Anda di halaman 1dari 2

Pada suatu ketika dahulu, terdapat seorang Raja dan Permaisuri yang

mempunyai seorang puteri bernama Ingoborg dan seorang putera


bernama Ring.

Putera Ring tidak mempunyai apa-apa kehandalan atau sebarang


minat dalam pengembaraan. Pada suatu hari ketika berumur dua
belas tahun, Putera Ring berkuda ke hutan bersama pengawal-
pengawal untuk bersiar-siar. Mereka masuk agak jauh hingga
terserempak dengan seekor rusa yang memakai cincin emas pada
tanduknya.

Apabila timbul perasaan ingin menangkap rusa itu, Putera Ring


mengejar haiwan tersebut diikuti semua pengawal hingga kuda-kuda
tunggangan mereka keletihan. Tiba-tiba persekitaran menjadi gelap
dan rusa itu hilang daripada pandangan mereka.

Putera Ring dan pengawal-pengawalnya memutuskan untuk bergerak


secara berkumpulan dalam usaha mencari jalan pulang, malangnya
mereka mengikut jalan yang berlainan. Putera Ring pula tersesat
keseorangan dan merayau-rayau di dalam hutan hingga tiba di sebuah
kawasan lapang di tengah-tengah hutan itu yang terdapat seorang
wanita sedang duduk di atas kerusi di sisi tong besar.

Putera Ring menyapa wanita itu dengan sopan dan wanita itu
menyambut kedatangannya dengan mesra. Putera Ring melihat ke
dalam tong besar tersebut dan mendapati sebentuk cincin emas yang
sangat cantik di dasar tong itu. Dia memerhati cincin itu dengan
penuh minat dan wanita itu berkata, jika Putera Ring sanggup
berusaha, cincin itu akan menjadi miliknya.

Putera Ring mengucapkan terima kasih kepada wanita itu lalu


membongkok ke dalam tong untuk mencapai cincin tersebut. Ketika
Putera Ring membongkok, wanita itu menolaknya ke dalam tong lalu
berkata, “Sekarang, kamu akan tinggal di dalam tong selama-
lamanya.” Wanita itu pun menutup tong tersebut dan mencampak
tong itu ke dalam laut.

Putera Ring dapat merasakan tong tersebut bergerak mengikut alunan


ombak. Dia tidak dapat menjangka berapa hari sudah berlalu sehingga
pada suatu hari tong itu terhentak pada batu. Dia merasakan bahawa
kini kedudukannya berhampiran pantai lalu bertindak menendang
dasar tong sehingga tercabut.

Akhirnya Putera Ring berjaya keluar lalu berenang ke arah pantai


yang merupakan tebing-tebing tinggi. Dia berjaya mendaki tebing
tinggi tersebut hingga ke puncak lalu melihat ke sekeliling, rupa-
rupanya dia berada di sebuah pulau yang dilitupi hutan dan pokok-
pokok epal.

Anda mungkin juga menyukai