Anda di halaman 1dari 22

PENGEMBANGAN MAKNA

MAKNA AYAT
PENYEMPITAN MAKNA

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau

yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.

Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat,

perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergantung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.

Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa

pendengar atau penulis memahami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.

Denotatif makna asli yang sebenarnya dimiliki oleh

sebuah leksem. Jadi makna leksem ni sama makna dengan leksikal.


Contoh kurus bermakna denotatif kerana

melambangkan seseorang yang lebih kecil dari ukuran yang normal.

Rombongan bermakna denotatif sekumpulan yang

berkelompok menjadi satu kesatuan.


Kalau makna denotatif mengacu pada makna asli dari

sebuah kata, maka makna konotatif berhubung dengan nilai rasa dari kelompok orang yang menggunakan kata tersebut.

Contoh kurus membawa konotasi neutral, jika

ramping bersinonim dengan kurus memiliki konotasi positif; nilai yang menegakkan.
Sebaliknya, kerempeng yang sebenarnya bersinonim

dengan kata kurus ramping yang membawa konotasi negatif.

PENGEMBANGAN MAKNA
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut

iaitu pegembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati oleh penutur.

Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya berlayar, dulu

digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengharungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut berlayar. Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut bapa sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebutsaudara.

PENYEMPITAN MAKNA
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan

makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih

luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.

Perubahan makna semantik


Abu samah b Jaafar

[Perubahan makna semantik]


Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu.

Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan

salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh; Faktor perkembangan bahasa itu sendiri Faktor tanggapan penutur Faktor peluasan maksud Faktor tujuan simbolik dan stilistik

1. Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.


Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu

sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. 1. Perkataan belayar pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.

1. Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.


2. Perkataan hayat dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan hidup tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Contoh: Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu. Dalam ayat ini perkataan menghayati bukanlah membawa maksud menghidupkan tetapi mengikuti dengan sepenuhnya. 3. Perkataan hantu dalam contoh Kejadian itu menghantui fikirannya, hantu itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna mengganggu.

2. Perubahan Kerana tanggapan penutur


Tanggapan penutur juga memainkan peranan atau

penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu. 1. perkataan abang, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelai yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. 2. Sesetengah orang menggunakan perkataan abang sebagai panggilan untuk suaminya.

2. Perubahan Kerana tanggapan penutur


2. Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudara kandung tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai pertalian darah atau kekeluargaan. Disamping itu penutur bahasa melayu cenderung menggunakan perkataan saudara dengan tanggapan yang lebih luas misalnya saudara sesama Islam. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi

banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. 1. Perkataan taman, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti Kawasan perumahan , Kawasan perindustrian, dan Kawasan alam semula jadi seperti Taman Hidupan Liar.

2. Perkataan semangat juga mengelami perubahan

kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan semangat ialah jiwa atau roh. Tetapi perkataan ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi perasaan misalnya semangat kemerdekaan, semangat petriotisme kemahuan atau keinginan yang tinggi seperti dalam contoh berikut, Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup.

4. Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik


Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini

biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. 1. Contohnya perkataan kumbang dan bunga selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti kumbang = lelaki dan bunga = perempuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. 2. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, merah dimaksudkan dengan keberanian , hitam dipadankan dengan kesedihan dan putih adalah kesucian.

4. Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik


Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga

menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. 3. Sebagai contoh daun melambai dan dada langit ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan melambai sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. Daun melambai dan dada langit sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada daun yang bergerak akibat tiupan angin dan keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesauatu dengan indah dan menarik

Anda mungkin juga menyukai