Anda di halaman 1dari 2

Penyataan Profesional Semasa Praktikum

Praktikum merupakan salah satu cara bagi seorang guru pelatih melatih diri untuk
mengajar dan membiasakan diri dengan suasana pembelajaran sekolah sebelum ke situasi
yang sebenar di sekolah. Ini juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan
segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG)
serta

mendapat

bimbingan

daripada

pensyarah

dan

guru

pembimbing.

Praktikum

memfokuskan kepada mata pelajaran major iaitu Pendidikan Pemulihan untuk sekolah
rendah. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di sekolah.
Selain daripada mengajar, saya juga perlu menjalani ujian diagnostik dan membuat
perancangan

yang

tersusun

dan

sistematik

iaitu

dengan

menyediakan

Rancangan

Pengajaran Harian (RPH). Rancangan tersebut perlulah disediakan dengan lebih awal serta
bahan bantu belajar yang digunakan juga perlu saya dan rakan sediakan sebelum
mengajar.Dalam pada itu, saya

melengkapkan portfolio praktikum dengan melengkapkan

jurnal dan laporan kokurikulum sekiranya saya ada melibatkan diri dengan aktiviti yang
dijalankan di sekolah.
Tidak lupa juga dengan persiapan dari segi mental fizikal dimana saya menghadapi
pelbagai karenah murid-murid sekolah. Ini semuanya penting sebelum saya memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Apabila perancangan telah siap kini tiba kepada pelaksanaan
pula. Dalam pelaksanaan, saya dipantau dan dibimbing oleh pensyarah yang

datang ke

sekolah untuk melihat bagaimana saya mengajar dan mengawal tingkah laku kanak-kanak
tersebut. RPH sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap saya sediakan agar proses
pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan dengan baik dan lancar.
Setelah lapan minggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara yang perlu
saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian. Berbekalkan
panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan, saya akan sentiasa
cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh sepanjang
tempoh praktikum ini. Pada mulanya rancngan pengajaran saya tidak melibatkan unsur
permainan. Selepas pensyarah kami membimbing kami, saya telah mengubah rancangan
pengajaran harian dengan pelbagai aktiviti permainan saya telah mendapat respon yang
baik daripada murid serta guru- guru di sekolah tersebut. Setiap kali selepas penyeliaan,
pasti saya akan memperolehi ilmu yang baru dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh
praktikum juga, hubungan saya dengan guru semakin akrab. Malahan saya semakin rapat

dengan murid-murid saya. Saya

juga

perlu

bijak

menguruskan masa

agar dapat

menguruskan semua tugasan dengan konsisten.


Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik
yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri murid-murid
berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid pemulihan agak
rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran
yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih mereka menjadi berani untuk
mencuba sesuatu yang baik.
Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai
perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya hanya
sekadar melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid saya pulang dengan otak
kosong bagi subjek saya. Saya juga sedar, jika mereka gagal menguasai 3M pada masa
sekarang, maka kemungkinan besar untuk mereka ketingalan suatu hari nanti. Prinsip yang
cuba saya tanamkan bagi anak-anak didik saya, saya akan pastikan mereka pulang dengan
mempelajari dan menguasai kemahiran 3M dalam pemulihan, iaitu membaca, menulis serta
mengira dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu
membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan
pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang
konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak sikap suka
membuat kerja last minute dapat dikikis. Tambahan lagi, mengajar murid-murid pemulihan
dapat melatih saya agar cuba berfikiran secara kreatif dan berfikir di luar kotak.
Walaupun saya sedar, saya agak sukar serta tidak mampu untuk melahirkan idea yang
sebegitu namun saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menyedakan pelagai BBM dengan
kreatif dan inovatif.Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih
peka dengan dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk mencari strategi
yang menarik agar mereka bersemangat ketika belajar, saya acap kali mencari bahan bantu
mengajar yang kelakar serta logik

dan berkaitan dengan isi pelajaran. Segala ilmu yang

diturunkan akan digunapakai oleh saya sewaktu menjadi guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai