Anda di halaman 1dari 6

GAJET : Saham Meraih Pahala

Bukannya Dosa

1
02 April 2021/19 Syaaban 1442

GAJET : Saham Meraih Pahala Bukannya Dosa

‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ َ َ ‫َح‬ ‫ح‬ ََ ‫َ َح َ ح َ َح َح‬ َ‫َ ح َ َح‬ ‫َ حَ ح‬


ُ‫ ُونعوذ ُبِاهللِ ُمِن ُُشو ِر‬،‫ َُنمده ُونست ِعينه ُونستغ ِفره ُونتوب ُا َِل ِه‬،‫اْلمدُ ُهللِ ُوحده‬
َ ‫َُت َد ََُل‬
‫ُو ِ َُلاُي‬ َ ‫َ َ ح حَ َ َ ح ح ح ََ ح‬ ‫َ ح َ َ ح َ ِّ َ َ ح َ َ َ ح َ ح‬
ِ ‫ُومن ُيضلِله ُفلن‬،‫ُمن ُيه ِده ُِاهلل ُفهو ُالمهتد‬،‫اِلا‬ ِ ‫ات ُأعم‬ ِ ‫أنف ِسناُومِن ُسيئ‬
َ َ َ ‫َ ح َ َ َ ح َ َ َ َ ح َ َ َّ َ َّ ً َ ح َ َ ح‬ َّ َ َ َ ‫ح ً َ ح َ َ ح‬
ُ‫ُبلغ‬،‫ُوأشهدُأنُُممداُعبدهُورسوَل‬،‫ُُشيكَُل‬ ِ ‫ُأشهدُُأنُالُا َِلُا ِالُاهللُوحدهُال‬.‫مر ِشدا‬
َ َ َ َ َ َ َ ‫َح‬ َ ‫ِّ َ َ َ َ َ َّ ح َ َ َ َ َ َ َ َ ُّ َّ َ َ َ َ َ َ َ َ ح َ ح َ ح َ ح‬
ُ‫ال‬ُ ُ ،‫ارها‬ ِ ‫َُللهاُكنه‬،ِ‫ُوتركناُلَع ُالمحج ِة ُاْليضاء‬،‫ُونصح ُاألمة‬،‫ُوأدىُاألمانة‬،‫الرسالة‬
ٌ َ َّ َ ‫َ ح َ ح‬
،‫ي ِزيغُعنهاُا ِالُهال ِك‬
‫َ َ ح ِّ ح‬ َ ‫َّ َّ َ ِّ َ َ ِّ ح َ َ َ ِّ َ َ َّ َ َ َ َ َ َ ح َ َ ح َ َ َ ح‬
.‫ُولَعُأ َِلُِوصحبِ ِهُومنُدَعُبِدعوت ِ ِهُا ِىلُيو ِمُادلين‬،‫الله ُمُصلُوسلمُلَعُنبِيناُُمم ٍد‬
َ ‫َ َ َ َ َ َّ ح ح ح‬ َ ‫َح‬ ‫ح ح ح ََح‬ َ َ َ َ ‫َ َّ َ ح‬
.‫ن‬ ُ ‫ُفياُعِبادُاهللُِ!ُاو ِصيكمُونف ِِسُبِتقوىُاهللُِوطاعتِ ِهُلعلكمُتفلِحو‬،‫أماُبعد‬

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Bertaqwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa, melakukan ketaatan
dengan kemampuan yang ada dan meninggalkan segala larangan Allah dengan
besungguh -sungguh agar kita mendapat hidayah dan inayah Allah di dunia dan
di akhirat.

Sidang Jumaat sekalian,


Gajet adalah istilah yang digunakan bagi peranti atau peralatan mekanikal terutama yang
pintar atau yang baharu. Samada disukai ataupun tidak, gajet ini telah menjadi sebati di
dalam diri dan masyarakat kita kini. Islam tidak pernah menafikan peredaran dan
kemajuan zaman akan tetapi perlulah peredaran dan kemajuan ini selari dengan
kehendak dan panduan dari Al Quran dan Hadis Nabi SAW.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Khutbah Jumaat 2021
02 April 2021/19 Syaaban 1442

Sidang Jumaat Sekalian,


Setiap perkara mempunyai kebaikan serta keburukannya yang tersendiri, begitu juga
dengan penggunaan gajet. Segelintir masyarakat yang tidak tahu menahu mengenai dunia
teknologi, lebih-lebih lagi yang mudah terpengaruh ini akan mengganggap bahawa gajet
sebagai satu benda yang tidak mendatangkan manfaat dan hanya melalaikan serta
memberi kesan yang tidak berfaedah.

Sebenarnya soal ini bergantung pada cara pemikiran dan penerimaan setiap orang.
Jika mereka mengguna pakai gajet itu untuk tujuan yang buruk, maka buruklah jadinya.
Dan jika ia digunakan untuk kebaikan maka kebaikan tersebut bukan sahaja boleh
dinikmati di dunia bahkan di akhirat juga. Allah SWT berfirman di dalam surah Al Isra' ayat
yang ke 7:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
٧ :‫ﭐﱡﭐ ﲝ ﲞ ﲟ ﲠﲡ ﲢ ﲣ ﲤﲥ ﱠ اإلرساء‬

Maksudnya : Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan
adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk)
berbalik kepada diri kamu juga.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi oleh masyarakat sekiranya menggunakan
gajet ini dengan cara yang betul.Antaranya ialah :

Pertama : Sebagai sumber menjana pendapatan melalui viral.


Kita boleh lihat betapa ramainya masyarakat yang mendapat kebaikan daripada
menjalankan perniagaan di media sosial dan digunakan secara meluas, secara tidak
langsung orang ramai akan tahu tentang sesuatu produk atau barangan yang diviralkan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Khutbah Jumaat 2021
02 April 2021/19 Syaaban 1442

Kedua : Memudahkan Urusan Seharian.


Segala urusan menjadi lebih mudah apabila dapat dilakukan secara atas talian sahaja.
Misalnya, urusan seperti pembayaran bil-bil di rumah dapat diakses hanya menggunakan
gajet dan ia menjadi lebih cepat, menjimatkan masa dan tenaga. Bahkan ketika pandemik
kini, cara ini dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 antara masyarakat kerana
tiada aktiviti sentuhan dan jarak yang berdekatan.

Ketiga : Maklumat Mudah Diperoleh.


Kemudahan Internet kini boleh dinikmati oleh setiap orang. Jadi dengan adanya capaian
Internet ini, maklumat akan menjadi lebih mudah untuk diperolehi dengan menggunakan
gajet sebagai medium perantaraan.

Muslimin sidang Jumaat sekalian,


Walaupun terdapat banyak sisi kebaikan dari penggunaaan gajet ini di dalam masyarakat,
ianya juga terdapat keburukan jika tidak dikawal penggunaannya. Misalannya, terdapat
ramai dari masyarakat kita yang menjadikan gajet ini sebagai wadah untuk menyampaikan
maklumat-maklumat palsu, menyebarkan fitnah, melakukan penghinaan kepada orang
lain serta pelbagai lagi kesalahan dan dosa yang dilakukan tanpa segan silu.

Rasulullah SAW bersabda:

َ‫ البَاغ ُونَ لِلب ُر َاء ِ العَي ْب‬،ِ ‫ المُفَرِ ِّق ُونَ بَيْنَ الأَ ح َِّب ِّة‬،ِ ‫شاؤ ُونَ ب ِالنم َِيمَة‬
ِّ َّ َ ‫شِر َار ُ عِبَاد َ الل ِّه ِ الم‬

Maksudnya: “Sejahat-jahat hamba Allah SWT ialah mereka yang berjalan membawa
mulut, iaitu mengadu domba, yang suka memecah belah antara orang-orang yang
berkasih sayang, yang melampau dan mengenakan keburukan serta aib terhadap orang-
orang yang suci dengan kata-kata yang jahat”. (Riwayat Imam Ahmad)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Khutbah Jumaat 2021
02 April 2021/19 Syaaban 1442

Perlulah diingatkan, jika terdapatnya istilah 'Amal Jariah' (amalan baik yang mengalir
pahalanya di dalam kubur) maka begitu juga terdapat istilah 'Maksiat Jariah' (amalan
buruk yang mengalir dosanya di dalam kubur). Sebagai contoh ialah, seseorang yang
berkongsi sesuatu video atau gambar yang terdedah aurat dan menggairahkan maka
selagi mana ianya dikongsikan bersama orang lain maka selagi itulah si pengirim
mempunyai saham dosa atas perkongsian yang dilakukan. Walaupun ianya dilakukan di
atas niat bergurau senda, ianya tetap merupakan satu dosa yang dikongsi bersama.
Sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara!

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,


Bersedialah dengan melakukan ibadat kepada Allah SWT bagi menghadapi hari kebang-
kitan kelak kerana manusia yang paling bijak adalah manusia yang sentiasa
menyediakan bekalan untuk hari kematiannya.

Maka beruntunglah mereka-mereka yang Allah SWT dorongkan untuk memilih


melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan di atas segala nikmat yang diberikan.
Allah SWT telah berfirman di dalam Surah As Syam ayat ke 7 hingga 10:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﭐﱡﭐ ﱣ ﱤ ﱥ ﱦ ﱧ ﱨ ﱩ ﱪ ﱫ ﱬ ﱭ ﱮ ﱯ ﱰ ﱱ ﱲ‬
٠١ - ٧ :‫ﱳ ﱴ ﱠ الشمس‬
Maksudnya :
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang
sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang
membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih -
bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya
hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam
kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Khutbah Jumaat 2021
‫‪02 April 2021/19 Syaaban 1442‬‬

‫َ ح ََ‬ ‫َ‬ ‫َ َ َ َ ح َ َّ‬ ‫َ‬ ‫ح‬ ‫ح ََ‬ ‫ََ َ‬


‫اتُ‬‫يم‪ُ ،‬ونفع ِِن ُوإِياكم ُبِما ُفِي ِه ُ ِمن ُاألي ِ‬ ‫رآن ُالع ِظ ِ‬
‫ُىف ُالق ِ‬
‫بارك ُاهلل ُِِل ُولكم ِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ َ َ َّ َ ِّ ح َ ح ح َ َ َ َّ َ َّ‬ ‫َ ح‬ ‫َ ِّ ح‬
‫ُقوِلُح‬
‫كي ِم ُ‪ُ،‬وتقبل ُ ِمِن ُو ِمنكم ُت َِلوته ُإِنه ُهو ُالس ِميع ُالعليِم‪ُ.‬أقول ِ‬ ‫واذلك ِر ُاْل ِ‬
‫ُوالمؤمننيَُ‬‫َ‬ ‫َ َ ح َ‬ ‫َ ح‬ ‫َ َ َ ح ََ ح َ َ‬ ‫َ َ ََ ح َ ح‬
‫ِِ‬ ‫ات‬
‫هذا ُوأستغ ِفر ُاهلل ُالع ِظيم ُِِل ُولكم ُول ِسائ ِ ِر ُالمسلِ ِمني ُوالمسلِم ِ‬
‫نيَ‬ ‫َّ‬ ‫َ َ َ ََ َ‬ ‫َ ح َح ح ََ َح َ ح َح‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫ات‪ُ،‬فاستغ ِفروه‪ُ،‬فياُفوزُالمستغ ِف ِرينُوياَُناةُاتلائِبِ ُ‬ ‫والمؤ ِم ِ‬
‫ن‬

‫‪Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah‬‬ ‫‪6‬‬


‫‪Khutbah Jumaat 2021‬‬

Anda mungkin juga menyukai