Anda di halaman 1dari 18

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN

SEMESTER MEI 2013

OUM 1103

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

NAMA NO.MATRIKS NO. TELEFON NO KAD PENGENALAN E-MEL

: : : : :

AG.YAHYA BIN AG.DAMIT 610514125571001 0198954243 610514125571 szamiabady@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Oum Kota Kinabalu

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

Isi kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Definisi plagiat 3.0 Jenis-jenis plagiat 4.0 Isu-isu plagiarisme dalam pendidikan tinggi 4.1 Ketidaksedaran 4.2 Sikap Peribadi 4.3 Kemudahan Internet 4.4 Ketidakyakinan Diri 5.0 Langkah Pencegahan plagarisme 5.1 Peranan kakitangan 5.2 Peranan pelajar 5.3 Perananan pensyarah 6.0 Teknik mengelak penulisan plagaiat 6.1 Petikan 6.2 Teks asal petikan 6.3 Parafrasa 7.0 Kesimpulan 8.0 Bibliografi 9.0 Lampiran

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

1.0 Pengenalan Plagiarisme merupakan satu masalah etika yang telah lama wujud sejak awal tahun 1600-an lagi.Namun, pada zaman berteknologi khususnya internet, masalah plagiarisme telah berkembang dengan serius.Sebelum perkembangan internet, pelajar memplagiat dengan cara yang tradisional iaitu mencari maklumat melalui bahan bercetak yang berada dalam perpustakaan dan menyalinkannya ke dalam kertas dengan menggunakan pensil atau pen.Terdapat juga cara yang lain iaiyu dengan menaip semula ke dalam komputer, mencetak dan menghantarkannya untuk dinilai oleh pengajar ataupun pensyarah.Situasi ini telah berubah
3

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 setelah penggunaan internet diperluaskan.Pelajar hanya menyalin dan menampalkan atau lebih di kenali dengan (copy & paste) pernyataan yang dikehendaki melalui maklumat yang didapati melalui internet tanpa menulis sumber rujukan yang sesuai atau memberi pengiktirafan kepada pengarang asal. Part of the dilemma is that many students are unfamiliar what determines plagiarisme and the stumble into it, unawares, not only because they never learned to use sources, but sometimes because they have been taught that research means plagiarisme

Menurut Brandt (2002) dan Smith (1999) Plagiarisme adalah termasuk dalam kesalahan menipu dan mencuri di samping bertentangan dengan asas etika dan undang-undang manakala menurut Christopher Ricks dalam British Academy Lecturet, plagiarisme adalah perbuatan yang dianggap tidak bermoral semenjak berkurun lamanya.Ahli sarjana yang lain juga turut

menggangap plagarisme sebagai pelanggaran hak moral seseorang pengarang yakni Droit moral (hak moral) yang berasal daripada bahada Perancis.Kata plagiat juga adalah terma yang diambil daripada kata plagiarize dalam Bahasa Inggeris.Plagiarize secara etimologinya berasal daripada kata Latin plagiare yang membawa maksud menculik atau melarikan.Penggunaan terma ini dalam sejarah bahasa Inggeris telah digunakan seawal tahun 1600-an (The word detective, 2002). Manakala terma plagiarisme pula juga berasal daripada bahasa Latin, iaitu plagiarus yang bermaksud penculik (Saunders, 1993:224).

Hak untuk menghalang orang lain mengubah atau mengurangkan kerjanya, hak untuk melarang orang lain menisbahkan namanya kepada kerja yang tidak dibuat olehnya, dan hak untuk melarang orang lain daripada menggunakan kerjanya atau namanya untuk merosakkan reputasi kemahirannya atau kedudukannya. (Kintner & Jack 1975:355)

Di Malaysia, hak moral seseorang pencipta diberi perlindungan undang-undang berdasarkan seksyen 25 (2) Akta Hak Cipta 1987.Seksyen tersebut memperuntukkan:tertakluk kepada seksyen ini, apabila hak cipta wujud dalam sesuatu karya, tiada seorang pun boleh tanpa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 persetujuan penciptanya, atau selepas kematian pencipta, wakil dirinya, melakukan atau membenarkan perlakuan mana-mana perbuatan yang berikut : a) Penyampaian karya itu dengan apa cara sekalipun, di bawah suatu nama lain selain daripada nama pencipta karya itu. b) Penyampaian karya itu dengan apa cara sekalipun, dalam bentuk yang diubah suai, jika ubah suai itu: i. ii. Mengubah karya itu dengan jelas; Sedemikian rupa yang dengan munasabahnya boleh dianggap sebagai

memudaratkan kehormatan atau reputasi pencipta.

2.0 Definisi plagiat Pelbagai definisi atau takrifan diberikan berhububng dengan plagarisme.Takrifan-takrifan ini dapat dilihat berdasarkan pendapat-pendapat para serjana mengenainya.Plagiarisme didefinisikan dalam Law.com Dictionary sebagai: Taking the writings or literary concepts (a plot, characters, words) of another and selling and/or publishing them as ones own product. Quotes which are brief or are acknowledged as
5

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 quotes do not constitute plagiarism. The actual author can bring a lawsuit for appropriation of his/her work against the plagiarist and recover the profits. Normally plagiarism is not a crime, but it can be used as the basis of a fraud charge or copyright infringement if prior creation can be proved.

Plagiarisme boleh didefinisikan sebagai kelakuan yang mengarah kepada menciplak dan melanggar hak moral seseorang pengarang.Menurut Wilhoit (1994) dalam kajiannya

menyatakan, tingkah laku berikut termasuk dalam plagiarisme: Plagiat merupakan perbuatan secara sengaja atau tidak sengaja dalam memperoleh atau mencoba memperoleh kredit atau nilai untuk suatu karya ilmiah, dengan mengutip sebagian atau seluruh karya dan/atau karya ilmiah orang lain, tanpa menyatakan sumber secara tepat dan memadai (Permendiknas No 17 tahun 2010, Pasal 1 Ayat 1).

Manakala Random House Compact Dictionary (1995) mendefiniskan plagarisme sebagai Penggunaan atau peniruan bahasa atau pemikiran penulis lain dan menghasilkan semula sebagai hasil asli penulis yang kedua.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2009), plagiarisme bermaksud: "perbuatan mencedok kata-kata, idea, dan lain-lain daripada karya orang lain dan menggunakannya sebagai karyanya sendiri."

Secara keseluruhannya, plagiarisme membawa maksud yang sama iaitu "Perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan.Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri." (Pusat Rujukan Persuratan Melayu : 2009)

3.0 Jenis-jenis plagiat Menurut Barbaum, plagiat dapat dikelaskan kepada lima jenis iaitu:
6

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 1) Copy Paste iaitu mengambil karya/ayat/frasa orang lain tanpa menyebut sumbernya. 2) Word-switch iaitu mengambil karya/ayat/frasa orang lain dengan mengubah struktur ayat atau kosakatanya. 3) Style iaitu menggunakan sumber artikel kata- demi kata dan ayat demi ayat 4) Metafora iaitu menggunakan metafora orang lain tanpa menyebut sumbernya. 5) Gagasan iaitu mengambil buah fikiran, ilham atau pendapat orang lain tanpa menyatakan sumbernya.

4.0 Isu-isu plagiarisme dalam pendidikan tinggi

4.1 Ketidaksedaran Ketidaksedaran merupakan faktor dalaman pada para pelajar yang menyebabkan mereka melibatkan diri dalam masalah plagiarisme melalui penggunaan internet.Menurut Kajian Smith (2007), terhadap pelajar universiti di Malaysia mendapati faktor utama yang menyebabkan pelajar melibatkan diri dalam masalah plagiarisme melalui penggunaan internet adalah

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 ketidaksedaran.Ini adalah kerana pelajar tidak tahu apakah penyebab kepada tindakan memplagiat melalui penggunaan internet.

Selain daripada itu, beliau juga mendapati pelajar tidak sedar bahawa plagiarisme merupakan satu masalah yang serius serta tidak tahu cara yang betul untuk menulis sumber rujukan yang sesuai atau memberi penghargaan kepada pengarang asal dalam penulisan mereka.Kurangnya pendedahan mengenai kaedah menulis sumber rujukan menyebabkan mereka sewenang-wenangnya memplagiat/mengambil karya orang lain tanpa memberi penghargaan kepada penulis asal. Di samping itu, terdapat pelajar kurang jelas serta tidak sedar dengan peraturan dan pengawalan mengenai masalah plagiarisme yang ditetapkan oleh institusi universiti maka mereka terlibat dalam masalah plagiarisme melalui penggunaan internet secara tidak langsung.

4.2 Sikap Peribadi Sikap peribadi juga merupakan penyebab seseorang pelajar melibatkan diri dalam masalah plagiarisme melalui penggunaan internet.Pelajar yang besikap peribadi negatif seperti malas, tidak mempunyai keinginan belajar, tidak minat terhadap kursus serta suka membuat kerja pada saat akhir akan menyebabkan mereka terlibat dalam masalah plagiarisme melalui penggunaan internet secara tidak langsung.Ini kerana sikap culas pelajar menyebabakan mereka mengambil langkah mudah untuk menyiapkan kerja yang diberikan dengan copy & paste maklumat-maklumat yang terdapat di internet.Selain daripada itu, pelajar melibatkan diri dalam masalah plagiarisme melalui penggunaan internet juga disebabkan kawan mereka berbuat demikian dan tiada sebarang hukuman yang dikenakan.Justeru, mereka menyatakan bahawa jika mereka tidak berbuat demikian, kawan-kawan lain akan berbuat begitu juga.

4.3 Kemudahan Internet Perkembangan internet telah memudahkan para pelajar untuk mendapat maklumat terkini di seluruh dunia tanpa mengira dimana sahaja mereka berada.Melalui alam maya ini, mereka dapat melihat perkembangan terkini yang berlaku di seluruh dunia dengan hanya melayari internet.Namun banyak kajian yang dijalankan di negara Barat menunjukkan ramai pelajar telah menyalahgunakan kemudahan internet yang telah disediakan.Hal ini kerana, kemudahan internet
8

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 yang memudahkan para pelajar mengakses maklumat atas talian serta memudahkan pelajar memuat turun (download) atau memuat naik (upload) dengan senang dan cepat.Selain itu, ia juga membenarkan para pelajar menyalin dan menampalkannya (copy & paste) dengan senang di dalam komputer.

4.4 Ketidakyakinan Diri Keyakinan diri perlu ada dalam diri individu bagi melahirkan insan yang bermotivasi serta percaya pada diri sendiri.Ketidakyakinan diri seseorang pelajar itu akan meyebabkan individu tersebut melibatkan diri dalam masalah plagarisme melalui penggunaan internet.Ketidakyakinan diri ini merujuk kepada tidak yakin untuk menyiapkan tugasan dengan baik dan berkualiti, lemah dalam penulisan, kelemahan bahasa Inggeris, tidak faham maklumat/artikel dalam bahasa Inggeris serta sukar untuk menterjemahkan maklumat kepada pernyataan sendiri.

5.0 Langkah Pencegahan plagarisme Usaha pencegahan plagarisme dalam penulisan akademik perlu ditangani oleh pihak mahupun individu yang terlibat iaitu universiti dan fakulti, pensyarah dan para pelajar.Pihak Universiti perlu mewujudkan satu badan penguatkuasaan undang-undang berkenaan budaya plagarisme dan kesan negatifnya kepada semua pensyarah dan juga para pelajar khususnya.Pihak universiti juga perlu memastikan bahawa di dalam buku panduan akademik di setiap fakulti mengandungi
9

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 maklumat dan juga kaedah penulisan iaitu sumber rujukan atau bibliografi yang tapat sebagai cara untuk mencegah dan menangani sebarang plagarisme.

Sebaik-baik cara untuk menghindarkan plagiarisme ialah dengan cara pendidikan.Para pelajar perlu diberi pendedahan yang mendalam tentang definisi plagiarisme. Kebanyakan masyarakat bersetuju bahawa masalah yang paling besar ialah ketidakfahaman pelajar khususnya dan masyarakat umumnya tentang makna plagiarisme (Robert et al. 2001). Para pelajar perlu diberi pendedahan tentang definisi plagiarisme dan kaedah penulisan akademik yang standard (Kamalia Abdullah, 1998), agar mereka sedar akan tingkah laku yang dikategorikan sebagai plagiarisme. Daripada kajian Ashworth dan Bannister (1997), para pelajar institusi pengajian tinggi didapati tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang tingkah laku yang dianggap sebagai plagiarisme. Ini menyebabkan gejala plagiat berleluasa di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi. Daripada dapatan kajian yang dilakukan

5.1 Peranan Kakitangan Kakitangan boleh memainkan peranan untuk mengelakkan perbuatan memplagiat, memalsu dan menfabrikasi dalam kalangan pelajar.Antaranya adalah kakitangan: Perlu tahu dan faham mengenai polisi universiti mengenai etika dan integriti dalam penerbitan dan implikasi polisi ke atas pelajar dan pensyarah sendiri. Perlu menjadi contoh kepada pelajar dengan pensyarah sendiri mengelakkan daripada melakukan perbuatan memplagiat, memalsu dan menfabrikasi dalam tugas sebagai seorang kakitangan akademik iaitu dalam penyelidikan, penulisan dan penghasilan bahan pengajaran. Memastikan pelajar diberikan maklumat bagaimana hendak mengelak daripada perbuatan memplagiat, memalsu dan menfabrikasi.
10

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 Memastikan polisi mengenai etika dan integriti dalam penerbitan mudah diperolehi oleh pelajar. Mengadakan, dengan bantuan fakulti dan institut, ruang dan peluang untuk pelajar mengikuti kursus penulisan akademik agar pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk mengelakkan perbuatan plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi. Memastikan penyerahan tugasan, kertas projek dan tesis dilampirkan bersama surat perakuan pelajar bahawa pelajar memahami maksud plagiarisme, pemalsuan dan

fabrikasi dan semua rujukan dalam tugasan telah diberi kredit yang sewajarnya. Membuat pelaporan kes etika dan integriti dalam penerbitan kepada pihak

5.2 Peranan pelajar Adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar bahawa hasil penyelidikan, tesis, makalah dan tugasan mereka adalah bebas daripada perbuatan memplagiat, memalsu dan menfabrikasi. Antara peranan pelajar adalah: Membaca, memahami dan mematuhi polisi etika dan integriti dalam penerbitan Sentiasa peka terhadap plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi Menguasai kemahiran penulisan akademik melalui kursus ditawarkan fakulti atau melalui proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan. Mendapatkan bantuan daripada pensyarah sekiranya ragu sama ada wujudnya

unsur perbuatan memplagiat, pemalsuan dan fabrikasi dalam tugasan sendiri. Melaporkan kes etika dan integriti dalam penerbitan, sekiranya berlaku dalam kalangan rakan pelajar, kepada pihak Kedekanan. Pelajar dimestikan mengguna perisian anti-plagiat untuk menyemak kewujudan unsur-unsur plagiarisme dalam penerbitan, tesis dan tugasan. Akibat perbuatan melanggar etika dan integriti dalam penerbitan

Sekiranya disabitkan kesalahan, jawatankuasa boleh memberi perakuan dan/atau cadangan tindakan tatatertib seperti berikut:

5.3 Pelajar

11

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 Selaras dengan Hukuman Tatatertib dalam Kaedah-Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, seseorang pelajar itu boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih huluman yang sesuai yang berikut, a) Amaran b) Denda tidak melebihi dua ratus ringgit c) Dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan d) Digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan e) Dipecat dari Universiti.

5.4 Pensyarah a) Tindakan seperti yang terkandung dalam kaedah-kaedah tatatertib kakitangan b) Membekukan permohonan geran penyelidikan untuk tempoh yang ditetapkan jawatankuasa tatatertib atau jawatan-jawatankuasa lain yang setara. oleh

Hanya dengan cara memberi pengiktirafan terhadap pemilik karya asal, barulah cedukan idea dan frasa-frasa tertentu dari karya asal tersebut 'dihalalkan' dalam konteks penulisan akademik. Pihak pengurusan fakulti boleh mengaplikasikan perisian komputer atas talian yang dapat mengesan sebarang aktiviti plagiarisme dalam penulisan tesis atau tugasan pelajar.Perisianperisian seperti ini diaplikasikan oleh kebanyakan universiti di seluruh dunia yang digunakan secara meluas dalam menangani isu plagiarisme dalam penulisan akademik oleh pelajar. Misalnya, perisian-perisian komputer seperti Turnitin, Scan My Essay dan Word Check System, cukup komprehensif dan efektif dalam menemukan sebarang unsur plagiarisme tesis dan penulisan akademik secara atas talian.

Para pensyarah adalah berperanan untuk membimbing konsep plagiarisme kepada para pelajar bukan sekadar dalam penulisan tesis, bahkan dalam tugasan, laporan mingguan, pembentangan dan sebagainya. Pensayarah juga perlu tegas mangambil tindakan terhadap pelajar
12

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 yang masih degil membuat tugasan akademik secara plagiat samada meminta pelajar mengubahsuai tugasan tersebut atau melaporkannya kepada pihak universiti.

Pelajar pula harus bertanggungjawab dalam menghasilkan sebarang penulisan akademik atau tesis yang tidak mengandungi unsur plagiarisme. Setiap universiti mempunyai buku panduan penulisan akademik dan mereka perlu menuruti semua sistem dan disiplin penulisan yang telah ditetapkan. Mereka perlu sedar bahawa penulisan akademik adalah satu usaha universiti untuk mengasah dan menyerlahkan tahap kebolehan akademik mereka sendiri. jadikanlah penulisan akademik sebagai sumber terbaik untuk menyerlahkan daya pemikiran mereka.

6.0 Teknik mengelak penulisan plagaiat 6.1 Petikan Petikan kadang kala disebut sebagai petikan terus dan ia: I. Bermaksud mengambil dan menggunakan setiap perkataan yang digunakan oleh

pengarang/penutur asal seadanya. II. Dicantumkan ke dalam karya anda den gan menggunakan pengikat kata (. . .) di

permulaan dan juga di penghujung petikan itu. III. Sumber petikan itu mesti dinyatakan, sama ada di dalam teks atau pun sebagai senarai rujukan. Apa yang perlu dilakukan:

13

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 Membuat petikan hanya bila perlu : bahagian yang dipetik seharusnya sebagai penambahan kepada karya anda. Salin ayat (ayat-ayat) tepat seperti dalam bentuk asalnya. Gunakan pengikat kata ( .) di permulaan dan juga di penghujung petikan. [Jika petikan itu panjang (selalunya lebih daripada 3 baris dianggap panjang), ia perlu dibentangkan sebagai blok perenggan yang diengsot ke dalam sedikit pada bahagian kanan dan kiri sempadan teks utama. Nyatakan setiap sumber petikan; tuliskan pengarang, tajuk artikel/makalah/buku,no jilid, tahun dan tempat penerbitan, penerbit, mukasurat, alamat laman web, dsbnya. 6.2 Teks Asal Petikan Contoh petikan panjang: Dengan lebih dari seribu pelajar antarabangsa dari lebih kurang 70 negara, IPS dengan bangganya menegakkan tradisi dan piawaian kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan dan kesarjanaan melalui perkhidmatan, peluang dan platform bagi tujuan perkongsian dan pembentukan idea yang berkesan dan efisien

