Anda di halaman 1dari 21

1

Pada zaman dahulu,


Singapura terkenal sebagi pusat perdagangan.
Raja yang memerintah Singapura bernama Paduka Seri Maharaja.
Baginda memerintah dengan adil dan saksama.
Oleh sebab itu, Singapura terkenal di kalangan pedagang-pedagang.
Singapura juga sentiasa aman dan damai.
Seorang pedagang dari Pasai Sumatera telah datang ke Singapura.
Pedagang tersebut bernama Tun Jana Khatib.
Dia mempunyai pelbagai pengetahuan keagamaan dan keduniaan.
Dia juga mempunyai ilmu kesaktian.

Pada suatu hari.


Tun Jana Khatib lalu berhampiran istana.
Kebetulan pada ketika itu, permaisuri sedang berdiri di tingkap.
Permaisuri memandang kea rah jalan.
Pada fikiran Tun Jana Khatib, permaisuri sedang memerhatikan dirinya.
Lalu, dia pun ingin menunjukkaan kehebatannya kepada permaisuri.
Tun Jana Khatib merenung sepohon batang pinang yang tumbuh di tepi istana.
Tiba-tiba pohon pinang itu terbelah dua.
Permaisuri sangat terkejut.
Permaisuri juga kagum melihat peristiwa itu.

Tanpa disedari, peristiwa itu turut diperhati oleh seorang pembesar istana.
Pembesar istana itu menghadap Paduka Seri Maharaja.
Dia menceritakan perbuatan tersebut kepada baginda.
Baginda amat murka.
Baginda memerintahkan pengawal-pengawal menangkap Tun Jana Khatib.
Pada ketika itu, Tun Jana Khatib sedang berjalan menuju ke pecan.
Apabila pengawal menahannya dia tidak melawan.
Dia di bawa ke hadapan Paduka maharaja.
Tun Jana Khatib bertanya mengapa dia di bawa menghadap sultan.

Apakah kesalahan patik tuanku?, Tanya Tun Jana Khatib.


Kamu telah melakukan satu kesalahan yang menyakitkan hati beta.
Titah Paduka Seri Maharaja dengan murka.
Ampun tuanku, setahu patik, tidak ada perkara yang tidak baik patik lakukan.
Tun Jana Khatib menafikan tuduhan tersebut.
Benarkah kamu sengaja menunjuk-nunjuk kehebatan kamu di hadapan permaisuri beta?.
Titah Paduka Seri Maharaja.
Ampu Tuanku, patik tidak sengaja.Jawab Tun Jana Khatib.

Jangan hendak berpura-pura.


Memang kamu berniat jahat.
Kamu harus dihukum.
Tun Jana Khatib terkejut dengan perintah Sultan.
Bawa keluar si perderhaka ini!.
Beta ingin dia dibunuh dihadapan rakyat.
Namun, terdapat pembesar yang tidak bersetuju dengan hukuman itu.
Mereka tidak berani membantah.
Mereka takut akan murka dari sultan.
Mereka hanya diam membisu melihat Tun Jana Khatib.

Tun Jana Khatib kemudiannya di bawa ke Pekan.


Disana Tun Jana Khatib akan menrima hukuman.
Apabila semua sudah bersedia.
Datuk Temenggung meberi isyarat kepada pengawal.
Pengawal bersedia untuk menikam Tun Jana Khatib.
Pengawal-pengawal pun melaksanakan perintah itu.
Akhirnya, Tun Jana Khatib mati dibunuh.
Tun Jana Khatib dibunuh dihadapan rakyat.
Rakyat terkesima melihat hukuman tersebut.
Begitu juga di kalangan pembesar.

Walau bagaimanapun, mereka terkejut melihat jasad Tun Jana Khatib lenyap.
Jasad tersebut hilang dari pandangan.
Semua yang melihat tercengang-cenggang.
Mereka tercari-cari ke mana hilangnya jasad tersebut.
Berita tentang kehilangan jasad Tun Jana Khatib dipersembahkan kepada Maharaja.
Bagonda terkejut mendengar berita tersebut.
Pada masa yang sama, baginda berasa gembira.
Akhirnya Tun Jana Khatib telah dibunuh.

Bagaimanapun, beberapa orang penasihat raja tidak senang hati.


Mereka khuatir akan peristiwa itu.
Mereka berpendapat malapetaka akan menimpa Singapura.
Mereka mengetahui Tun Jana khatib mempunyai kebolehan.
Mereka menyatakan kekhuatiran mereka kepada sultan.
Peristiwa it uterus menimbulkan tanda Tanya kepada beberapa orang pembesar.
Tetapi tidak dihiraukan oleh Paduka Seri Mahajara.
Baginda tidak mempercayai adanay sesuatu yang tersembunyi.
Akhirnya perkara itu lenyap begitu sahaja.

Selang beberapa bulan dari peristiwa itu.


Satu peristiwa yang mengejutkan telah berlaku di Singapura.
Beribu-ribu ekor ikan todak menyerang Singapura.
Serangan itu menyebabkan ramai yang terkorban.
Mereka terkena tusukan muncung ikan todak.
Pantai Singapura menjadi medan peperangan.
Melihat keadaan tersebut, Paduka Seri Maharaja sangat bimbang.
Baginda mula merasa menyesal.
Baginda mengabaikan pendapat beberapa pembesar dahulu.
Kemungkinan akan berlaku malapetaka berpunca dari pembunuhan Tun Jana Khatib.

10

Apabila melihat keadaan yang huru-hara.


Paduka seri Maharaja berasa perlu untuk bertindak.
Mereka perlu mengatasi masalah serangan tersebut.
Baginda memerintahkan segera para pembesar untuk berbincang.
Apakah cadangan datuk-datuk sekalian untuk menyelesaikan perkara ini?.
Beta tidak sanggup melihat ramai rakyat yang terkorban.
Wajah Paduka Seri Maharaja Sugul dengan masalah tersebut.
Para pembesar terdiam sambil berfikir.
Mereka berbincang cara yang terbaik untuk menangani masalah tersebut.
Tiba-tiba Datuk Temenggung memberi cadangan.

11

Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun.


Patik rasakan cara yang paling baik adalah memerintah rakyat menggunakan betis mereka sebagi
kubu.
Datuk Temenggung memberi pendapat dengan yakin.
Para pembesar lain bersetuju dengan cadangan tersebut.
Mereka tidak dapat memikirkan cadangan yang lebih baik daripada itu.
Paduka Seri Maharaja memerintah rakyat berbuat demikian.
Cadangan ini tidak diterima oleh rakyat.
Mereka tidak berani mebantah.
Mereka terpaksa melakukan dengan berat hati.
Mereka tidak mahu dituduh menderhaka.
Akibatnya, semakin ramai rakyat yang mati.

12

Paduka Seri maharaja semakin bersedih.


Baginda melihat sendiri rakyat yang menderita.
Baginda juga hampir terkena tusukan ikan todak.
Seekor ikan todak melompat dan menikam baginda.
Tikaman terkena lengan baju baginda.
Tidak berapa lama kemudian, seorang budak lelaki mendekati baginda.
Nama budak itu hang Nadim.
Ampunkan patik, Tuanku.Bolehkah patik memberi satu cadangan?.
Tanya Hang Nadim kepda Paduka Seri maharaja.

13

Baginda terkejut mendengar pertanyaan Hang Nadim.


Baginda tidak menyangka seorang budak memberi cadangan.
Walaubagaimanapun, baginda tetap mendengar cadangan Hang Nadim.
Baiklah, apakah cadangan kamu, budak kecil? titah baginda.
Patik mencadangkan supaya rakyat berkubukan batang pisang.
Batang pisang boleh didirikan di sepanjang pantau.
Apabila iakan todak menyerang, sudah pasti muncung ikan akan tertusuk pada batang pisang
itu.
Hang Nadim memberi pendapat dengan yakin.

14

Paduka Seri Maharaja dan pembesar merasa kagum dengan cadangan itu.
Selama ini mereka tidak terfikirkan cadangan tersebut.
Paduka Seri Maharaja memandang Hang Nadim dengan gembira.
Terima kasih budak kecil, kamu telah menyelamatkan nyawa rakyat.
Paduka Seri Maharaja memerintahkan para pembesar mencari pokok pisang.
Mereka mencari pokok pisang di seluruh Singapura.
Batang pisang tersebut akan dijadikan kubu.
Rakyat segera melaksanakan perintah tersebut.
Mereka mengumpulkan batang pisang di tepi pantai.
Setelah itu, mereka mendirikan batang pisang disepanjang pantai.

15

Ikan todak yang menyerang tertusuk pada kubu batang pisang itu.
Penduduk dapat membunih ikan todak tersebut.
Akhirnya keadaan pulih seperti sediakala.
Tiada lagi serangan dariapada ikan-ikan tersebut.
Paduka Seri Mahara berasa gembira.
Baginda memerintahkan supaya hang Nadim menghadap.
Baginda mengurniakan hadiah kepada Hang Nadim.
Sejak itu, baginda sering menemui Hang Nadim.
Baginda bertanyakan pendapat tentang pelbagai masalah.
Baginda kagum dengan kebijaksanaan Hang Nadim.

16

Hubungan baik Paduka Sei Maharaja dan Hang Nadim tidak disenangi oleh beberapa pembesar.
Mereka bimbang kebijaksanaan Hang Nadim membutakan mereka tersingkir.
Datuk Bendahara dan pembesar berbincang hal tersebut.
Mereka memikirkan cara untuk menghasut Paduka Seri Maharaja.
Mereka mahu Hang nadim dibunuh.
Setelah berbincang beberapa lama.
Para pembesar menghadap Paduka Seri Maharaja dan menyembahkan rancangan jahat mereka.
Ampun tuanku, sembah patik harap diampun.Sebenarnya patik ingin memberitahu tentang
Hang Nadim.Sembah Datuk Bnedahara.
Mengapa pula dengan Hang Nadim.
Titah Seri Paduka Maharaja kehairanan.

17

Budak itu bijak, tuanku.


Kami bimbang satu hari nanti dia akan menyingkirkan tauanku daripada takhta.
Mereka menyatakan rancangan jahat mereka.
Pada mulanya Paduka Seri Maharaja meragui pendapat meraka.
Namun, baginda berfikir ada juga kebenarannya.
Paduka Seri Maharaja bimbang Hang Nadim akan bertindak demikian.
Paduka Seri Maharaja termakan hasutan pembesar.
Ini kerana mereka telah lama berkhidmat di istana.
Mereka juga telah banyak berbuat jasa.
Baginda memerintahkan Hang Nadim ditangkap.

18

Pengawal tergesa-gesa ke rumah Hang Nadim.


Pengawal memberitahu ibubapa Hang Nadim bahawa dia akan dibunuh.
Kedua-dua mereka terkejut.
Mereka tidak percata raja akan berbuat begitu.
Hang Nadim pada mulanaya berdiam diri.
Dia cuba memujuk ibu bapanya.
Dia menurut perintah Seri Paduka Maharaja.
Dia meminta ibubapanaya mendoakannya.
Ibu bapa Hang Nadim berat hati membiarkannya pergi.
Hang Nadim memeluk ibubapnya untuk kali terakhir.

19

Setelah itu, hang nadim dibawa ke istana.


Hang nadim dibawa meghadap Seri Paduka Maharaja.
Baginda memerintah supaya Hang nadim dibunuh.
Pengawal menjalankan perintah sultan dengan serta merta.
Pembesar yang cemburu dan takut akan kebijaksanaan Hang Nadim berasa gembira.
Merasa berpuas hati kerana keinginan mereka tercapai.
Hang Nadim menjadi mangsa cemburu dan iri hati para pembesar.
Akhirnya Hang Nadim dibunuh.
Hang Nadim dibunuh tanpa usul periksa.
Hang Nadim dan Tun Jana Khatib dibunuh kerana perintah sultan.

20

Glosari
1. Rakyat jelata : Rakyat biasa
2. Usul periksa : Penyiasatan
3. Mengurniakan: Menganugerahkan/memberikan

21

Anda mungkin juga menyukai