Anda di halaman 1dari 6

Pengamatan atau persepsi merupakan elemen terpenting dalam proses kognitif.

Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia
tidak terjadi dengan hanya kita membuka mata, merasa sesuatu atau mendengar bunyi-bunyian
yang berada dialam ini.Pengamatan ialah satu proses yang melebihi tahap
pendaftaranrangsangan-rangsangan yang diberikan kepada kita semua. Manusia sentiasa
memilih segelintir daripada rangsangan-rangsangan yang akan memberi makna kepada dirinya.
Ini pula dilakukan dengan cara memberi perhatian atau tumpuan kepada kewujudan sesuatu
entiti di sekelilingnya. Ia juga perlu dikenalpasti, diinterpretasikan, diorganisasikan, dan
difahami supaya makna yang tersirat di sebalik entiti itu diperolehinya. Setelah semua ini
dilakukan, barulah sesuatu kederiaan itu dipersepsi atau diamati oleh manusia.

Segala fenomena yang dipersepsikan oleh manusia seharusnya melalui organ-organ


deria. Sememangnya organ derialah yang merupakan jalan masuk semua rangsangan ke
tubuh, akal fikiran dan jiwa manusia. Dalam hal pengamatan ini, pengamatan melaui organ
deria mata merupakan sesuatu yang penting, kerana lazimnya amatan melalui organ deria mata
merupakan sesuatu yang penting, kerana lazimnya manusia selalu menumpukan perhatian
melalui penglihatannya. Sudah tentu, bagi fenomena-fenomena lain seperti bau-bauan,
citarasa makanan, dan bunyi-bunyian perlu didaftarkan oleh organ-organ deria yang 2
berkenaan, tetapi banyak pakar berpendapat yang ia tidak begitu signifikan jikalau
dibandingkan dengan pengamatan visual.

Apa yang kita lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa tentang keadaan alam sekitar
bergantung kepada pengamatan yang diperoleh melalui rangsangan yang diterima oleh
pancaindera. Maklumat itu ditafsirkan oleh proses mental untuk membentuk konsep.
Biasanya pengamatan dipengaruhi oleh pengalaman yang sedia ada pada seseorang. Hal ini
kerana pengamatan berperanan membuka dan menyediakan skrin pemikiran pada peringkat
awal. Input dalam bentuk rangsangan deria akan disimpan dan dicetak ke filem. Prosesnya
berlangsung berterusan dan ada ketikanya akan berlaku potong dan tampal pada mana-mana
slot. Hal ini terjadi apabila berlakunya pertembungan input lama dan baru. Setiap kali kita
melihat sesuatu rangsangan baru, maka ia akan dirakamkan dan kemudian difilemkan.
Apabila kita menerima rangsangan baru, maka filem akan diputarkan, dan di sini berlaku
proses pengkordinasian input baru dan lama pada mana-mana slot yang relevan dengan yang
lama. Maklumat baru akan dirakam dan cuba disesuaikan dengan yang lama. Jika tiada
hubungan langsung, maka satu filem baru akan dirakam. Begitulah seterusnya, proses ini
berlaku berterusan sehingga ke akhir hayat.

Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan


rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan
reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang
bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna.
Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang
lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur.
(Mohd. Salleh Lebar, 1995)

Istilah pengamatan menurut kamus Dewan ialah penelitian. Secara spesifiknya


maksudnya adalah sama dengan persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau
fikiran, pandangan atau tanggapan. Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar
yang dikesan oleh organ-organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah ataupun kulit. Ransangan
yang dikesan akan menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui sistem saraf. Kemudian,
otak akan berusaha mentafsir maklumat yang diterima berdasarkan kepada pengalaman yang
berkaitan, mengintrepretasi dan membentuk gambaran, bayangan, makna atau konsep
rangsangan tersebut. Contoh, melalui deria mata, ransangan kilat dari awan tebal masuk ke
mata seseorang dan membentuk imej di retina yang terletak di belakang otak dan impuls
dihasilkan dan dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak kemudian mentafsir dan
menterjemahkan maklumat yang diterima dan kemudian barulah konsep kilat dapat dibentuk.

Maka, pengamatan dapat dirumuskan sebagai proses mental atau kognitif di mana otak
menerima maklumat daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ deria dan membentuk
konsep rangsangan tersebut.Oleh yang demikian, ahli-ahli psikologi kognitif iaitu Kohler, Bruner,
Gagne dan Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang
berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku
manusia. Pengamatan adalah kompenen yang sangat penting dalam proses pembinaan
pengetahuan baru dalam struktur kognitif seseorang. Menurut teori Gestalt, manusia
mengamati dengan menerima maklumat melalui deria dan kemudian menyusun semula
maklumat tersebut dalam ingatannya mengikut kefahaman mereka sendiri. Contoh, murid
diminta oleh guru untuk mengamati objek panjang, licin dan bergerak. Sifat-sifat tersebut
diamati melalui deria mata dan dipadankan dengan sifat tersebut iaitu ular.
Oleh yang demikian, walaupun setiap individu mempunyai organ deria yang sama,
penerimaan rangsangan mungkin berbeza justeru pengamatan juga turut akan berbeza. Jika
seseorang itu kurang sihat maka pengamatannnya akan turut terjejas. Menurut Krech (2002)
pengamatan merupakan proses memberikan erti terhadap lingkungan persekitaran individu.
Janet W. Learner (1971) dalam bukunya berjudul Children With Learning Disabilities
berpendapat, pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas
panca indera dengan bantuan kuasa intelek. Proses pengamatan bermula apabila wujudnya
rangsangan luar yang boleh dikesan oleh organ-organ deria, iaitu mata (melihat), telinga
(mendengar), hidung (menghidu), lidah (merasa) atau kulit (menyentuh). Hal ini bermakna,
pengamatan merupakan satu proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan
konsep-konsep yang jelas dan tepat. Gangguan yang dialami boleh menjejaskan pengamatan
daripada aspek mengingat kembali, mendiskriminasikan, memahami konsep dan lain-lain
kemahiran pengamatan.

Terdapat 13 ciri yang menggambarkan seseorang murid itu sedang mengalami


kesukaran pengamatan, iaitu, lambat membuat pengolahan seperti mengelaskan himpunan ikut
jenisnya,sukar kaitkan perkara yang diketahui dengan situasi baharu, cepat lupa dan
memerlukan aktiviti ulangan yang lebih kerap, kecenderungan ke arah tindakan terburu-buru
dan tanpa berfikir, lemah koordinasi motor, iaitu antara mata dengan tangan tidak mampu
membuat keputusan secara am, tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan kerana
kesukaran menyesuaikan diri dalam kumpulan, sukar dan tidak mahir dalam melaksanakan
kerja kreatif, mengharapkan orang lain semasa membuat keputusan, banyak menghafal tetapi
tidak faham maksud yang dihafal, terlalu lama berfikir sebelum membuat sesuatu, kurang sifat
bekerjasama, sering melanggar peralatan di dalam bilik darjah dan membuat sesuatu kerja
tanpa mengetahui di mana harus berhenti.

Ada dua faktor punca kelemahan pengamatan, iaitu faktor dalaman (internal) dan
faktor luaran (external). Faktor internal bermaksud dalaman iaitu faktor kelemahan yang
berpunca daripada beberapa kelemahan dalam diri sendiri. Ada tiga faktor yang menjadi punca
kepada kelemahan pengamatan dalaman, iaitu,minat dan kecenderungan serta perhatian
kanak-kanak, keupayaan tenaga, tekanan emosi dan penglihatan dan kerosakan pendengaran
dan penglihatan. Faktor external bermaksud luaran dan ada dua faktor yang menjadi punca
kepada kelemahan pengamatan, iaitu, kurang pendedahan dan kurang rangsangan. Kesukaran
pengamatan merupakan kepayahan mengenal pasti maklumat daripada tindak balas panca
indera dengan bantuan kuasa intelek. Setelah ujian pengamatan dilaksanakan, ada 13 ciri
kesukaran yang telah dikenal pasti, iaitu,diskriminasi

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, diskriminasi pengamatan mengandungi dua jenis,
iaitu diskriminasi persamaan dan diskriminasi perbezaan atau ganjil. Kesukaran dalam aspek
diskriminasi berlaku apabila berlakunya ketidakbolehan murid-murid untuk membezakan
bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan. Ingat kembali pula ketidakbolehan
mengingat kembali merujuk kepada kesukaran murid untuk mengingat dan menyebut semula
nama bahan maujud yang dilonggokkan dengan jumlah yang banyak atau menyebut nama
bentuk pada kad imbasan yang telah diamati dalam tempoh yang singkat.Orientasi kedudukan
pula kad imbasan yang mengandungi susunan beberapa keping gambar yang mempunyai sifat
yang sama tetapi satu daripadanya berbeza kedudukan. Murid perlu mengesan gambar
berkenaan yang kedudukannya berbeza atau ganjil.

Kesukaran dikesan apabila berlakunya ketidakbolehan murid untuk membezakan


kedudukan gambar berkenaan atau bentuk, huruf dan nombor yang ditunjukkan kepadanya
Turutan, tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun
semula aktiviti-aktiviti bersiri. Kesukaran terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan murid untuk
mengingat sesuatu mengikut susunan seperti susunan gambar atau beberapa huruf dalam
perkataan. Menyudahkan dan melengkapkan, tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih murid
supaya mampu menyudahkan dan melengkapkan gambar, benda, objek, nombor, perkataan
atau ayat. Contohnya aktiviti memadankan gambar kepala dan ekor haiwan yang dipisahkan.
Kesukaran komponen dikesan apabila berlaku ketidakbolehan murid untuk mengenal sesuatu
gambar, benda, objek, nombor, perkataan atau ayat.

Menyalin, tujuan aktiviti menyalin adalah untuk melatih murid supaya dapat
menghasilkan apa jua yang telah dilihat. Walau bagaimanapun, kesukaran dalam komponen
pengamatan ini terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf,
nombor, perkataan atau ayat. Rajah latar belakang, tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih
murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah secara abstrak. Contohnya aktiviti
mengesan bentuk geometri yang disusun secara berlapis. Murid yang mempunyai pengamatan
penglihatan yang baik akan dapat mengesan bentuk geometri secara berasingan. Walau
bagaimanapun, kesukaran dalam komponen pengamatan boleh terjadi apabila berlakunya
ketidakbolehan mereka menentukan bentuk, objek atau nombor dari latar belakang sesuatu
gambar atau rajah.

Koordinasi tangan dan mata, tujuan aktiviti ini adalah melatih murid supaya dapat
menyelaraskan pergerakan motormatatangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.
Ketidakbolehan murid menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan seperti pergerakan
tangan yang lambat, cara memegang pensel yang tidak mantap dan sebagainya akan
menyebabkan berlakunya kesukaran dalam komponen ini. Pertalian jarak, kesukaran terjadi
apabila berlakunya ketidakbolehan murid mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta
hubungan antara satu objek dengan objek yang lain. Penggunaan kad imbasan bertitik melatih
murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz, jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan
objek dengan objek-objek yang lain. Gambar bersiri, penggunaan filem pendek dapat
membantu murid-murid menyusun gambar mengikut urutan yang betul berdasarkan bahan
rangsangan yang ditayangkan sebelumnya. Walau bagaimanapun, kesukaran komponen
pengamatan boleh terjadi apabila murid tidak boleh mengikut cerita dari satu babak ke satu
babak yang lain secara berkesan. Pembalikan, ketidakbolehan murid membezakan bentuk asal
sesuatu gambar, bentuk, huruf, nombor atau perkataan akan menyebabkan kesukaran
komponen pengamatan berlaku. Mencari jalan keluar, aktiviti ini juga dikenali sebagai Mazing
Games.

Tujuan aktiviti adalah melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah
melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. Kesukaran dalam
komponen pengamatan berlaku apabila berlakunya ketidakbolehan murid-murid untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Benda tersembunyi, tujuan aktiviti adalah melatih murid untuk
menyelesaikan masalah dan berfikir. Walau bagaimanapun kesukaran terjadi apabila
berlakunya ketidakbolehan murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.
Penggunaan bahan maujud, benda maujud bermaksud benda yang benar-benar ada, nyata,
dapat dilihat dan dipegang, iaitu lawan kepada khayalan dan fikiran. Keistimewaan
menggunakan benda maujud ialah murid-murid dapat memegang, merasa dan menyentuh
objek berkenaan. Contohnya bola, buku, pensel, topi, beg dan sebagainya.

Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah dapat mengelakkan


pembelajaran murid menjadi cepat bosan. Justeru, kepelbagaian kaedah pengajaran boleh
dijalankan oleh guru seperti melaksanakan pengajaran secara individu, berpasangan dan
berkumpulan. Kaedah mengajar individu melibatkan seorang guru dan seorang murid.
Pengajaran jenis ini amat sesuai untuk mengatasi kelemahan mengajar secara seluruh kelas.
Lazimnya di dalam sebuah bilik darjah mempunyai murid yang berbagai-bagai-bagai kebolehan
dan keupayaan dan kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil murid sahaja dan tidak
semua individu, maka kaedah individu perlu untuk mengembangkan kebolehan individu.
Sebelum melaksanakannya, guru harus mengenal potensi murid-murid, mengenal pasti
masalah pembelajaran, merancang dan menyampaikan bahan pengajaran berasaskan
kebolehan individu.

Pengajaran secara berpasangan pula hanya melibatkan dua orang sahaja sama ada
murid pandai mengajar murid lemah atau murid lemah menerima pengajaran guru secara
berpasangan. Manakala pengajaran secara berkumpulan pula menggunakan strategi
pengajaran berpusatkan murid, di mana murid-murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran
melalui kumpulan mengikut kebolehan. Cara ini dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut
kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka. Guru boleh melaksanakan dua
cara membentuk kumpulan, iaitu berdasarkan kebolehan yang sama manakala cara kedua
pelbagai pencapaian. Memberikan sebanyak mungkin siri latihan pengamatan penglihatan
kepada murid-murid yang mengalami kesukaran dalam komponen pengamatan. Latihan ini
boleh dijalankan secara individu seperti melaksanakan aktiviti diskriminasi bentuk,
pendengaran, penglihatan, turutan dan menyalin. Cara ini boleh membantu mereka untuk
mengingat secara kekal dan lama.

Anda mungkin juga menyukai