Anda di halaman 1dari 17

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

PEMARKAHAN RIS SEMESTER

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KAC3013 KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK

Pilih dua (2) teori Etika dalam Pendidikan Moral.Bincangkan dan bandingkan peraturan dan pandangan setiap teori.Huraikan kelemahan dan kebaikan kedua-dua teori tersebut .

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

PUSAT PEMBELAJARAN: EL

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________

1|Page

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013


Pengenalan Perkataan etika dari bahasa Latin Ethica merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik.Etika juga merujuk kepada maksud kebiasaan atau cara.Oleh itu etika boleh ditakrifkan sebagai suatu kajian sains tentang kelakuan manusia dalam masyarakat yang yang juga merupakan satu set peraturan tingkah laku atau undangundang yang digubal bersama oleh ahli masyarakat tersebut.Tujuan kod-kod etika yang digubal bersama ini adalah bertujuan sebagai garis panduan kepada tingkah laku yang bermoral dalam kumpulan tersebut, misalnya etika perguruan, etika guaman dan sebagainya.Teori etika sebenarnya cuba meningkatkan maruah, keamanan, kegembiraan dan kesejahteraan manusia. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.Etika juga adalah satu bidang mengenai melakukan perkara yang betul.Ahli falsafah mendapati ia adalah subjek yang rumit.Teori etika diasaskan kepada andaian bahawa manusia adalah rasional dan bebas membuat pilihan. Peraturan etika melibatkan semua orang.Ia bertujuan untuk mencapai keputusan yang baik untuk manusia sejagat.Perilaku yang tidak beretika, walaupun tidak melanggar undang-undang boleh menjejaskan kerjaya dan reputasi kita. .

2|Page

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Perkembangan Teori Etika Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan kepada kebaikan moral.Socrates (469-399 B.C.)menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan kesihatan roh.Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang agar berakhlak mulia. Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperoleh tanpa memiliki kebaikan moral dan tindakan yang tidak beretika akan mengganggu orang lain malah

beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat.Plato(428-348B.C.)mengkaji hubungan etika dan personaliti manusia.Kebaikan moral adalah suatu imbangan dan harmoni di kalangan perbezaan yang wujud dalam rohKebaikan moral sebagai suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan yang sejati adalah sukar dicapai. Mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman intelektual.Aristotle (384-322B.C.) pula, beliau melihat kebaikan moral agak berbeza daripada Plato dan Socrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat atau personaliti.Plato dan Socrates pula mengatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara kebaikan moral dan personaliti yang sihat.Bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada dalam tangan seseorang itu.Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan. Etika moden telah membentuk dua persaingan iaitu : tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status moral etika moden banyak menfokuskan kepada

daripada akibat (consequences) yang dibuat Tindakan itu sama ada betul atau salah.

3|Page

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Teori Etika Utilitarisme.


Utilitarisme berasal dari kata Latin utilis yang berarti bermanfaat.Menurut teori ini, suatu perbuatan adalah baik jika membawa manfaat, berfaedah atau berguna, tapi menfaat itu harus menyangkut bukan saja satu dua orang melainkan masyarakat sebagai keseluruhan.Aliran ini memberikan suatu norma bahwa baik buruknya suatu tindakan oleh akibat perbuatan itu sendiri.Tingkah laku yang baik adalah yang menghasilkan akibat-akibat baik sebanyak mungkin dibandingkan dengan akibat-akibat buruknya. Setiap tindakan manusia harus selalu dipikirkan, apa akibat dari tindakannya tersebut bagi dirinya maupun orang lain dan masyarakat.Utilitarisme mempunyai tanggung jawab kepada orang yang melakukan suatu tindakan, apakah tindakan tersebut baik atau buruk.Menurut suatu perumusan terkenal, dalam rangka pemikiran utilitarisme (utilitarianism) kriteria untuk menentukan baik buruknya suatu perbuatan adalah the greatest happiness of the greatest number, kebahagiaan terbesar dari jumlah orang terbesar. Utilitarisme disebut lagi suatu teori teleoligis ( dari kata Yunani telos = tujuan), sebab menurut teori ini suatu perbuatan diperoleh dengan mencapai tujuan perbuatan.Dalam perdebatan antara para etikawan, teori utilitarisme menemui banyak kritikan.Keberatan utama yang dikemukakan adalah bahwa utilitarisme tidak dijumpai dalam teorinya dua fahaman etis yang amat penting, iaitu keadilan dan hak.Jika suatu perbuatan membawa manfaat sebesar besarnya untuk jumlah orang terbesar, maka menurut utilitarisme perbuatan itu harus dianggap baik. Jika mereka konsisten, utilitarisme mesti mengatakan bahawa dalam hal itu perbuatannya harus dinilai baik.Oleh itu, sekiranya mereka mahukan fahaman ini berterusan, mereka harus mengorbankan keadilan dan hak kepada manfaat.Namun kesimpulan itu sukar diterima oleh kebanyakan etikawan.Sebagai contoh, d kewajiban untuk menepati janji yang pada dasarnya adalah kewajiban dan hak.

4|Page

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Tokoh-tokoh aliran ini adalah: Jeremi Bentham (1748-1832) John Stuart Mill (1806-1873). Bentham merumuskan prinsip utilitarisme sebagai the greatest happiness fot the greatest number (kebahagiaan yang sebesar mungkin bagi jumlah yang sebesar mungkin).Prinsip ini menurut Bentham harus mendasari kehidupan politik dan perundangan.Menurut Bentham kehidupan manusia ditentukan oleh dua ketentuan dasar : Nikmat (pleasure) perasaan sakit (pain). Oleh karena itu, tujuan moral tindakan manusia adalah memaksimalkan perasaan nikmat dan meminimalkan rasa sakit.Prinsip dasar Ultilitarisme adalah tindakan atau peraturan yang secara moral betul adalah yang paling memfokuskan kebahagiaan semua yang berkaitan atau bertindaklah sedemikian rupa sehingga akibat tindakanyang kita ambil menguntungkan bagi semua yang berkaitan. Jenis-jenis Utilitarisme. 1. Act utilitarianism Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes.Ciri ini dipanggil act utilitarianism. Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikan

5|Page

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

2. Hedonistic utilitarianism Ciri yang kedua pula ialah mengambilkira kegembiraan, kesan daripada suatu

tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambilkira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral. Kelemahan Utilitarisme. I. Manfaat merupakan konsep yang begitu luas sehingga dalam kenyataan praktik akan menimbulkan kesukaran yang banyak. II. Etika utilitarisme tidak pernah menganggap nilai suatu tindakan pada dirinya sendiri dan hanya memperhatikan nilai suatu tindakan sejauh berkaitan dengan akibatnya. III. IV. V. Etika utilitarisme tidak pernah menganggap penting kehendak baik seseorang. Variabel yang dinilai tidak semuanya dapat dikualifikasi. Seandainya ketiga kriteria dari etika utilitarisme saling bertentangan, maka akan ada kesulitan dalam menentukan majoriti diantara ketiganya. VI. Etika utilitarisme membenarkan hak kelompok minoriti tertentu dikorbankan demi kepentingan majoriti.

6|Page

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Contoh penggunaan Utilitarisme Dalam pemilihan suara pada Pemilihan Umum (PEMILU) suatu negara yang mengamalkan asas demokrasi, calon presiden dengan suara terbanyak adalah presiden yang akan menang di dalam pemilu.Meski pun perbandingannya hanya 49% dengan 51% tetap sahaja calon yang memperoleh suara terbanyak akan menang.Demikian pula dengan implementasi utilitarisme Meskipun sudah dialami manfaat dari utilitarisme bukan bererti utilitarisme secara teoriti tidak memiliki masalah.Jika semua yang dikategorikan sebagai baik hanya diperoleh dari manfaat terbanyak bagi orang terbanyak, maka apakah akan ada orang yang dikorbankan? Contohnya, ada anjing gila, anjing tersebut suka menggigit orang.Seramai 7 dari 10 orang menyarankan anjing tersebut dibunuh sedangkan 3 lainnya menyarankan dibunuh.Pengamal utilitarisme akan menjawab tentu yang baik jika anjing itu dibunuh.Oleh itu, saranan 3 orang tadi bagaimana? Apakah mereka harus menerima itu begitu saja? Kalau menurut teori ini YA. Kes di atas hanyalah anjing bagaimana jika manusia?Bukan tidak mungkin hal ini terjadi bahkan sudah terjadi, tentu dalam perkembangan peradaban ada sejarah diskriminasi ras mahu pun etnik.Kes diskriminasi ras kulit hitam dan diskriminasi etnis Tionghoa sebelum tahun 1997 nampaknya tidak terdengar asing lagi di telinga.Salah satu sebab mereka didiskriminasikan kerana mereka minoriti, dan majoriti berhak atas mereka.Oleh utilitarisme hal ini dibenarkan selama diskriminasi membawa manfaat.

7|Page

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Teori Keperibadian Mulia Menurut Aristotle, terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu yang bersifat intelektual dan yang bersifat moral.Keperibadian mulia intelektual dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan baik.Manakala keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan berkelakuan baik dengan menjalankan proses pengulangan dan pelaziman.Sebagai contoh, seorang insan yang mengamalkan sifat jujur akan cenderung menjadi insan yang jujur dalam hidupnya. Justeru, Aristotle menjelaskan bahawa keperibadian mulia adalah suatu kecenderungan untuk melakunya dengan sesuatu tujuan.Bagi beliau lagi, keperibadian mulia ini tidak dihasilkan secara semulajadi kerana sesorang individu itu tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat.Cara yang terbaik untuk memperolehi keperibadian mulia ialah melalui latihan dan mengamalkannya sehingga menjadi kebiasaan dan menyenangkan diri sendiri.

Beberapa

ciri-ciri

dalam

keperibadian mulia telah dikenalpasti.

Antara

ciri-ciri

keperibadian mulia ialah:Semua keperibadian mulia diperolehi oleh seseorang melalui pengajaran dan pembelajaran atau latihan serta dijadikan amalan kehidupan seharian. Contohnya, seorang anak yang diberikan didikan tentang adab memberi salam dan menghormati orang tua, mereka akan sentiasa mengamalkan budaya dan sikap positif itu dalam kehidupan seharian mereka sehingga dewasa. Keperibadian mulia adalah tabiat yang membawa maksud mereka adalah kelakuan biasa yang ditetapkan dan ditonjolkan. Apabila tabiat dibentuk, sesuatu kecenderungan yang stabil wujud dalam individu dan ia boleh dipanggil sifatorang itu. Oleh itu, apa yang ditunjukkan oleh tabiat bukan satu kebetulan atau ketidaklaziman, tetapi adalah satu penjelasan tentang jenis manusia bagi seseorang individu. Keperibadian mulia adalah sesuatu yang boleh diguna pakai. Ia membolehkan kita menetapkan bagaimana untuk berkelakuan dan bertindak dalam cara tertentu . Operasi ini boleh berlaku secara dalaman seperti aktiviti pemikiran tentang satu masalah matematik,atau secara luaran seperti kita memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan. 8|Page

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Keperibadian mulia adalah baik,ia berbeza dengan tabiat buruk dan perangai buruk atau jahat. Keperibadian mulia adalah sempurna,dan membenarkan kita bertindak dalam cara yang terbaik. Dengan perolehan keperibadian mulia,kita dapat membentuk kendiri insan yang baik, manakala perangai buruk atau jahat mempunyai kesan yang berlawanan, ia adalah destructive dalam kapasiti kita.

Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia Kebaikan Terdapat beberapa kritikan terhadap teori ini.Antara kebaikan teori ini ialah ianya mewujudkan insan yang mempunyai sifat-sifat baik dan terpuji seperti kejujuran, baik hati, amanah dan sifatsifat terpuji yang lain.Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia yang mewujudkan insan seperti ini adalah hasil daripada pemerhatian dan pergaulan antara mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia. Wallace (1978) berpendapat bahawa keperibadian mulia memainkan pelbagai peranan yang tidak boleh diketepikan untuk kesejahteraan hidup manusia.Manakala Philip Foot (1978) pula menyatakan bahawa manusia tidak boleh hidup dengan baik tanpa keberanian ,kesederhanaan dan kebijaksanaan kerana masyarakat tidak ada keadilan.Kebaikan seterusnya ialah teori ini dapat menyatukan taakulan dan emosi serta mengelakan berlakunya gejala sosial yang tidak sihat. Contohnya seseorang itu hanya akan meniru dan mencontohi sesuatu tingkah laku yang apabila difikirkan akan mendatangkan kesan baik kepada dirinya. Sebelum meniru dan mengaplikasikan sesuatu tingkah laku, beliau akan memikirkan kesan baik dan buruknya terlebih dahulu.Walaupun individu tersebut mudah dan boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebaya, namun ketaakulan akan menyebabkan individu itu menilai dengan cara pemerhatian dan pergaulan dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan budi pekerti yang baik.

9|Page

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Kelemahan Teori ini mendapat kritikan kerana kurang pasti sama ada sifat-sifat mulia wujud secara semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan pengalaman.Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu yang natural itu telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada Tuhan.Mereka percaya bahawa insan seperti nabi dan rasul memiliki keperibadian mulia secara semulajadi kerana dianugerahkan Ilahi kepada mereka. Keperibadian mulia seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru.Oleh itu, peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya. Jelasnya,, keperibadian mulia boleh diperolehi dengan memerhati dan bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan berbudi pekerti yang baik. Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia.Barnes (1979) pula mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana doktrin itu tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu Nasihat bertindak mengikut jalan tengah atau bertindak sederhana sama maksudnya bertindak seperti mana kamu patut bertindak.Bimbingan dan nasihat jalan tengah ini tidak memberi nasihat dan maklumat tentang kemungkinan atau cara yang dikatakan patut, sederhana atau baik apabila menghadapi desakan situasi moral.Ini menjadikan seseorang itu kabur dan ragu-ragu apabila membuat sesuatu keputusan.

10 | P a g e

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Perkembangan Moral : Lawrence Kohlberg (1927-1987) Kohlberg berfokus kepada peringkat-peringkat perkembangan moral individu sebagai lanjutan daripada kajian Piaget.Piaget juga mengkaji tentang penaakulan moral.Kajian beliau menunjukkan terdapat dua peringkat iaitu sebelum 10 atau 11 tahun dan tahun-tahun selepasnya.Mengikut Piaget kanak-kanak kecil mengikut peraturan dengan sangkaan peraturan itu tetap dan tidak boleh diubah.Semasa remaja, mereka mula mengetahui bahawa peraturanpeeraturan boleh diubah jika semua orang bersetuju kepada satu peraturan baru yang telah diubahsuai. Kohlberg memperkembangkan teorinya selepas beliau menemuduga kanak-kanak dan remaja.Eksperimen beliau yang terkenal dibaut melalui cerita dilema Heinz.Kanak-kanak yang sama umur ditanya soalan-soalan yang sama mengenai dilema ini, dan mereka menjawab dengan memberi sebab musabab yang berlainan.Daripada respon-respon mereka.Kohlberg merumuskan bahawa terdapat 6 peringkat penaakulan moral meliputi hayat seseorang seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.Adalah sukar untuk menentukan kumpulan umur tertentu bagi tiap-tiap peringkat moral kerana individu-individu berbeza dalam membuat penaakulan tentang pendedahan dan perkembangan moral masing-masing.

11 | P a g e

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Dilema Heinz Di Eropah, seorang wanita sedang menghadapi maut kerana sakit tenat.Para doktor mengesahkan bahawa hanya terdapat satu ubat sahaja yang dapat menyembuhkan penyakitnya .Ubat ini telah dapat dicipta oleh seorang ahli farmasi yang tinggal di bandar yang sama.Kos untuk membuat ubat tersebut hanya $200.00 tetapi ahli farmasi itu menjualnya dengan harga $2000.00. Heinz iaitu suami wanita tersebut cuba meminjam wang untuk membeli ubat ini tetapi beliau hanya dapat mengutip setengah daripada jumlah wang yang diperlukan walaupun telah meminta daripada semua orang yang dikenalinya. Heinz berjumpa dengan ahli farmasi tersebut sekali lagi dan memberitahunya bahawa isterinya sedang sakit tenat lalu meminta supaya ubat itu dijual dengan harga yang murah sedikit, ataupun membenarkannya untuk membayar untuk ubat itu pada satu masa depan kelak.walau bagaimanpun ahli farmasi tersebut menjawab. Tidak boleh!saya telah berusaha untuk membuat ubat ini dan saya akan mendapatkan wang semaksima mungkin daripadanya. Justeru Heinz nerasa putus asa, lalu memecah masuk kedalam kedai farmasi tersebut dan mencuri ubat berkenaan untuk isterinya. Adakah Heinz patut berbuat demikian? Kohlberg, 1963

12 | P a g e

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013


Tahap Tahap 1: Pra-Moral adat kebiasaan Peringkat Peringkat 1: Turut perintah, hukuman dan denda Peraturan-peraturan adalah tetap dan tegas.Individu-individu mematuhi perauran-peraturan ini untuk mengelak hukuman atau denda. Peringkat 2: Individualisme Memuaskan kehendak diri sendiri, individu-individu mengadili sesuatu situasi berdasarkan bagaimana ia sesuai untuk kehendak diri sendiri.

Tahap 2: Moral kebiasaan

Peringkat 3:

dan Keakuran tuntutan masyarakat. Individu-individu memenuhi jangkaan dan peranan-peranan mereka perlu main dalam masyarakat. Peringkat 4: Peraturan dan undang-undang Individu-individu memenuhi peraturan-peraturan dan undang-undang untuk kebaikan masyarakat.

Tahap 3: Pos-moral adat kebiasaan

Peringkat 5: Kontrak sosial dan hak perseorangan Individu-individu mengambil kitra pendapat, pandangan dan kepercayaan orang lain.semua orang patut bersetuju kepadaperaturan dan piawaian yang sama.

Peringkat 6: Prinsip-prinsip etika yang universal. Individu-individu akan mematuhi prinsip-prinsip dan pengadilan yang dijiwai walaupun ia bertentangan dengan peraturan dan undang-undang tersebut.

13 | P a g e

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Kesimpulan Etika keperibadian mulia Utilitarisme secara keseluruhan adalah penting untuk memajukan kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain. Individu yang mempunyai keperibadian mulia akan mendapat kepercayaan dan penghormatan sosial yang tinggi. Frankena (1973) ini telah mencadangkan sifat mulia dapat dikenalpasti melalui sifat mulia keadilan dan sifat mulia kemurahan hati seseorang individu.Etika mestilah melibatkan keperibadian mulia dan kemoralan pula seharusnya mempunyai kecenderungan, sikap, sifat dan cirri-ciri watak yang cemerlang serta murni. Kemoralan dan kemuliaan ini akan diterima oleh masyarakat yang bertamadun dan mempunyai keperimanusiaan. Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengkritik, teori ini adalah berguna secara umumnya kerana ia menyarankan manusia supaya menyatukan taakulan dan emosi serta mengelakkan berlakunya gejala tidak sihat,sekaligus dapat menjamin kebahagiaan diri ,keluarga,masyarakat dan negara.

14 | P a g e

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Bibligrafi Abdul Rahman Md.Aroff.1986.Pengenalan Pendidikan Moral.Fajar bakti : Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Ahmad Khamis.1999.Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi Pengajian Tinggi.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Kuala Lumpur. Rajendram.1994.Pendidikan moral ( Dinamika guru).Fahar bakti Sdn.Bhd.Kuala Lumpur. Vishalache balakrishnan.2009.Pendidikan Moral untuk university dan Kolej.Arah Pendidikan Sdn.Bhd : Shah Alam, Selangor.

15 | P a g e

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Gambar 1 : Jeremi Bentham (1748-1832)

16 | P a g e

[KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK] KAC 3013

Gambar 2 : John Stuart Mill (1806-1873).

17 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai