag/pembuangan-bayi
Posts Tagged Pembuangan Bayi
Bayi perempuan ditemui di hadapan kedai surat khabar
Posted on the August 29th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan yang sihat dan cukup sifat ditemui di hadapan sebuah kedai menjual surat khabar di Jalan
Sultan Omar di sini, hari ini.
Bayi yang dibalut dengan tuala berwarna biru dan hanya memakai lampin itu diletakkan dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di
hadapan pintu kedai berkenaan.
Rozlan Shahril Hamzani, 31, yang menemui bayi itu ketika ingin memulakan perniagaan pada pukul 6 pagi, berkata beliau mendengar suara
bayi menangis tetapi tidak menghiraukannya apabila bunyi tangisan itu hilang tidak lama kemudian.
Read More
7 Comments
Mayat bayi kepala pecah dalam longkang
Posted on the March 31st, 2012 under Jenayah,Tempatan by admin

KUALA LUMPUR: Hanya sehari selepas penemuan janin berusia empat bulan tanpa kepala di loji kumbahan berhampiran Projek Perumahan
Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, seorang lagi bayi lelaki ditemui mati dalam keadaan menyedihkan selepas kepalanya pecah dipercayai
terhantuk pada dinding longkang ketika dihanyutkan arus di longkang PPR Intan Baiduri, Jinjang, di sini, semalam.
Kejadian menyayat hati itu disedari seorang pekerja kontrak membersih sampah yang terlihat mayat bayi terbabit terapung dalam longkang
berhampiran tasik taman rekreasi di PPR Intan Baiduri, jam 10.30 pagi.
Pekerja terbabit, Rafusi Ahmad, 40 tahun, berkata individu yang melakukan perbuatan terbabit kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana
membuang bayi itu.
Read More
9 Comments
Mayat bayi perempuan dijumpai di bilik air kolej
Posted on the February 15th, 2012 under Tempatan by admin

KOTA BHARU Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis,
Telong, Bachok hari ini.
Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan kepada penyelia
kolej berkenaan kira-kira pukul 10.40 pagi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang
pegawai dari kolej tersebut.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui
motif pembuangan bayi itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Anda mungkin juga menyukai