Anda di halaman 1dari 19

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM

BAHASA MELAYU]

SEMESTER MEI 2015


HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA
MELAYU

NAMA

NO.MATRIKS

NO.KAD PENGENALAN

NO. TELEFON

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM KOTA KINABALU

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

Pengenalan
Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga tetapi untuk
perjalanan yang akan datang, guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan serta
membentuk generasi kedua Kejayaan yang dihasratkan dan yang ada kaitan secara langsung
dengan pendidikan diantara yang lainnya termasuklah cabaran keenam dalam wawasan 2020,
iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan
memandang jauh ke hadapan.
Masyarakat bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi memberi sumbangan kepada
kemajuan teknologi masa hadapan.Manusia menjalani proses berfikir.Namun, jenis dan cara
mereka berfikir adalah berbeza-beza di antara individu dengan individu yang lain.Kualiti serta
buah fikiran yang dihasilkan juga berbeza.Kemahiran dalam selok belok berfikir kreatif dan
kritis amat perlu untuk tujuan-tujuan seperti mengelakkan kesilapan berfikir, meningkatkan
pemikiran secra kreatif dan kritis, memperkembangkan daya intelek, dan merealisasikan
wawasan 2020.
Pemikiran kreatif dan kritis (KBKK) mampu mendorong seseorang pelajar untuk menguji
kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau keputusan yang
salah, di samping keupayaan untuk memproses maklumat dan menghasilkan sesuatu yang baru
dan asli.Idea baru terhasil melalui pengalamam atau gabungan idea-idea yang ada.Pemikiran
kreatif dan kritis dapat diajarkan dengan pelbagai strategi yang memberikan penekanan kepada
cara penyampaian yang menggalakkan pelajar berfikir dan menguasai kemahiran serta isi
pelajaran yang sedang disampaikan.
Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran akan memberikan tumpuan kepada cara
penyampaian pemikiran kreatif dan kritis, perancangan untuk mengajar pemikiran kreatif dan
kritis dan aspek-aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam pengajaran dan pembelajaran
guru di dalam bilik darjah.

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

Konsep 5P

Penggabungjalinan

Penilaian

Penyerapan

5P
Pengayaan

Pemulihan

Konsep 5P adalah singkatan bagi elemen penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan


dan penilaian.Kelima-lima elemen adalah sangat penting danamat di tekankan penggunaannya di
dalam strategi pengajaran dan pembelajaranBahasa Melayu.Setiap elemen ini penting untuk
membantu guru merangka strategipengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang efektif dan
menyeronokkan.Didalam sukatan pengajaran Bahasa Melayu, konsep 5P digunakan bermula dari
Tahun 1sehingga Tahun 6.
Ini adalah untuk memudahkan para guru di dalam melaksanakantugas dan juga
memastikan murid-murid terus bertambah mahir dan sekaligus menguasai mata pelajaran Bahasa
Melayu dengan lebih mendalam.Penggabungjalinan adalah bertujuan untuk menbantu guru
memastikan murid menguasai beberapa kemahiran secara serentak.Secara tidak langsung ini juga
membolehkan guru untuk menjadikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran lebih menarik dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.Melalui penggabungjalinan juga, guru
boleh mewujudkan lebih banyak lagi aktiviti danmelibatkan lebih ramai pelajar.

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]
Penggabungjalinan di dalam Bahasa Melayu mempunyai pelbagai bentuk,antaranya
adalah pengabungjalinan sekurang-kurangnyadua kemahiran bahasa melayu sendiri atau dengan
kemahiran mata pelajaran yanglain.Contohnya adalah membaca kuat teks dan seterusnya
menulis isi-isi pentingyang terkandung di dalam teks tersebut.Penyerapan pula adalah bertujuan
untuk memenuhi elemen Pengisian Kurikulum di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Penyerapan adalah proses di mana ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan
kemahiran bernilai tambah diserapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Bentuk penyerapan adalah seperti penyerapan isi mata pelajaran lain ke dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu,penyerapan nilai-nilai murni dan semangat kewarganegaraan
masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan yang
terakhir sekali penyerapan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran
belajar cara belajar, kajian masa depan, kemahiran teknologi dan komunikasi, kecerdasan
pelbagai,konstruktivisme, dan kontekstual.
Penyerapan dilakukan secara terancang oleh guru dan diserap oleh murid-murid secara
tidak langsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Contoh penyerapan adalah seperti
semasa aktiviti membaca teks mengenai anatomi serangga, guru pasti akan meletakkan beberapa
istilah sains ke dalam teks tersebut untuk di serapkan ke dalam minda pelajar.Pengayaan pula
adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada golongan murid yang mempunyai
tahap kemampuan yang memuaskan dan telah menguasai kemahiran asas di dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Aktiviti pengayaan boleh di lakukan sama ada di luar atau di dalam kelas.Aktiviti
pengayaan juga mengandungi unsur-unsur seperti meluaskan dan memperkukuhkan ilmu
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang sedang di pelajari.Aktiviti pengayaan adalah
berbentuk bebas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan minat,
kreativiti, sikap ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melatih murid membuat
keputusan untuk diri,masyarakat dan kumpulan.
Contoh aktiviti pengayaan adalah murid di minta menulis sebuah cerita dengan
menggunakan perkataan-perkataan yang di sediakan.Pemulihan pula adalah merupakan aktiviti
yang diberikan oleh guru kepada golongan murid yang mempunyai tahap kemampuan yang
4

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]
lemah dan lembab.Pemulihan lebih berfokus kepada proses membantu murid memperbaiki
kelemahanmereka di dalam pembelajaran,khususnya di dalam subjek Bahasa Melayu.Oleh
ituaktiviti yang boleh di lakukan di dalam pemulihan adalah sangat terbatas dan lebih khusus.
Contoh aktiviti pemulihan adalah seperti mengisi tempat kosong di dalam petikan dengan
menggunakan perkataan-perkataan yang disediakan.Yang terakhir sekali adalah penilaian iaitu
proses yang sistematik yangdigunakan untuk mendapatkan maklumat yang penting bagi menilai
tahap pencapaiandan prestasi murid.Ianya juga bertujuan untuk melihat sejauh mana objektif
pengajaran dan pembelajaran yang di rancang guru tercapai.
Penilaian juga di anggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran kerana penilaian boleh dilakukan oleh seseorang guru semasa menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.Bagi memastikan maklumat perkembangan prestasi dan
pencapaian murid sentiasa dapat di pantau, penilaian haruslah di lakukan secara
berterusan.Terdapat 2 bentuk penilaian yang boleh dijalankan oleh guru iaitu penilaian secara
formatif dan sumatif.Hasil dapatan daripada penilaian tersebut guru boleh memastikan jenis
tindakan susulan samaada memberi aktiviti pemulihan atau pengayaan kepada pelajar
bersesuaian berpandukan keputusan penilaian pelajar tersebut.

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

Penggabungjalinan

Konsep strategi penggabungjalinan boleh ditakrifkan sebagai suatu pengolahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa yang melibatkan pengajaran beberapa aspek kemahiran
bahasa yang dihimpun dan diajar serentak dan berkait rapat antara satu dengan lain dalam satu
sesi pengajaran.

Penggabungjalinan juga meliputi penggabungan beberapa mata pelajaran,

aktiviti, pendekatan dan media.


Menurut Juriah Long (1992), strategi penggabungjalinan mempunyai beberapa tujuan dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa.Antara tujuan tersebut ialah membantu muridmurid menguasai kemahiran berbahasa secara serentak.Kemahiran-kemahiran asas yang perlu
dikuasai oleh murid dalam mata pelajaran bahasa Malaysia ialah kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Strategi penggabungjalinan juga akan membantu guru untuk merangka
dan membentuk sebuah sesi pengajaran yang lebih menarik dan efektif kerana guru mempunyai
kebebasan untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Antara
kaedah dan teknik yang boleh diguna pakai oleh guru ialah kaedah terus, kaedah oral-aural,
kaedah linguistik, teknik permainan bahasa, teknik main peranan, teknik sumbangsaran dan
sebagainya.
Sebelum mengaplikasikan strategi penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran,
seseorang guru perlu memahami dan mematuhi prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya.
Prinsip utama strategi penggabungjalinan ialah, ia mestilah bersifat boleh ubah dan perlu selaras
dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Seterusnya, guru
perlu tahu dan menetapkan jumlah kemahiran yang ingin digabungjalinkan dalam sesebuah
pengajaran.
Penggabungjalinan juga merupakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang
mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]
menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi.
Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:


i.
ii.
iii.
iv.

Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.


Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.
Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.
Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan

Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.
Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.

Bentuk-bentuk Penggabungjalinan
i.

Penggabungjalinan Kemahiran

K1

K1-Kemahiran Mendengar
K2-Kemahiran Bertutur

K4

K3-Kemahiran Membaca
K3

BM

K4-Kemahiran Menulis

Penggabungjalinan Kemahiran Bahasa dalam Satu Mata Pelajaran

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

K1

BM

K1-Kemahiran
Bahasa
K3

Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran


ii.

Penggabungjalinan Aktiviti

Anda boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan
dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca, dan menulis.

Aktiviti
Mendengar
dan Bertutur
Berbual
Berbincang
Bertemu
ramah
Berbahas
Berceramah
Bercerita
Berlakon

Membaca

Memaham
Mengesan isi penting
Meringkas
Membuat ayat
Memberi makna
Menghurai makna

Menulis

Karangan
Laporan
Ulasan
Ucapan
Arahan
Iklan
Mencatat isi

Penggabungjalinan Aktiviti

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]
Untuk melaksanakan penggabungjalinan, anda perlu merancangkannya dengan aktiviti-aktiviti
yang mempunyai urutan yang baik.
Contoh:
Berceramah mencatat isi
Bercerita berbincang menulis karangan
Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasan
iii.

Penggabungjalinan Bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan
harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman, dan
tahap pencapaian murid. Antara bahan yang boleh digabungjalinkan itu adalah seperti yang
berikut:

Bahan
Bahan utama
(Petikan)
Rencana
Laporan
Berita
Ucapan
Pengumuman
Ulasan
Iklan

Bahan sokongan
(Bahan rangsangan)
Gambar
Data
Rajah
Graf
Carta

Bahan lisan
(Rakaman)
Ucapan
Ulasan
Komentar
Laporan
Temu bual
Pengumuman

Jadual 2: Penggabungjalinan Bahan

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

Penggabungjalinkan bahan-bahan ini boleh dilakukan mengikut keperluan masa yang


diperuntukkan, pertalian bahan, dan urutan aktiviti yang bersesuaian.
Lihat contoh yang berikut:
Berita ulasan
Iklan surat permohonan temu duga surat jawapan.
Contoh penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Tajuk pelajaran : Jasa Ibu

Langkah 1:
Murid mendeklamasikan sajak bertajuk Jasa Ibu.

Langkah 2:
Berdasarkan sajak di atas, murid bercerita tentang jasa ibu mereka.

Langkah 3:
Murid berbincang dalam kumpulan tentang bagaimana membalas jasa ibu.

Langkah 4:
Murid menulis satu peranggan tentang keistimewaan ibu mereka.

Langkah 5:
Murid menghantar hasil karangan tersebut kepada ibu bapa mereka
menerusi mel elektronik.

10

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

Rancangan Pengajaran Harian


Bahasa Melayu Tahun 4
Tarikh

: 30.Oktober.2014

Hari

: Khamis

Masa

: 8.15-9.15

Tahun

: 4 Jujur

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Bilangan Murid

: 25 Orang

Tema

: Lestari Alam

Tajuk

: Bumi Tercemar

Hasil Pembelajaran
Fokus Utama:
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memeahami
perkara yang dibaca.
Aras 2 (i) Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada
intonasi berdasarkan tanda baca.
Fokus sampingan:
3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan.
Aras 2 (ii) Menyampaikan isi sesuatu topic secara tersusun dengan bahasa yang mudah.

11

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

Objektif Pelajaran
Pada akhir Pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :
I.

Membaca ayat dalam big book dengan memberi penekanan kepada intonasi berdasarkan
tanda baca.
Menyampaikan isi mengenai pencemaran secara tersusun dengan bahasa yang mudah.
Membina ayat menggunakan kata nama.

II.
III.

Sistem Bahasa
I.
II.

Tatabahasa : Kata nama


Sebutan dan intonasi:membaca dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Pengisian kurikulum
I.
II.
III.

Ilmu:Bahasa Melayu, Kajian Tempatan


Nilai: Bekerjasama, jujur
Kemahiran Bernilai tambah:
a. Kemahiran Berfikir: menjana idea, berfikir secara kreatif dan kritis
b. Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal, muzik

Bahan sumber Pengajaran Pembelajaran


I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

Video
Big book
Slaid Power point
Keratan akhbar
Bahan terbuang
Hot potatoes-soalan kuiz

Pengetahuan sedia ada


I.

Murid dapat Menceritakan jenis pencemaran yang berlaku.

12

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]
Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan


pembelajaran

13

Catatan

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

Set Induksi
(5 minit)

Langkah
1
( 10 minit)

Video lagu :
Kitar semula kan lagi
Bagus
Soalan:
Apakah Kesalahan yang
mereka lakukan?
Cuba ceritakan kenapa
budak tersebut berbuat
demikian?
Tajuk:
Pencemaran
Isi Penting dalam Big 1.
Book

Sekumpulan
katak tinggal di sebuah 2.
kolam yang bersih lagi
jernih.
3.

Kolam mula
berbau busuk
menyebabkan
sekumpulan katak
4.
bercadang untuk
berpindah ke kolam lain.

Seekor katak tua


bertanya kalau kolam
baharu itu menjadi kotor
dan berbau busuk,
adakah mereka akan
berpindah lagi.

Akhirnya
mereka insaf dan
bergotong-royong untuk
membersihkan kolam
yang kotor.

1. Guru menayangkan video


dan meminta murid
memerhati serta mencatat
pendapat mengenai video
tersebut.
2. Guru berbincang dan
bersoal jawab mengenai
video berkenaan.
3. Guru mengaitkan set
induksi dengan tajuk
pelajaran.

1. Murid diminta duduk di atas tikar


seperti yang disediakan di depan bilik
darjah.
2. Guru memperkenalkan big book
kepada murid-murid.
3. Guru memberi penerangan dan
membimbing murid membaca dengan
sebutan dan intonasi yang betul serta
memberi penekanan pada tanda baca.
4. Guru bersoal jawab dengan murid
mengenai cerita tersebut.

14

BBM:
-Video
Teknik
-Soal Jawab
-Penerangan
Kemahiran berfikir:
-Berfikir secara
kreatif dan kritis
Kecerdasan Pelbagai
-Intrapersonal

BBM:
-Big book
Teknik
-Penerangan
-Soal jawab

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

Langkah
2
( 15 minit)

Langkah
3
(10 minit)

Petak bernombor
dalam slaid power
point
a. Cuba ceritakan
apakah punca
yang
menyebabkan
pencemaran
berlaku.
b. Bincangkan
kesan-kesan
yang
menyebabkan
pencemaran
berlaku.
c. Cuba ceritakan
langkahlangkah untuk
mengurangkan
pencemaran
berlaku.

1.
Guru membahagikan murid
kepada 3 kumpulan.
2.
Wakil dari setiap kumpulan
akan memilih petak bernombor
seperti yang ditayangkan dalam
slide.
3.
Murid dikehendaki
berbincang dalam kumpulan
mengenai tajuk yang diperoleh.
4.
Guru memilih murid secara
rawak dan murid tersebut
dikehendaki membentangkan hasil
perbincangan.
Guru membimbing
murid kea rah jawapan
yang betul.

BBM:
-slide powerpoint
Teknik:
Perbincangan
-Penerangan
Kemahiran berfikir:
-Menjana idea
Kecerdasan pelbagai:
-Verbal lingustik
-Interpersonal

1.
Guru menggunakan video sBBM:
sebagai
bahan ransangan untuk
--Keratan akhbar
Konsep kata nama
menerangkan
konsep
kata
nama.
--Video dalam blog
(link ke blog)
2.
Guru menayangkan laporan Pendekatan:
keratin
akhbar kepda murid-murid. -Berpusatkan bahan
Laporan keratin akhbar
3.
Murid dikehendaki mencari
bau busuk di Jelutong
5 kata nama yang terdapat dalam
Kemahiran bernilai
terlerai.
tayangan keratan akhbar tadi.
tambah:
4.
Murid membina ayat
-Konstruktivisme
berdasarkan kata nama yang telah
dikenalpasti.

15

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

Langkah 4
(5 minit)

Penutup

Bahan buangan
Surat Khabar
Straw
Majalah

Rumusan isi
i. Pencemaran
ii. Nilai-nilai
murni
Bersyukur
-dapat hidup dalam
alam sekitar yang
bersih dan ceria
Bekerjasama
-berganding bahu
untuk memelihara
alam sekitar.

1.
Guru meletakkan bahan
buangan di atas meja.
2.
Murid dikehendaki tampil
ke hadapan untuk mengambil salah
satu bahan tersebut.
3.
Guru menunjukkan cara
untuk menginovasikan bahan
terbuang menjadi bahan yang boleh
diguna pakai(kitar semula) sambil
diikuti oleh murid.
Guru mengaitkan penghasilan
bahan inovasi dengan tema lestari
alam

1.
Guru merumuskan
pelajaran secara sumbang saran
dengan murid
2.
Guru dan murid berbincang
tentang nilai murni yang dapat
dipelajari.
Guru memberi soalan kuiz
pencemaran sebagai
pengukuhan.

Perisian Hot Potatoessoalan kuiz

BBM:
Bahan buangan
Teknik
-Demonstrasi
Kemahiran berfikir:
-Menjana idea
-kemahiran berfikir
secara kritis dan
kreatif

BBM:
-Perisian Hit
Potatoes-soalan kuiz.
Teknik:
-Soal jawab
-Perbincangan
Kemahiran berfikir:
Berfikir dengan
kreatif dan kritis.
Nilai:
Bersyukur

16

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

Ulasan
Berdasarkan kepada Rancangan Pengajaran Harian di atas, terdapat RPH yang menggunakan
amalan pengajaran biasa dan rancangan pengajaran harian yang merupakan Rancangan
Pengajaran inovasi.Rancangan Pengajaran inovasi menerapkan elemen 5P.Rancangan Pengajaran
inovasi juga mencetuskan kreativiti pelajar menerusi penggunaan pengajaran yang berasaskan
multimedia.Keberkesanan proses pengajaran berinovasi dalam proses P&P merupakan aspek
yang sangat penting dalam sistem pendidikan.
Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebat usaha-usaha ke arah amalan pengajaran
berkesan memerlukan kepada daya inovasi guru Bahasa Melayu yang dapat menggunakan segala
kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran.Ini dapat dilakukan berdasarkan
ketajaman idea-idea baru bagi menjana penguasan maksimum murid-murid terhadap ilmu
pengetahuan yang disampaikan.
Sungguhpun kemudahan teknologi pengkomputeran menjadi arus perdana masakini
menjadi dasar kemajuan pembangunan baru, namun keberkesanannya dalam proses pengajaran
hanya dillihat sebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat sepenuhnya. Oleh itu, adalah
menjadi keutamaan bagi para guru Bahasa Melayu menggunakan daya inovasi mereka bagi
mewujudkan kedinamikan proses P&P tanpa bergantung sepenuhnya dengan kemudahan
teknologi pengkomputeran.

17

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

Kesimpulan
Kepelbagaian perkaedahan dalam mengajar adalah penting.Kaedah-kaedah yang telah diutarakan
semuanya adalah berpusat kepada pelajar dan guru sebagai fasilitator, yang lebih menjurus
kepada pembudayaan pemikiran pelajar yang kreatif dan inovatif.Para pelajar akan seronok
belajar apabila guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran.Keseronokan dalam
menjalankan aktiviti akan menyebabkan mereka minat untuk belajar dan guru dapat
menerapkan input-input berkaitan dengan kreativiti dan inovasi dalam P&P supaya nanti institusi
sekolah bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik
semata-mata tetapi seorang pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam
usaha membangun modal insan minda kelas pertama sejajar dengan teras kedua yang terdapat
dalam PIPP.Seterusnya, memenuhi keperluan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara yang maju.

18

[KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM


BAHASA MELAYU]

Bibliografi
Atan Long.1984.Sosiologi Pendidikan.Kuala Lumpur : Federal Publication.
Chen Cheu Foong.1999.Satu Tinjauan Penguasaan Komponen-Komponen KBKK Oleh Pelajar
Sains.Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda.
De Bono, E.1976.Teaching Thinking.Middlesex : Penguin.
Goodlad, J.I.1983.A Placed Called School : Prospects for the Future. New York : Mc GrawHill.
Johari Talib.1995.Satu Kajian Kes Mengenai Masalah Implimentasi KBKK Di Kalangan Guru
Pelatih Semester 5 1995 Di Maktab Perguruan Batu Pahat.Jurnal Pendidikan Maktab
Perguruan Batu Pahat.
Noran Fauziah Yaakub dan Ahamad Mahdzan Ayob.1990.Guru dan Perguruan.Selangor ,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perkin, D.N & Swartz, R.J.1990.Teaching Thinking Issues and Approaches.Pasific Grove, CA.
Critical Thinking Press & Software.
Philips, J.1999.Pengajaran Kemahiran Berfikir : Teori Dan Amalan.Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

19

Anda mungkin juga menyukai