Anda di halaman 1dari 1

DOA (2) MAJLIS KEMERDEKAAN 2020

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َس ِّي ِد َن ا ُمَح َّم ٍد‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَع اَلِم ْي َن‬
‫َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْي َن‬
Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan perhimpunan Ambang kemerdekaan pada Tahun 2020 ini, kami WARGA
SMK USJ 13 memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kepada kami ,Ibubapa kami, dan guru-
guru kami kesejahteraan dan kebahagian, serta kesihatan jasmani dan rohani . Bukakanlah hati-
hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat menerima ilmu dan pengetahuan yang
berguna daripada guru-guru kami dan kami pula mampu memanafatkan ilmu pengetahuan yang
diterima untuk agama bangsa dan negara.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kami kekuatan dan ketabahan dalam
membentuk peribadi ummah yang mulia yang merdeka dari segi pemikiran yang menghayati
kemerdekaan negara ini dengan makna yang lebih sempurna lebih syumul iaitu kemerdekaan
yang hakiki, tidak tunduk kepada nafsu tetapi tunduk kepadaMu ya Allah berpandukan ilmu yang
telah Kau kurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, pemimpin-
pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan
masyarakat, untuk agama dan bangsa.

Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat
dan rahim-Mu. Jauhilah diri kami dari sebarang wabak dan bala bencana yang mengancam
keselamatan kami,khususnya covid 19..Kekalkanlah kemerdekaan negara kami..Hiasilah ia
dengan keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman...

‫ َو َال َت ْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْي َن ا َو َال‬، ‫ َو َت َف ُّر َق َـَن ا ِمْن َبْع ِدِه َت َف ُّر قًا َمْع ُصْو ًم ا‬، ‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْمَع َن ا َه َذ ا َج ْمًع ا َمْر ُحْو ًم ا‬
. ‫َمَع َن ا َو َال َم ْن َي ْت َبُع َن ا َش ِقًّي ا َو َال َم ْط ُرْو ًد ا َو َال َمْح ُرْو ًم ا‬
‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َخ ْيَر َأْع َم اِر َن ا َء اِخ ُرُه َو َخ ْيَر َأْع َم اِلَن ا َخ َو اِتُم ُه َو َخ ْيَر أَّي اِم َن ا َيْو َم أْلَق اَك ِفْي ِه‬
‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَن ا ُذ ُنْو َب َن ا َو ِإلْخ َو اِنَن ا اَّلِذ ْي َن َس َب ُقْو َن ا ِباِإلْيَم اِن َو َال َت ْج َع ْل ِفْي قُـُلْو ِبَن ا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْي َن َء اَم ُنْو ا‬
‫َر َّب َن اإَّن َك َر ُءْو ٌف َر ِحْي ٌم‬
‫َذ‬
ِ‫َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai