Anda di halaman 1dari 13

Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran

Sememangnya setiap teori pembelajaran mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang efektif, pelbagai implementasi yang boleh dilaksanakan bagi
memantapkan keberkesanan pdp didalam bilik darjah.
3.1

Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran behavioris

Keberkesanan teori behavioris dapat dilihat apabila guru telah bersedia menyediakan matlamat, objektif
pengajaran dan analisis tugasan yang spesifik, realistik dan boleh dicapai sebelum aktiviti pembelajaran
dan pengajaran bermula. Sebagai contoh, guru akan mengajar kemahiran menambah dan menolak
sesuai dengan aras murid yang lemah, sederhana dan tinggi. Guru tersebut akan memperincikan
tugasan yang telah dirancang dengan membantu murid aras sederhana dan lemah bagi menguasai
kemahiran tersebut langkah demi langkah. Manakala murid aras tinggi pula akan diberi latihan tambahan
bagi memantapkan lagi kemahiran menambah dan menolak. Hal ini sekaligus dapat membantu guru
tersebut bagi mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan didalam pengajaran.
Selain itu, bagi memastikan bagi pembelajaran akan menjadi lebih efektif, guru yang
mengajar step by step, dan mengaplikasikan teknik peneguhan dan hukum kesediaan dengan betul
semestinya berupaya meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita ambil
contoh seorang guru yang mengajar kemahiran menulis tulisan jawi. Guru tersebut akan mengajar
kemahiran dari sekecil-kecilnya seperti memegang pensel sehinggalah kemahiran yang lebih besar
seperti boleh menghasilkan tulisan jawi dengan cantik dan kemas. Kemahiran ini akan dapat dikuasai
oleh murid sekiranya guru berjaya mencungkil rasa ingin tahu murid untuk belajar sepertimana yang
terdapat dalam hukum kesediaan disamping menggunakan teknik peneguhan yang sesuai sama ada
dalam bentuk pujian mahupun ganjaran dalam bentuk hadiah dan sebagainya sebagai menghargai hasil
kerja murid.
Seterusnya, saya melihat bahawa keberkesanan teori behavioris dapat dilihat apabila seseorang
guru dapat mengaplikasikan hukum latihan, hukum kesan/akibat disamping menyediakan amalan disiplin
bilik darjah yang kondusif. Saya berikan satu contoh seorang guru yang menyediakan set latihan latih
tubi yang banyak untuk muridnya dan memberi ganjaran bagi yang menjawab kesemua soalan dengan
betul. Hal ini bermakna, dia telah berupaya mengaplikasikan hukum latihan dan hukum kesan/akibat
dengan baik. Tambahan pula, perkara ini dapat dimantapkan lagi apabila suasana bilik darjah menjadi
lebih positif dengan adanya peraturan kelas dan juga budaya belajar yang baik dalam kalangan pelajar.
3.2

Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran kognitif

Seterusnya kita beralih kepada teori pembelajaran kognitif yang mana sememangnya lebih menekankan
kepada proses mental seperti penyelesaian masalah, ingatan dan bahasa. Jadi, sejauh manakah kita
melihat teori ini sebagai suatu teori yang berkesan yang boleh digunakan di dalam aktiviti pembelajaran
dan pengajaran dalam bilik darjah?
Berkesannya teori ini dapat dilihat sekiranya seseorang guru berupaya mempersembahkan
sesuatu maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum masuk kepada maklumat yang lebih khusus.
Hal ini sangat perlu supaya murid boleh mengenal sesuatu konsep di dalam sesuatu topik. Sebagai
contoh, murid perlu memahami konsep jenis haiwan yang hidup di darat dan air sebelum mengenal

haiwan tersebut sama ada berdarah panas atau sejuk. Bagi mengukuhkan kefahaman murid, guru boleh
mengaitkan pengetahuan sedia ada murid disamping mengimbas kembali topik pembelajaran yang
lepas. Hal ini penting bagi memastikan murid tersebut tidak tersalah dari segi konsep. Dalam hal ini,
guru perlulah membantu pelajar yang tidak ada pengetahuan terdahulu kerana ianya sangat berkait rapat
dengan pelajaran yang baharu.
Pada masa yang sama, guru kenalah bertindak sebagai pemudah cara kepada murid-murid untuk
belajar. Dalam hal ini guru tidak perlulah memberi tunjuk ajar seratus peratus. Cukuplah sekadar
menunjukkan jalan kepada mereka. Contohnya, guru perlulah menyediakan segala alat, bahan dan
sebagainya bagi membantu murid memahami konsep jisim dan berat sama ada ditunjukkan dalam
bentuk gambar, simulasi, lakonan dan sebagainya. Hal ini penting bagi memastikan mereka benar-benar
boleh membezakan kedua-dua konsep tersebut. Oleh itu, penggunaan bahan maujud sangat diperlukan
bagi memudahkan penyampaian pengajaran guru di dalam mengajar murid.
Selanjutnya, teori ini jelas membawa kepada keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran apabila seseorang guru dapat mengintegrasikan maklumat baru yang dipelajari oleh murid,
melalui perbandingan antara idea baru dengan idea lama. Sebagai contoh, murid telah belajar mengenai
konsep rumah, iaitu ada bilik, tandas dan sebagainya. Kemudian murid telah belajar mengenai
pangsapuri. Konsep rumah tidak perlu diubah walaupun murid tidak pernah melihat pangsapuri.
Walaubagaimanapun, apabila guru memperkenalkan rumah igloo, konsep rumah perlu diubah kerana
rumah juga boleh diperbuat daripada ais, tidak semestinya rumah diperbuat daripada simen dan kayu
sahaja. Jelaslah bahawa, jika guru berupaya memperkenalkan dan membantu murid membuat
perbezaan dalam sesuatu konsep, hal ini dapat memastikan keberkesanan murid untuk mempelajari
sesuatu topik yang bakal diajar pada masa akan datang.
3.3

Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran konstruktivis

Berbeza dengan teori yang sebelum ini, teori pembelajaran konstruktivis ini mempunyai kelainannya yang
tersendiri. Pastinya ia membawa kepada suatu bentuk pendekatan yang berbeza dalam memantapkan
lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun sejauh manakah keberkesanannya?
Teori pembelajaran konstruktivis akan menjadi lebih berkesan sekiranya seseorang guru
berupaya memilih pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu topik untuk
mengajar rakannya yang lain. Contoh yang boleh diketengahkan disini ialah guru akan memilih beberapa
orang pelajar yang sudah memahami dan menguasai topik pecahan dalam matematik kepada beberapa
kumpulan untuk membimbing murid yang masih belum menguasai topik pecahan. Pendekatan ini
sebenarnya sangat membantu guru bagi mengukuhkan kemhiran murid. Hal ini kerana, sesetengah
murid mungkin malu atau takut untuk bertanya dengan guru sekiranya mereka tidak faham. Sebaliknya,
mereka akan lebih selesa apabila bertanya dengan rakan mereka sendiri. Justeru, cara ini boleh
dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mengikut kesesuaian murid.
Bukan itu sahaja, keberkesanan teori ini boleh dilihat sekiranya guru menggalakkan pelajar
melaksanakan tugasan secara berkumpulan. Hal ini bagi meluaskan pemikiran mereka disamping
menggalakkan perbincangan supaya mereka dapat berkongsi pendapat dan idea yang pelbagai.
Misalnya, guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kemudian menyuruh mereka mencari
maklumat mengenai tempat bersejarah di Malaysia. Perkara ini bukan sahaja menggalakan interaksi
sesama mereka. Malah, perkara ini akan menyebabkan mereka sentiasa berbincang berhubung dengan

tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Maka, disinilah keberkesanan teori ini dapat dilihat apabila
guru tersebut berupaya menjayakannya.
Berikutan itu, jika seseorang guru dapat melaksanakan strategi pengajaran yang pelbagai seperti
mengadakan debat antara kumpulan dan sebagainya, sebenarnya ia merupakan suatu usaha baik yang
boleh dinilai sebagai sesuatu yang berkesan di dalam teori konstruktivis. Sebagai contoh, guru
memberikan pelbagai isu semasa sebagai topik perbincangan untuk dibahaskan didalam setiap
kumpulan. Hal ini dapat menggalakan murid untuk terlibat secara aktif bagi mengemukakan pandangan
masing-masing. Malah, mereka turut belajar untuk mentafsir maklumat yang mereka terima dan
membuat pertimbangan melalui perbincangan sesama mereka. Jelaslah disini bahawa sememanya
aktiviti seperti ini boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah.
3.4

Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran sosial

Teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura turut membawa kepada keberkesanannya
dari segi pelbagai bentuk terutamanya dari segi sosial. Pembelajaran melalui pemerhatian pastinya
membawa impak yang positif dalam bilik darjah. Namun, sejauh manakah teori ini boleh diaplikasikan
didalam bilik darjah?
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lebih berkesan sekiranya
seseorang guru tersebut menggalakkan pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan. Contohnya,
guru telah menjadikan seorang murid tahun enam yang aktif dalam kegiatan kokurikulum dan cemerlang
dalam akademik sebagai model untuk dicontohi oleh para pelajarnya. Perkara ini sebenarnya dapat
memberi impak yang positif kepada mereka untuk lebih bermotivasi untuk melibatkan diri secara aktif
dalam kegiatan kokurikulum dan turut sama tidak lupa menyeimbangkan kecemerlangan dalam
pelajaran. Namun, guru tersebut perlu juga untuk menerangkan tingkah laku yang kurang sesuai atau
tidak boleh diikuti, supaya murid tidak meniru sesuatu tingkah laku yang boleh membawa kepada
perlakuan yang negatif, melanggar undang-undang dan sebagainya.
Selain itu juga, penggunaan model sebenar seperti mana yang digalakkan dalam teori
pembelajaran sosial adalah sangat membantu di dalam keberkesanan aktiviti modeling di dalam kelas.
Sebagai contoh, guru boleh membawa tukang kayu ke bengkel kemahiran hidup untuk menunjukkan cara
menggergaji kayu dengan betul. Pembelajaran pastinya akan menjadi lebih efektif kerana murid akan
memerhatikan pengalaman secara langsung dan berupaya meniru kemahiran yang ditunjukkan oleh
tukang kayu tadi. Hal ini bukan sahaja memudahkan pengajaran di dalam bengkel tersebut. Malah,
pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan pastinya dengan suasana yang sedemikian akan
menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih berkesan.
Tambahan pula, satu kebiasaan guru yang memang wajar dipuji apabila seseorang guru
mempamerkan hasil kerja murid yang mendapat gred A dibelakang kelas didalam memastikan aktiviti
modeling boleh berlaku didalam kelas. Sebagai contoh, hasil kerja murid yang mendapat A terutamanya
dalam subjek pendidikan seni dipaparkan dibelakang kelas. Dalam hal ini, murid-murid lain yang belum
membuat hasil kerja yang cantik pasti akan lebih teransang untuk turut sama membuat hasil kerja yang
terbaik supaya hasil kerja mereka boleh dipamerkan. Hal ini semestinya akan mewujudkan pembelajaran
yang lebih berkesan kerana setiap murid akan berlumba-lumba dan berusaha kearah menghasilkan
setiap tugasan dengan bersungguh-sungguh. Semestinya keberkesanan aktiviti modeling ini dapat dilihat
menerusi peranan guru yang melaksanakan aktiviti seperti ini didalam kelas.

3.5

Aplikasi dan keberkesanan Teori pembelajaran humanis

Teori pembelajaran Humanis turut memainkan peranan yang penting di dalam memastikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan. Pendekatan humanis yang
dilihat sebagai kuasa ketiga dalam bidang psikologi adalah sangat sangat menarik untuk diaplikasikan
oleh guru. Namun, sejauh manakah keberkesanannya?
Seorang guru yang dapat mengesan keadaan dan situasi murid-muridnya yang mempunyai
pelbagai keperluan yang harus dipenuhi adalah bertepatan dengan teori humanis bagi menjadikan
pembelajaran menjadi lebih efektif. Sebagai contoh, ada pelajar yang belum bersarapan atau mengantuk
didalam kelas. Apabila guru boleh menghidu situasi murid yang sebegini, guru tersebut perlu memberi
ruang untuk murid makan dan juga memberi masa untuk murid yang mengantuk untuk tidur sekejap. Hal
ini bukan sahaja akan meningkatkan mood untuk murid belajar. Malah, ia akan menjadikan murid lebih
menumpukan kepada aktiviti pembelajaran yang berlangsung didalam kelas.
Disamping itu, guru perlulah mengajar dengan berfokuskan kepada pelajar, bukannya mengajar
subjek yang diajar semata-mata. Dalam hal ini, keperluan pelajar haruslah diutamakan. Jika hal ini
dilakukan, pastinya proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Guru bertanggungjawab supaya
memberikan kefahaman kepada pelajar sebaik mungkin. Sebagai contoh, guru sains mengajar
mengenai planet di alam semesta. Guru harus mengenalkan murid kepada planet supaya murid tahu,
bukannya menyampaikan apa yang guru tahu mengenai planet sehingga murid tidak faham apa yang
diajar oleh guru. Perkara ini haruslah disedari oleh semua guru supaya murid boleh menerima
pengajaran guru dan seterusnya supaya keberkesanan murid untuk belajar topik yang akan datang akan
menjadi lebih mudah.
Akhir sekali, teori humanis dapat dilihat keberkesanannya melalui tindakan guru yang sentiasa
menjadi contoh teladan yang baik kepada muridnya. Sebagai contoh, setiap pagi akan ada kelas yang
bertugas untuk memungut sampah. Guru yang bertugas untuk memantau para pelajar boleh
menunjukkan contoh yang baik dengan turut sama bersama para pelajar memungut sampah. Hal ini
bukan sahaja menimbulkan rasa percaya pelajar terhadap guru. Malah, ianya dapat memupuk tabiat
suka menjaga kebersihan dalam kalangan pelajar dan guru. Haruslah diingatkan bahawa, seorang guru
bukanlah mengajar akademik dan kokurikulum sahaja. Guru juga turut sama bertanggungjawab
membentuk sahsiah, akhlak dan peribadi pelajar agar boleh berketrampilan mulia di dalam kehidupan
seharian.

KELEMAHAN TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME


1.
Teknik peneguhan hanya sesuai diaplikasikan kepada pengajaran tetapi tidak kepada
masalah pengajaran. Teori ini hanya tertumpu kepada tingkah laku yang boleh dilihat sahaja
tanpa mempedulikan yang terselindung, seperti aktiviti mental.

2.
Teori ini gagal dipraktikkan dalam aplikasi latihan ketenteraan, seperti mengesan
masalah utama bagi mengenal pasti bahan yang perlu diajar.
3.
Teori Behaviorisme hanya relevan dengan tingkah laku yang dilihat dan menyediakan
istilah-istilah yang tidak berguna semasa menentukan objektif untuk pembelajaran. Ada
kalanya, objektif tingkah laku tidak dapat menentukan tingkah laku yang hendak diajar dan
seterusnya menyebabkan pengajar keliru dan tidak pasti sama ada dia harus memberikan
tumpuan terhadap ujian ataupun kepada objektif pembelajaran.
4.
Tidak ada langkah yang boleh diikuti untuk melaksanakan teori ini. Secara praktisnya,
seseorang pendidik behavioris perlu bersandar pada pengajaran konvensional untuk mereka
bentuk dan menjalankan langkah-langkah mengikut urutan.

STRENGTH (Kekuatan Teori Behaviorisme) Kelebihan yang pertama yang kami perolehi melalui teori ini
adalah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan
bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan
bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka
kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di
sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya
seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin
belajar dalam diri mereka. Kelebihan yang kedua adalah guru tidak perlu mengambil masa yang lama
untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana
murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu
masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan
penerangan dengan jelas. Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding
kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan dapat memberikan
kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian
murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia
untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
WEAKNESS (Kelemahan Teori Behaviorisme) Dari segi kelemahan pula, penerapan teori behavioris yang
kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses
pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan
sehala dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid
manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum
balas. Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal
apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan
salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada
murid. Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas
yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem
pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya
tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan
yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru.
Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap
rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai
satu cara pembelajaran. Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu
pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan
kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka

malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di
dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana
ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada
satu buah buku sahaja. OPPORTUNITY( Peluang Teori Behaviorisme ) Berdasarkan teori ini, guru adalah
model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada segenap
aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi
memudahkan murid mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil
peluang ini iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan
pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul. Selain itu, guru
perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan guru tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat
mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih
tinggi. Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan
intensif yang dijalankan oleh murid terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa
dapat dipertingkatkan. Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi melalui
ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid melakukan
perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian
atau tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan
motivasi murid untuk terus belajar. THREAT(Ancaman Teori Behaviorisme) Di dalam teori ini terdapat
beberapa ancaman yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah pembelajaran individu dipengaruhi oleh
sejauh mana baiknya sistem saraf seseorang. Sekiranya seseorang individu baik sistem sarafnya maka
mudah untuk mereka menguasai gerak balas tertentu melalui rangsangan terlazim dan rangsangan tidak
terlazim. Namun sekiranya seseorang itu mempunyai masalah dalam sistem sarafnya maka individu
tersebut akan memperoleh kesukaran di dalam pembelajarannya. Ancaman yang seterusnya adalah
merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan guru boleh mendatangkan kesan negatif kepada
murid. Hal ini kerana murid akan berasa diri mereka tidak begitu penting sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan kerana mereka tidak dapat berkongsi idea dan pendapat bersama rakanrakan dan juga guru. Sebagai contoh guru hanya akan mengajar dan murid hanya perlu menerima apa
yang diajar oleh guru sebagai tindak balas hasil daripada rangsangan yang guru tunjukkan. Dan hasilnya
murid tidak dapat mengembangkan idea dari dalam fikiran mereka sendiri dan hanya bergantung
kepada guru semata-mata. Selain itu, ancaman bagi teori ini ialah ganjaran. Teori ini terlalu
menekankan aspek ganjaran yang perlu diberikan guru kepada murid sekiranya murid dapat melakukan
sesuatu perkara dengan baik. Hal ini dapat menjadikan murid melakukan sesuatu bukan atas dasar ingin
memperbaiki pencapaian dan menambah pengetahuan, sebaliknya disebabkan oleh ganjaran sematamata.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA DI DALAM BILIK


DARJAH.

Guru sebagai Role Model dan Model Simbolik.


Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif
supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru

hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya.


Modifikasi Tingkah Laku.
Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak
meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku
murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah
menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.
Peniruan Tidak Langsung.
Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada
model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih
dan yang harus ditolak.
Contoh dan hasil kerja yang baik.Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan
rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari
segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru ideaidea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.
Permainan dan simulasi.
Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main
peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan
dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.
Rakan Sebaya sebagai Model.
Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk
menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.Menunjukkan contoh yang baik bagi
sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.
Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying.
Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.

KELEBIHAN TEORI

Teori Bandura lebih lengkap dibandingkan teori belajar sebelumnya karena ia


menekankan bahawa lingkungan dan perilaku seseorang dihubungkan melalui sistem
kognitif orang tersebut. Bandura memandang tingkah laku manusia bukan semata-mata
refleks atas stimulus (S-R bond), melainkan juga akibat reaksi yang timbul akibat
interaksi antara lingkungan dengan skema kognitif manusia itu sendiri.

Pendekatan teori belajar sosial lebih ditekankan pada


perlunya conditioning(pembiasaan merespon) dan imitation (peniruan). Selain itu
pendekatan belajar sosial menekankan pentingnya penelitian empiris dalam
mempelajari perkembangan kanak-kanak. Penelitian ini berfokus pada proses yang
menjelaskan perkembangan kanak-kanak, faktor sosial dan kognitif.
KELEMAHAN/KRITIKAN TEORI ALBERT BANDURA

Teori pembelajaran sosial Albert Bandura sangat sesuai jika diklsaifikasikan dalam teori
behavioristik. Ini kerana, teknik pemodelan albert bandura adalah mengenai peniruan
tingkah laku dan adakalanya cara peniruan tersebut memerlukan pengulangan dalam
mendalami sesuatu yang ditiru.
Selain itu juga, jika manusia belajar atau membentuk tingkahlakunya dengan hanya
melalui peniruan (modeling), sudah pasti terdapat sesetengah individu yang
menggunakan teknik peniruan ini juga akan meniru tingkah laku yang negatif
termasuklah perlakuan yang tidak diterima dalam masyarakat .

Ciri-Ciri Penting Mazhab Kognitif Dan Penggunaannya Dalam Kelas.


