Anda di halaman 1dari 7

MANUSIA TIDAK DICIPTA SIA-SIA

Penulis
Syeikh Mohd Sa’di Bin Md Said

Dikeluarkan Oleh :

1
03 Januari 2020/ 07 Jamadilawal 1441

MANUSIA TIDAK DICIPTA SIA-SIA

ُ َ ْ ََ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ ْ َ َ َ َ َ َْ َ ََ َ ْ ‫ذ‬ ُ ْ َْ
‫ وأشىد‬،‫خرة دار جزا ٍء وبقا ٍء‬ ِ ‫ واآل‬،‫اْلهد هللِ اَّلِي جعل و ِذه ِ اْلياة دار تكلِي ٍف وفنا ٍء‬
َ ‫َ ْ َ ََ ْ َ ُ َ ذ َ ذ‬ َ َ ْ َ ْ ‫ُ َ ْ َ ُ َ َ ْ َ َُ َ َ َ َ َُ ُْذ‬ ‫َ ْ َ َ ذ‬
‫ وأشىد أن نبِينا‬،‫ وعد عِباده الهت ِقْي بِاْلزاءِ األوَف‬،‫َشيك َل‬ ِ ‫أن َل هلإ إَِل اهلل وحده َل‬
َ َ َ ‫ّ َ َ ّ ْ َ َ ْ َ َ َ ِّ َ ُ َ ذ‬ َ َ ْ ُ َُْْ ُُْ ُ َ َ ُ ُْ َ ً ‫َُذ‬
ِ‫آَل‬ِ ‫ارك لَع سي ِدنا ُمه ٍد ولَع‬ ِ ‫صل وسلِم وب‬ ِ ‫ امهلل‬،‫ُمهدا عبده ورسيَل العبد الهصطَف‬
َ ْ‫ّ َ ذ‬ ْ َ َ ْ ََ
.‫الب واتلقيى‬ِ ِ ‫وأصحاب ِ ِه أو ِل‬
َ ْ ُ‫ََ ْ َ َ ُْذ‬ َ َْ َ ‫َ ُْ ْ ُ ْ َ ذ‬ ُ‫ذ‬ َ َ ََ ُ َْ ‫َذ‬
.‫ فيا عِباد اهللِ ا ِتقيا اهلل أو ِصيكم وإِياي بِتقيى اهللِ فقد فاز الهتقين‬،‫أنا بعد‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﭽﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﮲ ﮳ ﮴ ﮵‬
٨٢ :‫احلديد‬ ‫﮶ ﮷ ﮸ ﮹ ﮺ ﮻ ﮼﮽ ﮾ ﮿ ﯀ ﯁ ﭼ‬

Maksudnya:
“Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman
kepada Rasul-Nya (Nabi Muhammad SAW), supaya Allah memberi kepada kamu dua
bahagian dari rahmat-Nya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan
dengannya (pada hari kiamat kelak) serta diampunkannya dosa kamu. Dan (ingatlah),
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Khutbah Jumaat 2020
03 Januari 2020/ 07 Jamadilawal 1441

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Pada hari Jumaat, minggu pertama di awal tahun 2020 ini, saya berpesan kepada diri dan
sidang hadirin sekalian, marilah sama-sama kita memperteguhkan kualiti ketaqwaan kita
kepada Allah SWT; dengan membebaskan diri kita dari belenggu kemaksiatan kepadaNya
dan memerdekakan jiwa kita menjadi individu muslim sejati, individu yang taat dan patuh
kepada segala titah perintahNya. Mudah-mudahan dengan menjalani kehidupan
bertunjangkan nilai ketaqwaan ini, kesejahteraan dan kerahmatan akan sentiasa menaungi
kehidupan kita, di dunia ini mahu pun di akhirat kelak. Mimbar pada hari Jumaat yang
berbahagia ini, akan membicarakan khutbah bertajuk, “Manusia Tidak Dicipta Sia-Sia”.

Para tetamu Allah yang berbahagia,


Tidak ada yang sia-sia dalam perbuatan Allah, termasuklah ketika Allah SWT menciptakan
seluruh makhluk, alam cakerawala dan kita semua. Allah SWT berfirman:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
٦٣ :‫امقياوة‬ ‫ﭽﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﭼ‬
Maksudnya:
Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan sia-sia begitu saja?

Atas sebab itu, ada perintah yang mesti dikerjakan dan ada larangan yang mesti
ditinggalkan. Manusia merupakan hamba Allah SWT. Hamba yang dicipta untuk tunduk
patuh kepada Allah semata-mata. Manusia diperintah agar memakmurkan bumi ini. Bukan
disuruh merosakkannya atau melakukan kejahatan, keburukan, kekacauan dan
kemungkaran yang akan mengundang mara bahaya atau bencana kepada penduduknya
sehingga hilang keamanan, keharmonian dan kedamaian.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Khutbah Jumaat 2020
03 Januari 2020/ 07 Jamadilawal 1441

Muslimin yang dirahmati Allah,


Manusia dicipta dengan sebaik-baik kejadian. Manusia dikurniakan akal dan pancaindera.
Semua itu adalah anugerah yang selayaknya untuk manusia mensyukurinya. Melalui akal
yang waras, kita dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara; dengan mata kita dapat
melihat, dengan telinga kita dapat mendengar, dengan lidah kita dapat menuturkan mana
yang benar, mana yang palsu.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﭽﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ‬
٨٢ :‫انلحل‬ ‫ﯯ ﯰﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﭼ‬
Maksudnya:
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui
sesuatu pun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
akal fikiran; supaya kamu bersyukur.

Hal ini bermakna, segala pancaindera yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita,
haruslah digunakan serta dimanfaatkan pada tempatnya yang betul, tidak sesekali
disalahguna. Hanya dengan cara ini sahaja, barulah kita dinamakan manusia yang
bersyukur di atas segala nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT.
Allah SWT juga telah berfirman:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
٠١ - ٢ :‫ابلدل‬ ‫ﭽﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﭼ‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Khutbah Jumaat 2020
03 Januari 2020/ 07 Jamadilawal 1441

Maksudnya:
(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan
baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?. Dan lidah serta
dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?. Dan Kami
telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan
kejahatan untuk dijauhi?).

Ayat tersebut menjelaskan, kita disuruh supaya melihat segala sesuatu dengan cermat dan
teliti. Bukan hanya sekadar melihat secara sepintas lalu tanpa mengambil sebarang
pedoman dan pengajaran. Juga tidak cukup hanya dengan melihat sebelah mata, tetapi
mestilah melihat menggunakan kedua-dua belah mata, menandakan kita memandang dan
memperhalusinya dengan sangat teliti.

Kita disuruh agar lebih banyak mendengar dari berkata-kata. Hal ini kerana, kita hanya
dikurniakan sepotong lidah, walhal pada masa yang sama, kita mempunyai dua belah
telinga. Perkara ini memberi isyarat bahawa apa yang didengar mestilah diperiksa dan
disiasat terlebih dahulu, serta jangan mendengar dari hanya sebelah pihak sahaja.

Di samping itu, kita juga memiliki dua ulas bibir yang melambangkan penutup bagi segala
rahsia yang perlu disembunyikan. Janganlah menuturkan perkara yang sia-sia melainkan
perkara yang mustahak sahaja.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Seterusnya, manusia akan ditunjukkan oleh Allah SWT akan dua pilihan; iaitu jalan yang
baik dan jalan yang batil. Orang yang tidak bersyukur atas anugerah pemberian Allah, tidak
beriman kepada Allah SWT, serta tidak beramal dengan tuntutan dan arahanNya,
sesungguhnya dia telah melepaskan peluang dari memperoleh jalan kebaikan sama sekali
di dunia, serta kelak akan rugi di hari Akhirat nanti.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Khutbah Jumaat 2020
03 Januari 2020/ 07 Jamadilawal 1441

Bahkan, jalan kebatilan itu merupakan seburuk-buruk pilihan, ia membawa kepada


ketidakpatuhan kepada Tuhan, asyik dan leka dengan kerja maksiat dan perbuatan keji,
melazimi perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada nyawa, akal, tubuh
badan, harta dan maruah manusia.

Justeru, setelah kita mengetahui segala bahana dari jalan kebatilan itu, mimbar
menyeru marilah kita semua menggunakan akal yang waras dan pancaindera yang
dikurniakan Allah SWT, untuk memilih jalan kebaikan sebagai asas pilihan kita, sebagai
jalan terbaik yang akan menatijahkan kebahagiaan bagi kita, baik dalam kehidupan
dunia mahupun kehidupan akhirat.

Tiada kebahagiaan yang diharapkan oleh seorang yang bergelar muslim, melainkan
jaminan kebahagiaan dari Tuhannya, agar nanti, di saat berpisahnya nyawa dari tubuh
badan kita, Allah SWT sudi mengakui kita sebagai hambanya, dinaungi kita dalam
naungan rahmatNya, serta dianugerahkan syurgaNya yang kekal abadi.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
٨٢ :‫امفجر‬ ‫ﭽﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭼ‬
٦١ -

Maksudnya:
"Wahai manusia yang mempunyai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu
dalam keadaan engkau berbesar hati (dengan segala nikmat yang dianugerahkan), yang
diredhai (di sisi Tuhanmu). Masuklah Engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu, serta
masuklah ke dalam SyurgaKu!"

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6 Khutbah Jumaat 2020
‫‪03 Januari 2020/ 07 Jamadilawal 1441‬‬

‫اكه ب َىا ِفي ٍِ ِويَ‬ ‫ُ‬ ‫ِن َوإِيَّ‬‫يه‪َ ،‬و َن َف َع ْ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ََ َ ُ ْ ََ ُ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫رآن امع ِظ ِ‬ ‫ىف امق ِ‬ ‫بارك اهلل ِِل ومكه ِ‬
‫السىيعُ‬ ‫ك ْه ت ََل َوتَ ٍُ إًَّ ٍُ َُ َو َّ‬ ‫َ َ َ َّ َ ِّ ْ َ ْ ُ‬ ‫ْ‬ ‫َ ِّ ْ‬ ‫َ‬ ‫َْ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫كي ِه ‪ ،‬وتقبل ِوِن و ِوٌ‬ ‫َ‬
‫ات واذلك ِر احل ِ‬ ‫اْلي ِ‬
‫ِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ َ َ ْ ََ ُ‬ ‫ُ‬ ‫َ ُ َُ ُ َ ْ َ َ ََ ْ َْ‬
‫وِل َذا وأستغ ِفر اهلل امع ِظيه ِِل ومكه ولِسائِ ِر‬ ‫نيه‪ .‬أقول ق ِ‬ ‫امع ِ‬
‫استَ ْغف ُر ْو ُه‪َ ،‬فيَا فَ ْوزَ‬
‫الىؤوٌَات‪ ،‬فَ ْ‬ ‫ني َو ُ‬ ‫الىؤوٌ َ‬‫الى ْسن َىات َو ُ‬ ‫ني َو ُ‬‫ال َ ُى ْسنى َ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِِ‬
‫َ‬ ‫َّ‬ ‫ُ ْ َْ َ ََ ََ َ‬
‫الىستغ ِف ِريي ويا َناة اتلائِ ِبني ‪.‬‬

‫‪Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah‬‬ ‫‪7‬‬ ‫‪Khutbah Jumaat 2020‬‬

Anda mungkin juga menyukai