Anda di halaman 1dari 11

Soalan 1

Bincangkan Latar belakang Asia Tenggara sehingga abad ke-20.Bincangkan dari aspek:
Penjajahan sebelum abad ke-19
Penjajahan pada abad ke-19
Kesan kepada Asia Tenggara
Asia Tenggara merupakan sebuah kawasan di Tenggara Asia.Ia meliputi dua jenis masyarakat
iaitu negeri-negeri kepulauan dan negeri-negeri di Tanah Besar.Asia Tenggara merangkumi
negara-negara seperti Indonesia, Vietnam, Filipina, Burma dan Thailand.Sistem ekonomi di Asia
Tenggara telah wujud sejak sekian lama dahulu, sejak sebelum kedatangan penjajah lagi.Sistem
ekonomi yang diamalkan sewaktu sebelum kedatangan penjajah ialah sistem sara diri, komersial
dan perdagangan.Sistem sara diri ialah kegiatan ekonomi yang dijalankan untuk mendapatkan
bahan makanan dan lain-lain hasil untuk memenuhi keperluan harian dan untuk kewajipan cukai.
Kegiatan utama sara diri ialah bercucuk tanam, menangkap ikan, dan memungut hasil
hutan.Peralatan yang digunakan juga adalah yang paling asas dan bersifat primitif.Disebabkan
oleh itu, lebihan hasil yang dikeluarkan oleh para petani adalah terhad.
.

Sistem ekonomi perdagangan pula merupakan unsur yang amat penting dalam

ekonomi Asia Tenggara.Kegiatan ini berkembang kerana sebahagian besar Asia Tenggara
bersifat kepulauan, maka kegiatan pelayaran telah mewujudkan aktiviti perdagangan.Galakan
perdagangan seperti yang dilakukan Raja-raja Burma menggalakkan perdagangan dengan
negara-negara maritim.Perkembangan perdagangan lebih pesat setelah kemasukan barat kerana
minat mereka terhadap kekayaan bahan mentah di Asia Tenggara.Kedatangan penjajah barat
telah mengubah corak ekonomi tradisional Asia tenggara.Oleh itu, sistem ekonomi yang wujud
di Asia Tenggara sebelum kedatangan penjajah akan dirungkai dalam penulisan ini.
Sebelum kedatangan penjajah. Asia Tenggara telah mempunyai sistem ekonominya
sendiri. Sistem ekonomi bercorak tradisi ini kemudiannya bertukar kepada komersial dan lebih
menjadi maju. Hasil-hasil yang diusahakan adalah seperti padi, lada hitam, tebu, kapas, bunga
cengkih dan sebagainya.Tetapi kebanyakan daripada sistem ekonomi ini adalah bersifat
tradisional dan terikat dengan pemerintah.Terdapat beberapa cukai yang dikenakan oleh

pemerintah dalam sistem ekonomi tradisional ini.Hasil bumi yang banyak di Asia Tenggara telah
mendatangkan banyak manfaat kepada kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara.
Hal ini sekaligus menarik minat kuasa barat ke Asia Tenggara.Akibat daripada keadaan
politik dalam sesebuah kerajaan tidak stabil telah menyebabkan kuasa barat berpeluang campur
tangan dalam pentadbiran yang bermatlamatkan untuk mengaut kekayaan ekonomi di Asia
Tenggara semata-mata.Seperti yang berlaku di Vietnam, penaklukan Perancis ke atas Vietnam
dikatakan berpunca daripada kedudukan sosiopolitik raja-raja pemerintah Dinasti Nguyen yang
tidak begitu kukuh.Secara tidak langsung pihak Barat telah menjajah kerajan-kerajaan di Asia
Tenggara kecuali Thailand.Pada abad ke-19 merupakan kemuncak perluasan kuasa barat
sekaligus merubah corak sistem ekonomi di Asia Tenggara.
Salah satu kesan yg berlaku ialah perubahan nilai kepercayaan masyarakat tempatan.
Pihak penjajah telah mengubah nilai kepercayaann masyarakat tempatan daripada agama dan
kepercayaan tradisional kepada kepercayaan terhadap agama Kristian.Hal ini dapat dilihat hasil
daripada Perjanjian Whampoa dan Konvension Peking di mana terdapat kebebasan dalam
penyebaran agama Kristian di China.Oleh yg demikian, para mubaligh telah mengambil peluang
utk menyebarkan agama Kristian di pelabuhan hingga ke kawasan pedalaman.
Kesan yang seterusnya ialah nilai kekuasaan raja dan pemimpin tergugat. Sebelum
kedatangan kuasa-kuasa barat di negara-negara Asia, raja merupakan pemerintah mutlak
sesebuah kerajaan.Raja menjalankan pemerintahannya dalam urusan membuat undang-undang,
menjatuhkan hukuman, membentuk protocol, adat istiadat, peraturan, disiplin, bidang keagamaan
dan sebagainya.Raja merupakan kuasa tertinggi dalam sesebuah kerajaan dan setiap rakyat mesti
menghormati dan mentaati raja.Setelah kedatangan kuasa-kuasa penjajah, nilai masyrakat
tempatan terhadap kekuasan raja dan pemimpin tergugat.Ini adalah akibat daripada perletakan
penasihat-penasihat raja oleh kuasa penjajah.Selepas penjajahan kuasa barat ini, fikiran rakyat
juga telah terbuka dan tidak lagi terikat dengan pemikiran yang sempit.Kesannya, rakyat telah
berjaya mengadakan pemberontakan apabila tidak puas hati dan wujud semangat nasionalisme
utk mempertahankan negara masing-masing.

