Anda di halaman 1dari 1

.

Ya Allah , ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon
rahmat dan hidayah dari-Mu. Semoga dengan rahmat itu , Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan
ikatan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami. Allahumma Ya Azizu Ya Qahhar, Sempena Majlis
Penyampaian Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) ini,
kami pohonkan ehsan daripada-Mu Ya Allah, agar Engkau mengurniakan kepada kami nikmat kesejahteraan dan
keselamatan yang berterusan, lindungilah kami daripada segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami daripada
segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan, agar tenang hati-hati kami dalam menjalani perjalanan kehidupan ini, Ya
Allah. Peliharalah kami daripada segala bencana, anugerahkanlah kami dengan nikmat kesihatan agar kami dapat
.meneruskan usaha kami, dalam mencurahkan bakti dan menaburkan jasa

allahumma ya daimal ihsan

Ya Allah, kami hamba-Mu yang lemah ini ingin memohon restu dan rahmat-Mu Ya Allah, agar dikurniakan kepada Badan
Kepimpinan BADAR, Pengawas dan PRS yang baru ini ikatan yang kukuh, perpaduan dan kerjasama antara mereka yang
padu, dan bantulah mereka dengan anugerah kekuatan dan semangat yang tinggi, agar mampu mereka galas
taggungjawab yang berat ini dengan penuh amanah dan bermotivasi, ke arah membentuk generasi muda, menjadi
generasi yang hebat dan cemerlang dari segi sahsiah diri, akademik, rohani dan jasmani.

Ya qawiyyu ya matin, jadikanlah merka ini berjiwa besar seperti abu bakar, tegas seperti umar, berpandagan jauh
seperti usman dan berilmu seperti ali.campakkanlah dalam hati mereka cahaya iman yang terang, ketaqwaan yang tinggi,
pegangan aqidah yang kukuh, ilmu seluas hamparan bumi, akhlaq mahmudah yng terpuji, agar mereka boleh menjadi
contoh tauladan kepada masyarakat amnya dan pelajar2 yang lain khususnya.

Ya Fattahu Ya Razzak, Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan
hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah
kami ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,Hindarkanlah kami dari segala mala petaka dan sifatsifat yang
keji. Selamatkanlah kami dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan . Anugerahkanlah kepada
kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat
wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.

Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan Badan Kepimpinan SUPERB ini
akan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan
bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pemimpin yang cemerlang, gemilang,
terbilang , pemimpin yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi
seterusnya mampu melahirkan barisan pemimpin yang berketrampilan dan berwibawa .

Anda mungkin juga menyukai