Anda di halaman 1dari 12

Mimpi yang Indah

1



UNIVERSITI MALAYSIA SABAH




CERPEN : MIMPI YANG INDAH







NAMA :
NO. MATRIK :
PENSYARAH :

Mimpi yang Indah

2

Dalam satu perjalanan yang panjang pada perkiraan perasaan dan kelesuan jiwa raga, langit
sentiasa biru menemani aku sehingga senja. Dan, jalan ini juga dipilih dari jalan berbukit yang
membelah Banjaran Crocker dari dataran Kimanis.Jika tidak akan kelihatan pokok-pokok hijau
yang menutupi seluruh bukit bukau bagaikan memberi salam jika kelihatan terlalu payah untuk
diteroka.
Dua hari itu, hujan tidak pula turun walaupun pada waktu malam.Siang hari juga terang
benderang.Terik hanya membakar pada waktu tengahari. Dan, ruang-ruang siang itu
memudahkan aku merenung langit dan melihat keindahan warna birunya yang mengekori
perjalanan ini, terfikir-fikir dalam diri, sudah terlalu lama aku berjalan.Berjalan walau bersepatu,
namun masih juga terasa kasarnya pasir, sakitnya terpijak duri dan kulit kaki masih juga
terbakar.
Ketika tersenyum, ekor bibir bagai bergetar menahan seribu rasa getaran kesayuan
yang hanya aku yang mengerti.Setiap waktu, aku tersenyum bukan kerana aku ceria.Mungkin
ini pemberian Allah kepada diriku, yang kadang-kadang aku tidak bersukur.Senyuman yang
mampu menutup segala duka dalam diri lalu terzahir senyuman yang semanis mungkin buat
penyedap hati yang memandang.
Aku suka senyumanmu, manis sekali! Pipimu yang licin itu bagai bergerak-gerak
menyatakan seribu harapan yang mahu diterokai.Matamu bercahaya melambangkan semangat
tinggi untuk meneruskan hidup ini.Wajahmu melambangkan kejujuran.Ah! Pujian.Entah
mengapa dalam keadaan sedar, ada kalanya (kerap kali juga berkala-kala) aku tidak tahu arah
tuju.Hanya mengekori gerombolan yang ada di depan kita.
Bila kita tidak dapat kerja itu, kadang-kadang bukan sebab kita tidak bagus.Tapi, belum
ada rezeki di tempat itu.Ada yang cari kerja sampai 100 kali temuduga tidak dapat-dapat lagi
kerja.tapi bila dapat, In Shaa Allah dapat yang baik.makin sabar, makin Allah akan berikan yg
lebih baik sesuai dengan meter gula yang makin meningkat untuk setiap tahap
kesabaran.makin manis, makin baik.Bila kita yakin pada Allah, In shaa Allah rezeki itu ada.


Mimpi yang Indah

3

Aku mendengar kerana seribu hikmah sudah terzahir , mengapa telinga di luar tubuh
dan bercuping lalu tertangkaplah segala bunyi walupun tidak mahu mendengar.Mungkin telah
terlali, kata-kata tidak juga memberikan makna bagi seorang penggangur seperti aku.Kata-kata
itu hanya pembuang waktu kerana tidak sepenuhnya boleh di luah dalam bentuk
perkataan.Perkataan yang hanya akan menyesakkan fikiran pabila tidak sehaluan dengan
kehendak hati atau jauh daripada niat yang sudah tertulis.
Aku mendapat panggilan telefon dari Pejabat Pendidikan pagi ini, aku di minta untuk
segera melapor diri di sekolah di Kawasan pedalam kerana kekurangan tenaga pelajar di
sekolah itu.Sungguh, pada ketika itu perasaan bercampur baur.Gembira, sedih, takut kerana
pertama kali aku mula melangkah ke alam pekerjaan yang selama ini aku idamkan.
Miskin? Benar negeri ini antara yang termiskin di Malaysia.Semakin jauh ke Pedalaman,
semakin miskinlah.Bumi yang berbukit-bukau ini bagaikan petanda, disinilah orang miskin
bersembunyi seperti sukarnya punca elektrik sampai ke sini.Demikian juga jalan raya yang tidak
sempurna.Hanya jalan tanah merah yang berlopak-lopak dan becak menunggu untuk
dilalui.Begitu payah untuk sesiapa pun sampai ke sini, apa lagi untuk keluar.Tapi inilah cabaran
yang bakal aku lalui.Namun, mana mungkin generasi di sini mampu memperoleh pendidikan
yang baik andai cikgu juga terlalu sukar untuk datang ke sini.Menahan seksaan zahir dan
batin.Segala macam imbuhan belum cukup mematikan rasa kegerunan bertugas di
pedalaman.Sudah pasti cikgu-cikgu yang akan ditugaskan di pedalaman ini setelah tiga tahun
kemudian akan merayu-rayu berpindah ke Bandar.Tidak lagi mampu meneruskan kehidupan
dalam kepayahan dan sengsara.
Ya, tapi inilah pengalam dan cabaran yang akan ditempuh untuk melihat generasi akan
datang tidak tercicir dalam pendidikan dan arus kemodenan.Disini tidak ada apa yang
istimewa.Hanya hijau dikiri dan kanan.Paya dan lopak.Segala pacat dan nyamuk yang
ganas.Jalan raya yang tidak berpenghujung.
Pak cik, berapa orang tinggal di sini? tanyaku pada seorang pakcik yang sedang sibuk
mencabut rumput yang mula tumbuh di keliling rumah usang itu.
12 orang!
Mimpi yang Indah

4

Terbeliak mataku mendengar jawapan pakcik itu sambil mataku mula memerhati
persekitaran rumah yang agak daif itu.Disinilah aku dan anak, menantu dan cucu
berkumpul.Yang ada itulah kami kongsi bersama.Sedikit adalah banyak kerana dapat berkongsi
12 orang.Tidak ada yang mendapat lebih dan kurang.Semuanya sama dan serupa.Cerita Pak cik
yang agak berumur itu.
Jadi dalam sebulan berapalah pendapatan pak cik?
Sikit saja.Cukup-cukup mahu hidup. Hanya itu jawapannya.Semuanya hanya cukup
untuk hidup hari ini sahaja.Esok pula akan berbeza.Itulah yang akan terus berputar.
Anak-anak pak cik kerjakah? soalku lagi.
Kerja kampung saja.
Kerja kampung macam mana pak cik?Anak Pak cik buat apa? Aku terus-terus menyoal
untuk mengetahui kehidupan Pakcik Samad sekeluarga.
Kerja Kampung?Namanya pun kerja kampung, maka bayarannya juga mengikut nilai
kampung.Nilai persaudaraan.Nilai tolong menolong dan pasti nilai ringgitnya juga jauh berbeza
daripada nilai ringgit di Bandar.Ada waktunya hanya dibayar dengan makan tengah hari atau
minum petang.Selebihnya hanya sepuluh ringgit atau lima ringgit sebagai ukuran untuk
membeli sekotak rokok.Hanya itu nilai kampung Nilai mulia yang tidak ada ukuran ringgitnya.
Ini rumah Pak cikkah?
Ya, inilah satu-satunya tempat pak cik berlindung, mengapa?
Tidak apa-apa Pak cik. Jawabku sambil meminta diri untuk pulang.

Mimpi yang Indah

5


Aisya menghabiskan waktu paginya di sekolah.Waktu pagi inilah Aisya bebas daripada
membantu ibu bapanya.Aisya tidak lagi mendengar keluhan ibunya dan tidak lagi mendengar
tangisan dan renggek empat orang adiknya yang kurus kering.Aisya juga tidak lagi melihat
kelibat tiga orang kakaknya.
Entah kemana dua oranng kakaknya menghilang.Bapa, ibu malahan datuk dan
neneknya juga, tidak pernah menjawab pertanyaanya jika dia bertanyakan tiga orang kakaknya
itu.Aisya dan keluarganya membina dunia tersendiri.Jauh daripada masyarakat.
Bapanya selalu berpesan, hidup ini satu perjuangan jangan berundur walau sekali
gagal.Jika hati Aisya patah, ibu akan menepuk bahu dan memeluknya.Jika adik-adiknya
menangis kelaparan dan kesakitan, Aisya mengusap belakang mereka tentang kisah yang
dikutipnya daripa Ustaz Ilhaam tentang hikmah kehidupan.
Jika ibu mendengar kata-kata Aisya, ibu akan tunduk.Sesekali, air mata ibu tumpah.Apa
Aisya tahu tentang hidup? Mungkin itu fikir ibunya.
Bagi Aisya, tidak ada apa-apa yang indah di rumah.Keterasingan membuatkan Aisya
menjadikan sekolah sebagai Syurganya.Aisya yang comot dan berbau masam, sering dijauhi
murid-murid lain.Aisya mendiamkan diri.Sesekali Aisya menjawab ejekan itu dengan
senyuman.Jika hatinya benar-benar terluka, Aisya hanya memalingkan muka.Ada kalanya Aisya
seorang diri di Taman sekolah.Aisya akan duduk di tepi kolam dan tersenyum.Sesekali, Aisya
ketawa kecil melihat telatah ikan di dalam kolam.
Ustaz Ilhaam membelikannya pakaian sekolah yang baharu.Aisya sempat berpesan
kepada Ustaz Ilhaam agar jangan memberitahu bapanya.Aisya tidak mahu menambah
kerisauan bapanya.Aisya juga meminta Ustaz Ilhaam mengatakan pakaian baharu itu
pemberian pihak sekolah.Terkedu aku dan Ustaz Ilhaam.Guru Besar juga menelan kata-kata
Aisya.Aisya selalu mendekatiku dan Ustaz Ilhaam.Aku selalu mengambil hatinya kerana aku
tahu bagaimana kehidupannya.Ustaz Ilhaam pula selalu membawanya, berjenaka dan bercerita.
Ustaz Ilhaam yang seusia bapanya selalu mengusap rambut Aisya.Aiysa berasa aliran
kasih sayang Ustaz Ilhaam.Namun, Ustaz Ilhaam juga selalu memarahi dan menasihatinya jika
Aisya tidak menyudahkan kerja sekolah atau perlakuannya yang tidak baik.
Mimpi yang Indah

6

Belajar rajin-rajin.Hanya Pendidikan boleh merubah nasib kita, kataku yang tidak
pernah lupa memberikannya nasihat.
Aisya hanya tersengih-sengih, menampakkan giginya yang buruk kehitaman.Aku selalu
memberikannya kerja sekolah.Aisya tidak pernah gagal menyudahkannya.
Cikgu, bagaimana kapal terbang boleh terbang?sedangkan kapal terbang diperbuat
daripada besi.Bukankah besi itu berat cikgu?
Kapal terbang akan terbang sekiranya dapat bergerak dengan pantas untuk
mengekakan aliran udara di sebelah sayap.Oleh sebab itu, kapal terbang perlu bergerak lebih
laju.Sayap kapal terbang pula berbentuk aerofoil. Begitu aku cuba menjawab dengan baik.
Setelah berkali-kali soalan berkaitan kapal terbang diajukan, aku menjadi kelu.Aku
terpaksa membelek buku sains untuk mencari jawapan.
Biasanya, sayap aerofoil sebelah atas melengkung dan sebelah bawah mendatar.Udara
yang melalui permukaan atas mengalir lebih cepat daripada udara yang mengalir di sebelah
bawah kerana arus merempuh laju.Ini mengujudkan tekanan udara di atas sayap lebih rendah
daripada tekanan di belakang.Kesannya akan berlaku hisapan ke atas yang mengangkat
sayap.Maka, kapal terbang boleh terbang.jawabku dengan bersungguh.
Cikgu bijak. Puji Aisya.
Aisya pun boleh menjadi bijak jika Aisya rajin baca buku, rajin bertanya, rajin buat
kerja sekolah dan rajin berusaha.Nanti belajar tinggi-tinggi.Jangan putus asa. Nasihatku
padanya.
Tapi Aisya tidak ada duit.Belajar perlukan duit.Kata Aisya tersendih-sengih.
Aku tergamam seketika.Memang betul, kuasa wang yang lemah akan mematikan sesiapa pun.
Akan ada jalannya, Kataku dan menghadiahi Aisya sebuah buku yang berkaitan dengan kapal
terbang.
Ustaz, mengapa kapal terbang boleh terbang sedangkan kapal terbang itu berat, diperbuat
daripada besi?Aisya mengajukan soalan itu kepada Ustaz Ilhaam pula.
Mimpi yang Indah

7

Ustaz Ilahaam terkulat-kulat.Berfikir jawapan yang patut diberikannya kepda Aisya.Ustaz
Ilhaam mahu memberikan jawapan yang berbeza daripada jawapanku.Ustaz Ilhaam cuba
mematikan keinginan Aisya bertanya soal kapal terbang dan besi.
Itulah kuasa Allah,Jawab Ustaz Ilhaam yakin. Sesuatu objek yang wujud di muka
bumi ini mempunyai peranan tertentu seperti juga manusia sebagi khalifah.
Tapi Ustza besi itu apa? soal Aisya sambil menongkat dagu di depan Ustaz Ilhaam di dalam
bilik guru/
Guru-guru lain hanya menjeling .
Besi antara objek ciptaan Allah, ujarnya.
Mata Aisya menjadi bulat.Mulutnya bertutup rapat.
Aisya merenung Ustaz Ilhaam.
Nanti Ustaz bagi jawapan yang tepat,Kata ustaz Ilhaam mengalah.Terasa tidak bijak
jika dia memberikan jawapan yang salah hanya kerana Aisya budak hingusan.Siapa tahu, Aisya
berkeinginan menjadi juruterbang atau mungkin pakar dalam industry penerbangan.
Ustaz Ilhaam mengajak Aisya bersembang di Taman sekolah.Ustaz Ilhaam telaj
mendapat jawapan untuk soalan Aisya.K Katanya, Besi sebenarnya berasal daripada bijih
besi.Bijih besi ini sebahagian ciptaan Allah.
Apakah bijih besi, ustaz?Aisya memintas.
Bijih ialah sebatian logam besi bersama unsur-unsur lain.
Ustaz bijak.Aisya senyum sambil tanganya ligat memberi makan ikan-ikan di kolam
taman sekolah itu.
Aisya juga bijak sekiranya Aisya rajin belajar.Tingkah ustaz Ilhaam.



Mimpi yang Indah

8

.
Kelakuan Aisya selama di sekolah sering menarik perhatianku.Meskipun, dia datang dari
keluarga yang agak susah tapi semangatnya untuk belajar serta menimba ilmu, terlihat dengan
sikapnya yang rajin bertanya serta sering aku melihatnya di perpustakaan mencari buku-buku
untuk di baca.Aku tahu, keluarganya tidak mampu untuk menyediakan keperluan sekolah
Aisya.Atas dasar kemanusiaa, Cikgu Asnah, Ustaz Ilhaam dan guru-guru lain menyediakan
tabung khas sekolah untuk membantu murid-murid seperti Aisya.Setiap bulan, seorang guru
wajib mendermakan sepuluh ringgit ke dalam tabung itu.
Aku dan cikgu Asnah selaku guru kelas Aisya, pernah melihat Aisya bersama-sama
dengan dua orang adiknya menggeledah sampah.Ketika itu aku dan cikgu Asnah tidak mampu
menahan air mata.Apabila aku dan cikgu Asnah mendekati Aisyadan adiknya yang berusia lapan
dan enam tahun itu, Aisya hanya tersenyum.Aisya cepat-cepat membuang palstik berisi tin-tin
kosong.
Aku dan cikgu Asnah mengajak Aisya dan dua orang adiknya pergi ke warung
berdekatan.Kami memesan makanan untuk mereka tiga beradik.Sayu aku melihat mereka
makan dengan begitu lahap.Pastinya sudah beberapa hari perut mereka tidan diisi dengan
makanan.
Cikgu, kalau kita rajin belajar, nanti kita jadi orang berjayakan cikgu?.Aisya
memulakan bicara setelah selesai makan makanan yang terhidang.
Ya, kalau Aisya rajin belajar, bila besar nanti Aisya boleh dapat kerja yang baik, dapat
tolong keluarga.
Aisya hanya tersenyum mendengar jawapanku.
.
Pagi itu, aku tidak melihat Aisya di kelas mahupun di sekitar sekolah.Puas aku mencarinya.Aku
bertanya rakan-rakan sekelas Aisya.Mereka berkata, Aisya tidak hadir ke sekolah hari
ini.Begitulah hari seterusnya, kelibat Aisya tidak juga kelihatan.Aku nekad untuk pergi ke
rumahnya.

Mimpi yang Indah

9

Aku bertanya dengan penduduk kampung tempat tinggal Aisya.Kerana di kampung ini
hanya minoriti yang menetap di sini.Maka, tidak susah untuk aku mencari tempat tingal
Aisya.Setelah mencari dan bertanya dengan orang kampung, akhirnya aku berjumpa dengan
rumah yang agak daif.Aku pasti itu rumah Aisya.Bila aku amati, aku seperti pernah datang ke
tempat ini.Baru aku teringat, sewaktu mula ditempatkan di kampung ini, aku pernah datang ke
rumah usang dan daif di hadapanku.Ya, rumah pakcik Samad!
Assalamualaikum.
Waalaikumsalam.Salamku di sahut dari dalam rumah.
Pak cik, Aisya ada di rumah?.Soalku.
Jemput naik cikgu. Pak Cik Samad mempelawaku masuk ke rumahnya.
Aku meninjau persekitaran rumah Pak cik Samad.Di hujung sudut rumah itu, aku
melihat tubuh yang terbaring lemah.
Maaf cikgu, tidak ada apa-apa yang dapat saya hidangkan untuk cikgu.
Tak apa Pak cik, saya datang ke sini untuk bertanyakan Aisya, sudah dekat seminggu
dia tidak datang ke sekolah.
Pak Cik Samad menunjuk ke arah tubuh yang terbaring lemah itu.Aku dapat mengesan
ada sesuatu yang terjadi pada Aisya.
Aku pergi mendapatkan Aisya.Aku melihat tangannya yang berbalut.Tubuh kecil itu
hanya tersenyum melihatku.
Aisya masuk ke dalam hutan mencari besi-besi buruk, Entah macamana Aisyah terjatuh
di atas besi yang telah berkarat dan terkena tangannya.terang pak cik Samad.
Aku terdiam.
Aisya mahu buat kapal terbang cikgu.Aisya mahu tolong, ibubapa, nenek dan
datuk.Aisya mahu cari kakak Aisya dengan kapal terbang..Tubuh kecil itu mula bersuara.
Aisya mahu tunjuk dengan kawan-kawan, walaupun Aisya miskin tapi Aisya pun boleh
berjaya.Tapi sekarang tangan Aisya sudah tidak dapat bergerak.
Mimpi yang Indah

10

Menurut Pak cik Samad, tangan Aisya kemungkinan tidak dapat diselamatkan dan
terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman pada besi yang berkarat itu.
Aku mula merasa air mataku mula membasahi pipi.Hatiku sebak melihat
kesungguhannya,keikhlasannya untuk membantu keluarga dan mencari kakak-kakaknya.
Aisya menyerahkan kepadaku kertas surat yang berbalut.Aku membuka kertas itu dan
melihat kapal terbang kertas dan tulisan Aisya di atas kapal terbang itu.Aku melihat bait-bait
sajak yang pernah aku berkan padanya dulu.
Terima Kasih cikgu.Saya akan berusaha bersungguh-sunguh untuk mengejar impian
saya.walaupun saya tidak ada tangan lagi nanti.
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Mimpi yang Indah

11

Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan

TAMAT













Mimpi yang Indah

12

Anda mungkin juga menyukai

  • 5 P
    5 P
    Dokumen19 halaman
    5 P
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Singapura Dilanggar Todak
    Singapura Dilanggar Todak
    Dokumen21 halaman
    Singapura Dilanggar Todak
    Dayang Rudiah Aimi
    100% (1)
  • Aplikasi Komputer
    Aplikasi Komputer
    Dokumen15 halaman
    Aplikasi Komputer
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • KESALAHAN BAHASA
    KESALAHAN BAHASA
    Dokumen12 halaman
    KESALAHAN BAHASA
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Forum
    Forum
    Dokumen11 halaman
    Forum
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Gadget
    Gadget
    Dokumen4 halaman
    Gadget
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Akhbar
    Akhbar
    Dokumen13 halaman
    Akhbar
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Komitmen Guru
    Komitmen Guru
    Dokumen6 halaman
    Komitmen Guru
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Sosioemosi
    Sosioemosi
    Dokumen17 halaman
    Sosioemosi
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Fakulti Pengurusan Perniagaanj
    Fakulti Pengurusan Perniagaanj
    Dokumen2 halaman
    Fakulti Pengurusan Perniagaanj
    Dayang Rudiah Aimi
    100% (1)
  • Fakulti Pengurusan Perniagaan
    Fakulti Pengurusan Perniagaan
    Dokumen17 halaman
    Fakulti Pengurusan Perniagaan
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Laporan Analisis 1
    Laporan Analisis 1
    Dokumen15 halaman
    Laporan Analisis 1
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Mimpi Yang Indah
    Mimpi Yang Indah
    Dokumen12 halaman
    Mimpi Yang Indah
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Komitmen Guru
    Komitmen Guru
    Dokumen6 halaman
    Komitmen Guru
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Laporan Analisis 1
    Laporan Analisis 1
    Dokumen15 halaman
    Laporan Analisis 1
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • PENDIDIKAN SOSIO EMOSI
    PENDIDIKAN SOSIO EMOSI
    Dokumen18 halaman
    PENDIDIKAN SOSIO EMOSI
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Fakulti Pendidikan Dan Bahasa
    Fakulti Pendidikan Dan Bahasa
    Dokumen18 halaman
    Fakulti Pendidikan Dan Bahasa
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Sukan
    Sukan
    Dokumen13 halaman
    Sukan
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Kreativiti
    Kreativiti
    Dokumen14 halaman
    Kreativiti
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Laporan Analisis 1
    Laporan Analisis 1
    Dokumen15 halaman
    Laporan Analisis 1
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • MENINGKATKAN KECERDASAN KANAK-KANAK
    MENINGKATKAN KECERDASAN KANAK-KANAK
    Dokumen33 halaman
    MENINGKATKAN KECERDASAN KANAK-KANAK
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • PENDIDIKAN SOSIO EMOSI
    PENDIDIKAN SOSIO EMOSI
    Dokumen18 halaman
    PENDIDIKAN SOSIO EMOSI
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat
  • Sosioemosi
    Sosioemosi
    Dokumen17 halaman
    Sosioemosi
    Dayang Rudiah Aimi
    Belum ada peringkat