Selain itu, penjajahan oleh kuasa barat ini telah membawa kesan terhadap nilai masyarakat
tempatan dari aspek peningkatan nilai ilmu.Selepas kedatangan kuasa barat ini, masraykat
tempatan lebih mementingkan ilmu pengetahuan berbanding dengan sebelum kedatangan kuasa
barat ini.Sebelum kedatangan mereka, msykt anya tertumpu terhadap ilmu agama sahaja.
Manakala selepas kedatangan kuasa ini, masyarakat telah terdedah dengan pendidikan secular di
samping pendidikan yang sedia ada.
Soalan 2
Bincangkan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara Awal Abad ke-20.Aspek yang perlu
dibincangkan:
Konsep nasionalisme umum
Konsep nasionalisme di Asia Tenggara
Nasionalisme merujuk kepada bangsa dan negara.Dalam konteks penjajahan di Asia Tenggara,
nasionalisme secara khusus membawa pengertian kepada satu kesedaran yang membangkitkan
semangat bertujuan untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan.
Semangat kebangsaan atau nasionalime juga selalu ditafsirkan sebagai rasa taat dan kasih
kepada negara sendiri.Maka nasionalisme ini berkaitan dengan negara dan bangsa yang boleh
diertikan sebagai fahaman kebangsaan.Secara umumnya nasionalisme bertujuan mewujudkan
kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan penjajah atau kuasa asing.
Ia mewujudkan kebebasan dan mempertahankan maruah serta menentukan nasib dan masa depan
sebuah bangsa dan negara .
Namun, istilah Nasionalisme sebagai semangat kebangsaan juga tidak akan hanya
melibatkan batas-batas sempadan tertentu ini dapat dilihat apabila Indonesia melancarkan
Konfrontasi terhadap Malaysia dan ia menganggap pembentukan Malaysia sebagai neokolonialisme.Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa nasionalisme ini ialah satu gerakan ke arah
pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi disamping menikmati sumber kekayaan
negara secara sama rata di kalangan semua rakyat.

Konsep nasionalisme ini telah digunakan dalam pembentukan negara Jerman dan Itali di
Eropah pada tahun 1870an. Ia kemudiannya tersebatr di negara-negara Asia pada abad ke 19 dan
awal abad ke 20.Bagi membicarakan sifat nasionalisme dan kesan nasionalisme moden ini, kita
akan melihat dari perspektif Asia Tenggara sebagai rujukan utama kebangkitan nasionalisme
yang pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar.Walaupun tujuan asas nasionalisme bertujuan untuk
membebaskan negara-negara dari belenggu penjajahan, corak perjuangan di antara negara adalah
tidak sama kerana masing-masing mempunyai bentuk nasionalisme tersendiri dari aspek
perjuangan , organisasi yang ditubuhkan.
Secara umumnya nasionalisma atau semangat kebangsaan bertujuan mewujudkan
kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkoingan penjajah atau kuasa
asing.Semangat kebangsaan atau nasionalisme selalu ditafsirkan sebagai satu rasa taat dan kasih
kepada negara sendiri.Dalam erti kata lain, nasionalisme ini berkaitan dengan negara dan bangsa.
Oleh demikian, ia boleh diertikan sebagai fahaman kebangsaan.Milon Nandy mendefinasikan
nasionalisma sebagai :
patriotism; devotion to the interests of one owns nation; desire for national advancement; the
doctrine that national interest , security etc are more important than international
considerations; excessive, narrow or jingoist patriotism; chauvinism.
Kebangkitan nasionalisma di negara-negara Asia seperti Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia
Timur ini adalah berpunca daripada penindasan yang dilakukan oleh penjajah terhadap penduduk
pribumi.Walaupun tujuan asas nasionalisme ialah membebaskan negara-negara dari belenggu
penjajahan, tetapi corak perjuangan di antara negara adalah tidak sama, masing-masing
mempunyai bentuk nasionalisme tersendiri dari aspek perjuangan dan organisasi yang
ditubuhkan.