Menurut pengurusan Universiti Malaya, Dengan lebih dari seribu pelajar antarabangsa dari lebih kurang 70 negara, IPS dengan bangganya menegakkan tradisi dan piawaian kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan dan kesarjanaan melalui perkhidmatan, peluang dan platform bagi tujuan perkongsian dan pembentukan idea yang berkesan dan efisien.(UM, 2007) Apa yang harus dielakkan: Menukar hanya beberapa perkataan dari teks asal dan menggunakannya sebagai karya sendiri.
14

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 Meminjam sebahagian besar dari karya asal.

6.3 Parafrasa Parafrasa bermaksud mengolah atau menulis semula apa yang telah dinyatakan atau ditulis oleh orang lain, dengan menggunakan perkataan sendiri. Apa yang harus dilakukan: Gunakan perkataan sendiri. Teks yang telah anda parafrasakan mungkin lebih panjang atau pendek dari sumber asal. Sumber parafrasa harus ditanda rujuk di dalam teks dan senarai rujukan.

15

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

Bibliografi Bill Marsh.2007.Plagarism Alchemy and Remedy in Higher Education.State U of New York. Buang universiti jika ciplak(2007, 28 Disember).Utusan Malaysia Online.Muat turun pada 14/7/2013:10.30amhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1228&pub= utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive Debbie Wheeler & David Anderson.2010.Deadling with plagiarism in a complex information society.United Arab Emirates. Dahlia Syahrani Md. Yusof.2007.A Different Perspective on Plagiarism.The Internet TESL Journal, 15(2).muat turun pada 15.6.2013:7.15pm http://iteslj.org/Articles/YusofPlagiarism.html Fakhrul Anuar Aziz & Zulikha Jamaludin.2007).Plagiarisme berasaskan internet: Suatu analisis.Paper presented at the 1st International Malaysian Educational Technology Convention, Sofitel Palm Resort, Senai, Johor Bahru, Malaysia. Introna & Wood, E.2003.Cultural attitudes towards plagiarism.Lancaster: University of Lancaster. Julianne East.2009.Judging plagiarism : a problem of morality and convention.Universiti Bundoora, Australia Thomas S. Dee & Brian A. Jacob.2012.Rational ignorance in Education : A field Experiment in student Plagarism.University Of Winconsin.

16

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

LAMPIRAN 1 CONTOH JENIS RUJUKAN BAGI SENARAI RUJUKAN (GAYA APA) BUKU Buku (tiada pengarang atau penyunting) APA Merriam-Websters collegiate dictionary (10th ed.). (1993). Springfield, MA: Merriam Webster Buku (satu pengarang) Baddeley, A. D. (1999). Essentials of human memory. Hove, England: Psychology Press Buku (dua pengarang) Beck, C. A. J., & Sales, B. D. (2001). Family mediation: Facts, myths, and future prospects. Washington, DC: American Psychological Association Pengarang berkongsi/kumpulan, pengarang sebagai Australian Bureau of Statistics. (1991). Estimated penerbit resident population by age and sex in statistical local areas. New South Wales, June 1990 (no. 3209.1). Canberra, Australian Capital Territory; Author. Buku yang disunting Gibbs, J. T., & Huang, L. N. (Eds.). (1991). Children of color: Psychological interventions with minority youth. San Francisco: Jossey-Bass KARANGAN ATAU BAB DI DALAM BUKU YANG DISUNTING Satu pengarang, dua penyunting Bjork, R. A. (1989). Retrieval inhibition as an 17

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103


adaptive mechanism in human memory. In H. L. Roediger III & F. I. M. Craik (Eds.), Varieties of memory & consciousness (pp. 309-330). Hillsdale, NJ: Erlbaum. ENSAIKLOPEDIA ATAU KAMUS DAN DAFTAR DI DALAM ENSAIKLOPEDIA

Set ensaiklopedia atau kamus

Sadie, S. (Ed.). (1990). The new Grove dictionary of music and musicians (6th ed., Vols. 1-20). London: Macmillan.

Artikel dalam ensaiklopedia

Bergman, P. G. (1993). Relativity. In The new encyclopedia Britannica (Vol. 26, pp. 501-508). Chicago: Encyclopedia Britannica.

Sumber : www.apastyle.org/aboutstyle.html

18

Anda mungkin juga menyukai

  • MENINGKATKAN KECERDASAN KANAK-KANAK
    MENINGKATKAN KECERDASAN KANAK-KANAK
    Dokumen33 halaman
    MENINGKATKAN KECERDASAN KANAK-KANAK
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • 5 P
    5 P
    Dokumen19 halaman
    5 P
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Singapura Dilanggar Todak
    Singapura Dilanggar Todak
    Dokumen21 halaman
    Singapura Dilanggar Todak
    Dayang Rudiah Aimi
    100% (1)
  • Aplikasi Komputer
    Aplikasi Komputer
    Dokumen15 halaman
    Aplikasi Komputer
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • KESALAHAN BAHASA
    KESALAHAN BAHASA
    Dokumen12 halaman
    KESALAHAN BAHASA
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Forum
    Forum
    Dokumen11 halaman
    Forum
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Gadget
    Gadget
    Dokumen4 halaman
    Gadget
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Akhbar
    Akhbar
    Dokumen13 halaman
    Akhbar
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Komitmen Guru
    Komitmen Guru
    Dokumen6 halaman
    Komitmen Guru
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Laporan Analisis 1
    Laporan Analisis 1
    Dokumen15 halaman
    Laporan Analisis 1
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Komitmen Guru
    Komitmen Guru
    Dokumen6 halaman
    Komitmen Guru
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Sosioemosi
    Sosioemosi
    Dokumen17 halaman
    Sosioemosi
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Fakulti Pengurusan Perniagaanj
    Fakulti Pengurusan Perniagaanj
    Dokumen2 halaman
    Fakulti Pengurusan Perniagaanj
    Dayang Rudiah Aimi
    100% (1)
  • Mimpi Yang Indah
    Mimpi Yang Indah
    Dokumen12 halaman
    Mimpi Yang Indah
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Mimpi Yang Indah
    Mimpi Yang Indah
    Dokumen12 halaman
    Mimpi Yang Indah
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Laporan Analisis 1
    Laporan Analisis 1
    Dokumen15 halaman
    Laporan Analisis 1
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • PENDIDIKAN SOSIO EMOSI
    PENDIDIKAN SOSIO EMOSI
    Dokumen18 halaman
    PENDIDIKAN SOSIO EMOSI
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Fakulti Pengurusan Perniagaan
    Fakulti Pengurusan Perniagaan
    Dokumen17 halaman
    Fakulti Pengurusan Perniagaan
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Sukan
    Sukan
    Dokumen13 halaman
    Sukan
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Kreativiti
    Kreativiti
    Dokumen14 halaman
    Kreativiti
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Laporan Analisis 1
    Laporan Analisis 1
    Dokumen15 halaman
    Laporan Analisis 1
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • PENDIDIKAN SOSIO EMOSI
    PENDIDIKAN SOSIO EMOSI
    Dokumen18 halaman
    PENDIDIKAN SOSIO EMOSI
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Sosioemosi
    Sosioemosi
    Dokumen17 halaman
    Sosioemosi
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat