Anda di halaman 1dari 2

Latar belakang alat kawalan jauh Drone

DRON atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) kini menjadi kegilaan
masyarakat selain dijual dengan harga mampu milik yang boleh dibeli
sesiapa sahaja.

Merupakan pesawat terbang tanpa pemandu, ia boleh dikawal menerusi


dua cara sama ada alat kawalan jauh mahupun melalui komputer.

Umum mengetahui, sebelum ini dron hanya digunakan pasukan tentera


dalam operasi pemantauan atau pengintipan dan melakukan serangan ke
atas permukaan di kawasan musuh serta bagi mengelakkan kematian
juruterbang.

Selain itu, dron juga digunakan oleh pasukan bomba dan polis dalam
operasi mencari dan menyelamat, memadamkan kebakaran dan
menyuraikan penunjuk perasaan.

Kini, dron mampu dimiliki sesiapa sahaja malah dijadikan sebagai hobi dan
juga permainan. Namun, sudah pasti ia berbeza dengan yang digunakan
pasukan khas. Ia lebih kecil dan bukan hanya sekadar alat permainan,
malah boleh menjadi alat menghantar barang ke sesuatu tempat selain
merakam visual melalui udara.

Perkembangan minat orang ramai terhadap permainan ini menyebabkan


banyak syarikat mainan terutamanya dari China membangunkan dron
pelbagai harga yang mampu dimiliki.

Ada yang berbentuk helikopter, pesawat pengebom, pesawat penumpang


dan jet pejuang tetapi bentuk paling popular ialah quadkopter.

Dron jenis ini dijual pada harga antara RM80 sehingga RM20,000
bergantung kepada jenama, saiz, kualiti dan gajet yang disertakan.

Kemahiran asas alat kawalan jauh drone

Kebanyakan drone mengunakan remote control dengan dua joystick yang


seakan akan alat kawalan Xbox dan Playstation.
Stick pertama untuk mengawal attitude quadcopter termasuk mengawal
pergerakan kiri dan kanan dan mengawal ketinggian atas dan bawah.
Stick yang kedua pula ialah untuk mengawal throttle dan rotation
quadcopter itu.
Remote control yang baik ialah yang boleh mengawal dengan baik ketika
berada dalam tangan kita dan stick yang dapat memberi rasa selesa
pada jari penggunanya dengan memberi rasa smooth dan responsive yang
membolehkan anda mengawal drone dengan baik.

Beberapa model tidak datang sekali dengan remote control atau anda
akan dicas extra kos untuk remote control instead guna smartphone
dengan sambungan wifi atau daripada flying app.
App ini selalunya menyediakan video live drone anda daripada quadcopter
kamera. Walaubagaimanapun, apps itu tidak membenarkan anda untuk
mengawal drone.

Anda mungkin juga menyukai