Anda di halaman 1dari 10

8/13/2019 kepegawaian dalam sukan

http://slidepdf.com/reader/full/kepegawaian-dalam-sukan 1/10
8/13/2019 kepegawaian dalam sukan

Kepegawaian dalam pengurusan sukan merupakan salah satu aspek yang penting dalam

mengurus dan mengendalikan sesuatu aktiviti atau program dalam sukan. Dalam sesuatu sukan

seharusnya mempunyai seorang pengawai yang berpengalaman dan mempunyai ilmu pengetahuan

dalam bidang sukan. Pegawai sukan adalah penting dalam mengendalikan segala keperluan dan

kepentingan dalam sukan agar pengendalian sukan menjadi lebih lancar dan teratur. Pegawai sukan

turut penting dalam mengatur segala jadual pertandingan, menjaga keselamatan dan mengendalikan
sukan mengikut piawaian yang ditetapkan. Pegawai sukan bertugas dan bertanggungjawab untuk

memantau program yang dianjurkan untuk memastikan setiasa mengikut segala perancangan dan

aturan yang ditetapkan dan dirancang.

http://slidepdf.com/reader/full/kepegawaian-dalam-sukan 2/10
8/13/2019 kepegawaian dalam sukan

Tugas pegawai dalam sukan bukanlah mudah untuk dikendalikan. Gred-gred turut diberikan

bagi yang berkemahiran dan yang telah lama menceburi bidang ini. Antara fungsi kepegawaian dalam

sukan ialah untuk pengendalian dan penyeliaan program pembangunan dan penggalakan sukan.

Kemahiran pengendalian dan penyeliaan dalam sukan adalah penting di peringkat universiti untuk

memastikan program-program sukan di dalam universiti sentiasa berjalan dengan teratur dan terurus.

Pegawai dalam sukan turut bertanggungjawab dalam memimpin, membimbing, mengawal pengurusan
aktiviti sukan dan kemudahan sukan universiti serta pengurusan acara termasuk dalam aspek

pengurusan personel, pengurusan kewangan dan pembangunan serta penilaian program sukan

universiti. Untuk memastikan segala perancangan berjalan seperti yang dirancang pegawai sukan

seharusnya memantau dan mengawasi staf-staf yang bertugas dan memastikan tiada staf yang

mendapat teguran pengurusan dan tindakan disiplin.

Seorang pegawai dalam sukan juga harus memantau program pembangunan dan penggalakan

dalam sukan di university dengan mengadakan lawatan dan tinjauan ke tempat latihan. Ini dapat
memastikan kebajikan setiap atlet sentiasa terjaga dari semasa ke semasa. Pemeriksaan program

latihan sebelum dan sesudah mendapat kelulusan pengurusan universiti seharusnya dijalankan untuk

memastikan setiap aspek terutamanya keselamatan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Pengetahuan dan dalam aspek sains dan pengirisan sukan serta kemahiran dalam merancang program

latihan sukan perlu ada dlam diri setiap pegawai sukan. Untuk memastikan program pembangunan dan

penggalakan dalan sukan di universiti mencapai matlamat yang ditetapkan boleh diukur samada semua

program yang diluluskan berjalan seperti yang dirancang. Penambahan fasiliti dalam sukan dan

penyelenggaraan merupakan bidang tugasan pegawai sukan yang bertugas.

http://slidepdf.com/reader/full/kepegawaian-dalam-sukan 3/10
8/13/2019 kepegawaian dalam sukan

Seorang pegawai sukan yang menguruskan sukan seharusnya membuat perancangan dan

pemantauan dalam kemudahan dan peralatan sukan. Pemantauan di semua fasiliti sukan yang

disediakan dan membuat cadangan pembaikan untuk fasiliti yang sedia ada seterusnya mengantikan

fasiliti yang sedia ada berpandukan bajet kewangan yang diperuntukan. Untuk memastikan fasiliti sukan

dan kemudahan sukan berada dalam keadaan yang baik seorang pegawai sukan haruslah mempunyai

pengetahuan mengenai peraturan dan undang-undang permainan. Pengurusan kemudahan dan

peralatan seharusnya mempunyai pengalaman dan kemahiran. Untuk menguruskan sesuatu perlatan

seharusnya mengambil berat mengenai faktor ketahanan dan keselamatan.Kemudahan sukan yang

disediakan seharusnya mengikut piawaian sukan antarabangsa yang dititikberatkan oleh pegawai sukan.

Kemudahan yang disediakan mengikut piawaian sekaligus mampu melatih altit di universiti untuk

membiasakan diri dengan piawaian antarabangsa.

Perancangan anggaran perbelanjaan tahunan merupakan salah satu tugas pegawai sukan yang

penting untuk memastikan setiap perbelanjaan yang dibelanjakan mestilah berbaloi dan membuahkan

hasil bagi semua pihak. Pegetahuan mengenai pengurusan kewangan seharusnya dipelajari dan

membuat tatacara kewangan dan perbedaharaan. Segala peruntukan tahunan haruslah dibelanjakan

pada tahun semasa untuk memastikan setiap fasiliti dan kemudahan yang disediakan merupakan yang

terbaik bagi para atlet di universiti.

Pegawai sukan yang bertugas seharusnya menyediakan laporan berkala aktiviti sukan universiti

di bawah pengawasan kepada ketua. Sikap jujur, komited dan cekap amatlah diperlukan bagi membuat

laporan untuk memastikan setiap laporan yang disediakan adalah sahih dan penggunaan kewangan

untuk sesuatu sukan mempunyai rekod yang sahih dan tidak meragukan. Kebiasaannya penyediaan

laporan aktiviti adalah selepas 2 minggu program berakhir. Hubungan antara pihak pegawai sukan di

dalam dan di luar universiti seharusnya dijaga dan menjalinkan lebih banyak hubungan dengan

persatuan sukan dan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Perhubungan komunikasi yang baik

dengan pihak luar mampu melatih para atlet di universiti untuk mengadakan perlawanan persahabatan

sekurang-kurangnya sekali setiap bulan dan bergabung dengan persatuan sukan untuk memantapkan
lagi pengurusan dan pengendalian sukan di universiti.

http://slidepdf.com/reader/full/kepegawaian-dalam-sukan 4/10
8/13/2019 kepegawaian dalam sukan

Staf-staf yang dilantik seharusnya menjalani proses penilaian tahunan yang dibuat oleh pegawai

sukan untuk memastikan prestasi staf-staf yang bertugas sentiasa berada dalam keadaan yang

cemerlang dan berdedikasi. Untuk menilai staf seharusnya mendalami pengurusan individual untuk

mendalami dan memahami setiap staf-staf yang bertugas dalam bidang sukan. ‘Key Performance

Indicator’ (KIP) seharusnya dibuat oleh pegawai sukan dan penilaian yang jujur untuk mengetahui

prestasi staf-staf sukan dari semasa ke semasa.

http://slidepdf.com/reader/full/kepegawaian-dalam-sukan 5/10
8/13/2019 kepegawaian dalam sukan

Kepegawaian dalam sukan seharusnya mempunyai asas dalam pentadbiran dan kemahiran

komunikasi untuk memudahkan pengurusan sukan di universiti. Asas dalam pentadbiran merupakan

kemahiran yang amat penting didalami dan dipelajari oleh setiap pegawai sukan. Pengetahuan asas

dalam pentadbiran mampu memudahkan seorang pegawai sukan untuk menguruskan sesuatu acara dan

program yang telah mendapat kelulusan. Kemahiran komunikasi merupakan salah satu benda wajib

yang perlu dikuasai oleh setiap pegawai sukan. Hal ini demikian kerana, untuk berkomunikasi dengan
atlet, staf dan pengurus memerlukan kemahiran komunikasi yang berbeza mengikut taraf IQ dan

kehendak individu. Seorang pegawai seharusnya mempunyai wawasan dan berpandangan jauh untuk

memastikan pembangunan sukan di universiti dapat pergi lebih jauh dan mendapat pengiktirafan dari

pihak luar.

Seorang pegawai seharusnya mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk

merancang sesuatu program. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terjadi sewaktu perancangan dan

perjalanan sesuatu program. Pembelajaran secara lisan turut berlaku kepada pegawai sukan kerana
kebiasaannya sesuatu program tidak berjalan seperti yang dirancang. Pengalaman, pengetahuan dan

kemahiran ditimba berdasarkan pengurusan sesuatu program dan acara. Seorang pegawai sukan yang

berdedikasi seharusnya memastikan semua staf yang bekerja di bawah tanggungjawab beliau

seharusnya tidak mendapat sebarang teguran dan tindakan disiplin. Teguran dan tidakan disiplin mampu

mencacatkan reputasi seorang pegawai sukan yang berwibawa.

http://slidepdf.com/reader/full/kepegawaian-dalam-sukan 6/10
8/13/2019 kepegawaian dalam sukan

Melalui pemantauan dan tinjauan di tempat latihan seorang pegawai dapat melihat dengan

lebih dekat segala kekurangan dan kelemahan yang sedia ada. Segala kekurangan dan kelemahan

seharusnya diperbaiki dan menaik taraf mutu sukan di universiti. Untuk menjadi yang terbaik bukanlah

datang dari atlet semata-mata, tetapi dorongan dan sikap prihatin oleh pegawai sukan yang bertugas

yang menjalankan setiap tugasan yang diberikan dengan telus dan saksama. Pemantauan seharusnya

dilakukan dengan lebih kerap agar fasiliti dan kemudahan yang disediakan sentiasa berada dalam

keadaan yang terbaik. Seorang pegawai sukan seharusnya mempunyai pengetahuan untuk merancang

sesuatu program dan memastikan setiap program yang dirancang berjalan dengan lancar. Pemantauan

dan tijauan seharusnya dilakukan oleh pegawai sukan sebelum dan selepas mendapatkan kelulusan dari

pihak universiti untuk memastikan keadaan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

Seorang pegawai sukan haruslah bijak dalam menguruskan peralatan sukan. Hal ini demikian

kerana pengurusan kemudahan dan peralatan berkaitan sukan merupakan salah satu bidang tugas

seorang pegawai sukan. Untuk mendapatkan maklum balas dari para peserta dan atlet yang

menggunakan peralatan seharusnya mengisi borang maklum balas dan borang peminjaman alatan

untuk memastikan peralatan sukan sentiasa tersedia dan dapat menjaga keluar masuk peralatan dari

stor sukan. Penjagaan peralatan sukan merupakan salah satu tugas yang penting kerana untuk

mengurus, mengendali, mengemaskini senarai peralatan mampu memastikan peralatan sukan sentiasa

berada dalam keadaan yang baik dan terurus.

Peraturan dan undang-undang permainan seharusnya diketahui oleh seorang pegawai sukan

yang akan menguruskan sesuatu acara. Biarpun tidak mempunyai pengalaman dalam sukan tersebut

namun seorang pegawai sukan yang bertanggungjawab haruslah mempelajari peraturan sukan dan

permainan dari pihak yang sepatutnya. Kegagalan pegawai sukan untuk mengetahui peraturan dan

undang-undang akan menyebabkan berlakunya salah faham di antara atlet. Pembelajaran mengenai

sesuatu sukan bukanlah benda yang rugi dan tidak mendatangkan manfaat, sebaliknya mampu

memahami sesuatu sukan tersebut biarpun sukan tersebut bukanlah dalam bidang kerjaya seorang

pegawai sukan.

http://slidepdf.com/reader/full/kepegawaian-dalam-sukan 7/10
8/13/2019 kepegawaian dalam sukan

Perancangan anggaran perbelanjaan seharusnya dilakukan dengan telus dan jujur kerana untuk

memastikan pengaliran wang tersebut adalah digunakan untuk sukan di universiti. Setiap bukti

pembayaran seharusnya diberikan dan direkodkan dalam perbelanjaan tahunan untuk memudahkan

melakukan imbangan duga di akhir tahun. Catatan mengenai susut nilai aset seperti peralatan sukan

 juga haruslah dicatatkan setiap tahun untuk mengetahui keuntungan dan kerugian yang dialami oleh

sesebuah badan pengurusan sukan di universiti. Penambahbaikan dan pengubahsuaian seharusnya

dilakukan dengan berhemah agar tiada pembaziran yang dilakukan. Pegawai sukan seharunya

merancang pembelian fasiliti sukan dengan membuat catatan untuk membezakan keperluan dan

kepentingan. Keperluan fasiliti seharusnya diutamakan dan kepentingan akan dikaji semula untuk

memastikan setiap perbelanjaan dilakukan dengan berhemah.

Penyediaan laporan adalah amat penting dilakukan oleh seorang pegawai sukan untuk

memastikan prestasi sukan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa. Penyediaan laporan perlu

dilakukan secara berkala dan setiap semester untuk memastikan kebajikan atlet-atlet di universiti

sentiasa terjaga. Laporan sesuatu aktiviti mengenai sukan yang dianjurkan oleh pegawai sukan di

universiti seharusnya disiapkan sekurang-kurangnya 2 minggu selepas program dilaksanakan. Setiap

laporan yang dibuat akan dipantau oleh pihak yang sepatutnya untuk memastikan laporan yang yang

dibuat adalah telus dan jujur.

Perhubungan antara pegawai sukan di universiti dan pihak luar seharusnya dijaga untuk

memudahkan menganjur aktiviti dan program sukan di universiti dan disertai oleh pihak luar.

Perlawanan persahabatan turut mudah untuk diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan atlet

sentiasa bersedia dan cergas sepanjang masa. Untuk memastikan sukan di dalam universiti menjadi

lebih mantap, perlunya gabungan tenaga pengajar dan kepakaran dalam sesuatu sukan untuk

melahirkan atlet muda yang berwibawa. Untuk mendapatkan tenaga pelajar dan kepakaran dari ahli

sukan yang professional seharusnya pegawai sukan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Kemahiran komunikasi yang baik juga turut penting di dalam universiti untuk memastikan staf-staf

sentiasa bekerja dan bertugas mengikut arahan yang ditetapkan.

http://slidepdf.com/reader/full/kepegawaian-dalam-sukan 8/10
8/13/2019 kepegawaian dalam sukan

Kepegawaian dalam sukan adalah penting dalam aspek pengurusan sukan. Untuk mendalami
tugasan dan bidang kerja seorang pegawai sukan bukanlah mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan yang
perlu dihadapi untuk merancang, mengendalikan dan memantau perjalanan sesuatu acara atau
program. Oleh itu, kejujuran dan ketelusan adalah amat penting dalam kepegawaian sukan untuk
memastikan pengurusan sukan di universiti terus mantap dan disanjungi di serata dunia. Kepegawaian
dalam sukan seharusnya bertanggungjawab dalam memimpin, membimbing, mengawal pengurusan
aktiviti sukan dan kemudahan sukan universiti serta pengurusan acara termasuk dalam aspek
pengurusan personel, pengurusan kewangan dan pembangunan serta penilaian program sukan
universiti. Kesimpulannya, kepegawaian dalam sukan merupakan salah satu aspek yang penting dalam
pengurusan sukan yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak yang terlibat dalam bidang sukan.
Kepegawaian dalam sukan mampu menjamin masa depan yang baik dalam bidang sukan di negara ini.

http://slidepdf.com/reader/full/kepegawaian-dalam-sukan 9/10
8/13/2019 kepegawaian dalam sukan

1. Sport Facility Operations Management, 2011, Eric C. Schwarz, Stacey A. Hall and Simon Shibli

2. Sport Management Review, 2013, Graham Cuskelly

3. Sport, Recreation and Tourism Event Management, 2008, Cheryl Mallen

http://slidepdf.com/reader/full/kepegawaian-dalam-sukan 10/10

Anda mungkin juga menyukai