Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan nikmat2Mu
yang tidak terhitung. Dan kami memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa
yang telah kami lakukan.

Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan


kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan
hari-hari yang akan datang, akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua.

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di MAJLIS SULAMAN KASIH
SANJUNGAN BUDI berSEMPENA Pertukaran Tuan Haji Amir bin Berau ke PPD Kuala
Langat sebagai SIP+.
Justeru kami berhimpun di sini pada pagi ini, bagi menyatakan penghargaan dan
pengiktirafan kami, sebagai mengenang jasa bakti yang telah beliau sumbangkan,
untuk Dunia Pendidikan khususnya di SBP Integrasi Jempol ini.

Kami memohon ke hadrat-Mu ya Allah agar beliau dikurniakan kekuatan fizikal dan
mental untuk meneruskan tugasan beliau dalam suasana berbeza serta dapat
menjalankan tugas-tugas beliau dengan jayanya.

Jadikanlah kami yang masih bertugas di SBPI Jempol ini agar dapat meneruskan
tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan Sekolah ini di bawah
naungan keredhaan-Mu.

Allahumma Ya Mudabbiral amri

Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah


segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatan Beliau, sebagai
ibadah yang Engkau redhai.
Terimalah segala usaha dan pengorbanan Beliau itu, sebagai amal soleh yang Engkau
berkati… Limpahkanlah segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan
beliau serta keluarga yang tercinta, jua dalam kehidupan kami yang masih di sini.

Iringilah bersama detik-detik perpindahan Tn. Haji Amir bin Berau dengan kami warga
Intej, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada
agama , bangsa dan negara.

Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya zal jalali wal - ikram

Kurniakanlah kepada kami kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan
bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang Beliau miliki, ke dalam diri kami.
Kami pohon padaMu Ya Allah Kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan
semangat permuafakatan dan silaturahim yang murni dan sejati.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati
dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang
bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

‫ َوالَ تَ ْجعَ ِل اللَّ ُه َّم‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اَللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
‫ش ِقيًّا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ َ ‫فِ ْينَا َوالَ َمعَنَا َوالَ َم ْن يَتْبَعُنَا‬.
‫اخ ُرهُ َو َخي َْر أَ ْع َما ِلنَا َخ َواتِ ُمهُ َو َخي َْر أيَّا ِمنَا يَ ْو َم أ ْلقَاكَ فِ ْي ِه‬ ِ ‫اللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َخي َْر أَ ْع َم ِارنَا َء‬
‫ان َوالَ تَ ْجعَ ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغلًّ ِللَّ ِذي َْن‬ ِ ِ‫سبَقُ ْونَا ب‬
ِ ‫اإل ْي َم‬ َ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذي َْن‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ ٌ ‫َءا َمنُ ْوا َر َّبنَاإنَّكَ َر ُء ْو‬

Anda mungkin juga menyukai