Anda di halaman 1dari 13

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033

PEMARKAHAN RIS SEMESTER

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kanak-kanak.

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

PUSAT PEMBELAJARAN: EL NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________ TARIKH SERAH: ________________

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033

1.0 Definisi Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi Sukan merupakan segala aktiviti atau kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti permainan bola sepak, berenang, tenis, lumba lari, badminton dan sebagainya. Sukan dilakukan sebagai acara hiburan iaitu sama ada untuk tujuan pertandingan mahupun kegiatan untuk menyihatkan badan.Manakala senaman adalah merupakan latihan gerak badan.Rekreasi pula adalah suatu kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan kiran.Sebagai contoh aktiviti perkhemahan, rock climbing, scuba diving, abseiling dan jungle tracking. Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.Mengikut Hammerma, sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian.Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.Konsep sukan rekreasi berasaskan aktiviti darat Berasaskan aktiviti air Berasakan aktiviti dalaman Campuran kedua aktiviti

Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi.Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang.Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan.Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka.Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat.

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033

Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain.Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolakansur dan toleransi.Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita.Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam : pembentukan personaliti pembangunan insan pembangunan negara gaya hidup sihat kepimpinan kecerdasan sosialisasi pendidikan sepanjang hayat dinamik kumpulan

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033

2.0 Fungsi Sukan dan rekreasi Pembentukan Personalti Membentuk personaliti diri yang berkualiti seperti berdikari, berani dan yakin. Kepimpinan Melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan orang lain. Dinamik Kumpulan Melalui aktiviti berkumpulan, seseorang itu akan dilatih untuk bekerjasama dalam satu pasukan dan belajar mengendalikan kumpulan. Meningkatkan Kecergasan Sukan rekreasi yang melibatkan kecergasan fizikal dapat meningkatkan kecergasan dirinya. Sosialisasi Dapat melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan yang dianjurkan oleh sesebuah pihak Memberi peluang kepada kita untuk mengenali orang lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan. Pembangunan Insan Dapat melahirkan insan yang bersedia berdepan dengan risiko dalam kehidupan melalui pembinaan emosi yang baik. Pembangunan Negara Masyarakat yang sihat dari segi fizikal serta mentalnya boleh menyumbang kepada pembangunan negara khususnya dalam bidang sukan.

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033


Pendidikan Sepanjang Hayat Sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur. Setiap lapisan masyarakat bebas melakukan aktiviti sukan rekreasi bersesuaian dengan peringkat umur mereka. 3.0 Kepentingan Sukan dan rekreasi Sukan dan sebagainya merupakan sebahagian aktiviti hidup rakyat dan penduduk yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan perhubungan antarabangsa; Sukan perlu mendapat pengiktirafan yang sewajarya sepertimana keperluan asasi yang lain, umpamanya, pendidikan sebagai kegiatan pembangunan negara antara lain, membina sebuah masyarakat yang berdisiplin, cergas, sihat dan Berdikari.pembangunan sukan bersama antara Kerajaan dengan sektor bukan Kerajaan yang terdiri daripada pertubuhan/persatuan belia dan sukan, bergerak secara sukarela dengan peranan dan tanggungjawab yang perlu diselaraskan; dan Hasrat untuk memajukan lagi sukan tanahair melalui penyertaan yang seluas-luasnya dan mempertingkat kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Kepentingannya adalah boleh membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada konsep kenegaraan, iaitu "Melayu Islam Beraja".

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033

Selain itu,Sukan juga merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai potensi menolong seseorang itu memperolehi sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia. Kepentingan Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing-semuanya perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri.Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.Kemanfaatan dan sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan dunia antarabangsa dapat dirumuskan seperti berikut: Di Peringkat Individu

a) Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. b) Pembentukan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif c) Penggunaan masa lapang yang bermakna dan bermanfaat d) Kekurangan tekanan (stress) hidup moden e) Semangat bergaul dan bersahabat antara individu f) Peningkatan kemahiran melalui latihan dan persaingan g) Peluang memenuhi keperluan asas manusia mencapai kepuasan mutlak individu Di Peringkat Masyarakat berdisiplin b) Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual. Ini akan mendorongkan peningkatan produktiviti Negara c) Menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat di kalangan rakyat dan penduduk berbagai keturunan dan status sosial dan menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat d) Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah dan sebagainya a) Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat berdikari dan

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033


e) Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan, rekreasi dan pelancongan. Di peringkat Antarabangsa negara lain ke arah keamanan dan kesejahteraan dunia b) Mempertingkatkan mutu pencapaian individu dan kecemerlangan melalui pertandingan antarabangsa yang menghasilkan kebanggaan diri, keluarga, bangsa dan negara. 4.0 Senarai jenis-jenis sukan dan rekreasi Sukan Bola Sepak Bola Jaring Ragbi Sepak Takraw Bola tampar L/W Badminton L/W Ping Pong L/W Tennis L/W Hoki L/W Sofbol L/W Squash L/W Renang L/W Trek Dan Padang L/W Bowling L/W Bola Keranjang L/W Bola Baling L/W Memanah L/W Bowling Padang L/W Catur L/W a) Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara sebuah negara dengan

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033


Rekreasi Sukan Air Aktiviti Lasak "Wall Climbing" Sukan Massa Aerobik

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033


5.0 Program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang realistic dan mampu dilaksanakan di sekolah Aktiviti sukan dan rekreasi telah sekian lama menjadi sebahagian daripada cara hidup rakyat dan penduduk negara ini dan berkembang hingga menghasilkan kepimpinan dan organisasi sukarela dalam tahun-tahun lima puluhan.(Persatuan Olahraga Amatur Brunei ditubuhkan pada tahun 1953 dan Persatuan Bolasepak Amatur Brunei pada tahun 1956).Kini kira-kira 32 jenis sukan mempunyai Persatuan Sukan Kebangsaan dan lebih daripada 150 pertubuhan / kelab sukan dan belia menjalankan aktiviti sukan. Majlis Sukan Brunei yang telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan dibubarkan pada tahun 1987 bertujuan menggabung dan menyelaraskan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan. Peranannya diambil alih oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada tahun 1984. Majlis ini menjadi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan mewakili Negara dalam temasya / kejohanan anjuran / naungannya.Aktiviti sukan di sekolah dan institusi pelajaran tinggi dirancang dan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan, termasuk persediaan dan penyertaan di kejohanan peringkat ASEAN.Kementerian ini sedang merancang dan melaksanakan beberapa program pembangunan yang positif untuk melahirkan kumpulan atlit yang bermutu dan supaya dapat diselaraskan dengan program pembangunan sukan negara yang berasaskan kesinambungan. Jabatan-jabatan Kerajaan, Gedung-gedung Perniagaan dan Kelab-kelab Belia dan Sukan mengadakan berbagai aktiviti sukan dan rekreasi untuk faedah pegawai dan kakitangan dan ahli kelab. Di pihak Kerajaan usaha memimpin dan menyelaras aktiviti sukan bermula secara rasmi pada tahun 1974 (4) dengan penubuhan Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan dengan tugas seperti berikut : a) Mengawasi, mengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan mengenai dengan kebajikan, belia dan sukan. b) Merancang dan memajukan sukan secara terpimpin dan terkawal dengan tujuan supaya dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatu padu, kukuh bukan saja dari segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu tetapi juga dari segi pendirian dan semangat mereka sesuai dengan kehendak-kehendak masyarakat dan Negara Brunei Darussalam.

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033


Pada tahun 1984 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah ditubuhkan untuk memperkukuhkan lagi kepimpinan, pelaksanaan dasar penyelarasan program.Pada keseluruhannya penyertaan masyarakat dalam sukan dan rekreasi semakin bertambah melalui berbagai-bagai rancangan dan kemudahan sukan yang disediakan / dalam proses pembinaan / perancangan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Di sektor "Sukan Untuk Masyarakat" banyak lagi yang perlu diungkayahkan bagi memperluaskan penyertaan yang lebih aktif dan menghasilkan satu tapak atau landasan yang kukuh ke arah kecemerlangan.Di sektor "Sukan Prestasi Tinggi", walaupun beberapa kemajuan telah dicapai tetapi jika dibandingkan dengan negara-negara di rantau ASEAN kemampuan atlit dan pasukan negara amat terhad dan jauh ketinggalan. 6.0 faktor-faktor yang dikaitkan dengan kelemahan sukan keseluruhannya ialah : 1. Ketiadaan tapak yang kukuh disebabkan masih kekurangan penyertaan /penglibatan yang aktif di kalangan masyarakat dan penaburan (distribution) kemudahan-kemudahan sukan, terutama bagi sektor "sukan untuk masyarakat. 2. Kurang keberkesanan kepimpinan dan kelemahan pengurusan terutama di kalangan pertubuhan/persatuan sukan kebangsaan yang disebabkan, antara lain, kurang jelas (bertindih) peranan dan tanggungjawab dan khidmat yang tidak sepenuh masa. 3.Kelemahan program kejurulatihan dari segi bilangan jurulatih, kelayakan/pengalaman dan bertugas secara sambilan. 4. Kekurangan perancangan pembangunan yang saintifik tanpa kesinambungan antara satu sektor program dengan yang lain, termasuk perancangan tiap-tiap jenis sukan, dan tanpa penyelarasan yang berkesan. 5. Kekurangan sumber kewangan di kalangan pertubuhan/persatuan sukan kebangsaan untuk pengurusan dan pelaksanaan program tanpa usaha mendapatkannya sendiri.

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033

Rujukan Dick Hannula.1995.Coaching Swimming Successfully.Leisure Press : Campaign III. Eskay Shazryl and Hanks.1994.Sport and Stress Therapy : Athletic Rehabilitation on Massage,

Stretching and Strengthening Eskay Ins.Oklahoma.


Rex Hanzeldine.1987.Fitness for Sports.The Crowood Press, Reprinted. http://www.jpa.gov.my/pelbagai/sukan-dan-rekreasi http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033

Lampiran

[SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI] QGJ3033


Sukan rekreasi : Wall Climbing

Sukan : Gelanggang Badminton

Anda mungkin juga menyukai