Anda di halaman 1dari 4

KEZALIMAN MEMBAWA PADAH

PERISTIWA PENTING

 Seorang ulama Parsi bernama Tun Jana Khatib datang ke Singapura.


 Dengan diperhatikan oleh permaisuri,Tun Jana Khatib membelah batang pinang
taman istana hanya dengan pandangan mata.
 Perbuatan Tun Jana Khatib menimbulkan kemurkaan sultan. Dia dihukum bunuh.
 Selepas kematian Tun Jana Khatib,Singapura ditimpa bencana. Todak menyerang
Singapura.
 Atas kepintaran seorang budak,singapura terselamat daripada ancaman todak tetapi
kanak-kanak yang pintar itu dibunuh.
 Semasa Singapura dibawah pemerintahan Raja Iskandar berlaku lagi bencana.
 Sang Rajuna Tapa membalas dendam kerana anaknya,iaitu gundik Raja Iskandar
dibunuh angkara fitnah.
 Atas bantuan Sang Rajuna Tapa,Betara Majapahit berjaya menawan Singapura.
 Raja Iskandar lari ke Muar,manakala Sang Rajuna Tapa dan isterinya menjadi batu
kerana menderhaka kepada raja.

TEMA

Sejarah Kejatuhan Kesultanan Melayu Singapura

 Setiap ketidakadilan dan kezaliman pemerintah sesebuah negara akan membawa


kehancuran kepada negara berkenaan. Kerajaan Singapura runtuh kerana sikap raja-
rajanya.
PERSOALAN
1. Kesetiaan rakyat kepada raja dan negara
 Kesetiaan rakyat kepada raja dan negara tidak boleh terjejas oleh kepentingan
peribadi kerana hal ini akan menjadi punca kelemahan dan keruntuhan negara.
2. Tanggungjawab Pemimpin
 Raja atau pemimpin negara yang bertanggungjawab sentiasa menjaga kepentingan
rakyat,bertindak secara rasional dan tidak menzalimi rakyatnya. Kuasa mutlak raja
tidak wajar digunakan secara membabi buta.
3. Dengki Khianat Membawa Padah
 Semua masalah yang membawa keruntuhan kerajaan Melayu Singapura adalah
berpunca daripada dengki khianat dan fitnah-memfitnah.
4. Kebaikan Yang Tidak Dihargai
 Setiap kebaikan yang dilakukan seharusnya dihargai lebih-lebih lagi berkaitan dengan
keamanan dan kesejahteraan semua. Sultan seharusnya menghargai jasa budak
pintar yang telah menyelamatkan Singapura daripada serangan todak,bukan
mendengar fitnah dan menjatuhkan hukuman ke atas budak itu.
WATAK DAN PERWATAKAN
Paduka Seri Maharaja

Raja Singapura dam merupakan ayah kepada Raja Iskandar Syah.

1. Zalim
 Baginda membunuh Tun Jana Khatib dan budak pintar yang menyelamatkan
Singapura ketika diserang todak.
2. Mementingkan Diri Sendiri
 Ketika rakyat berkubu betis atas perintah raja,ramai rakyat yang cedera dan
terkorban secara sia-sia.
3. Cemburu
 Baginda membunuh Tun Jana Khatib kerana perasaan cemburu. Baginda
berpendapat Tun jana Khatib sengaja hendak menunjukkan kehebatan di hadapan
permaisuri.

Raja Iskandar Syah

Mempunyai seorang anak lelaki bernama Raja Ahmad. Baginda mempunyai ramai gundik
termasuklah anak Sang Rajuna Tapa.

1. Penyayang
 Baginda seorang suami dan ayahanda yang penyayang kepada isteri dan
anaknya,Raja Ahmad.
2. Terburu-buru Dalam Tindakan
 Hukuman baginda terhadap gundiknya,anak Sang Rajuna Tapa dilakukan tanpa
siasatan teliti.
3. Mudah Dipengaruhi Fitnah
 Baginda menghukum gundik kesayangannya kerana percaya ke[ada fitnah gundik-
gundik yang dengki.

Sang Rajuna Tapa

Merupakan Bendahari kepada raja. Beliau adalah ayahanda kepada gundik kesayangan
Raja Iskandar Syah.

1. Penderhaka
 Sang Rajuna Tapa belot kepada raja. Dia mengutuskan surat ke Jawa dan membuka
pintu kota ketika Majapahit menyerang Singapura.
2. Pendendam
 Perbuatan raja yang tidak wajar telah menimbulkan dendam di hatinya. Dia
menderhaka kerana ingin membalas dendam atas kematian anaknya.
3. Penyayang
 Bapa yang penyayang kepada anaknya yang teraniaya kerana fitnah. Dia sanggup
berkorban demi anaknya yang dizalimi raja.

LATAR
Latar Tempat

Singapura

 Semua peristiwa berlaku di Singapura

Taman Istana

 Tun Jana Khatib membelah batang pinang atas permintaan permaisuri.

Dekat Kedai Bikang

 Tun Jana Khatib dibunuh.

Pantai

 Todak menyerang Singapura. Baju Paduka Singapura koyak dilanggar todak.

Istana

 Pembesar memfitnah budak cerdik kepada Paduka Seri Maharaja.

Pintu Kota

 Laluan masuk tentera Majapahit menyerang Singapura.

Muar

 Tempat Raja Iskandar Syah melarikan diri.

Latar masa

Sebelum Pembukaan Melaka(berdasarkan fakta sejarah)

 Semua peristiwa berlaku sebelum pembukaan Melaka(kerana tidak ada penjelasan


masa yang khusus.

Latar Masyarakat

Raja-raja Melayu

 Ketua negara yang berkuasa penuh ke atas tindakan dan keputusannya. Perintah raja
adalah hukum yang mesti dipatuhi.

Pembesar Negeri

 Golongan ini menjadi punca kepada bencana yang menumpa Singapura. Mereka
inilah penghasut raja sehingga berlaku pelbagai kezaliman.
Gundik Raja

 Golongan ini mempengaruhi emosi dan tindakan raja.

Rakyat Biasa

 Golongan yang sentiasa ditindas. Merekalah kubu pertahanan apabila negara


ditimpa bencana.

NILAI

1. Jujur dan Ikhlas

 Budak pintar jujur dan ikhlas memberi buah fikirannya agar berkubukan batang
pisang.

2. Kepintaran Akal

 Budak pintar memberi idea bagaimana todak dapat dihapuskan sehingga Singapura
selamat daripada serangan todak.

3. Kasih Sayang

 Seorang ayah(Sang Rajuna Tapa) sanggup menderhaka kepada raja demi menuntut
bela kematan dan maruah anak yang dikasihinya.

PENGAJARAN

Tindakan Yang Terburu-buru Membawa Padah

 Kebanyakan bencana yang menimpa Singapura adalah akibat daripada tindakan raja
yang terburu-buru dan mengikut perasaan.

Keburukan Fitnah dan Dasad Dengki.

 Banyak jiwa yang terkorban dan teraniaya kerana sikap buruk ini. Budak pintar dan
gundik raja mati kerana fitnah.

Penderhaka Akan Mendapat Balasan

 Sang Rajuna Tapa menjadi batu kerana menderhaka kepada raja,walaupun


penderhakaannya adalah untuk menuntut kematian anaknya.

Bersabar Menerima Dugaan

 Ketidaksabaran akan menyebabkan berlaku pelbagai keburukan. Singapura jatuh ke


tangan musuh kerana sikap raja dan Sang Rajuna Tapa.

Anda mungkin juga menyukai