Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum wbt,

Puji dan puja kehadrat Allah SWT yang senantiasa memberikan kasih
sayangnya kepada kita semua, Salam satu Malaysia saya hulurkan ,Salam
Perak Aman Jaya
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana ,saudara penjaga masa yang setia dengan randiknya, seterusnya
rakan seperjuangan yang saya segani serta hadirin dan hadirat sekalian.
Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, bukan pula
untuk berbicara kosong akan tetapi menyampaikan pidato saya yang
bertajuk Kesetiaan kepada Raja dan negara
Mengangkat buah di tepi pangkalan,
Bawa berniaga di bulan puasa,
Semangat Hang Tuah menjadi ikutan,
Setia kepada raja dan negara.

Saudara-saudara sebangsa dan setanah air yang saya cintai,


Sebagai pembuka tirai pidato saya, adalah baik jika kita meninjau
makna kesetiaan yang menjadi kata kunci perbincangan ini. Kamus Dewan
mentakrifkan setia sebagai tidak berlaku curang, jujur, amanah serta
teguh hati dalam hubungan, (berpegang) teguh pada janji dan lain-lain; taat
dan patuh kepada pemerintah.
Kesetiaan

kepada

Raja

dan

Negara

ditekankan

dalam

Rukunnegaramembawa maksud bahawa setiap rakyat Malaysia hendaklah


menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka
Baginda Yang di Pertuan Agong yang menjadi simbol kedaulatan negara.
Di peringkat negeri pula, setiap rakyat dikehendaki menumpukan taat
setia

kepada

raja/sultan

yang

memerintah

negeri

tempat

mereka
1

bermastautin, tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan


Agong.
Hadirin dan hadirat,
Menjadi kewajipan bagi setiap rakyat di negara ini memberikan
ketaatsetiaannya

kepada

mana-mana

raja

yang

diamanahkan

untuk

memegang teraju pemerintahan negara. Sikap kesetiaan seperti ini adalah


suatu nilai yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara serta
dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara.
Kalimah,"Beraja ikhlas di hati, Bersultan adil di mata" adalah
merupakan ungkapan daulat yang menjadi pegangan raja selaku payung
negara. Dalam konteks perhubungan rakyat dan Raja; rakyat harus
mencurahkan

taat

setianya

kepada

Raja

manakala

Raja

adalah

payungnegara yang harus menyediakan perlindungan kepada negara dan


seluruh rakyat jelata.
Hubungan timbal balas ini meletakkan asas kesetiaan tidak berbelah
bahagi dalam kalangan rakyat.
Kesetiaan kepada raja dan cinta kepada negara yang tidak berbelah
bahagi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum, agama dan budaya
adalah penting bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang boleh
menggugat keamanan dan ketenteraman awam seperti gejala keruntuhan
akhlak, rusuhan, pencerobohan dan lain-lain lagi.
Ini kerana, hanya mereka yang tidak setia kepada raja atau pemimpin
dan negara sahajalah yang sanggup dan tergamak melakukan khianat dan
onar terhadap agama, bangsa dan negara.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mempunyai kesetiaan kepada raja


dan negara dengan tidak berpaling tadah atau menjual rahsia kerajaan
kepada negara luar.
Selain itu, rakyat Malaysia juga tidak boleh memburuk-burukkan nama
negara apabila berada di luar negara mahupun menggunakan kemudahan
teknologi maklumat untuk menyebarkan fitnah tentang pemimpin-pemimpin
negara.
Kedaulatan negara perlu dipertahankan supaya generasi akan datang
dapat mengecap kebebasan yang kita miliki sekarang.
Warga dewan yang saya hormati,
Justeru, marilah kita memikul tanggungjawab bersama mempertahan,
memelihara dan menjaga maruah agama dan tanah air dengan menanam
rasa kasih dan setia agar kita tidak mudah terjebak dengan perkara-perkara
atau kegiatan-kegiatan yang mengancam keselamatan dan keamanan
negara.
Langkah ini selaras dengan kata hikmah Yahya Muaz, seorang ulama sufi
dan ahli tasawuf yang mengungkapkan: kalau tidak boleh bagi manfaat,
jangan beri mudarat.
Sedarlah, para hadirin sekalian bahawa kita tidak mempunyai tempat
lain selain tanah air dan tanah tumpah darah kita yang menjadi tempat
tinggal, punca rezeki, dan nadi kehidupan kita . Sesungguhnya kemakmuran
sesebuah negara berkait rapat dengan perasaan cinta, kesetiaan dan
pengorbanan rakyat terhadap negara dan pemimpin khasnya kepada payung
negara..
Sekian, wabilahi taufik walhidayah wasalammualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh..

tamat

Anda mungkin juga menyukai