Anda di halaman 1dari 6

https://ms.wikipedia.

org/wiki/Singapura_Dilanggar_Todak
Singapura Dilanggar Todak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Singapura Dilanggar Todak adalah sebuah cerita lagenda Orang Melayu yang paling
terkenal khususnya di Singapura. Kisah ini pernah direkodkan dalam Sulalatus
Salatin atau Sejarah Melayu. Cerita ini juga terdapat di antologi Kerusi Tingkatan 5
dengan cerita dipendekkan dan ditukar nama kepada Kezaliman Membawa Padah.

Isi kandungan [sorokkan]


1

Kisah

1.1

Tun Jana Khatib

1.2

Singapura dilanggar todak

Kesan-kesan

Rujukan dan bacaan lanjut

Kisah[sunting | sunting sumber]


PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul. (Langkau ke bawah)
Tun Jana Khatib[sunting | sunting sumber]
Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari terdapat seorang
pedagang dan Ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke
Singapura untuk membuka lembaran kehidupan baru disamping berdagang. Ketika
di Singapura beliau sangat disegani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang
lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal dan
membantu penduduk-penduduk tempatan.

Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu disebelah Istana Raja Singapura.
Permaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri di sebatang
Pokok Pinang. Lantas Permaisuri Raja melihat keadaan Tun Jana Khatib yang sedang
merenung mata kearah pokok pinang, lalu dilihatnya Tun Jana Khatib menghampiri
dan menyentuh batang pokok pinang tersebut. Tiba-tiba, pokok pinang terbelah dua
lalu tersungkur ke tanah. Permaisuri raja berasa amat terkejut melihat keajaiban
yang berlaku pada pokok pinang itu. Kemudian Tun Jana Khatib pun beredar. Tidak

lama kemudian, Raja Singapura telah terkejut melihat keadaan batang pokok
pinang yang terbelah dua, lalu baginda bertanya kepada permaisurinya bagaimana
kejadian ini boleh berlaku.

Setelah mendapat khabar bahawa kejadian itu adalah perbuatan seorang dari Pasai.
Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap
dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam).

Apabila pihak istana dapat menangkap Tun Jana Khatib maka beliau telah
bersumpah: "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini!
Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar
harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan
ditimpa malapetaka yang dahsyat!" Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah
keris ke arah Tun Jana Khatib, akhirnya beliau tersungkur lalu rebah ke bumi.

Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang
tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Mengikut lagenda, jenazah beliau tiba-tiba
ghaib tetapi darahnya masih ada, ramai orang bingung dan hairan akan kejadian
tersebut.

Beberapa minit kemudian ribut petir telah menggemparkan Singapura dan disusuli
dengan dentuman kuat. Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan pergi ke tempat
kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi telah
bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi pula mula gempar
kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai. Penduduk disana telah mendakwa
jenazah itu adalah Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah
tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.

Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian Tun
Jana Khatib, bunyinya:

Telur Itik di Singgora,


Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,

Badannya terlantar di Langkawi.


Singapura dilanggar todak[sunting | sunting sumber]
Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan
tetapi orang di situ mula bergegas lari ke tengah daratan. Beberapa ekor ikan todak
telah mula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi
ada juga orang yang tersungkur kerana ditikam ikan todak. Seorang demi seorang
tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu
turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat di situ telah
terkorban. Lantas, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya menyediakan
seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.

Di kawasan pantai yang penuh dengan mayat bergelimpangan terdampar, baginda


telah mula berasa amat tertekan. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang
ada disitu untuk terus ke tepi pantai berbaris, lalu dijadikan betis masing-masing
sebagai pedinding dari serangan ikan todak. Namun usahanya gagal. Seorang demiseorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang berada dalam
ketakutan dan mereka menyangka tiada harapan lagi untuk bertahan. Keadaan ini
membuatkan Raja Singapura bertambah murka dan seraya mendakwa sesiapa yang
lari akan dikira sebagai penderhaka kepada raja yang akan ditimpa tulah.

Maka ada seorang kanak-kanak yang berusia 7 tahun yang bijaksana bernama Hang
Nadim. Beliau terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Maka ada
cadangan yang baik dari Hang Nadim bahawa elok jika dibariskan batang pisang
untuk dijadikan kubu pertahanan. Akhirnya baginda bersetuju dengan cadangan
Hang Nadim itu, lalu mengarahkan orang yang ada di situ untuk terus
meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang bagi dijadikan kubu.[1] Orang
yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh
sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk
mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batangbatang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam
masa yang terdekat.

Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya
ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat
kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan
todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu
membersihkan ikan todak itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak.

Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda
menjemput Hang Nadim ke istana untuk menerima anugerah daripadanya.

Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar berasa iri hati dan mula berasa
benci dengan kebijaksanaan dan populariti Hang Nadim kerana pada pengamatan
mereka, apabila Hang Nadim sudah dewasa nanti, beliau mungkin akan diangkat
tinggi dan kebarangkalian Hang Nadim akan merampas kuasa baginda raja dan
memerintah Singapura pada suatu hari nanti.

Para pembesar yang iri hati telah berjaya menghasut Raja Singapura dengan berita
fitnah tersebut. Raja Singapura yang mudah percaya akan dakwaan tersebut telah
mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti
dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya,
Hang Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan, tetapi
sejurus sampainya ke istana, beliau mula merasakan ada yang tidak kena apabila
pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila
beliau bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman. Tanpa
berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan
hukuman bunuh ke atas budak itu. Hang Nadim mula menjerit kesakitan apabila
ditikam oleh sebilah keris lalu mati. Namun terdapat dakwaan bahawa Hang nadim
tidak dibunuh secara tikaman, tetapi dicampakkan ke dalam laut dan dibiarkan
Hang Nadim mati lemas. Akhirnya Hang Nadim telah menemui ajalnya di dalam laut
akibat khianat pada umur semuda tujuh tahun.

Kesan-kesan[sunting | sunting sumber]


Jalan Khatib dan Kampung Khatib - sempena mengambil nama Tun Jana Khatib dari
Pasai.
Hujung Pasar sekarang digelar Kampung Gelam tempat hukuman bunuh ke atas Tun
Jana Khatib dijalankan.
Rujukan dan bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]
Dongeng warisan 'Singapura di langgar todak' (diberi nafas baru di weblog
TeechConsult's KIDSpad).
Singapura dilanggar todak
Buku-buku di Google.

Panjat Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. A. Bakar Hamid, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1983 - Hikayat Hang Tuah - 189
pages
Kategori: Kebudayaan Melayu
[singkir]
Semua pengguna berdaftar dijemput untuk membuat pengundian ke atas
pencalonan Rachun Dunia sebagai penyelia yang akan berakhir pada 23:59, 20
Januari 2017.
Menu pandu arah
Belum log masukPerbincanganSumbanganBuka akaunLog
masukRencanaPerbincanganBacaSuntingSunting sumberLihat sejarahCari

Cari
Pergi
Laman Utama
Tinjau
Hal semasa
Rencana rawak
Perhubungan
Tentang Wikipedia
Portal masyarakat
Perubahan terkini
Hubungi kami
Menderma
Bantuan
Kedai Kopi
Cetak/eksport
Cipta buku

Muat turun sebagai PDF


Versi boleh cetak
Peralatan
Pautan ke laman ini
Perubahan berkaitan
Muat naik fail
Laman khas
Pautan kekal
Maklumat laman
Item Wikidata
Petik laman ini
Dalam bahasa lain
English
Sunting pautan
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 14:53, 19 April 2016.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian
Serupa; terma-terma tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan
untuk butiran lanjut.

Anda mungkin juga menyukai