Anda di halaman 1dari 8

Kurikulum Matematik bertujuan membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan serta dapat mengaplikasikan pengetahuan

matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Selain itu pendidikan matematik adalah satu usaha ilmu tentang cara manusia belajar dan mengajar matematik. Keadaan ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ia juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Aziz 1992). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980)

Bagi melengkapkan kerja khusus saya, saya telah memilih pengajaran matematik berdasarkan teknik atau kaedah eksposisi. Kaedah eksposisi ialah cara penyampaian isi pelajaran melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan menngajar sesautu.Murid-murid akan mendengar dan merekod maklumat penting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesautu aktiviti.Kaedah ini juga sering ditakrifkan sebagai systematic teaching,explicit instruction,explicit teaching, and active teaching(Husen&Postlethwaite,1970). Penyampaian dengan kaedah eksposisi melibatkan penerangan dan penghuraian idea dan konsep matematik yang akan dipelajari sama ada dengan atau tanpa alat bantu mengajar.

Setelah malaksanakan pengajaran matematik berdasarkan teknik yang dipilih saya mendapati ianya ada kekuatan dan kelemahan. Kekuatan yang diperolehi adalah daripada teknik eksposisi ialah membolehkan guru menyampaikan isi pelajaran dengan cepat dan teratur,menjimatkan masa, objektif pelajaran dapat dicapai dalam masa yang singkat. Keadaan ini berlaku kerana melalui kaedah eksposisi guru yang menguasai pengajaran dan pembelajaran. Guru menyampaikan secara terus konsep atau isi pelajaran melalui penerangan atau demonstrasi.Oleh itu

sebelum memulakan sesi pengajaran guru hendaklah membuat persedian yang rapi tentang objektif pelajaran, bahan bantu mengajar yang diperlukan,lembaran kerja murid. Pengajaran dan pembelajaran melalui teknik eksposisi adalah mudah dilaksanakan.Hal ini kerana dalam teknik eksposis guru memainkan peranan yang utama dalam menyampaikan maklumat atau isi pelajaran atau

konsep,fakta,hukum,prinsip atau teorem secara terus kepada murid.Penerangan yang diberikan oleh guru terlebih dahulu dan murid dikehendaki mendengar dengar teliti sehingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi penting dalam buku catatan mereka.

Melalui kaedah eksposisi ini,membolehkan guru

mengawal kelas dengan

mudah.Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih banyak berpusatkan guru. Penglibatan murid hanyalah sebagai pendengar atau penerima maklumat daripada guru.Apabila kurang penglibatan murid dalam aktiviti secara kumpulan untuk aktiviti inkuiri seperti merancang,menyiasat,menganalisa dan menemui sendiri sesautu konsep atau prinsip, murid tidak perlu berinteraksi atau berkomunikasi sesama mereka.Situasi ini memudahkan kawalan kelas.

Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah eksposisi dapat membantu murid menguasai objektif pelajaran dengan cepat.Ini kerana melalui kaedah ini guru sentiasa membantu murid menyelesaikan masalah pembelajaran. Guru akan berusaha memberi penerangan dengan terperinci dan jelas tentang isi atau konsep yang harus dikuasai oleh murid.

Kekuatan kaedah eksposisi juga ialah guru dapat menghabiskan sukatan pelajaran mengikut perancangan yang disediakan. Ini kerana melalui kaedah ini murid tidak menghadapi masalah jadi keadaan ini akan membolehkan guru meneruskan langkah perkembangan pengajaran dengan jayanya.

Melalui teknik pengajaran dan pembelajaran eksposisi ini yang saya gunakan ketika mengajar matematik untuk melengkapkan tugasan ini , saya dapati ianya mempunyai kelemahan.Antaranya ialah pembelajaran murid menjadi pasif.Ini kerana murid hanya berperanan sebagai pendengar maklumat sahaja.Keadaan ini juga menyebabkan komunikasi satu hala sahaja antara guru dengan murid.Situasi ini tidak menceriakan murid dalam suasana pembelajaran yang menarik.Selain itu juga murid tidak diberi peluang untuk memberi pendapat atau idea tentang sesautu konsep atau prinsip atau hukum yang dipelajari.Perkara ini akan menyebabkan murid berasa bosan,jemu tidak berminat untuk belajar matematik.Murid juga tidak mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar matematik. Selain itu perasaan ingin tahu murid tidak dipupuk melalui kaedah eksposisi ini kerana telah menyampaikan semua maklumat tentang konsep sesautu topik dengan jelas dan terperinci.

Kaedah eksposisi ini juga tidak memberi peluang kepada murid untuk khususnya individu untuk menonjolkan diri dalam aktiviti pembelajaran.Hal ini kerana murid menerima arahan daripada guru untuk memahami seterusnya menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pembelajaran.Murid juga tidak dapat mengaitkan konsep yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pada mereka.

Selain itu juga guru juga tidak memberi tumpuan kepada keupayaan murid secara individu untuk menguasai aktiviti pembelajaran sebaliknya guru

mengamalkan pengajaran secara kelas dan menganggap semua murid mempunyai tahap kecerdasan yang sama.

Pembelajaran melalui kaedah eksposisi ini akan menghilangkan minat murid untuk belajar matematik jika guru tidak merancang dengan betul perkembangan isi pengajaran dan pembelajaran dan guru tidak menggunakan bahan bantu mengajar semasa sesi penerangan tentang konsep yang akan dipelajari.

Kesimpulannya kaedah eksposisi walaupun ada kelemahan tapi ianya boleh diatasi dengan cara guru menyediakan perancangan yang teliti agar

pelaksanaannya nanti tidak akan mewujudkan kebosanan dan rasa tidak minat murid terhadap mata pelajaran matematik, guru pembelajaran yang lebih menyeronok dan perlu mewujudkan aktiviti walaupun dengan

bermakna

menggunakan kaedah ini.Penerangan guru hanyalah di peringkat penerangan kepada konsep, aturan, prinsip dan sebagainya sahaja, setelah itu guru hendaklah menyediakan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid agar pengukuhan

terhadap sesuatu konsep berlaku dalam kalangan murid.Contohnya guru boleh menggunakan permainan dan simulasi untuk langkah perkembangan untuk menguji tahap penguasaan murid.Ini kerana permainan adalah satu kaedah pengajaran yang mengembangkan daya kreativiti murid dan memupuk minat terhadap

matematik.Ianya juga dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khususnya semasa menyelesaikan pelbagai masalah matematik.Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. Penyelesaian masalah matematik boleh diajar melalui aktiviti permainan dan simulasi khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan harian.

Di samping itu juga penggunaan kaedah eksposisi secara digital juga adalah digalakkan bagi menarik minat pelajar terhadap matematik. Ini adalah selaras dengan perkembangan sains dan teknologi. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah , peranan guru juga harus berubah dari instruktor ke fasilitator.

Pengajaran berasaskan kaedah eksposisi harus berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan kebolehannya. Salah satu daripada strategi yang dapat digunakan oleh guru untuk menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran disekolah ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.

Untuk menjadikan pembelajaran matematik lebih menarik, kita boleh mengajar matematik melalui pakej pembelajaran yang disediakan di laman web. Pakej pembelajaran telah memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan yang berasaskan konsep pembelajaran berdikari (independent learning) yang disokong oleh pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri, terarah kendiri, pembelajaran memusatkan pelajar, pembelajaran berasaskan bahan resos, pembelajaran yang lues, pembelajaran terbuka dan pembelajaran berasaskan prinsip kolaboratif. Dari segi perspektif pengajaran dan pembelajaran berasaskan sekolah bestari, pakej pembelajaran memainkan penting untuk membolehkan pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran konsep atau kemahiran sama ada secara kumpulan atau individual. Pakej pembelajaran ini mengandungi cadangan pelbagai aktiviti yang dapat memenuhi pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar berasaskan strategi pengajaran yang pelbagai dan memusatkan pelajar. Guru dan pelajar dapat menjalankan aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan kepada prosedur pelaksanaan aktiviti untuk guru dan juga prosedur untuk pelajar. Pakej ini menerapkan kemahiran generik, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, serta kaedah-kaedah penilaian yang akan digunakan untuk menilai kemajuan pelajar.

Refleksi Tugasaan yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan kaedah atau teknik pengajaran yang relevan untuk pengajaran matematik. Untuk menyiapakan tugasan ini, saya perlu mendapatkan bahan sama ada dengan melayari internet atau

membuat pembacaan.Bahan yang diperolehi hendaklah dibaca supaya saya boleh membuat rumusan tentang isi-isi penting dalam bentuk grafik. Prosedur yang dijalankan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang kaedah atau teknik pengajaran matematik, antaranya ialah kaedah inkuiri

penemuan,eksposisi,induktif dan lain-lain lagi.Melalui tugasan ini juga saya dapat memahami konsep yang lebih jelas tentang kurikulum matematik. Ia amat membantu saya untuk dalam memilih teknik atau kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan dalam rancangan pelajaran harian yang perlu saya sediakan. Disamping itui juga saya dapat membuat penambahbaikan tentang teknik-teknik pengajaran yang berkesan yang perlu saya kuasai untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan murid saya untuk belajar matematik.Saya juga dapat membuat generalisasi tentang kaedah atau teknik pengajaran matematik yang terdapat dalam pelbagai cara. Melalui tugasan ini juga, saya mendapat pengalaman yang menyeronokkan iaitu saya perlu menyediakan satu rancangan pengajaran harian(RPH) matematik.Dan ini merupakan julung kalinya saya diamanahkan untuk mengajar matematik walaupun selama sudah 17 tahun bergelar guru. Amanah yang diberi dapat dilaksanakan dengan apabila saya membuat perbincangan bersama rakan-rakan baik rakan

sekelas mahupun rakan sejawatan di sekolah saya. Semasa menyiapkan RPH ini saya telah mendapat pendedahan tentang cara atau bagaimana RPH matematik disediakan. Semasa melaksanakan pengajaran matematik,apa yang dapati ialah seorang guru haruslah mempunyai ilmu yang cukup bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada murid. Guru juga mestilah bijak memilih teknik atau kaedah pengajaran kerana apabila memilih teknik yang tidak sesuai,proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan lancar,Ia juga akan menyebabkan muridmurid tidak berminat untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran yang dijalankan. Penyediaan bahan bantu mengajar juga amatlah penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kerana ia dapat membantu murid mencapai kefahaman dengan mudah dan jelas tentang konsep atau isi kandungan .

Selain itu juga, saya mendapat guru hendaklah menyediakan aktiviti pembelajaran yang lebih berpusatkan murid dan bukannya berorientasikan guru.Ini adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang lebih aktif dalam pembelajaran.Ianya juga menjadikan murid supaya lebih berdikari dan mempunyai tahap pemikiran yang kreatif dan kritis.Disamping itu,apabila murid melalui pengalaman sebenar dalam pembelajaran,mereka lebih mudah menerima konsep yang diajar seterusnya mereka boleh mengaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Daripada tugasan ini juga saya dapat meningkatkan profesionalisme perguruan saya dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran yang pilih. Ia memberi kesedaran kepada saya tentang apa yang perlu saya lakukan untuk menjadi seorang guru yang baik,mempunyai keyakinan diri yang tinggi seterusnya seorang guru yang bijak mentadbir untuk menghasilkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Contohnya saya haruslah mempunyai kepakaran tinggi dan pelbagai untuk membantu murid memahami konsep-konsep yang terdapat dalam matematik. Akhir sekali manfaat yang saya perolehi apabila menyiapkan tugasan ini ialah mengetahui isi kandungan mata pelajaran dan teknik yang perlu saya gunakan untuk menyampaikan konsep matematik. Ilmu ini saya kuasai apabila saya berkongsi idea dengan guru matematik di sekolah saya. Ilmu ini boleh saya gunakan untuk membantu murid-murid dan anak saya yang menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik.

Anda mungkin juga menyukai