Menurut Kamarudin Hj. Husin (1993), terdapat beberapa ciri-ciri penting yang dapat dikutip daripada
setiap mazhab untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Antaranya ialah :
1) Pembelajaran merupakan satu proses mental
Melalui prinsip ini, pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses
pembelajaran, kanak-kanak sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran
mereka melalui kaedah peninjauan secara terperinci. Prinsip ini menekankan kepentingan berfikir. Dalam
hal ini, pembelajaran di bilik bilik darjah harus dipergiat untuk membolehkan kanak-kanak berfikir
dengan sempurna. Mereka harus disogokkan dengan pengalaman atau keadaan-keadaan tertentu untuk
menghasilkan gerak balas tertentu juga. Mereka perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data
atau rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu berinteraksi
terhadapnya. Prinsip ini member perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi,
ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.
2) Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat.
Prinsip ini menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkatperingkat. Peringkat yang lebih awal adalah lebih mustahak dan utama. Peringkat awal ini menjadi asas
kepada perkembangan kognitif yang selanjutnya.
Dalam hal pembelajaran, guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan diri kanak-kanak
sebenarnya tidak serupa. Oleh yang demikian, kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi
mereka yang sebenar. Semua perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan,
strategi pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak ketika itu.
Guru harus memikirkan tentang tahap kemampuan berfikir, pembinaan konsep-konsep, keperluan
mewujudkan suasana konkrit daya ingatan dan sebagainya yang sebenarnya sentiasa terlibat dalam

proses pembelajaran. Menurut prinsip ini, mengajarkan seseorang kanak-kanak tentang sesuatu yang
belum sampai masanya akan memakan masa yang panjang daripada mengajar seseoarang kanak-kanak
tentang sesuatu yang bersesuain dengan kemampuannnya. Ini bermaksud bahawa faktor kemampuan
dan kematangan dalam pembelajaran adalah penting. Biasanya kanak-kanak tersebut mempunyai
motivasi yang lebih tinggi untuk belajar.
Pembelajaran harus berasakan minat, umur, kecenderungan, keupayaan mental, emosi dan sosial murid.
Kandungan perlu diperingkat-peringkatkan, disusunatur dan disampaikan mengikut keperluan. Keadaan
ini perlu mengambil kira prinsip-prinsip pembelajaran yang lain melibatkan pergerakan daripada yang
mudah kepada yang lebih kompleks, daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar
pengalaman, daripada yang dekat kepada yang jauh, daripada yang konkrit kepada yang abstark dan
sebagainya.
3) Pembelajaran adalah satu keseluruhan.
Hal ini sebenarnya, melibatkan persepsi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, keseluruhan
adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian yang menjadikannya. Ini kerana daripada keseluruhan,
kita dapat melihat makna sebenar dan pertalian atau hubungan antara bahagian-bahagiannya.
Prinsip ini cuba mengetengahkan proses pengamatan dan pembinaan konsep yang bererti yang hanya
dapat dilakukan melalui keseluruhan yang bermakna. Menurut prinsip ini, keseluruhan adalah penting
untuk mendapatkan makna atau fungsi yang tepat. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah, seandainya kita hanya berpeluang melihat bahagian-bahagiannya, dan tidak keseluruhannya
maka kita tidak dapat menghasilkan satu makna yang menyeluruh. Ini akan menyebabkan pembelajaran
dianggap tidak bererti dan tidak sempurna. Dalam hal ini, hukum-hukum pembelajaran yang disarankan
oleh mazhab kognitif seperti Hukum Kedekatan, Hukum Keserupaan, Hukum Kesinambungan dan
Hukum Tutupan adalah mustahak diberi perhatian untuk membolehkan murid-murid membina konsepkonsep secara berkesan dan menjalani pembelajaran yang lebih bermakna.
4) Pembelajaran adalah proses cuba jaya.
Dalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Dalam hal ini, kita cuba
menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik. Biasanya, tiada masalah yang dapat
diselesaikan tanpa percubaan-percubaan mengatasinya terlebih dahulu.
Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik-bilik darjah, malah ia merupakan
cara yang paling digemari oleh murid-murid. Melaluinya, murid-murid berpeluang mengetengahkan
pendapat dan menggunakan idea sendiri untuk mengatasi sebarang masalah. Dalam kesukaran
menyelesaikan masalah itu, tiba-tiba celik akal akan terhasil. Pengalaman-pengalaman itulah yang
merupakan pembelajaran bagi mereka.
5) Pembelajaran adalah juga satu penyiasatan.
Pembelajaran mengikut pendapat mazhab ini bukan sahaja melibatkan proses cuba jaya tetapi juga pada
peringkat yang lebih tinggi melibatkan kajian-kajian, penyiasatan dan penerokaan. Dalam hal ini muridmurid biasanya meneliti, memerhati, menganalisis, membuat perbandingan, mengesan dan sebagainya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai cara boleh digunakan untuk membolehkan
penyiasatan dilakukan. Guru boleh menggunakan teknik penemuan, inkuiri, teknik menyelesaikan

masalah, teknik lawatan dan sebagainya. Murid-murid boleh juga mengadakan sesi-sesi perbincangan,
membentangkan laporan dan lain-lain yang difikirkan perlu. Situasi ini member mereka peluang bertukartukar pandangan, mengetangahkan penemuan, menilai kerja-kerja sendiri dan sebagainya.
6) Pembelajaran mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar.
Menurut prinsip ini, semua pembelajaran harus mengambil kira pengalaman dan pengetahuan sedia ada
dan kesediaan belajar murid-murid. Biasanya, pembelajaran yang bertitik tolak daripada kedua-dua
elemen ini memudahkan guru-guru merancang, iaitu menyediakan bahan dan milih strategi pengajaran
yang sesuai. Di samping itu, murid-murid juga berpeluang mengikuti pembelajaran yang lebih bermakna
yang telah disediakan mengikut tahap kemampuan intektual dan pengalaman mereka.

ANALISIS TEORI KONSTRUKTIVISME: TEKNIK SWOT


Setiap teori mempunyai kekuatan (strength), kelemahan (weakness), peluang (opportunity) dan ancaman
(threats). Oleh itu, melalui teknik SWOT, teori ini dapat dianalisis mengenai keberkesanannya dalam sesi
pembelajaran.

Analisis SWOT merupakan singkatan bahasa Inggeris daripada strenghts, weakness, opportunities,
dan threats adalah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman dalam suatu projek. Teknik ini dibuat oleh Albert Humphrey yang mengetuai projek
penyelidikan di Universiti Stanford pada dekad 1960-an dan 1970-an dengan menggunakan data dari
syarikat-syarikat Fortune 500.

Teknik SWOT telah digunakan bagi menganalisis Teori Pembelajaran Konstruktivis.


Antara Strength atau kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme, pertama adalah, guru merupakan
penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan
menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan
prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti
pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan
dalam kelas. Kelebihan kedua yang terdapat di dalam teori ini ialah nilai koperatif dan kolaboratif
diterapkan di dalam diri murid-murid. Murid diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan
hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari (boleh menentukan
miskonsepsi). Kaedah ini adalah sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan
menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisional seperti, syarahan,
menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di
dalam minda mereka bukannya yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan
alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid mudah faham dan berasa
lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Keempat, peningkatan penguasaan teknik lisan
dan bukan lisan dalam diri murid-murid. Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori dan pelajar
akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam kelas
memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan murid menggunakan
kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.

Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran konstruktivisme turut mempunyai kelemahannya


atau Weakness yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah, menjadi penghalang
kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh
yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea
saintifik baru. Menurut Mok Soon Sang (2006), kelemahan seterusnya adalah, ketidaksediaan murid
untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri.
Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru.
Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan.
Guru sedar bahawa idea-idea sedia perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang
lebih saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan pula,
murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada
sebelum mereka memahaminya.

Cara mengatasi kekurangan dalam teori konsruktivis iiatu peluang atauopportunity ialah melalui
peranan murid dan guru. Murid perlu mengambil insiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian
secara individu murid akan menbuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka perlu
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan berusaha untuk menyelesaikan masalah.
Selain itu, murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.Perbincangan itu akan membantu
murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.Jika murid itu berpeluang mengemukakan
pendapat mereka dan mendengar idea orang lain,murid tersebut dapat membina proses pengetahuan
yang mereka faham. Di samping itu, murid perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan
berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis
mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Bagi mengatasi kelompongan teori ini,
murid perlu menggunakan data dan bahan-bahan fizikal,manipulatif atau interaktif untuk menolong
mereka menjana idea dan pengetahuan. Hal ini bagi mengalakkan murid untuk membina pengetahuan
Seterusnya, peranan guru sebagai agen menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta
menghargai pandangan mereka. Guru perlu bertindak menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi
murid. Pendidik perlu membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka
melalui mentafsir pembelajaran melalui aktiviti harian dikelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.
Guru perlu juga menggalakkan murid membuat tugasan dan berbentuk penyelesaian,menganalisis,
meramal,meneroka dan membuat hipotesis serta menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan
mereka disamping menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan
menggalakkan menyoal murid yang lain. Akhir sekali, guru perlu memberi masa yang secukupnya kepada
murid untuk mebuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijana bagi mengalakkan pembelajaran
koperatif dalam menjalankan tugasan. tertentu.

Teori ini memperlihatkan beberapa ancaman atau threat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah melalui cabaran guru konstruktivisme iaitu guru merasakan mereka tidak mengajar. Ini
kerana pembelajaran konstruktivis menekankan pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivis dianggap tidak realistik.
Ini kerana kurikulum yang dibina melihatkan peranan murid dan guru saling memberikan maklum balas
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Guru juga merasakan penerangan mereka tidak penting lagi.
Oleh itu, guru hanya bertindak sebagai agen pemerhati yang hanya akan membantu apabila murid
memerlukan sokongan bantuan daripada pihak lain dalam mebina konsep-konsep baru. Di samping
itu,kawalan kelas agak merosot. Hal ini kerana semua murid bergerak secara aktif dalam membina
pengetahuan mereka sendiri. Pergerakan murid menyebabkan suasanakelas dalam kawalan tidak
terkawal. Seterusnya, guru yang sedang menukar cara pengajaran kepada pendekatan konstruktivisme
memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah

2.5

Implikasi

Teori

Humanistik

Ke

Atas

Proses

Pengajaran

dan

Pembelajaran

Imlplikasi Teori Pembelajaran Humanistik ialah dapat membentuk suasana bilik darjah yang
kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa
seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Selain
daripada itu, guru dapat memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi
motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam
aktiviti
pengajaran
dan
pembelajaran.
Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan
meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan
penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan
menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. Nilai motivasi diri murid juga perlu
dipupuk melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan
masa
depan
sendiri
mengikut
perkembangan
potensinya
yang
tertinggi.
Sebagai pembimbing ataupun fasilitator, guru hendaklah membantu pelajar mengambil
bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina
kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah menjadi role model dan menunjukkan contoh
yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri
pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih sayang. Guru
hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar

2.3

Pembelajaran

Menurut

Teori

Humanisme

Pendidikan humanisme sangat mementingkan adanya rasa kebebasan dan tanggung jawab.
Teori ini mempunyai tujuan pendidikan iaitu memanusiakan manusia agar manusia mampu
mengaktualisasi diri sebaik-baiknya. Aliran humanistik tidak mempunyai teori belajar khusus,

tetapi hanya bersifat ekletik, yang bermaksud menggunakan teori yang sesuai (kognitif) asalkan
tujuan pembelajaran tercapai. Peranan pendidik dalam pendekatan humanisme adalah sebagai
fasilitator
ataupun
pembimbing,
yang
berperanan:
a)

Menciptakan

b)

Memenui

c)

Membantu

d)

Membantu

iklim

kebutuhan

belajar

mengungkapkan
belajar

emosi

belajar.
peserta
peserta
peserta

didik.
didik.
didik.

Bentuk pembelajaran melalui pendekatan humanisme adalah bahawa murid dituntut untuk
selalu memotivasi diri. Untuk mencapai ke arah itu kegiatan belajar hendaknya mendorong
murid-murid untuk belajar cara-cara belajar dan menilai belajarnya sendiri. Program
pembelajaran yang diterapkan dalam pendekatan humanisme umumnya menggunakan
kegiatan terbuka di mana murid-murid harus mendapatkan informasi, membuat keputusan,
menyelesaikan masalah dan menghasilkan kejayaan sendiri. Dalam pendidikan humanisme,
murid-murid tidak memiliki tempat duduk yang tetap seperti pendidikan konvensional. Muridmurid dapat belajar secara kendiri atau belajar secara berkumpulan.

Kelebihan
dan
kekurangan
teori
Humanistik
a. Kelebihan: Dapat melatih individu dalam pembentukan kepribadian, hati nurani, perubahan sikap
dan
mengembangkan
kemampuan
dalam
mengaktualisasikan
potensi
diri.
b. Kekurangan: Manusia cenderung bersikap individual, keberhasilan sulit didapatkan karena tidak
ada pendukung dari lingkungan.

Anda mungkin juga menyukai