Soalan 3
Nasionalisme, Demokrasi, Liberalisme dan Sosialisme.Bincangkan takrifan konsep-konsep
tersebut.
Nasionalisme adalah satu ideologi atau kefahaman yang meletakkan negara dan bangsa pada
tempat yang tinggi atau yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam
bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan
manusia.
Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik".Ia
berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap
kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.Dalam
zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang
berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan.
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan
struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal
sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat.Sebuah negara atau kerajaan yang
mengamalkan

sistem

demokrasi

adalah

dipanggil

negara

atau

kerajaaan

yang

demokratik.Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan
komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial
dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung, dan tiada kerajaan yang bebas dari
kehendak rakyat).
Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik
tertinggi.Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal.Walau
bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah
negara.Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang.Dalam fahaman
liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan
yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut
termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan
undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem
pemerintahan

Sosialisme (sosialism) secara etimologi berasal dari bahasa Perancis sosial yang bererti
kemasyarakatan.Istilah sosialisme pertama kali muncul di Perancis sekitar 1830.Umumnya
takrifan itu dikenakan bagi aliran yang masing-masing mahu mewujudkan masyarakat yang
berdasarkan hak milik bersama.Dalam kata lain, terdapat empat pasca aliran yang dinamakan
sosialisme, demokrasi, komunisme dan anarki.Sosialisme ini muncul kira-kira pada awal abad
19, tetapi gerakan ini belum ada dalam arena politik.Sosialisme merupakan teori atau sistem
organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara
yang dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.
Soalan 4
Asia Tenggara sebelum Perang Dunia Kedua.
Bincangkan aktiviti-aktiviti perjuangan kebangsaan di Asia Tenggara sehingga Perang
Dunia Kedua.
a. Peranan agama
Masyrakat di Asia berpegang kuat kepada agama, adat dan budaya.Di Indonesia, Sarekat Islam
(1906) telah menggunakan agama Islam untuk dapatkan sokongan rakyat.Manakala gerakan
awal nasionalisme di Myanmar dipelopori oleh golongan sami Buddha.Golongan Pongyi (samisami Buddha) menjadi penyokong gerakan pelajar dan alat menyedarkan petani tentang gerakan
nasionalisme.Di India, agama memainkan peranan dalam pembentukan persatuan-persatuan pada
awal perkembangan nasionalisme.
b. Peranan bahasa dan kesusasteraan
Di Indonesia, Bahasa Melayu menyatukan penduduk kerana Belanda telah menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam urusan pentadbiran di Indonesia.Bahasa
Melayu sebagai alat komunikasi dan sebaran maklumat.Bahasa Melayu menjadi lingua franca
dan merapatkan perbezaan kaum.Kemunculan idea Melayu Raya atau Indonesia Raya
memperlihatkan perpaduan bangsa Indonesia.

Di China, Bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi membantu menyatukan penduduk serta
memudahkan penyebaran idea semangat kebangsaan.Hasil-hasil karya sastera digunakan untuk
mengkritik dan membidas penjajah.Di negeri China, Gerakan Revolusi Kesusasteraan pada
pertengahan 1910-an.Telah muncul tokoh sastera seperti Hu Shih yang menganjurkan
kesusasteraan popular yang mudah dan jelas dan bermakna.Mereka menyeru karyawan jangan
meniru sarjana klasik tetapi meluahkan idea dengan bebas menggunakan bahasa.
c. Peranan kewartawanan
Akhbar dan majalah adalah alat sebaran am penting dalam gerakan kesedaran.Dicetak dalam
bahasa penjajah, bahasa ibunda dan bahasa lain.Ini membolehkan idea-idea nasionalisme
disebarkan dengan cepat di kalangan penduduk pribumi yang tertindas.Mereka mengkritik
mengenai hal kemasyarakatan, agama, ekonomi dan politik dan menyebarkan berita dari luar,
menyedarkan dan menyeru rakyat untuk bersatu serta memperjuangkan kemerdekaan.Di
Indonesia, akhbar seperti Medan Priyayi, Kaum Sunda, Utusan Hindia dan akhbar terjemahan
dari Belanda dan sebagainya muatkan tema-tema politik, kebebasan manusia dan pemansuhan
perbezaan kaya dan miskin.
Di China, pelajar-pelajar yang menuntut di luar negeri sebarkan idea-idea revolusi
melalui akhbar.Mereka muatkan idea-idea revolusi dalam akhbar seperti New Youth, Kuo Min
Pao (Citizens Tribune) dan Twentieth Century China (China Kurun ke-20) dalam usaha mereka
menggulingkan Dinasti Manch dan menerbitkan akhbar Su Pao di negara China sendiri untuk
menyebarkan idea mereka.
d. Peranan pengaruh luar

Reformasi Mesir

Perjuangan

tokoh

Islam

Jamaluddin

al-Afghani

(1838-1879)

mempengaruhi

dan

mencorakkan kebangkitan di Asia Tenggara dan Asia Selatan.Perjuangan mereka


menekankan kepada kembali kepada prinsip agama, Yakin dan percaya terhadap
demokrasi dan prosesnya serta perlunya mempertahankan suara demokrasi melalui
perlembagaan dan perwakilan yang sah.

Kebangkitan Jepun

Perang Jepun-Russia 1904-1905 membuka mata orang Asia bahawa Asia mampu mengalahkan
kuasa Barat.Sebelum itu mereka menganggap bahawa kuasa Barat itu kuasa unggul dan mereka
tidak boleh dikalahkan tetapi memberi dorongan kepada orang Asia untuk bangkit menentang
negara Barat.Pemulihan Meiji 1864 menunjukkan jalan kepada bangsa Asia bahawa mereka
perlu satu reformasi dalam bangsa mereka sendiri.
Soalan 5
Filipina sehingga Perang Dunia Kedua
Bincangkan perkembangan nasionalisme selepas penjajahan Sepanyol hingga Perang Dunia
Kedua.
Gerakan nasionalisme pada tahap pertama dikenali sebagai gerakan dakyah yang dipimpin oleh
Jose Rizal.Beliau disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.Antara
tuntutan golongan nasionalisme pada tahap awal ini ialah:
1. mereka mahukan Filipina dijadikan wilayah Filipina
2. bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol.
3. bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina bertujuan mendesak kerajaan Sepanyol melakukan
pembaharuan politik, ekonomi, dan sosial.Namun demikian, Jose Rizal telah ditangkap dan
dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao oleh Sepanyol kerana bimbang kedudukan mereka
terancam.Jose Rizal akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh kerana dituduh terlibat dalam
pemberontakan.
Nasionalisme tahap kedua di Filipina
Katipunan ditubuhkan oleh Andreas Bonifacio telah memulakan gerakan nasionalisme
tahap kedua di Filipina.Matlamat perjuangan Katipunan ialah menyatukan bangsa Filipina dan
mencapai kemerdekaan melalui revolusi.Katipunan menggunakan media cetak untuk
menyebarkan fahaman revolusi.Akhbar Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan
ini.Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan kerajan Sepanyol tetapi

tidak berjaya.Akhirnya, Katipunan semakin lemah selepas Andreas Bonifacio dihukum mati oleh
Emilio Aguinaldo pada tahun 1897.
Pada tahun 1898, Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan
kerjasama itu telah berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina.Selepas itu, Amerika Syarikat mula
menguasai Filipina.Pada tahun 1899, Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi
tidak disahkan oleh Amerika.Dengan itu revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada
tahun

1901.Selepas

itu

Kerajaan

Amerika

membenarkan

penubuhan

parti

politik

sederhana.Apabila Parti Nasional memenangi pilihan raya pada tahun 1907, Sergio Osmena
dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.Sekitar tahun 1930, nasionalis Filipina kembali
menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan apabila pimpinan Amerika Syarikat bertukar
kepada yang lebih liberal.
Soalan 6
Perang Dingin
Analisakan kesan Perang Dingin kepada kemerdekaan Asia Tenggara.
Perang Dingin merujuk kepada konflik antara dua buah kuasa besar iaitu blok kapitalis yang
diketuai oleh Amerika Syarikat dan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union @ Rusia
setelah Perang Dunia Kedua berakhir.Perang Dingin tidak melibatkan pertempuran bersenjata
sebaliknya kedua-dua kuasa terbabit biasanya menjadi penyokong atau dalang kepada Negaranegara yang berkonflik.
Tanah besar telah mula mendapat perhatian kuasa-kuasa besar pada saat bermulanya
perang dingin diantara blok demokrasi (Amerika Syarikat) dengan blok komunis (Soviet Union).
Bagi beberapa buah negara di tanah besar,tempoh tahun 1945 hingga 1950an menandakan
tamatnya penjajahan barat apabila negeri-negeri ini mencapai kemerdekaan contohnya di burma.
Di lain kawasan seperti di Laos, Kampuchea dan Vietnam bertambah rumit apabila perancis cuba
wujudkan kembali empayarnya.

Kesan perang dingin yang jelas adalah telah ada langkah-langkah permulaan ke arah
pemeraintahan demokrasi berparlimen contohnya di Thailand tetapi gagal kerana berlaku
perampasan kuaas oleh tentera 1947.Selepas sahaja negara-negara di Asia Tenggara telah
merdeka selepas Perang Dunia kedua, negara-negara ini masih lagi melihat negara Besar sebagai
pelanjut pembangunan negera masing-masing.Ketergantungan ini dapat dilihat apabila Thailand
tidak dapat mempertahankan kedaulatannya tanpa bantuan Amerika sebagai latar belakang yang
menyokongnya.Pada masa ini juga Amerika telah juga cuba mengembangkan pengaruhnya
kepada Thailand iaitu ia memberi amaran kepada Hanoi dan Moscow agar tidak menyerang
Thailand dan ia bersetuju berada di belakang Thailand .
Pergerakan komunis di dalam sesebuah negara di Asia Tenggara dalam satu masa yang
lain adalah satu rangkaian daripada komunis Soviet atau Rusia yang akan menerapkan moral
atau menyumbangkan daripada bentuk material yang banyak kepada tentera di negara-negara
seperti Burm, Thailand, Malaysia dan Filipina.Sumbangan Rusia ini juga dapat dilihat dalam
peperangan Vietnam yang mana Rusia sanggup menyumbangkan jutaan ringgit semata-mata
mahu mempengaruhi negara lain untuk menerima ideologinya.
Bukan itu saja, Rusia antara tahun 1950 dan 1960an, pemimpin Soviet menumpukan
bagaimana hendak mengawal kepentingan mereka di Eropah, Selatan Asia dan Timur Asia .
Lantaran itu bukan Amerika saja dan China saja yang berada di Asia Tenggara.Selagi mereka
mempunyai

kepentingan

sama

ada

politik

mahupun

ekonomi

mereka

akan

terus

menyambungkan hubungan mereka disesebuah negaraIni kerana, Asia Tenggara lebih melihat
negara Barat sebagai negara yang terunggul.

Soalan 7
Konsep Hubungan Serantau abad ke-20 di Asia Tenggara
Bincangkan bentuk dan aplikasi hubungan serantau kepada hubungan serantau Asia
Tenggara.
Kerjasama serantau di Asia Tenggara selepas kemerdekaan boleh dikesan daripada cadangan
Tunku Abdul Rahman kepada Presiden Garcia (Filipina) pada bulan Januari 1959 untuk
menubuhkan sebuah persatuan bukan politik di kalangan negara-negara Asia Tenggara bagi
meningkatkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial.
Kerjasama serantau pertama yang ditubuhkan

ialah Perjanjian Ekonomi dan

Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara ( Southeast Asian Friendship and Economic Treaty
atau

ringkasnya

SEAFET) pada tahun 1959 yang dianggotai oleh Tanah Melayu dan

Filipina.Kedua diikuti dengan Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 yang dianggotai
oleh Tanah Melayu, Thailanad, Filipina.
Kerjasama serantau Asia Tenggara yang ketiga ialah MAPHILINDO yang ditubuhkan
pada tahun 1963 dan dianggotai oleh Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia dan kerjasama
serantau yang keempat daan merupakan pertubuhan kerjasama yang terakhir ialah Persatuan
Negara-negera Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan pada tahun 1967 dan dianggotai oleh
10 buah negara secara berperingkat iaitu Malaysia, Thailand. Singapura, Indonesia, Filipina,
Brunei, Vietnam, Laos, Kemboja, Hanoi, Pertubuhan ini kekal hingga ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai