Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 13

LAPORAN MAJLIS AMBANG KEMERDEKAAN 2020


(AJK PENYELARAS DOA)

1. JADUAL PROGRAM/AKTIVITI:
TARIKH PROGRAM/AKTIVITI CATATAN
17 OGOS 2020Majli1. Pelancaran majlis Ambang Kemerdekaan 2020
(Selasa)

28.8.2020 2. Majlis Ambang Merdeka 2020


(Jumaat)
3. Majlis penutup Sambutan Bulan Kebangsaan
15.9.2020 Thirteenians dan Sambutan Hari Malaysia.
(Selasa)

2. PELAKSANAAN:
TARIKH PROGRAM/AKTIVITI CATATAN
17 OGOS 2020
(Selasa)

28.8.2020 -Pelajar membaca doa yang diberi guru dengan


(Jumaat) lancar.

15.9.2020

3. PEMANTAUAN:
Pemantauan telah dibuat oleh Pn. Anom selaku penolong kanan HEM.

4. PENILAIAN:
4.1 REFLEKSI / IMPAK KESELURUHAN PROGRAM

KEKUATAN
1. Disiplin yang tinggi oleh pengawas BUDI (Abu Marwan -5E) dalam mempraktis bacaan doa
2. Adanya guru yang mendengar dan membetulkan bacaan doa pelajar sebelum Majlis
berlangsung

KELEMAHAN
1. Tiada..tetapi perlu persediaan bakal pelapis /pembaca doa yang akan datang kerana tidak
ramai
2. pelajar yang mampu membaca doa dengan baik.
ANCAMAN
1. Majlis yang dijangka berlangsung Mungkin boleh ditunda berulang kali kerana Kekangan cuaca
dan persekitaran..
2. Pelajar yang ditugaskan mungkin tidak hadir pada tarikh berlangsungnya majlis
PELUANG
1. Pelajar sanggup menawarkan diri untuk membaca doa.

5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Tiada

Disediakan oleh:
…………………………………………
(PUAN NORUL HAYATI BINTI ISHAK)

DOA HARI KEMERDEKAAN

‫الَحْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلَم ْيَن َو الَّص َالُة َو الَّس َالُم َعلَى َأْش َر ِف اَألْنِبَياِء َو الُم ْر َسِلْيَن َو َعلَى آِلِه َو َص ْح ِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬
Ya Allah… Ya Tuhan kami,….

Kami bersyukur ..di atas segala nikmat yang engkau berikan kepada kami… Kami sedar Ya Allah.., tanpa bantuan dan
hidayahMu …segala nikmaT yang kami kecapi selama inI ….tidak akan wujud. Maha suci Allah.. dengan kehendakMu jua
….Negara yang kami cintai inI kekal merdeka hinga saat ini.

Ya Rahman.. Ya Rahim, ..

Sempena perhimpunan ambang kemerdekaan kali ke______ ini,… kami menadah tangan dengan rasa penuh
keinsafan,.. pengabdian dan tawaduk …Kami mohon,…kekalkanlah kemerdekaan ini, Ya Allah…. Jauhilah Negara kami
daripada pelbagai bentuk penjajahan… samada penjajahan berbentuk fizikal mahupun rohani.

Ya Karim…,Ya Wadud….,
Berikanlah petunjuk kepada pemimpin-pemimpin kami… agar mereka terhindar daripada perkara –perkara yang
dimurkai olehMu. …Hiasilah tanah air kami ….dengan kedamaian, keamanan, kesejahteraan dan kekayaan …serta
hindarilah kami dari sebarang musibah ,malapetaka atau wabak yang mengancam nyawa khususnya covid 19.. …..
Jadikanlah sekolah kami ini …sebagai sekolah contoh dan cemerlang ….dalam segala bidang… serta terhindar daripada
perkara-perkara yang dimurkai olehMu…
Ya Allah,

Di hadapan kami ini…, anak didik dan generasi yang akan mewarisi kemerdekaan ini,… kurniakanlah kepada mereka …
dengan keimanan yang mantap,… akhlak yang mulia,… akal yang cerdik,… samada dalam bidang akademik …mahupun
dalam bidang kokurikulum…. Jauhilah mereka daripada gejala negatif…. Sematkanlah dalam hati mereka …perasaan
benci perkara-perkara maksiat dan kemungkaran dan Jadikanlah kami hambaMu yang bertaqwa.

Ya Rahman Ya Rahim. Ya Allah

Sempena sambutan Ambang Kemerdekaan pada tahun ini,… kami dengan rasa rendah diri menadah tangan memohon
kepadaMu, … Kekalkanlah kemerdekaan ini kepada kami Ya Allah…. Jauhilah Negara yang kami cintai ini daripada segala
bentuk penjajahan samada penjajahan yang kami sedar mahupun tidak sedar .

Ya Allah,
Jadikanlah kami pelajar-pelajar …dan semuaWARGA SMK USJ 13ini, generasi yang akan mewarisi… dan
mempertahankan kemerdekaan ini…. Kurniakan kami iman yang teguh,… akhlak yang mulia.. dan akal yang sejahtera….
Jadikanlah kami… berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan ..dan mencegah kemungkaran
… ‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َم ْج ِلَس َنا َهَذ ا َم ْج ِلًسا ُمَباَر ًك ا …ِبَر ْح َم ِتَك َيا َأْر َح َم الَّراِحِم ْيَن‬
‫ َو َال َتْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْيَنا َو َال َم َع َنا َو َال َم ْن َيْتَبُعَنا َش ِقًّيا َو َال‬، ‫ َو َتَفُّر َقَـَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْع ُصْو ًم ا‬، ‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْمَع َنا َهَذ ا َجْم ًعا َم ْر ُحْو ًم ا‬
‫َم ْطُرْو ًدا َو َال َم ْح ُرْو ًم ا‬
‫َر َّبَناإَّنَك َر ُءْو ٌف َر ِح ْيٌم‬.... ‫ َو َال َتْج َع ْل ِفْي قُـُلْو ِبَنا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْيَن َء اَم ُنْو ا‬... ‫ َو ِإل ْخ َو اِنَنا اَّلِذ ْيَن َسَبُقْو َنا ِباِإل ْيَم اِن‬...‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَنا ُذ ُنْو َبَنا‬
/ ‫ َو ِقَنا َع َذ اَب الَّناِر‬/ ‫َو ِفي اَألِخ َر ِة َح َس َنة‬/ ‫َر َّبَنا آتَنا ِفي الَّد ْنَيا َحَس َنًة‬
.…
‫ َو الَحْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬/ ‫ َو َعلَى أِلِه َو َص ْح ِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬/ ‫َو َص َّلى هللا َعلَى َس ْيِد َنا ُم َحَّمٍد‬

DOA (2) MAJLIS KEMERDEKAAN 2020

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َس ِّي ِد َن ا ُمَح َّم ٍد‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَع اَلِم ْي َن‬
‫َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْي َن‬

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas
segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan perhimpunan Ambang kemerdekaan pada Tahun 2020 ini, kami WARGA SMK USJ 13 memohon
inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kepada kami ,Ibubapa kami, dan guru-guru kami kesejahteraan dan kebahagian, serta
kesihatan jasmani dan rohani . Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat menerima ilmu dan
pengetahuan yang berguna daripada guru-guru kami dan kami pula mampu memanafatkan ilmu pengetahuan yang
diterima untuk agama bangsa dan negara.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kami kekuatan dan ketabahan dalam membentuk peribadi
ummah yang mulia yang merdeka dari segi pemikiran yang menghayati kemerdekaan negara ini dengan makna yang lebih
sempurna lebih syumul iaitu kemerdekaan yang hakiki, tidak tunduk kepada nafsu tetapi tunduk kepadaMu ya Allah
berpandukan ilmu yang telah Kau kurniakan kepada kami.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, pemimpin-pemimpin kami terus
beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, untuk agama dan bangsa.
Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan rahim-Mu. Jauhilah
diri kami dari sebarang wabak dan bala bencana yang mengancam keselamatan kami,khususnya covid 19..Kekalkanlah
kemerdekaan negara kami..Hiasilah ia dengan keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman...
‫ َو َال َت ْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْي َن ا َو َال َمَع َن ا َو َال َم ْن َي ْت َبُع َن ا َش ِقًّي ا‬، ‫ َو َت َف ُّر َق َـَن ا ِمْن َبْع ِدِه َت َف ُّر قًا َمْع ُصْو ًم ا‬، ‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْمَع َن ا َه َذ ا َج ْمًع ا َمْر ُحْو ًم ا‬
. ‫َو َال َم ْط ُرْو ًدا َو َال َمْح ُرْو ًم ا‬
‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َخ ْيَر َأْع َم اِر َن ا َء اِخ ُرُه َو َخ ْيَر َأْع َم اِلَن ا َخ َو اِتُم ُه َو َخ ْيَر أَّي اِم َن ا َيْو َم أْلَق اَك ِفْي ِه‬

‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَن ا ُذ ُنْو َب َن ا َو ِإلْخ َو اِنَن ا اَّلِذ ْي َن َس َب ُقْو َن ا ِباِإلْيَم اِن َو َال َت ْج َع ْل ِفْي قُـُلْو ِبَن ا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْي َن َء اَم ُنْو ا َر َّب َن اإَّن َك َر ُءْو ٌف َر ِحْي ٌم‬
ِ‫َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬
GAMBAR MAJLIS

SESI PAGI SESI PAGI

SESI PETANG SESI PETANG

TARIKH:17.8.2020 TARIKH: 28.8.2020

HARI:SELASA HARI: JUMAAT

PERKARA: MAJLIS PELANCARAN DAN PERASMIAN PERKARA: MAJLIS AMBANG MERDEKA 2020
BULAN KEMERDEKAAN MERDEKA 2020
Majlis : penutup Sambutan Bulan Kebangsaan
Thirteenians dan Sambutan Hari Malaysia

Tarikh: 15.9.2020
DOA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َس ِّي ِد َن ا ُمَح َّم ٍد‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَع اَلِم ْي َن‬
‫َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْي َن‬
Ya Allah Ya tuhan kami,/ tuhan yang menguasai langit dan bumi. /Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran/
atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan sambutan HARI MALAYSIA ini /kami WARGA SMK USJ 13 memohon inayah dan taufikMu/.
Kurniakanlah kepada kami ,/Ibubapa kami/ ,Guru-guru kami / ,pemimpin-pemimpin kami/ dan kawan-kawan kami
/kesejahteraan dan kebahagian,/ serta kesihatan jasmani dan rohani ./ Bukakanlah hati-hati kami,/ lapangkanlah dada
kami/ supaya kami dapat menerima ilmu dan pengetahuan yang berguna daripada guru-guru kami/ dan kami pula mampu
memanafatkan ilmu pengetahuan yang diterima /untuk agama bangsa dan negara.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudrat dan IradatMu/. Berikanlah kami kekuatan dan ketabahan /dalam membentuk peribadi
ummah yang mulia /yang merdeka dari segi pemikiran/ yang menghayati kemerdekaan negara ini/ dengan makna yang
lebih sempurna dan lebih syumul/ iaitu kemerdekaan yang hakiki,/ tidak tunduk kepada nafsu/ tetapi tunduk kepadaMu ya
Allah /berpandukan ilmu yang telah Kau kurniakan kepada kami./
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan,./ Jadikanlah kami dan pemimpin-pemimpin kami/ terus
beristiqamah/ berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat/, untuk agama dan bangsa.

Ya Allah ya tuhan kami/ jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmatMu/.
Kekalkanlah kemerdekaan negara, keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.
YA Rahman Ya Rahim...
Jauhkanlah kami semua dari sebarang wabak dan penyakit merbahaya yang boleh mengancam
nyawa khususnya covid 19.

‫ َو َال َت ْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْي َن ا َو َال َمَع َن ا َو َال‬، ‫ َو َت َفُّر َقَـَن ا ِمْن َبْع ِدِه َت َفُّر قًا َمْع ُصْو ًم ا‬، ‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْم َع َن ا َه َذ ا َج ْم ًع ا َمْر ُحْو ًم ا‬
. ‫َم ْن َي ْت َبُع َن ا َش ِقًّي ا َو َال َم ْط ُرْو ًدا َو َال َمْح ُرْو ًم ا‬
‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َخ ْيَر َأْع َم اِر َن ا َء اِخُرُه َو َخ ْيَر َأْع َم اِلَن ا َخ َو اِتُم ُه َو َخ ْيَر أَّي اِم َن ا َيْو َم أْلَقاَك ِفْي ِه‬

‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَن ا ُذ ُنْو َب َن ا َو ِإلْخ َو اِنَن ا اَّلِذ ْي َن َس َب ُقْو َن ا ِباِإلْيَم اِن َو َال َت ْج َع ْل ِفْي قُـُلْو ِبَن ا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْي َن َء اَم ُنْو ا َر َّب َن اإَّن َك َر ُءْو ٌف‬
‫َر ِحْي ٌم‬
ِ‫َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخَر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai