Anda di halaman 1dari 5

Alat Bantu Mengajar

Nama
Pentas boneka

Objektif
Memberikan peluang kepada murid-murid mempelajari bahasa dalam
suasana yang menarik dan berkesan. Selain daripada itu, ia juga
mempercepatkan serta memudahkan pembelajaran murid terhadap sesuatu
cerita, peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan.

Kaedah Pelaksanaan

Guru meminta murid memilih satu boneka yang disukai oleh mereka.

Guru mengarahkan murid untuk mengempati dirinya dengan karakter


boneka yang dipilih.

Murid akan menjadi satu kumpulan dan mencipta cerita yang


dipersembahkan.

Murid akan memainkan peranan masing-masing.

Nama
Keretapi suku kata
Objektif
Memberikan peluang kepada murid-murid mempelajari bahasa dalam
permaian serta menarik minat murid-murid.

Kaedah Pelaksanaan

Guru meminta murid untuk perhatikan keretapi yang bergerak.

Murid akan melihat huruf yang bergerak dan menyebut.

Guru akan memilih huruf yang bergerak tersebut.

Murid akan menunjukkan gambar yang ada kaitan dengan huruf


tersebut.

Nama
Telur Pelangi

Objektif
Pengalakkan pengajaran yang lebih menarik , lebih dinamik,bervariasi dan
penguasaan pelbagai ilmu.
Kaedah Pelaksanaan

Guru membahagi murid kepada empat atau lima kumpulan.

Guru taburkan sebanyak yang mungkin kad imbasan yang bergambar


berwarna-warni.

Apabila wisel bermula, murid dikehendaki mengatur telur putih dengan


telur kuning untuk menjadikan gambar.

Murid akan membentuk perkataan mengikut arahan guru.

Nama
Mencari telur angry bird
Objektif
Menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan serta psikomotor halus
murid-murid.
Kaedah Pelaksanaan

Guru memilih murid yang lemah pengmatan.

Guru memberi kotak mencari telur angry bird kepada murid-murid.

Guru sebagai pencatat masa.

Murid akan mula bermain permainan dengan masa yang singkat.

Nama
Lompat si katak lompat
Objektif
Mempercepatkan pemahaman dan memupuk daya kreativiti
Kaedah Pelaksanaan

Guru meminta murid duduk dalam pasangan.

Guru memberi menerangkan kaedah permainan

Guru memulakan permainan dengan menepuk tangan

Murid menglompatkan katak dengan menggunakan tangan pasangan


pula menyanyikan lagu lompat si katak lompat apabila katak lompat
pada gambar ayam , murid akan mengeja ayam dan pasangan akan
membuat simulasi seperti ayam.

Anda mungkin juga menyukai